The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Perbarisan Hari Malaysia di Temerloh
- UMNO meang besar dalam PRU akan datang?
- UMNO Komunis?
- UMNO Komunis?
Perbarisan Hari Malaysia di Temerloh Posted: 08 Sep 2011 08:34 PM PDT Alhamdulillah, pagi ini saya menerima talipon dari Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh yang meminta kerjasama daripada Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau untuk menurunkan satu kontijen didalam perbarisan menyambut Hari Malaysia di Temerloh. Perkembangan ini dipandang dari satu sudut merupakan perkembangan yang positif iaitu untuk menjemput semua pihak terlibat menyambut Hari Malaysia pada 16hb September 2011 ini dengan tidak mengira pegangan politik. Disuatu sudut yang lain, ini merupakan pengakuan khusus puak-puak BN khususnya UMNO bahawa sambutan Hari Merdeka tahun ini adalah terlalu hambar dan tidak disertai oleh rakyat ramai. Rakyat tidak memperdulikan langsung sambutan Hari Merdeka kerana Hari Merdeka itu sudah dibuat sedemikian rupa seolah sambutan Hari UMNO. Saya pernah katakan bahawa semasa Parti Keadilan Nasional mula-mula ditubuhkan di Temerloh dahulu, diatas inisiatif Pegawai Daerah Temerloh, saya yang pada waktu itu menjadi Pengerusi Parti Keadilan Nasional Bahagian Temerloh telah diundang untuk mesyuarat sambutan Hari Merdeka. Tetapi itulah mesyuarat pertama dan terakhir yang kami diundang kerana kehadiran kami di mesyuarat itu menjemput pelbagai teguran seolah-olah Hari Merdeka itu adalah hakmilik UMNO. Kegagalan UMNO mengujudkan semangat patriotisme dikalangan rakyat yang menjadi begitu terserlah dan menjadikan sambutan Hari Merdeka lumpuh dan tidak disertai rakyat. Sambutan itu hanya kini dibuat secara paksaan keatas pegawai-pegawai kerajaan, dan kanan-kanak sekolah. Rakyat biasa termasuk ahli-ahli UMNO sendiri nampaknya sudah tidak berminat lagi untuk menyambut Hari Merdeka. Pakatan Rakyat Insya Allah akan menghidupkan kembali perjuangan kemerdekaan dan semangat patriotisme. Kenapa semangat patriotisme menjadi pupus dikalangan rakyat? Semangat ini bukan sahaja pupus, tetapi dipupuskan oleh perbuatan mungkar pemimpin-pemimpin UMNO. Rakyat melihat bahawa kekayaan Negara ini dibolot oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroni-kronis mereka. Untuk rakyat dihidangkan dengan harga barang yang tinggi, harga perkhidmatan yang tinggi dan kos kehidupan yang mengatasi pendapatan. Rakyat perlu melakukan dua tiga jenis kerja sehari untuk hidup, manakala pemimpin-pemimpin UMNO bersenang lenang dengan cara penyalahgunaan kuasa. Kehidupan yang cukup berbeza diantara pemimpin-pemimpin UMNO dan rakyat membuatkan rakyat jelak dan menaruh kebencian kepada mereka dan kebencian ini disalurkan juga kepada perkara-perkara yang dilakukan oleh Negara seperti sambutan Hari Merdeka. Alhamdulillah, kini pemerintah mahu membuat perubahan baru, tetapi kita juga mengintai samada perubahan ini sebenarnya hanyalah satu taktik bagi mengatasi kelemahan dan bukan suatu usaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan sambutan Hari Merdeka dan Sambutan Hari Malaysia itu sebagai acara patriotisme rakyat. Marilah kita saksikan. |
UMNO meang besar dalam PRU akan datang? Posted: 08 Sep 2011 08:09 PM PDT Ada pengkritik tulisan saya mengenai tajuk "UMNO Komunis?" menyatakan apa juga pandangan dari saya tidak memberikan apa-apa kesan kepada peluang untuk UMNO terus mengekalkan pemerintahan di Malaysia. Katanya ideologi UMNO sangat disenangi. Saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa UMNO bukan sahaja boleh mengekalkan pemerintahan di Malaysia didalam PRU akan datang, bahkan saya menyatakan UMNO akan mendapat kerusi yang jauh lebih tinggi dari dulu. Saya menyatakan demikian kerana jenis politik yang dimainkan oleh UMNO dengan bantuan SPR adalah sangat kotor dan menjijikkan. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat dengan memaparkan senarai pemilih didalam SPR adalah tidak bersih. Warga asing dengan mudah diberikan kad pengenalan oleh JPN dan terus disenaraikan kedalam senarai SPR. Ratus ribuan warga asing dimasukkan sebagai pengundi. Negeri-negeri yang menjadi sasaran adalah yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, dan kawasan-kawasan yang kini dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Pengotoran secara sistematik dengan penambahan undi yang melampau disesetengah Negeri, perlakuan undi dua kali, pengundian pos yang dilaksanakan oleh orang lain, pengundi-pengundi pos yang ada peluang mengundi dua kali, dan belum lagi dengan tekanan dari pemerintah berhubung salahguna alat-alat serta jentera kerajaan, projek-projek mee segera yang tidak ditafsirkan sebagai rasuah (tidak ada rasuah jika dilakukan oleh UMNO), persekongkolan antara SPR, JPN dan UMNO, ini kesemuanya akan memberikan UMNO menang dengan lebih besar, satu kemenangan yang sebenarnya tidak berlandas kepada kehendak pengundi yang menjadi rakyat Malaysia, UMNO dimenangkan oleh undi warga asing yang menjadi warga Malaysia secara mee segera dan undi secara penipuan. Penipuan beginilah yang berlaku di semua negara yang mengamalkan demokrasi separuh matang seperti di Mesir dan Tunisia, bahkan ia mendekati kedudukan negara-negara yang tidak demokratik seperti sesetengah negara di Afrika dan Timur Tengah. Keadan ini menempah kebencian rakyat, dan walaupun UMNO akan terus menang, tetapi kemenangan secara penipuan itu akan membawa UMNO lebih dekat ke lubang kubur! |
Posted: 08 Sep 2011 03:11 AM PDT Saya 100% tidak bersetuju bila UMNO dikatakan komunis kerana semata-mata parti itu mengujudkan hubungan dengan Parti Komunis China. Banyak parti-parti yang anti-Komunis diseluruh dunia juga mengujudkan hubungan dengan Parti Komunis China, Parti Komunis Cuba, Parti Komunis Vietnam, tetapi mereka bukanlah Komunis. Saya tetap mengatakan bahawa UMNO ni terjerat dengan ideologi tiga segi. UMNO adalah sebuah parti politik yang memainkan sentimen nasionalis sempit dengan ideologi menyamai fasisme; dan UMNO juga adalah sebuah parti yang mempertahankan feudalisme; dan disudut lain UMNO adalah parti yang bergerak kearah Kapitalisme. Ketiga-tiga deskripsi mengenai UMNO itu adalah begitu jauh antara bumi dengan langit jika nak bandingkan dengan Komunisme. Komunisme sudah tentu berlawanan dengan fasisme 100%, komunisme juga menentang feudalisma sehingga sisa-sisa feudalisme di Negeri China habis terhakis; dan sudah pasti kapitalisme menjadi musuh kepada Komunisme. UMNO pernah diketengahkan sebagai parti pragmatis. Pragmatis ini adalah "sesumpah", dia boleh jadi merah kalau bersama kumpulan merah, dia jadi kuning kalau bersama kumpulan kuning, dia jadi biru kalau bersama kumpulan biru, dan dia boleh jadi apa-apa saja didalam kumpulan yang apa-apa saja. Didalam istilah yang mudah difahami UMNO adalah parti oporcunis. UMNO terlihat bahawa China kini boleh menjadi rakan dagang yang boleh memberikan keuntungan. Mereka berkawan dengan Komunis China untuk merebut peluang itu. UMNO telah memandang ke Timur untuk mendapat nikmat pengetahuan teknologi Jepun, tetapi Jepun tak semudah itu untuk mendedahkan kepakaran mereka di bidang sains dan teknologi, maka ideologi Pandang Ke Timur telah mati tanpa kubur. Di suatu ketika, secara lahiriahnya, UMNO cuba membawa rakyatnya supaya mengurangkan hubungan dengan Amerika dibawah ideologi Mahathirisme. Tetapi tidak disangka UMNO, kalau Amerika terbersing, Malaysia sudah demam selsema yang kuat, maka Mahathirisme ditolak mentah-mentah oleh Najib, bahkan Najib lebih berani lagi dengan mengujudkan hubungan dengan kumpulan Yahudi APCO. Jadi saya cukup jelek kalau UMNO ni nak dikatakan Komunis. Saya tetap mengatakan UMNO ini rasis, nasionalis sempit, terjerat antara feudalisme dan kapitalisme. Tetapi bukan Komunis! |
Posted: 08 Sep 2011 03:11 AM PDT Saya 100% tidak bersetuju bila UMNO dikatakan komunis kerana semata-mata parti itu mengujudkan hubungan dengan Parti Komunis China. Banyak parti-parti yang anti-Komunis diseluruh dunia juga mengujudkan hubungan dengan Parti Komunis China, Parti Komunis Cuba, Parti Komunis Vietnam, tetapi mereka bukanlah Komunis. Saya tetap mengatakan bahawa UMNO ni terjerat dengan ideologi tiga segi. UMNO adalah sebuah parti politik yang memainkan sentimen nasionalis sempit dengan ideologi menyamai fasisme; dan UMNO juga adalah sebuah parti yang mempertahankan feudalisme; dan disudut lain UMNO adalah parti yang bergerak kearah Kapitalisme. Ketiga-tiga deskripsi mengenai UMNO itu adalah begitu jauh antara bumi dengan langit jika nak bandingkan dengan Komunisme. Komunisme sudah tentu berlawanan dengan fasisme 100%, komunisme juga menentang feudalisma sehingga sisa-sisa feudalisme di Negeri China habis terhakis; dan sudah pasti kapitalisme menjadi musuh kepada Komunisme. UMNO pernah diketengahkan sebagai parti pragmatis. Pragmatis ini adalah "sesumpah", dia boleh jadi merah kalau bersama kumpulan mereah, dia jadi kuning kalau bersama kumpulan kuning, dia jadi biru kalau bersama kumpulan biru, dan dia boleh jadi apa-apa saja didalam kumpulan yang apa-apa saja. Didalam istilah yang mudah difahami UMNO adalah parti oporcunis. UMNO terlihat bahawa China kini boleh menjadi rakan dagang yang boleh memberikan keuntungan. Mereka berkawan dengan Komunis China untuk merebut peluang itu. UMNO telah memandang ke Timur untuk mendapat nikmat pengetahuan teknologi Jepun, tetapi Jepun tak semudah itu untuk mendedahkan kepakaran mereka di bidang sains dan teknologi, maka ideologi Pandang Ke Timur telah mati tanpa kubur. Di suatu ketika, secara lahiriahnya, UMNO cuba membawa rakyatnya supaya mengurangkan hubungan dengan Amerika dibawah ideologi Mahathirisme. Tetapi tidak disangka UMNO, kalau Amerika terbersing, Malaysia sudah demam selsema yang kuat, maka Mahathirisme ditolak mentah-mentah oleh Najib, bahkan Najib lebih berani lagi dengan mengujudkan hubungan dengan kumpulan Yahudi APCO. Jadi saya cukup jelek kalau UMNO ni nak dikatakan Komunis. Saya tetap mengatakan UMNO ini rasis, nasionalis sempit, terjerat antara feudalisme dan kapitalisme. Tetapi bukan Komunis! |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan