Isnin, 12 September 2011

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Lebih ramai pertikai Zainal Kling

Posted: 12 Sep 2011 02:54 AM PDT

Pelbagai pihak terus membidas kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (bawah) berkata , kenyataan MPN membawa kesimpulan dasar protectorate Inggeris sebagai "tujuan murni" dan seolah-olah mengiktirafnya sebagai "wira pelindung", sekali gus menafikan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan.

pkpim president ahmad fahmi mohd samsudin"PKPIM merasakan kenyataan MPN sebagai keliru dan tidak objektif apabila MPN dilihat gagal memberi tafsiran yang lengkap dan memuaskan tentang konsep 'kedaulatan negara'.

"Ini jelas dalam kenyataannya yang mendakwa bahawa walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak dibawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara." katanya.

Memetik pandangan terbaru sarjana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Historical Fact and Fiction (2011), Ahmad Fahmi berkata, fakta sejarah harus diteliti menyeluruh dengan mengambil kira nilai dan saling kaitan antara hingga membentuk rangkaian kesimpulan yang bermakna.

"PKPIM juga meyakini seseorang sejarawan bukan sekadar mampu mengutip fakta-fakta sejarah tetapi juga harus punya kekuatan akliyah bagi mentafsir bahan sejarah dengan mendalam dan tepat," katanya sambil menegaskan kenyantaan akhbar tidak boleh dipandang bernilai ilmiah.

Pada 9 September lalu, Zainal (kiri) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Bahan lawak antarabangsa

Bercakap dalam sidang media di Putrajaya, Zainal berkata, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah.

pkr congress 271110 zulkifli ibrahimKetua Penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim (kiri) pula berkata mengkritik tindakan panelis dalam forum MPN baru-baru ini yang didakwa langsung tidak menyebut sumbangan dan peranan ulama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, seperti Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhamad.

Sedangkan, katanya, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah pada 2008 pernah bertitah dengan sangat perihatin terhadap peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan.

Katanya, dalam sempena seminar ulama anjuran kerajaan negeri, baginda antaranya bertitah, sebagai kumpulan yang tidak bekerja dengan Inggeris, ulama berada dalam kedudukan yang lebih bebas menggemukakan tuntutan kemerdekaan secara terbuka.

"PKR menggesa kerajaan Perak supaya dapat melaksanakan titah baginda Sultan khususnya yang melibatkan institusi dan tokoh kemerdekaan di negeri ini.

"Titah sudah hamper 4 tahun berlalu, tetapi tiada tanda-tanda komitmen kerajaan Negeri pada hari ini," kata Zulkifly lagi.

sarawak pas deputy commissioner iii jofri jaraieeSementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Jofri Jaraiee (kanan) menggesa pengkaji sejarah tampil menjelaskan keadaan sebenar sebelum negara menjadi bahan lawak antarabangsa.

"Kita minta agar pengkaji sejarah bebaskan diri mereka daripada pengaruh mana-mana fahaman politik perkauman dan sebagainya agar rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang sejarah tanah air ini yang banyak mengelirukan," katanya.

universiti students higher education ministry memo 160307 nazree mohd yunusSementara itu, Ketua Pemuda PKR Negeri Sembilan Mohd Nazree Mohd Yunus (kiri) berkata, polemik secara keterlaluan dalam isu kemerdekaan, khususnya berkaitan komunisme oleh media massa dan NGO secara tidak langsung cuba membakar sentimen perkauman.

"Mempolemikkan isu komunisme secara salah dan tidak tepat tidakpun membantu perkembangan good governance (pentadbiran yang baik) serta hubungan kaum dan agama dalam negara ini," katanya sambil menggesa perbicangan difokus pada isu lebih utama seperti kenaikan harga barang keperluan asas.

'Bukti dipalsukan pada bicara kes rasuah Anwar'-Malaysiakini.com

Posted: 12 Sep 2011 02:42 AM PDT

Tuduhan salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 adalah salah kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

musa hassan police igp pc 250607 mumDakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

"Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

"Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua," katanya dalam surat itu.

mahathir book launch memoirs 080311"Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 "Doctor in the House", khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

"Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan," tulisnya lagi.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.

anwar ibrahim 1998 arrest reforamsi days 010708 black eye"Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran," katanya.

Hentikan Polemik Isu Komunisme, Fokus Isu Rakyat

Posted: 11 Sep 2011 09:05 PM PDT

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI SEMBILAN

12 SEPTEMBER 2011



1- Hari ini Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan menyatakan kekesalan atas polemik secara keterlaluan isu komunisme oleh sesetengah media massa dan NGO-NGO tertentu yang secara tidak langsung cuba membakar sentimen perkauman.


2- Cubaan mempolemikkan isu-isu seumpama ini tidakpun memberi manfaat dalam mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. Dalam keadaan Umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah puasa, menyambut Eidulfitri dan Sambutan Kemerdekaan Ke-54, sudahpasti silaturrahim dan hubungan perpaduan yang baik perlu digarap dikalangan masyarakat.


3- Mempolemikkan isu komunisme secara salah dan tidak tepat tidakpun membantu perkembangan 'Good Governance' serta hubungan kaum dan agama dalam negara ini. Justeru sewajarnya pihak media massa dan NGO-NGO yang terlibat perlu lebih memfokuskan terhadap isu-isu rakyat yang lebih utama.


4- Hambatan kenaikan harga barang keperluan harian rakyat seumpama gula, tepung, minyak dan bahan mentah ketika ini seharusnya menjadi perjuangan utama buat masa ini oleh pihak kerajaan dan NGO-NGO.


5- Tambahan pula ketika ini bebanan cukai perkhidmatan 6% telah dikenakan terhadap pengguna kad prabayar. Angkatan Muda Keadilan mendesak agar pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membatalkan bebanan cukai tersebut yang ianya membebankan rakyat khususnya anak-anak muda.


6- Isu komunisme boleh dibincangkan secara intelektual namun membawa isu ini secara politik keterlaluan menyebabkan rakyat muak dengan laporan-laporan polis oleh NGO-NGO yang terlibat. Pihak PDRM telah disibukkan dengan laporan-laporan yang tidak ada keperluan sedangkan isu jenayah semakin meningkat setiap hari termasuk kegagalan Ops Sikap PDRM ketika musim perayaan Eidulfitri tempoh hari.


7- NGO-NGO ini sebenarnya boleh berfungsi dengan lebih baik dengan menjadi 'pemantau harga' ke atas barangan keperluan harian rakyat yang semakin meningkat kosnya. Jika sikap ini yang diambil, sudah pasti sedikit sebanyak fungsi NGO (Badan Bukan Kerajaan) sekurang-kurangnya membantu secara langsung memperjuangankan hak rakyat daripada dibebankan oleh kenaikan harga barangan keperluan asas harian dan harga minyak petrol. Inilah perjuangan isu rakyat yang harus kita laksanakan bersama.

MOHD NAZREE BIN MOHD YUNUS
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN N. SEMBILAN

Kajian 'terawal' simpul Mat Indera bukan komunis

Posted: 08 Sep 2011 08:23 PM PDT

Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis.

Kajian tersebut latihan ilmiah untuk keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem.

mat indera 060911Tujuan tulisan itu untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Meskipun kajian tersebut dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat langsung dengan peristiwa tersebut, termasuklah Nawi Idrus, ketua pengawal kampung (home guard) dan rakan-rakan Mat Indera (kiri) yang menyertainya masuk ke hutan.

Kaedah wawancara ini paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka.

Setakat kajian Pusat Penyelidikan PAS (PPP), mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera.

Elit agama

Dalam kajian tersebut, pengkaji menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai:

"Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya."

NONESelain itu, Ayub juga pada muka surat 71 menyimpulkan Mat Indera seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

Beliau menyatakan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis "seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas".

Kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi dua orang gurunya iaitu Ibrahim Jubah dan Muhammad Yassin Muhammad (bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin).

Kedua-dua guru Mat Indera ini dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu.

Malah, menurut pengkaji lagi, pada mukasurat 30, Muhammad Yassin begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair.

Ucapan 'subversif' Muhammad Yassin

Dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.

Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai ketua cucuk tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

NONEFakta ini sekali gus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD (kiri, berkaca mata), bahawa Mat Indera menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi.

Semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA), sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.

Kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah CD dalam memoirnya.

Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah Komunis tetapi seorang nasionalis radikal.

Pemberontakan bersenjata

Sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 Tahun Merdeka, pada muka surat 357-358:

"Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Darurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat nasionalisme yang meluap-luap?"

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.

Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu?

Atau kepada perjuangan Datuk Dol Said di Naning, Datuk Maharajalela di Pasir Salak, Tok Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak?

Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu.

PPP melihat kenyataan Samad ini hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu (atas) dalam ceramahnya.

Syarikat konsesi tol kaut keuntungan RM13b

Posted: 08 Sep 2011 01:38 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan mengapa syarikat utama konsesi lebuh raya masih menaikkan kadar tol sedangkan mereka telahpun memperolehi semula kos pembinaan dan mengaut keuntungan "yang besar".

Timbalan Menteri Kerja Raya, Yong Khoon Seng, dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim di Dewan Rakyat, mendedahkan syarikat konsesi yang menguruskan 27 lebuh raya telah meraih sejumlah RM37.7 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM2.1 bilion pampasan daripada kerajaan.

dap on highway concessionaires 080911 showing documentsDengan kos pembinaan berjumlah RM26.4 bilion, ia memberi
keuntungan lebih RM13 bilion kepada syarikat konses, kata Lim yang juga setiausaha agung DAP, dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, Lim ingin tahu mengapa kadar tol terus meningkatkan, sedangkan mereka sudahpun mendapat keuntungan, dengan menyebut Lebuhraya Utara Selatan Projek (Plus) sebagai contoh yang ketara di mana tempoh konsesinya adalah sehingga tahun 2039.

Mengikut Statistik yang disediakan oleh Lim, Lebuhraya Utara-Selatan dibina dengan kos RM5.9 bilion, tetapi ia telah mengutip lebih RM23.5 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM735.2 juta pampasan daripada Kerajaan .

Laporan: Kabinet setuju guna dakwat kekal-Malaysiakini.com

Posted: 08 Sep 2011 01:26 AM PDT

Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.

Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.

pulau ketam village head election 310711 indelible inkLaporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih
sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu."

Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya.

Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan.

Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang - mulai 3 Oktober ini - dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya.

Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya.

Pendaftaran 2.3 juta PATI untuk tambah keahlian Umno?

Posted: 06 Sep 2011 10:06 PM PDT

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyatakan kebimbangannya kemungkinan Umno cuba menambahkan keahlian melalui pendaftaran lebih 2.3 juta pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi program pemutihan 6P.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa 2,320,034 PATI telah mendaftar dalam program tersebut yang berakhir semalam.

Pendaftaran itu dilakukan melalui sistem biometrik sejak 31 Ogos lepas meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 PATI.

"Nampak keadannya seperti kritikal, BN Umno kelihatan seperti cuba untuk menambah bilangan pengundi (yang menyokong mereka)," kata Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita KEADILAN.

Zuraida sebelum ini membuat pendedahan tentang kewujudan 'sumpah taat setia' kepada Umno dan Barisan Nasional yang perlu diangkat oleh pendatang asing dan PATI jika mereka mahu nama mereka diputihkan daripada senarai PATI.

Sumpah itu perlu dibuat mereka yang mendaftar untuk program 6P di agensi-agensi pekerjaan di Selangor.

Mengulas lebih lanjut, Zuraida berkata jika pendaftaran lebih 2.3 juta orang PATI itu dibuat untuk menambah keahlian Umno, ia sebenarnya merupakan bukti jelas parti itu tidak mendapat sambutan walau dari ahlinya sendiri.

"Walau pun ahlinya adalah seramai 2.7 juta orang, Umno tidak mungkin kalah di empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat jika semua ahlinya benar-benar mengundi Umno sewaktu pilihan raya umum ke-12 dahulu.

"Ini bermakna, ada di antara ahli-ahli Umno sendiri yang tidak yakin dengan Umno dan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu," kata Zuraida.

Justeru, kata Zuraida, perkara paling mustahak buat Pakatan Rakyat untuk terus disokong rakyat adalah terus merangka dan melaksanakan polisi-polisi yang memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Melalui cara itu, mana-mana warganegara yang baru sahaja mendapat kewarganegaraannya akan lebih cenderung untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat bagi membela nasib mereka.

"Kita berharap Pakatan Rakyat diberikan undi oleh mana-mana warganegara baru," kata Zuraida.

Perjanjian damai 1989 boleh ditafsir iktiraf komunis- Aziz Bari

Posted: 06 Sep 2011 09:57 PM PDT

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR: Perjanjian damai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis, kata Ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan keras Umno terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang menyifatkan Mat Indera sebagai hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.

"Memang benar, kerajaan Umno sendiri sebenarnya membuat perjanjian dengan PKM; ini pun boleh ditafsir sebagai mengiktiraf komunis sebagaimana mereka mengutuk Mat Sabu sekarang.

"Semua itu benar dan inilah hipokasi mereka. Umno boleh buat apa sahaja tetapi orang lain tidak. Beberapa tahun dulu polis menahan penyokong Pakatan kerana menganjurkan larian merdeka.

"Para pemimpin Pakatan juga tidak pernah dijemput dalam sambutan kemerdekaan. Pendeknya, mereka (Umno) mahu memonopoli sambutan merdeka," kata Aziz yang juga Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undnag-undang dari Universiti Islam Antarabangsa.

Antara lain, artikel 3 dalam perjanjian damai berkenaan menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia membenarkan bekas anggota PKM yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Manakala artikel 3.1 menetapkan bekas anggota PKM yang berasal dari Malaysia, dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang negara ini.

Kerajaan ketika itu menghantar enam wakil, antaranya Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Hanif Omar dan Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir ketika itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid Megat Ayub.

Manakala PKM pula diwakili Setiausaha Agungnya, Chin Peng, Pengerusi PKM, Abdullah CD dan Komander Rejimen Melayu ke 10- sebuah sayap Melayu dalam PKM, Rashid Maidin.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, apa yang penting pada masa kini adalah menyatakan sejarah secara jujur dan menyerahkan perkara itu kepada golongan cendikiawan.

"Saya fikir apa yang lebih tepat bukan menulis semula tetapi menyatakan sejarah sebagaimana seadanya. Yang sebenar. Untuk ini mereka yang pakar perlu diberi peranan. Terpulang kepada mereka membuat tafsiran; pastinya di kalangan mereka mempunyai pelbagai perspektif," kata beliau.

Aziz dalam pada itu turut diminta mengulas pandangan tokoh budayawan, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim yang menyatakan British tidak pernah menjajah tanah Melayu, sebaliknya menjadi negeri di bawah naungan negara eropah itu.

"Dari segi teknikal memang betul negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah kerana mereka hanyalah negeri lindungan (protected states) bukan tanah jajahan (colony) seperti Melaka dan Pulau Pinang.

"Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir," kata beliau.

"Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang," katanya lagi.

Sebab itu katanya, British menentukan soal pentadbiran termasuk sumber ekonomi dan kekayaan negara sebelum negara mencapai kemerdekaan.

"MCS (sekarang Pegawai Tadbir dan Diplomatik) sendiri ketika itu adalah alat pentadbiran British. Selepas merdeka baru ini semua 'diMalayakan'," katanya.

DAP DAKWA PENGUNDI POS RASAH GUNA IC PASANGAN TENTERA - mkini

Posted: 06 Sep 2011 08:01 PM PDT

DAP mendakwa sekurang-kurangnya 21 pengundi pos didaftarkan di bahagian Parlimen Rasah dengan kad pengenalan milik pasangan mereka yang merupakan anggota tentera.

Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke (gambar kiri) berkata, seramai 19 isteri dan dua suami yang didaftarkan di kem tentera dalam kawasannya mempunyai kad pengenalan yang mempunyai tarikh lahir pasangan masing-masing dan berakhir dengan digit yang memberi maklumat salah mengenai jantina.

"Kami tidak tahu sama ada pasangan ini benar-benar wujud," kata Loke yang juga Ketua Pemuda DAP.

Loke berkata, beliau mengesyaki nombor kad pengenalan terbabit adalah milik anggota tentera, yang mereka telah pun mendaftar di kem tentera menggunakan kad pengenalan tentera, sekali gus membolehkan seseorang mengundi dua kali.

Majlis agama N9 bina menara RM50 juta

Posted: 06 Sep 2011 08:55 AM PDT

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di kawasan seluas 0.77 hektar di Jalan Taman Bunga di Seremban.

Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin berkata menara tersebut yang akan dinamakan sebagai Kompleks Mains akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.

"Kompleks Mains ini akan menempatkan pejabat Baitulmal Negeri Sembilan, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Mains Holding dan anak syarikat milik Mains, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

"Manakala Bank Islam akan menjadi penyewa utama menara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata 13 tingkat menara berkenaan adalah untuk blok pejabat manakala satu tingkat untuk parkir dan satu tingkat lagi sebagai podium.

Kamal Amran berkata selain dataran untuk mengadakan pelbagai acara, antara kemudahan lain yang terdapat ialah kemudahan tempat makan dan gerai membeli-belah.

"Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013," katanya.

Beliau berkata pembiayaan menara tersebut datang dari dana sumber am iaitu hasil dari pelaburan saham, projek kuari dan ladang milik Mains.

"Ini bermakna, menara ini dibiayai sebahagiannya daripada pinjaman bank dan sebahagian lagi dari dana sumber am Mains," katanya.

Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata

Posted: 29 Aug 2011 01:35 AM PDT

Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.azlanHasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini.

NONEHanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 peratus), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68 peratus), penggunaan dakwat kekal (70 peratus) dan pembersihan daftar pemilih (88 peratus).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratus Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

azlan"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial - 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ketiga dengan 9 peratus dan berkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan agihan kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Mereka dipilih mengikut metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh semenanjung.

KESAL FUNGSI MASJID & RUANG KEBAJIKAN DISEMPITKAN DALAM BULAN RAMADHAN

Posted: 28 Aug 2011 10:11 AM PDT

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas

Bulan Ramadhan 1432 Hijrah yang sedang kita jalani selaku Ummat Islam di Malaysia perlu dilihat sebagai Madrasah Ramadhan atau Bulan Tarbiyyah bagi menyucikan jiwa dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT. Kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam yang kurniakan.

Seharusnya bulan Ramadhan dijadikan bulan untuk mengeratkan silaturrahim dan menjadi medan 'Fastabikul Khairat' ataupun sebagai bulan untuk kita berlumba-lumba melakukan kebajikan. Melakukan kebajikan merupakan salah satu daripada saranan Allah SWT dalam Al-Quran. Sudah pasti fungsi institusi masjid dan surau adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan ruangan untuk melakukan kebajikan seperti memberi sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadhan.

Namun yang saya kesalkan ialah terdapat masjid-masjid dan surau-surau yang merupakan Rumah Allah SWT yang telah disempitkan fungsinya dengan tidak memberikan ruang kepada Ahli Parlimen mahupun pemimpin Pakatan Rakyat untuk bersolat dan memberikan sumbangan kebajikan di Rumah Allah SWT tersebut. Ini merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak terlibat yang telah menyempitkan ruang melakukan kebajikan di masjid dan surau sempena bulan Ramadhan.

Apakah Rumah Allah SWT seperti masjid-masjid dan surau-surau sudah menjadi rumah politik parti tertentu sahaja? Apakah masjid-masjid dan surau-surau hanya menjadi masjid dan surau UMNO/BN sahaja sama ada di Telok Kemang ataupun N. Sembilan? Ini merupakan politik sempit kepartian yang jelas menunjukkan kedangkalan mereka tentang penghayatan Ramadhan sebagai bulan ibadah.

Umat Islam umumnya berasa kesal dengan situasi yang berlaku seumpama ini yang langsung tidak mencerminkan semangat ukhwah Ramadhan dan semangat 'Fastabikul Khairat' seperti mana yang dianjurkan oleh Al-Quran. Sewajarnya institusi masjid dan surau dibuka luas kepada mana-mana pihak untuk melakukan ibadah dan menyumbangkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan.

Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan perlu mengambil langkah-langkah segera bagi menangani fenomena 'menyempitkan fungsi masjid & surau'.

Selain itu, saya juga amat kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam menangani isu kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Saya membantah tindakan MPPD yang telah mencabut dan merampas kain rentang – kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat kononnya tidak mempunyai pelekat kebenaran untuk menggantung kain rentang tersebut. Namun apa yang dikesalkan ialah terdapat juga kain rentang bagi tujuan yang sama daripada pihak lain tidak pula dicabut dan dirampas oleh pihak MPPD walaupun tidak mempunyai pelekat kebenaran untuk digantung atau ditampal.

Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa majlis perbandaran telah bersikap tidak profesional serta menghalang usaha-usaha oleh Ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan Rakyat dalam memaknakan Ramadhan sebagai bulan untuk mengukuhkan silaturrahim. Sikap berat sebelah majlis perbandaran seumpama ini tidak wajar berlaku jika MPPD mengambil sikap bertanggungjawab dan menghormati bulan Ramadhan sebagai bulan ukhwah. Sikap negatif yang wujud dalam pentadbiran majlis perbandaran perlu diubah bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadhan.

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang

Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih

Posted: 27 Aug 2011 01:55 AM PDT

dipetik dari Malaysiakini.com

Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant electoral roll recordHasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara.

Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru.

Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant green cardSemakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu

Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap.

Malaysiakini
telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti.

azlanSebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat "kecuaian teknikal".

NONEPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan.

Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap.

Salam Aidilfitri & Kemerdekaan Ke-54

Posted: 26 Aug 2011 06:58 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan yang ke 54 negara.

Hari ini (Jumaat) rakyat akan mula bergerak pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari lebaran. Esok dan lusa juga dijangka gerakan besar rakyat balik kampung dan seperti biasa lebuhraya utama akan sesak. Walau apa pun keadaan, PKR Negeri Sembilan berharap semua rakyat yang pulang berhari raya agar berhati-hati memandu dan selamat tiba di kampung masing-masing.

Untuk menggelakkan kesesakan, para pengguna harus bijak merancang masa perjalanan dengan bergerak lebih awal.

Hari lebaran tahun ini juga turut bertindih dengan Hari Kemerdekaan ke-54 negara. Semoga kepulangan rakyat kota ke kampung-kampung akan turut membawa 'khabar benar' akan perjuangan PR kepada seluruh masyarakat luar bandar.

Semoga lebaran kali ini mencetus kesedaran rakyat secara menyeluruh dengan izin Allah SWT.


Fitnah II: Makmal DNA Jabatan Kimia tiada kelayakan antarabangsa

Posted: 24 Aug 2011 11:36 PM PDT

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II.

Ia sekaligus menambahkan keraguan yang sedia ada terhadap laporan dari Jabatan Kimia yang digunakan pendakwa raya dalam pendakwaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonalds sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi.

Menurutnya, mana-mana makmal yang menjalankan ujikaji ke atas DNA akan diakreditasi dengan sijil ISO17025 yang diperakui di peringkat antarabangsa.

Pensijilan ISO17025 itu pula dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat.

Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut.

Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu masa rehat mahkamah memberitahu wartawan bahawa pendedahan ini berlawanan dengan pengakuan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa.

"Sekarang kita periksa, makmal ini tidak pernah mempunyai ISO17025. Sedangkan, masa kita soal balas dahulu, beliau mengaku ada," kata Sankara Nair.

"Jadi, adakah ujian yang dijalankan menepati piawaian antarabangsa. Tentunya tidak," kata Sankara.

Sebelum ini, mahkamah turut digemparkan bagaimana sampel DNA Anwar diambil secara tipu helah dari tubuh beliau sewaktu direman selama satu hari di Bukit Aman.

Polis pada waktu itu sengaja menahan Anwar untuk mendapatkan sampel rambut, DNA beliau dari botol minuman, berus gigi dan juga tuala muka.

Tidak cukup dengan itu, calitan dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari juga tidak dikendalikan mengikut prosedur standard operasi (SOP) apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menyimpan sampel calitan itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau juga didapati membuka botol sampel dan menandakannya semula sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisa.

Pakar Australia: Borang proforma tidak lengkap, sampel DNA boleh tercemar

Posted: 23 Aug 2011 09:35 PM PDT

(Oleh: Ahmad Fadli)

Hari ini masuk hari ketiga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dengan pendakwaraya menyoal balas pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells.

Pakar berkenaan yang merupakan saksi ketiga peguambela, semalam memberitahu mahkamah bahawa sampel mani yang ditemui dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak bermakna dan tidak menghasilkan keputusan yang diingini.

Ini kerana sampel berkenaan diambil lebih dari dua hari atau lebih 36 jam selepas kejadian dikatakan berlaku.

Kejadian liwat berkenaan dikatakan berlaku pada 26 Jun 2008 dan sampel diambil pada tubuh Saiful antara 9 malam dan tengah malam 28 Jun 2008.

Tambahan, beliau berkata sampel tidak disimpan di balai polis sebaliknya diberikan kepada ahli kimia untuk diuji selepas dua hari.

Dr Wells, yang merupakan pakar dalam serangan seksual semalam berkata, apabila sampel diambil dari pengadu, beliau akan menjalankan pemeriksaan sendiri atau hanya ditemani jururawat tanpa sebarang kehadiran polis.

Ia katanya, bagi mengelakkan berlaku pencemaran dan memberikan tekanan kepada pengadu.

Dalam kes Saiful, empat doktor memeriksa dengan kehadiran pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira.

Dijangkakan pendakwa akan menyoal Saiful berhubung laporan perubatan Saiful yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur yang disifatkan Dr Wells sebagai tidak lengkap dan kurang tepat semalam.

Menyifatkan laporan perubatan yang diisi oleh para doktor di HKL itu sebagai tidak tepat dan samar-samar, Wells mendapati wujudnya percanggahan dan ketidaksamaan pada borang proforma HKL yang digunakan untuk kes-kes serangan seksual dengan laporan perubatan Saiful.

Lebih meragukan apabila catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ia harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Berikut lintas langsung yang dirakam oleh wartawan Keadilandaily pada perbicaraan hari ini.

9.02 pagi: Hakim Mohamad Zabidin mengambil tempat dan mahkamah mula bersidang.

9.05 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusoff Zainal Abiden memulakan soal-balas terhadap pakar forensik dari Australia, Dr David Wells.

Yusof menunjukkan laporan polis dibuat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada Dr Wells dan bertanya jika laporan itu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah perubatan.

"Ya, saya setuju ia boleh jadi sumber maklumat, " balas Dr Wells.

Namun, menurutnya, sejarah perubatan lain seperti samada pengadu pernah mengalami masalah perut meragam (bowel movement) juga perlu direkodkan.

9.13 pagi: Menurutnya, sejarah perubatan berkaitan perkara itu penting kerana melaluinya mahkamah dapat tahu samada pengadu pernah melalui pembedahan untuk masalah itu.

9.17 pagi: Sewaktu ditunjukkan borang proforma oleh Yusof, Dr Wells menegaskan ia tidak lengkap.

Menurutnya, borang itu merekod tuduhan yang dibuat pengadu sedangkan ia sepatutnya menjelaskan perkara yang terkandung dalam borang itu sendiri.

Proforma sepatutnya membantu merekodkan perkara seperti samada pelincir digunakan atau tidak, dan sebagainya.

Beliau juga berkata borang proforma itu sepatutnya merekodkan jika sebarang keganasan ada berlaku.

9.24 pagi: Yusof bertanya apa yang Dr Wells definisikan sebagai pemeriksaan lengkap.

Beliau menjawab ia adalah pemeriksaan hujung rambut ke hujung kaki. (Top to toe)

Beliau juga mempersoalkan borang proforma yang tidak menyatakan penemuan daripada calitan kapas dari mulut Saiful.

9.30 pagi: Menurutnya, memandangkan pemeriksaan terhadap Saiful dibuat lebih 48 jam daripada masa kejadian didakwa berlaku, doktor sebenarnya tidak perlu mengambil calitan kapas dari dalam mulut Saiful.

10.06 pagi: Yusof memohon mahkamah berhenti rehat selama 15 minit.

10.25 pagi: Mahkamah bersambung semula. Yusof meneruskan soal balas Dr Wells.

Yusof mencadangkan kepada Dr Wells bahawa sampel DNA yang diambil dari tubuh Saiful, jika ia tercemar, ia mungkin mengandungi DNA daripada empat orang doktor yang memeriksanya.

"Setuju, itu satu sumber pencemaran. Satu lagi sumber pencemaran adalah DNA daripada orang lain yang memang berada pada pakaiannya," balas Dr Wells.

10.45 pagi: Yusof seterusnya menarik perhatian Dr Wells kepada laporan perubatan yang menyatakan 'tiada penemuan konklusif penetrasi'.

Menurut Yusof, pada pemahamannya ia bermaksud tiada penemuan klinikal berlakunya penetrasi.

Dr Wells memberitahu beliau kurang bersetuju kerana perkataan 'konklusif' membawa maksud ada kemungkinan kecil wujud penetrasi.

Beliau menegaskan pendiriannya semalam bahawa doktor yang memeriksa perlu betul-betul pasti samada penetrasi berlaku atau tidak.

10.55 pagi: Yusof merujuk kepada buku tulisan Dr Wells yang menyatakan hubungan seks melalui dubur melibatkan lelaki dewasa juga boleh tidak mendatangkan kecederaan kepada individu yang diliwat.

Dr Wells bersetuju, dalam kes Saiful, jika tiada kecederaan, penetrasi dubur juga boleh berlaku.

11.13 pagi: Yusoff sekali lagi merujuk kepada buku tulisan Dr Wells dan bertanya tentang berapa lama biasanya spesimen mani boleh berada dalam tubuh mangsa serangan seksual sebelum ia boleh diambil sampelnya dan menghasilkan keputusan makmal yang memuaskan.

Dr Wells berkata ia biasanya di antara 36 hingga ke 48 jam.

11.15 pagi: Menurut Yusof, berdasarkan buku Dr Wells, setakat ini belum lagi terbukti bahawa sampel mani yang melebihi 48 jam tidak boleh menghasilkan keputusan ujian makmal yang baik.

Apa yang tertulis di dalam buku itu adalah tiada cukup penemuan telah diterbitkan dan kebanyakan kes serangan seksual yang direkodkan, sampelnya diambil dalam jangka masa 36 hingga 48 jam sahaja.

11.24 pagi: Yusof membacakan satu kertas kajian yang menyatakan sampel DNA air mani boleh ditemui walaupun selepas tiga hari hubungan seks melalui dubur berlaku.

11.33 pagi: Yusof meminta Hakim Zabidin menangguhkan mahkamah sebentar. Hakim menangguhkan mahkamah sebentar.

Pakar: Sampel DNA mungkin tidak bermakna

Posted: 23 Aug 2011 08:58 AM PDT

Sampel DNA yang berusia lebih daripada 36 jam tidak lagi dianggap sebagai bukti "bermakna", kata pakar patologi forensik Australia Dr David Wells pada perbicaraan kes liwat II hari ini.

anwar ibrahim and dna testingPada keterangannya ketika disoal oleh peguambela Sankara Nair, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Wells berkata adalah sukar untuk mendapatkan keputusan daripada spesimen seumpama itu,.

Sankara: Jika spesimen itu dalam rektum (pengadu) untuk 56 jam sebelum ia dikeluarkan, bolehkan sampel DNA didapati?

Wells: Saya akan sangat terkejut... Saya belum pernah terbabit dalam kes di mana DNA yang diambil dari dubur atau rektum hanya diambil selepas lebih daripada 24 hingga 36 jam setelah dimasukkan. Ia satu tempoh yang panjang tanpa udara kering ... Saya akan ragu-ragu untuk mendapatkan apa-apa hasil yang bermakna.

Pagi tadi, Wells memberitahu mahkamah bahawa dia lebih suka jika anggota polis tidak hadir semasa pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual.

NONEWells (kiri), yang mengkhusus dalam kes-kes serangan seksual, berkata dia lazimnya akan menjalankan pemeriksaan berseorangan dengan bantuan jururawat.

"Ini sangat sulit, ia menganggu, dan ada kemungkinan bahaya bukti dicemari.

"Mangsa mungkin berasa tidak selesa dan mereka mungkin merasa tertekan dengan kehadiran anggota polis," kata Wells - saksi ketiga pihak pembelaan.

Semasa pemeriksaan yang dijalankan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira berada di dalam bilik bersama-sama dengan doktor-doktor yang memeriksa Saiful.

Doktor yang merawat Saiful pada malam dia ke Hospital Kuala Lumpur adalah Dr Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan.

Menjawab soalan daripada pihak peguambela Sankara Nair semasa pemeriksaan balas, Wells menyifatkan laporan perubatan yang diisi oleh para doktor di Hospital Kuala Lumpur itu sebagai tidak tepat dan samar-samar.

azlanBeliau berkata terdapat percanggahan dan ketidaksamaan pada borang proforma HKL yang digunakan untuk kes-kes serangan seksual dengan laporan perubatan Saiful. Contohnya, borang proforma menyatakan terdapat pendarahan tetapi laporan perubatan sebaliknya mengatakan tidak ada.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ia harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya itu.

Anwar dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

'Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya'

Posted: 22 Aug 2011 10:20 PM PDT

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

SUMPAH JADI SENJATA POLITIK UMNO/BN

Posted: 22 Aug 2011 10:06 PM PDT

Kita bicara soal kebenaran, maka paksinya perlu berasaskan hujah kukuh. Ringkasnya bagi yang Muslim, agama Islam mengajar kita bahawa hukum hakam Islam diasaskan dengan hujah dan dalil. Politik sumpah-sumpah sudah semakin menjadi-jadi. Lebih parah ianya menjadi makanan pemuka UMNO/BN. Politik adalah sebahagian daripada agama. Maka ianya juga perlu berasaskan hujah dan dalil. Ini adalah orde baru politik yang mahu kita bentuk pada generasi anak muda mendatang. Politik baru adalah berasaskan hujah dan dalil. Bukan semata-mata politik sumpah-sumpah. Apakah sumpah seumpama ini mempermainkan agama?
Politik sumpah-sumpah sudah tidak ada tempat lagi dalam landskap politik Malaysia. Rakyat semakin sedar. Siapa yang tidak kenal dengan tokoh-tokoh sumpah. Nama-nama seperti Najib, Ezam, Umi, Saiful Zul Nordin dan Datuk Trio adalah tokoh-tokoh sumpah yang kita sendiripun tidak mengerti mengapa mereka ini memilih sumpah sebagai senjata politik. Jika begitu gamaknya maka Anwar Ibrahim juga boleh bersumpah untuk melepaskan diri daripada didakwa. Tetapi apakah makna semua ini? Apakah hukum tuhan boleh dilanggar sesuka hati. Apakah undang-undang negara boleh diketepi dengan hanya sumpah menyatakan bahawa tidak terlibat. Ini jelas menunjukkan kedangkalan tokoh-tokoh sumpah dalam mencermati perkara ini.
Apa kita mahu nanti semuanya bersumpah kemudian tidak ada yang mengaku selepas bersumpah, akhirnya orang akan mentertawakan sumpah dalam agama kita. Mahukah kita sumpah dalam agama ini dipermainkan. Saya masih ingat lagi sumpah keramat Pemuda Keadilan dibawah Ezam dahulu, sungguh lantang bersumpah selagi ada bulan dan matahari, maka keadilan dipertahankan dan kezaliman akan dibenamkan. Hari ini dimana makna sumpah ini? Bulan dan matahari masih ada, namun mereka yang lebih awal terbenam dalam kerosakan UMNO/BN. Terbenam bersama kezaliman. Bukannya membenam kezaliman. Keadilan bukan lagi dipertahankan bahkan keadilan telah mereka lawan dan cerca. Inilah makna sumpah politik mereka. Sumpah politik seumpama ini sudah tidak ada maknanya lagi dalam agama. Tidak ada nilai sumpah seumpama ini dalam mendaulatkan negara. Dahulu bicara keadilan, hari ini bicara menentang keadilan. Dahulu kezaliman ditentang, hari ini kezaliman didukung.
Kita boleh melihat dalam isu Kes Fitnah 1 dan Fitnah 2 terhadap Anwar Ibrahim, sumpah menjadi senjata pemuka UMNO/BN dalam membunuh karektor pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Hendak buktikan tohmahan video seks pun mahu bersumpah? Jadi dimana peranan institusi kehakiman jika sumpah sahaja dapat membenarkan apa-apa sahaja kenyataan? Seolah-olah hanya semata-mata dengan sumpah maka semua perkara boleh dibuktikan keabsahan dan kejituan kebenarannya. Apakah makna semua ini? Apakah tidak ada maknanya lagi Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Sivil dalam negara kita? Rakyat sudah semakin sedar akan perkara ini. Sumpah politik adalah sumpah berkepentingan. Sumpah oleh pemuka UMNO/BN kononnya untuk tegakkan kebenaran tidak ubah sekadar hanya ikrar kosong tanpa fakta dan hujah.
Atas dasar itu, haruslah kita bersama membawa perubahan dalam mencorakkan politik tanah air dengan membawa rakyat khususnya anak-anak muda dengan politik fakta dan hujah. Sumpah sahaja tidak memadai dalam perjuangan kerana telah ada contoh yang mengkhianati sumpah keramat perjuangan yang harus kita ambil iktibar. Lihatlah dibawah ini Sumpah Keramat Pemuda Keadilan ketika Ezam menjadi ketuanya. Apa sudah jadi dengan sumpah ini. Sebab itu hari ini perjuangan anak muda bukan dengan sumpah tetapi dengan fakta, hujah dan dalil kebenaran. Kerana itu yang diajar agama. Bersama anak muda kita berjuang demi keadilan dan kebenaran berasaskan nilai yang benar bukan sekadar omongan sumpah berbakul-bakul. Bimbang nanti, anak muda universiti juga akan bersumpah dengan para pensyarah bahawa mereka menjawab betul dalam peperiksaan bagi mendapatkan simpati markah walaupun jawaban sudah tersasar daripada soalan. Akhlak dan moralnya, harus anak muda sedar, sumpah semata tidak banyak menyelesaikan masalah. Jangan lupa, Pak-pak Menteri juga bersumpah untuk menjaga amanah dan kerahsiaan negara ketika mengangkat sumpah menjadi Menteri, namun yang rasuah juga ada dikalangan mereka. Kalau bersumpah seumpama pada 'level' itupun sudah dikhianati, jadi apa lagi pada sumpah-sumpah yang lain.


Nazree Yunus, Ketua AMK N. Sembilan
SUMPAH KERAMAT PEMUDA KEADILAN!
Sumpah Keramat Pemuda keADILan beriltizam untuk berdiri teguh berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dengan ikrar :-
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Menyedari, Negara Terus Dilanda Kezaliman
Menginsafi, Umat Perlukan Perubahan
Mengakui, Keadilan Mesti Ditegakkan
Maka - atas nama kemuliaan dan perjuangan
Atas nama kesucian agama
Atas nama kedaulatan negara
Atas nama kehormatan Rakyat Jelata
Kami bersumpah - Selagi ada bulan dan matahari
Selagi hayat dikandung badan
Keadilan tetap kami pertahankan
Kebenaran tetap kami tegakkan
Kezaliman tetap kami benamkan
Pembohongan dan Sandiwara tetap kami hancurkan
Jiwa dan nyawa kami taruhkan
Inilah sumpah kami
Sumpah Keramat, Pemuda keADILan
Reformasi! Reformasi! Reformasi!

Surat Terbuka Kepada MB Negeri Sembilan

Posted: 21 Aug 2011 11:27 PM PDT

Kepada,

YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan,

Menteri Besar Negeri Sembilan,
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan. 22 OGOS 2011

YAB. Dato' Seri,

Membantah Penempatan Pelarian Australia di Port Dickson
1. Saya membawa pandangan rakyat membantah penempatan pelarian dari Australia di Port Dickson yang dilihat tidakpun memberikan kesan positif terhadap imej pelancongan Port Dickson. Tindakan kerajaan negeri membenarkan Port Dickson menjadi transit kepada pelarian dari Australia ini dilihat bertentangan dengan semangat menaikkan imej Bandar Port Dickson sebagai pusat dan destinasi pelancongan di sebelah pantai barat.
2. Mereka akan ditempatkan di Rumah Cycle Carri dan di Cresent Peak (bekas hotel) sebagai penempatan pelarian. Saya melihat situasi ini tidak memberi manfaat kepada rakyat Port Dickson daripada aspek pembangunan, keselamatan dan pelancongan. Dasar negeri tidaklah harus membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing.
3. Secara peribadi saya melihat bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh menjadikan Port Dickson sebagai tempat lambakan perkara negatif kerana ini bertentangan nilai dengan salah satu daripada Strategi Pembangunan Kerajaan Negeri iaitu 'Mempelbagaikan produk pelancongan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur untuk menarik kedatangan pelancong serta menggalakkkan penyertaan sektor swasta dalam pelaburan pelancongan'. Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi tersebut.
4. Disamping itu, saya bimbang sekiranya tidak ada sesuatu sistem keselamatan yang baik di kawasan tersebut memungkinkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini terhadap penduduk tempatan. Saya juga bimbang akan keselamatan pengunjung dan pelancong yang mungkin terganggu gugat dengan kewujudan pusat transit pelarian ini.
5. Kebimbangan saya lebih diperkuat dengan terdapatnya laporan ada pihak hotel yang dikelirukan dengan rancangan ini dengan makluman kononnya hotel mereka hendak disewa bagi tujuan kegunaan kumpulan jurutera dan kemudiannya ditukar untuk kegunaan latihan pengurusan pula. Namun, setelah terbongkar tujuan penyewaan pihak tertentu itu yang sebenar, pihak hotel telah membatalkan tempahan kerana tidak mahu menanggung risiko walaupun akan terlepas kesempatan mengaut keuntungan yang besar. Tujuan pihak penganjur mengelak daripada mengamalkan keterbukaan lebih menguatkan lagi kecurigaan orang awam.
6. Saya berpendapat membiarkan Telok Kemang atau Port Dickson menjadi lokasi lambakan projek-projek seperti pembuangan sisa-sisa pepejal, loji-loji perusahaan tenaga bebas, loji-loji penapis minyak dan juga sebagai tempat pelupusan sistem kumbahan ke laut, sudah cukup untuk mencemarkan nama pantai ini sebagai satu-satunya tempat pelancongan yang unggul di negara ini.
7. Saya mengesyorkan agar Kerajaan Negeri membuat ketetapan untuk tidak membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing bagi menjaga imej bandar Port Dickson sebagai pusat pelancongan. Saya juga sebagai rakyat Negeri Sembilan tidak mahu imej Port Dickson sebagai destinasi pelancongan tercalar disebabkan kewujudan pusat penempatan pelarian yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat tempatan serta tidak bermanfaat langsung kepada Bandar Port Dickson sebagai tempat pelancongan.
Salam Hormat & Salam Perjuangan,
Yang ikhlas,
YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang
22 Ramadhan 1432 H/22 Ogos 2011

Proses Pemutihan PATI, Bukti BN Semakin Terdesak

Posted: 18 Aug 2011 09:53 PM PDT



YB Nik Nazmi Nik Ahmad

Pembongkaran demi pembongkaran berhubung kepincangan Program Pemutihan Pendatang Asing (6P) baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak serta sanggup melakukan apa sahaja taktik kotor bagi memastikan mereka terus kekal berkuasa.

Malah, tindakan terdesak itu juga jelas menggambarkan bahawa segala taktik kotor itu didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini berikutan, Najib didakwa pernah mengeluarkan arahan agar Umno Selangor bekerja bersungguh-sungguh dan menggunakan segala senjata yang ada bagi membolehkan Umno-BN menawan kembali negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara tersebut ternyata menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat kerana ia melibatkan keselamatan dan masa depan negara.

"Kita tidak terkejut tapi agak khuatir tentang masa depan dan keselamatan negara kita kerana perkara sebegini boleh dibuat sewenang-wenangnya. Kita juga prihatin dengan masa depan pendatang asing kerana mereka seolah-olah diancam sekiranya tidak memberikan sokongan yang diperlukan," katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Nik Nazmi, perkara tersebut juga jelas melanggar undang-undang malah tidak bertepatan dengan nilai-nilai agama Islam mahupun bangsa Melayu seperti yang di uar-uarkan selama ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan salinan surat sumpah kepada media selain mendakwa ianya sebahagian daripada syarat tetap yang perlu dipatuhi warganegara asing.

Helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Namun begitu, gerak kerja penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai situasi sebenar yang berlaku perlu diteruskan dan beliau percaya rakyat kini sudah cukup matang untuk menilai perkara sebenar walaupun cubaan penipuan ini akan berterusan.

Malah, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan mengambil mudah situasi ini sebaliknya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

Dana RM1 juta kepada usahawan IKS Selangor

Posted: 18 Aug 2011 07:30 PM PDT


YB Dr Hj Yaakob Sapari

Jawatankuasa Pemilihan Dana Industri Kecil yang dipengerusikan oleh YB Dr Hj Yaakob Sapari pada 15 Ogos 2011 telah meluluskan seramai 87 orang usahawan yang berdaya maju layak menerima bantuan melalui Program Dana Industri Kecil.

Menurut YB Dr Yaakob Sapari, dana yang diberikan ini adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai usahawan menceburi bidang keusahawanan.

Disamping itu, ia juga mencerminkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat dalam membantu usahawan yang bersifat berdaya saing

Dana yang berjumlah RM1 juta ini adalah bertujuan untuk membantu pengusaha industri kecil yang berdaya maju supaya dapat meningkatkan hasil jualan mereka dengan memberi mesin peralatan.

Kesemua penerima dana ini perlu menghadiri kursus yang akan dikendalikan oleh kerajaan negeri. Kursus keusahawan ini berperanan untuk meningkatkan daya kreativiti usahawan dalam perniagaan, serta memberi pendedahan tentang kaedah pengurusan kewangan secara berkesan.

Bagi penerima dana pada tahun 2011 ini, kerajaan negeri meluaskan skop kreteria bidang perniagaan antaranya ialah pakaian, makanan, salon kecantikan, bengkel pembuatan dan lain-lain.

Malah, kerajaan negeri juga sanggup menawarkan usahawan-usahawan makanan untuk membantu mereka dalam meningkatkan kualiti pembungkusan makanan.

Tegas YB Yaakob lagi, dasar kerajaan Selangor Pakatan Rakyat membimbing usahawan IKS secara konsisten merupakan usaha yang berterus dalam melahirkan lebih ramai usahawan.

Berbanding dengan kerajaan UMNO/Barisan Nasional, Dasar Ekonomi Baru (DEB) jelas merupakan satu dasar yang pincang yang hanya menguntungkan ahli UMNO dan kroni-kroni mereka sahaja.

Pejabat YB DR Hj Yaakob Sapari

EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong

Posted: 18 Aug 2011 07:25 PM PDT

dipetik dari Malaysiakini.com

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

NONEAbdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

NONEZulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

NONEAbdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".

Bukti BN seludup pengundi

Posted: 15 Aug 2011 11:55 PM PDT


dipetik dari Malaysiakini.com

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin hari ini mendakwa, BN sedang "menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing."

Zuraida (bawah, bertudung) mendakwa, beliau mempunyai bukti dan saksi bahawa usaha itu dijalankan melalui program pemutihan 6P yang sedang berjalan.

NONE"Wanita PKR berjaya menyelinap masuk ke dalam program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.

"Wanita PKR sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Beliau turut menunjukkan satu helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Helaian berkenaan turut diedarkan kepada wartawan dalam sidang media hari ini.

Kumpul sepuluh saksi

Ketika ditanya, Zuraida mendakwa helaian berkenaan merupakan "bukti sahih" kerana "kita masuk ke sana dan ambil bahagian sebagai salah seorang daripada (pendatang asing)."

Jelasnya, beberapa orang "kawan-kawan kita" berjaya memasuki pusat pemutihan yang enggan dipastikan lokasinya itu dan berjaya mendapat salah satu daripada salinan dokumen itu keluar.

NONE"Setakat ini kita ada sepuluh orang saksi. Kita sedang kumpul lebih banyak bukti sebelum kita bawa mereka ke hadapan untuk dedahkan (perbuatan tersebut)," katanya.

Zuraida hanya berkata, PKR sebelum ini membuat pendedahan mengenai kegiatan memberikan kerakyatan kepada pengundi, yang didakwa berlaku di Sepang, Hulu Selangor dan Shah Alam.

"Kita akan dedahkan banyak lagi bukti lebih konkrit," katanya lagi di sidang media yang turut dihadiri dua orang wakil rakyat PKR Selangor -- Elizabeth Wong dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Saman fitnah RM200 juta Felda: Tan dibebaskan

Posted: 15 Aug 2011 08:39 PM PDT

dipetik dari Malaysiakini.com

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah RM200 juta yang dikemukakan oleh Felda ke atas seorang bekas timbalan menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong,- yang sekarang menganggotai PKR.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof berkata walaupun beliau berpendapat artikel berkenaan berbaur hasutan, Felda gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.

Katanya, Felda telah gagal memanggil wartawan yang menulis artikel berkenaan.

"Berikutan ini, kes ditolak dengan kos," katanya.

NONEHakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, smeskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000.

Tan yang menitiskan air mata kegembiraan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada hakim dan berkata tindakan itu tidak akan membantutkan usahanya memperjuangan keadilan dan kebenaran.

Sementara itu, ketua PKR Johor dan juga naib presiden parti itu Datuk Chua Jui Meng yang juga hadir di mahkamah berkata saman itu jelas bermatlamat menjadikan Tan bankrap.

"Ramai yang berdoa mengharapkan saman itu ditolak. Adalah baik bahawa mahkamah tidak ditekan atau dipengaruhi oleh pihak tertentu. Kes ini membuktikan bahawa masih terdapat hakim yang baik," katanya.

Pada 25 Januari lalu, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd menyaman Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.

NONEDan artikel lanjutan di muka tiga di bawah tajuk 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Mereka mendakwa artikel itu telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.


Tiada ulasan: