Anwar Ibrahim |
- Lawatan Kerja Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Munich,German,11-12 September 2011
- Cukai Perkhidmatan 6%: Golongan Muda Terus Dibebankan
- Swasta IWK : Najib Ulangi Mahathirisme, Kata Dr Dzul
Lawatan Kerja Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Munich,German,11-12 September 2011 Posted: 09 Sep 2011 08:07 AM PDT Meeting for peace: “Bound To Live Together – Religions And Cultures In Dialoge” Ahad: 11hb September 2011 “Humanists And Believers: The Agenda Of Coexistence” Isnin: 12 September 2011 This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Cukai Perkhidmatan 6%: Golongan Muda Terus Dibebankan Posted: 08 Sep 2011 11:32 PM PDT KENYATAAN MEDIA Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang bakal berkuatkuasa pada 15 September ini. Ini bererti, pengguna yang membeli tambah-nilai prabayar bernilai RM10 selepas ini terpaksa membayar RM10.60, iaitu dengan kos tambahan sebanyak 60 sen. Alasan syarikat telekomunikasi bahawa caj tambahan sebanyak 6% ini merupakan ‘cukai perbelanjaan’ adalah tidak bertanggungjawab kerana ianya secara langsung telah menambahkan beban pengguna terutamanya golongan muda, pelajar universiti, pekerja kilang dan rakyat berpendapatan rendah. AMK difahamkan bahawa peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Nilai keuntungan ini meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan dijangka akan mencatatkan keuntungan berlipatganda untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011 kesan dari pelaksanaan ‘cukai perbelanjaan’ ini. Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya “mendahulukan rakyat”. Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak “mendahulukan” syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP). Justeru, AMK dengan ini mendesak pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia supaya mengkaji dan membatalkan semula keputusan ini dengan mengambilkira jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Swasta IWK : Najib Ulangi Mahathirisme, Kata Dr Dzul Posted: 08 Sep 2011 11:06 PM PDT Langkah kerajaan mahu menswastakan syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWk) kepada sebuah syarikat pelaburan strategik 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga, merupakan satu tindakan kurang bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mengulangi kegagalan regim Mahathir Mohamad kira-kira 10 tahun lalu. Langkah itu menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku. "Ini kerja kurang bijak. Kerja Najib yang mengulangi kerja “bodoh” regim Mahathir. Najib mengulangi Mahathirisme. ” Penswastaan begini dengan diberikan langsung, tidak dibuka tender, tidak dicari oang yang layak, tidak ditentukan kepakarannya, kebolehan kewangannya. Apa yang merseka lakukan ialah untuk beri kepada kroni kerana dalam waktu terdekat ini akan berlakunya pilihan raya,”kata Dr Dzul. Portal The Malaysian Insider semalam memetik sumber-sumber dari Kementerian Kewangan memberitahu bahawa IWK bakal diambil alih oleh 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga. Difahamkan juga, ia telah diberikan lampu hijau oleh Najib. "Penswastaan dan berakhir dengan kegagalan… Dalam penswastaan yang kita saksikan (pada) zaman Mahathir, ia berakhir dengan cerita-cerita duka yang membebankan wang rakyat untuk syarikat-syarikat ini di bail-out. Hari ini setelah Najib membentangkan model ekonomi baru, ETP, EPP, NKRA, NKEA, berakhir dengan begini jugak, cara dan modes operandi urus tadbir sektor-sektor utiliti ini kembali kepada swasta. Esok bila gagal, ambil balik dan selamatkan balik. Jadi sampai bila kita harus macam ini? " Sampai bila rakyat dan dana rakyat akan diperguna cara begini,”soalnya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini. Kira-kira 11 tahun lalu, kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan. Menurut Dr Dzul lagi, projek yang diberikan kepada 1MDB dan Puncak Niaga secara terus juga menggambarkan ketidaktelusan pihak yang terbabit dalam pemberian projek ini. "Kenapa diberi kepada Puncak Niaga , pihak paling tak layak nak uruskan tentang pembetungan dan sebagainya. Sebab terbukti mereka gagal di Selangor ini dalam industri air Selangor, dalam Syabas . Jadi kalaulah Najib bercakap tentang merit daya saing, mengapa terus-terusan beri kepada 1MDB dan Puncak Niaga,”soalnya lagi. Bagaimanapun menurut Dr Dzul, beliau memahami helah kerajaan di sebalik pemberian projek ini. "Sebab inilah syarikat-syarikat yang didakwa memberikan dana politik kepada Umno-Barisan Nasional. ” Ini bukan saya cakap.. ini tokoh-tokoh akademik dalam buku-buku mereka mengenai ekonomi politik. Saya tak perlu mengungkap sendiri, saya tak perlu buat dakwaan kerana mereka telah banyak buat dakwaan tentang perhubungan sumbang antara orang bisnes dan elit politik tertinggi negara,” tegas Dr Dzul. Malah ujar Dr Dzul, sehingga kini tiada sebarang pembaharuan dari sudut ekonomi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Dengan kata lain, apa yang baru di Malaysia ni, apa yang dikatakan dengan nafas baru , ekonomi baru , model ekonomi baru. Apa yang baru? Tidak ada apa yang berubaha. Apa yang baru? Tiada. Dalam bahasa ekonomi di kata “doing more of the same thing”.Mengulangi kembali cara lama,”tambah beliau lagi. IWK kini merupakan syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan. Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Baru. Di bawah cadangan itu, konsortium 1MDB akan memperoleh IWK dengan bayaran RM1 dan mengambil alih kesemua hutangnya termasuk pinjaman lebih RM1.5 bilion yang ia perlu selesaikan kepada Kementerian Kewangan. Konsortium itu mahukan konsesi selama 60 tahun. Ia juga mempunyai rancangan untuk mengaitkan caj-caj pembetungan dengan bil air. Rancangan itu boleh mencetuskan kontroversi pusingan baru ekoran kurangnya ketelusan berkaitan perundingan itu, dengan pengguna bimbang mengenai perjanjian membabitkan IWK. Sejak dari hari pertama, IWK berhadapan dengan masalah menyakinkan rakyat yang skeptikal untuk membayar bil berasingan, yang sebelum itu diselesaikan bersama Pada 2000, pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad membayar hampir RM200 juta untuk memiliknegarakan IWK demi menjaga kepentingan awam dan mengelakkan gangguan perkhidmatan. Langkah itu diambil untuk menangani masalah hutang syarikat tersebut ketika itu dianggarkan RM700 juta. Malah, rancangan baru kerajaan pentadbiran Najib ini dilihat kemungkinan mencetuskan kritikan yang sama sebab membabitkan 1MDB dan Puncak Niaga, sebuah syarikat yang berhubung kait secara politik dengan Putrajaya. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan