Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Rakyat naik komuter buruk, PM naik jet mewah
- Jeti di Terengganu usang, berbahaya dan memalukan
- Dato Tuan Ibrahim 14 Sep 2011 di Kuala Pilah
Rakyat naik komuter buruk, PM naik jet mewah Posted: 11 Sep 2011 06:30 PM PDT 9 Sep 2011 - 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Segala yang dicurah di sini, adalah dari perngalaman sendiri dan teman-teman yang 'terpaksa' menggunakan komuter setiap hari, yang sewajarnya 'Pak Menteri' pengangkutan tahu dan rasai. Suatu hari, sewaktu pulang kerja ada kejadian yang tak diingin dalam komuter berlaku. Ada seorang wanita pitam. 2 faktor yang membuatkan ia berlaku adalah kerana sistem penghawa dingin (sila baca panas) yang memberikan kehangatan dan ketiadaan tempat duduk. Bayangkanlah sekiranya mereka dari Kuala Lumpur, atau lebih jauh lagi Rawang, nak menuju ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan, dekat 2 jam lebih memakan waktu. Pernah suatu hari tu, komuter yang sepatutnya tiba jam 3, tertunda sehingga berjam-jam lamanya sehingga melepasi waktu Maghrib. Memang sesuatu yang sungguh tak wajar! Sering alasan di beri dari corong pembesar suara, "Akibat kekuarang tenaga ....." Apa motifnya pemberitahuan itu? Apakah komuter tu guna tenaga elektrik sebagaimana di rumah-rumah kita? Sesuatu yang bodoh lagi menghinakan (bagi kamu KTM) kiranya itu adalah satu penipuan besar kamu! Ikuti luahan penuh rakyat didahulukan tersebut yang merupakan pengguna komuter di http://atriza.blogspot.com/2011/09/keretapi-tanah-melayu-ktm-komuter.html SAMM LAPOR SALAHGUNA DANA AWAM OLEH NAJIB UNTUK BERCUTI September 09, 2011 Laporan Polis telah dibuat oleh penyelaras SAMM negeri masing - masing di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan laporan telah dibuat oleh Sdr. Saufi Mi'ad, Penyelaras SAMM NS. Laporan Polis yang dibuat jam 10.45 pagi di Balai Polis Seremban 2 seperti dibawah : Portal berita dalam talian, Malaysiakini.com pada 2 September 2011 telah melaporkan berita Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak telah pergi bercuti ke Perth Australia pada tarikh 31 Ogos 2011 dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia no. pendaftaran 9M-NAA. Pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd. Repot Polis sepenuhnya di http://chegubard.blogspot.com/2011/09/samm-lapor-salahguna-dana-awam-oleh.html |
Jeti di Terengganu usang, berbahaya dan memalukan Posted: 11 Sep 2011 06:29 PM PDT 12 Sep 2011 - Walaupun Jeti Merang sudah beroperasi hampir 20 tahun dan menjadi pintu masuk utama pelancong dari dalam dan luar negara ke Pulau Redang, tiada usaha dilakukan pihak berkuasa, terutama Kementerian Pelancongan untuk membina jeti baru, walaupun pengambilan balik tanah dilaksanakan kerajaan negeri lebih 12 tahun lalu. (Dah berapa kali masuk akhbar berita ni, namun kerajaan BN tak kisah, sebabnya mereka yakin Umno akan terus berkuasa di Terengganu selepas PRU-13, tak percaya baca di http://amkns.blogspot.com/2010/11/jeti-daif-dan-uzur-di-terengganu.html . Nasib kaulah rakyat Terengganu) Dalam sehari, lebih 800 pelancong terutama dari luar negara dan mencecah 3,000 sehari pada musim cuti, terutama dari China menggunakan jeti yang dibina sendiri pemilik dan pengusaha pusat peranginan untuk ke Pulau Redang itu. Ada antara jeti diperbuat daripada kayu dan papan lapis berlubang dan reput. Jika tidak berhati-hati ketika meniti untuk naik atau turun bot boleh membahayakan keselamatan pelancong. Gerai jualan kraf tangan di kawasan itu juga tidak tersusun, sekali gus tidak mencerminkan imej tinggi sektor pelancongan negeri ini. Kewujudan Jeti Merang yang sepatutnya memberi kesan limpahan ekonomi kepada penduduk sekitar, bagaimanapun tidak menjadi kerana kawasan itu sepi seperti jeti pada zaman purba, selain tiada kemudahan asas dibina termasuk gerai niaga sedangkan ia berpotensi menjadi destinasi santai untuk orang ramai. Pengusaha bot pelancong, Ya Salleh, 59, berkata jeti kayu bagi memudahkan pelancong menaiki bot ke Pulau Redang dibina sendiri pengusaha bot pelancong membabitkan perbelanjaan antara RM5,000 hingga RM10,000. Katanya, jeti diperbuat daripada kayu dan papan lapis itu bukan saja digunakan pelancong dalam dan luar negara, malah pemimpin utama termasuk pegawai Kementerian Pelancongan untuk menaiki bot ke pulau peranginan itu. "Ada empat pengusaha bot pelancong Bumiputra mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan bot laju untuk ke pulau peranginan itu, tetapi keadaan jeti uzur cukup memalukan mereka. "Kita difahamkan, peruntukan pembinaan jeti baru dan ruang niaga sudah diluluskan Kementerian Pelancongan lebih 10 tahun lalu, tetapi sehingga kini tiada tanda pembinaan jeti dilaksanakan," katanya. Penduduk, Tawang Ali, 58, berkata keadaan jeti kayu dan papan lapis cukup memalukan pengusaha pelancongan dan pemilik bot pelancong, tetapi jeti itu terpaksa digunakan kerana tiada kemudahan jeti lebih elok dibina kerajaan. "Ada pelancong cedera berikutan terjerlus ketika meniti jeti untuk menaiki dan menuruni bot, tetapi kami tidak mampu membina jeti simen kerana perbelanjaan tinggi. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JetiMerangmemalukan/Article |
Dato Tuan Ibrahim 14 Sep 2011 di Kuala Pilah Posted: 11 Sep 2011 06:28 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan