Jumaat, 9 September 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Selamat menonton kelaku buruk umno

Posted: 08 Sep 2011 09:16 AM PDT

Pengasas Penubuhan UMNO Bukan Orang Melayu ?

Posted: 08 Sep 2011 09:02 AM PDT




copy dari blog ckguBard....
Umno kini dikenali sebagai parti perkauman Melayu dengan namanya yang berbahasa Inggeris. Namun benarkah Umno itu sendiri parti Melayu ? atau ditubuhkan untuk mewarisi kerajaan penjajah.

Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum.

Salah satunya ialah rahsia ahli nombor 6, ketika penubuhan Umno itu sendiri. Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Alor Gajah, Perak.

Sedikit latar belakang,Sir Harold McMichael pada tahun 1945 telah ditugaskan oleh 'London' untuk mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu tetapi bila bertemu dengan DYMM Sultan Ibrahim (Johor), baginda Sultan telah tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut. Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Perbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim.

ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul.

Sultan sememangnya berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi Dato' Onn pengasas Umno berusaha bersungguh - sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan Sultan.

Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak McMichale. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr. DR. CHARLES JOSEPH PEMBERTON PAGLAR diberi keahlian UMNO bernombor # 000006

Persoalanya kini
1.apa asas penubuhan UMNO ?
2.Umno tubuh dengan antara pengasasnya bukan Melayu?
3.perjanjian apa yang sungguh - sungguh diusahakan untuk tandatangan Sultan itu ?
4. Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang. Kalau nak tubuh organisasi baru ciptaan British tentu susah nak yakinkan orang ramai, Maka British telah membuat satu perjanjian untuk tubuh malayan Union. British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?

Apakah sebenarnya berlaku sebenarnya ? che'GuBard bukan bijak sejarah, macam Khoo Kay Kim...nanti dia marah lagi. Cuma nak bangkitkan persoalan ini untuk sama kita fikirkan.

HADIAH SEMPENA SAMBUTAN HARI 1MALAYSIA

Posted: 08 Sep 2011 08:33 AM PDT


Berita terkini dari TV3 Al-Musyirikin pada jam 8.00 malam tadi.

Pembelian tambah nilai prepaid dan pek permulaan prepaid/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%, berkuatkuasa 15 Sept ini.

Haha!... Inilah hadiah istimewa sempena sambutan hari 1Malaysia kepada semua pengguna tegar prepaid di negara ini. Tahniah!... Anda mampu mengubahnya...

MB Pahang cipta sejarah

Posted: 08 Sep 2011 08:31 AM PDT


Sepuluh pemegang saham sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd hari ini memulakan mogok lapar sebagai protes terhadap kegagalan Kerajaan Negeri Pahang membayar ganti rugi kepada mereka. Mereka bertekad akan meneruskan mogok lapar di hadapan sebuah tokong di Segambut itu sehingga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob melunaskan bayaran saman berjumlah RM70 juta.
Seruan Gemilang memfailkan saman tersebut terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri pada Disember 2002 kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.
Seruan Gemilang menamakan Kerajaan Negeri Pahang sebagai defendan pertama dan Pengarah Perhutanan Negeri, defendan kedua.
Salah seorang pemegang saham, Johnson Chong pada sidang media mereka berkata, mereka terpaksa membuat tindakan nekad itu bagi menuntut keadilan dan hak mereka.
"Kami tidak mementingkan jumlah saman ini tapi apa yang kami mahukan ialah keadilan kerana kami mengikut undang-undang dalam saman ini," kata beliau yang sudah bersedia menghadapi sebarang kesan daripada mogok tersebut.
Seruan Gemilang ketika ini mengalami masalah yang kritikal dari segi kewangan untuk meneruskan operasi mereka manakala para pekerja sudah ramai yang berhenti akibat tidak mendapat gaji.
Dalam pernyataan tuntutan, Seruan Gemilang mendakwa pada 31 Julai 2000, defendan kedua (Pengarah Perhutanan Negeri) memberi kelulusan kepadanya bagi mengeluarkan kayu balak dari mukim itu bagi kawasan seluas 3,200 hektar.
Pada 13 Mei 2002, defendan kedua telah memberi kelulusan kepada Seruan Gemilang bagi mengeluarkan kayu balak dari baki kawasan seluas 800 hektar di tanah yang sama. Ini bermakna Seruan Gemilang telah diberi kelulusan untuk mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 4,000 hektar.
Bagaimanapun defendan kedua hanya membenarkan Seruan Gemilang mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala baki selebihnya telah diberikan kepada beberapa pihak ketiga untuk mengeluarkan kayu balak dari tanah tersebut.
Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan bahawa Seruan Gemilang hanya diberi lesen untuk menjalankan kerja pembalakan secara pemindahan bagi kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala bagi baki 1,200 kektar itu pula, defendan mendapati Seruan Gemilang tidak berminat untuk menjalankan kerja pembalakan di situ.
Mahu Adnan bertanggungjawab
Seorang lagi pemegang saham, Ramli Sulaiman, 42, mahu Adnan bertanggungjawab terhadap kegagalan itu dan menuntut hak mereka ditunaikan segera.
"Saya sangat tidak puas hati dengan sikap Menteri Besar yang tidak bertanggungjawab. Beliau janji nak bayar (saman) tapi sampai hari ini tidak bayar-bayar.
"Kami jadi susah disebabkan kerajaan negeri mungkir janji dan saya mahukan hak saya sebanyak RM3.5 juta daripada RM70 juta itu," kata beliau yang merupakan bekas anggota polis di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman dan bekas pengawal peribadi Sultan Pahang.
Beliau juga mahu Adnan meletakkan jawatan kerana gagal menunaikan janji dan menyusahkan rakyat.
"Kalau tak mampu nak pikul tanggungjawab, letak sahaja jawatan. ramai lagi yang layak jadi Menteri Besar," katanya.
Sepanjang mogok lapar itu, mereka tidak akan menyentuh sebarang makanan selain minum air kosong sahaja.
Turut bersama mereka pagi tadi ialah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

SAMAN !!! Mat Sabu hantar notis kepada Utusan !!

Posted: 08 Sep 2011 08:29 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 SEPT : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menghantar notis supaya Utusan Malaysia supaya menarik balik laporan dan memohon maaf di atas penyiaran laporan bertarikh 27 Ogos lalu yang didakwa berunsur fitnah.


Katanya, beliau memberikan tempoh selama 24 jam untuk berbuat demikian sebelum menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran laporan muka depannya bertajuk "Mat Sabu Hina Pejuang".


"Utusan Malaysia pada 27 Ogos yang tulisannya pada muka depannya langsung tidak sama dengan ucapan saya yang sebenarnya. Saya dengar berkali-kali.


"Ia telah menimbulkan fitnah dan kemarahan orang ramai terhadap saya.


"Fitnah itu terlalu berat dan besar akibat laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos, sehingga berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman berat yang saya lalui pada hari ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.


Sementara itu, peguammnya Mohamed Hanipa Maidin berkata, notis tersebut dihantar kepada ketua pengarang Utusan untuk menarik balik fitnah yang dilemparkan ke atas Mohamad.


"Kalau tak tarik balik, saya diarahkan untuk memfailkan saman minggu depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," katanya.


Ditanya mengapa tindakan menghantar notis itu dibuat sekarang, Mohamed Hanipa berkata, ini kerana laporan akhbar itu disiarkan ketika beberapa hari sebelum cuti Aidilfitri.


"Ia berlaku dalam suasana raya... Kita perlu masa untuk study dari aspek perundangan.


"Kira Utusan ni tak adillah, (siar) dekat raya, (waktu orang) bercuti," kata Mohamed Hanipa.


Selain itu, Hanipa berkata beliau juga diarahkan oleh memfailkan saman kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu berkenaan.


Mohamed Hanipa berkata beliau juga diarahkan oleh anak guamnya untuk menfailkan saman kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berhubung bil pembayaran perubatan pembedahan ligamen lututnya yang terkoyak dirempuh kereta polis pada 9 Julai lalu.-Malaysiakini

Tiada ulasan: