Anwar Ibrahim |
- MES: Selangor Telah Belanja RM465 Juta
- Pakatan Rakyat : Tarikh PRU-13 Mesti Ditetapkan Bersama
- Dusta Kerana Terdesak, Kisah Najib Dibongkar Pelajar Malaysia di Perth
- Hipokrasi Pemimpin UMNO
MES: Selangor Telah Belanja RM465 Juta Posted: 13 Sep 2011 07:36 PM PDT Sejumlah RM465 juta telah dibelanjakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak tahun 2008 sehingga April 2011. Jumlah ini meliputi fasa pertama hingga ketiga yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri pada Program 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 20 Jun 2008, kira-kira tiga bulan selepas mengambil alih pemerintahan negeri itu. Antara program fasa pertama itu termasuk Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Emas, Tabung Pendidikan Anak-anak Pelajar Ladang, Bekalan Air Percuma Bagi 20 meter padu Pertama, Program Meningkatkan Hasil Batuan Dan Mineral serta Program Khidmat Krisis Sehenti (OSCC). Bagi fasa kedua pula meliputi Cuti Bersalin 90 hari, Cuti 14 hari untuk suami yang isterinya bersalin dan Cuti Kematian Suami 30 hari. Fasa ketiga pula merangkumi Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Selangor (SkimSEL), Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) dan juga Pusat Dialisis Rakyat. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar)menjelaskan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri di dalam program tersebut adalah satu usaha untuk mengembalikan hak rakyat kepada rakyat. "Kerajaan negeri melakukan sesuatu yang baik untuk rakyatnya dan kita lihat sebanyak RM465 juta telah diperuntukan sejak dari mula-mula Program MES ini dilancarkan sehingga April 2011 dan ia melibatkan seramai 4,772,501 orang rakyat negeri Selangor. "Jika sebelum ini banyak tentangan mahupun ketidak yakinan timbul apabila program tersebut ingin dilancarkan tetapi satu yang luar biasa berlaku apabila rakyat sudah dapat melihat secara jelas kejayaan program tersebut, “katanya dalam satu temubual khas dengan Harakahdaily. RM382 juta untuk 20 meter padu air percuma Menurut Faekah, peruntukan paling besar dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat adalah pemberian bekalan air percuma 20 meter padu Katanya, hampir RM382 juta kos yang ditanggung kerajaankerajaan negeri untuk tujuan itu merangkumi 4.77 juta rakyat selangor. "Walaupun dua puluh meter padu ini kita lihat amat kecil tetapi kepada rakyat yang berpendapatan rendah merasakan ia adalah satu jumlah yang besar dan setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan beban kepada mereka. "Kita mahukan rakyat merasai kekayaan negeri ini dan dengan cara ini sahajalah kenikmatan tersebut dapat dirasai oleh rakyat," sambung beliau lagi. Dalam pada masa yang sama beliau tidak menolak masih terdapat rasa tidak puas hati berhubung isu pemberian air percuma itu, terutamanya tuduhan mengatakan kerajaan negeri tidak membayar bil kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Dalam penjelasannya kepada Harakahdaily, Faekah berkata Isu tidak membayar bil sehingga menyebabkan berlakunya pemotongan bekalan air dan menjadi tomahan kepada pihak tertentu adalah tidak benar sama sekali, dan sebenarnya setiap bil mahupun bayaran dibayar secara terus kepada Syabas tanpa ada sebarang tunggakan "Yang berlakunya pemotongan bekalan air itu adalah melibatkan penggunaan meter secara pukal di kediaman seperti flat mahupun pangsapuri. Pihak kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik bagi mengelakkan perkara tersebut berulang dengan memberi kupon air percuma kepada penduduk di kediaman tersebut setiap bulan. "Kita mahukan yang terbaik untuk rakyat dan setiap permasalahan yang berlaku perlu diselesaikan agar rakyat terus dapat menikmati apa yang telah disediakan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.,” katanya. **Siri kedua menyusul esok… This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Pakatan Rakyat : Tarikh PRU-13 Mesti Ditetapkan Bersama Posted: 13 Sep 2011 02:12 AM PDT Pakatan Rakyat mahu terlibat sama menentukan tarikh pilihan raya umum bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas. Ini antara lima prasyarat yang dibentangkan dan mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan berhubung perkara itu sebelum mereka memutuskan menyertai PSC. “Kerajaan memberi jaminan tentang pembubaran parlimen dengan kata sepakat BN dan Pakatan, seperti mana yang diamalkan di UK antara parti Konservatif dan parti Liberal Demokrat. “Apa salah ia menjadi satu amalan, supaya nampak iltizam untuk reformasi pilihan raya,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (atas, berjaket). Beliau berkata demikian dalam sidang media Pakatan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke. Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Najib tidak perlu gopoh membubarkan parlimen sebelum membuat pembaharuan sistem pilihan raya. Katanya, kerajaan juga masih mempunyai masa sehingga 8 Mac 2013 untuk membolehkan PSC mengkaji cadangan pembaharuan itu. “Kalau (Datuk Seri) Najib ikhlas benar-benar mahukan reformasi pilihan raya, masih ada masa, tak perlu tergopoh gapah untuk bubar parlimen. “Jawatankuasa khas parlimen diberi masa enam bulan, dengan menugaskan (mereka) memberi pandangan dan kerajaan (boleh) memenuhi cadangan mereka. Kita punyai masa,” katanya. Nurul Izzah mahu menteri berhubung terus Salahuddin berkata, Pakatan akan “menimbangkan untuk memberikan sokongan” berhubung perkara itu sekiranya cadangan jawatankuasa itu melibatkan pindaan perlembagaan. “Mesti ada jaminan serius daripada Najib sebelum 3 Oktober (tarikh parlimen bersidang),” katanya. Jaminan yang yang dminta mereka juga mengenai lapan tuntutan BERSIH 2.0 supaya perkara dalam bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaksanakan segera. Menurutnya jawatankuasa khas itu perlu diberi ruang waktu dengan selesa untuk membincangkan reformasi sistem pilihan raya. “(Hendaklah) memasukkan agenda isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebagai satu terma rujukan jawatankuasa itu. “Dan kelima, cadangan jawatankuasa itu hendaklah ditunaikan oleh kerajaan. Bukan satu jawatankuasa, memberi cadangan, kemudian tak tahu cadangan itu (pergi) ke mana,” katanya. “Kita tidak mahu, masuk atau sertai (jawatankuasa itu) dengan tidak ada satu pun jaminan yang melambangkan seriusnya kerajaan untuk mereformasikan khususnya pada pilihan raya akan datang,” katanya. Ditanya sama ada Pakatan akan memboikot sekiranya salah satu jaminan itu tidak ditunaikan, Salahuddin berkata beliau “tidak mahu bercakap tentang boikot”. “Kita bercakap tentang jiwa besar kita… Kita tunggu jawapan daripada perdana menteri. “Jadi jangan rosakkan suasana harmoni dengan andaian tidak baik kepada PM. Kita bersangka baik dengan PM,” katanya. Sehubungan itu, pihaknya akan menghantar surat kepada Najib dalam beberapa hari lagi supaya jaminan tersebut menjadi asas kepada jawatankuasa berkenaan. Nurul Izzah pula berkata, mereka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berhubung terus dengan mereka bagi “melanjutkan kerjasama” berhubung perkara itu. Ini kerana, tambahahnya, perkara itu sebelum ini hanya dapat diikuti melalui laporan media. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Dusta Kerana Terdesak, Kisah Najib Dibongkar Pelajar Malaysia di Perth Posted: 13 Sep 2011 12:08 AM PDT Ia bukan lagi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang behadapan dengan saat-saat genting. Beliau dan pentadbiran beliau beserta parti UMNO telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang tidak berpenghujung. Namun begitu, mereka seolah-olah tidak mempunyai niat apa-apa untuk menghentikannya atau ia telah menjadi tabiat mereka dan mereka tidak lagi mampu mengelaknya. “Mereka telah menjadi orang-orang yang pendusta bersiri – tiada ubatnya,” Ahli Parlimen PKR, Gopeng Lee Boon Chye; seorang doktor yang terkenal, memberitahu Malaysia Chronicle. Insiden terbaru melibatkan Najib, yang telah dilihat keluar secara senyap-senyap dari negara ini untuk berehat sebentar di Perth Australia pada Hari Kebangsaan Malaysia , 31 Ogos yang lepas. PM tidak membuat apa-apa pengumuman sungguhpun dari segi protokol beliau dikehendaki untuk berbuat demikian. Walaubagaimanapun, malang baginya, pesawat – jet kerajaan Malaysia telah dikesan mendarat di lapangan terbang Australia. Diselamatkan oleh FBC Media dan Bernama Apabila digesa untuk berterus terang mengenai perkara itu dan ditanya jika beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kemudahannya pergi bercuti peribadi; agensi berita nasional Bernama melakukan beberapa kerja PR yang mewah untuknya. Pada hari Ahad, Bernama mendakwa Najib telah pergi ke Perth untuk menghabiskan Hari Raya bersama pelajar Malaysia di sana. Ini berlaku pada hari Sabtu, Hari Raya telah jatuh pada hari Selasa dan beliau berangkat pada hari Rabu, iaitu pada Hari Kebangsaan. Perkara itu menjadi lebih teruk, apabila Bernama berkeras mendakwa pelajar di Perth telah menemui beliau dan mengatakan bahawa ucapan Najib ‘menjadi sumber inspirasi’ mereka. “Sangat hebat mendengar Perdana Menteri kita berucap, dan beliau sangat mengagumkan,” Bernama melaporkan seorang pelajar Curtin, Lim Jian Min, dari Kedah berkata. “Dia menaikkan semangat kita dan memberikan jawapan yang baik kepada semua persoalan kami.” Bernama juga memetik beberapa pelajar lain yang memuji PM. Dalam ucapannya, Najib telah menjelaskan konsep 1Malaysia yang tidak berfungsi itu lagi dan faedah kepada negara dan rakyatnya. Beliau juga berjanji bahawa akan ada beribu-ribu pekerjaan yang menunggu mereka apabila mereka pulang ke tanah air. “1Malaysia bertujuan untuk menyatukan negara kita dan untuk membawa semua bangsa bersama-sama mencapai kemajuan dan kemakmuran. Sebahagian daripada anda mungkin mahu untuk tinggal disini selepas tamat pengajian untuk mendapatkan pengalaman bekerja di Australia. Itu tidak mengapa. Tetapi sila kembali ke Malaysia kerana kita akan memerlukan anda , “kata Najib. Dusta lagi! Tetapi semua usaha-usaha untuk menyelamatkan Najib sia-sia belaka. Seorang pelajar Malaysia yang juga merupakan pegawai kerajaan yang menghadiri majlis makan malam Najib telah menafikan yang dia telah memuji ucapan Perdana Menteri. Malah, beliau mendakwa bahawa Bernama telah memutarbelitkan kata-kata nya. Semasa dihubungi, pelajar berikut terkejut dengan laporan itu kerana pelajar tersebut sebenarnya telah membuat komen itu sebelum ucapan Najib. “Mereka benar-benar telah mengubah dan menokok tambah apa yang kita kata kerana saya tidak pernah berkata seperti yang telah dilaporkan. Segala-galanya telah dilakukan sebelum ucapan dan bukan selepas ucapan itu. Saya rasa ia tindakan bodoh dan tidak perlu,” Malaysiakini melaporkan pelajar tersebut sebagai berkata. “Mereka dimasukkan benda-benda yang kita tidak penah ucapkan dan mengubah kata-kata kami. Kami tidak berkata apa-apa yang buruk, jadi saya tidak nampak mengapa mereka perlu berbuat demikian.” Apabila diminta untuk memberi komen, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya mampu menggelengkan kepala dan ketawa. Mereka menegaskan selepas dimalukan di pentas antarabangsa baru-baru ini apabila Najib didakwa membayar RM58 juta wang rakyat Malaysia kepada perunding FBC Media UK bagi mereke laporan palsu yang menggambarkan imej positif dirinya, pentadbirannya dan projek-projek mereka kepada penonton seluruh dunia. Pihak berkuasa UK sedang menyiapkan siasatan terhadap FBC Media dan boleh melancarkan enkuari awam besar-besaran kerana FBC telah menjual berita palsu kepada rangkaian seperti CNN, CNBC dan juga BBC. Najib dan FBC diselar kerana cuba untuk ‘menipu’ penonton global, manakala pemimpin pembangkang Malaysia telah berjanji untuk bertanya kepada beliau di Parlimen mengenai jumlah sebenar yang dihabiskan untuk publisiti palsu tersebut. “Ini jelas menunjukkan sebuah rejim yang berada di ambang kehancuran. Apabila anda mendengar kata-kata seperti ‘hebat’ dikaitkan dengan Najib, anda benar-benar cenderung untuk merasionalkan apa jua laporan tersebut” naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Posted: 12 Sep 2011 08:06 PM PDT Apabila terbongkarnya fakta bahawa parti Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa "komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu." Kata PM: Jika kita mengikut logik PM, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara. Sekiranya rakyat mengikut logik PM yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara. Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia. Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bilamana dalam ambang perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis? Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri? Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat? Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain "asalkan bukan Umno", maka komunis itu komunis jahat. Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya. Dan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Rasanya MPN dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian Sejarah patut diberi markah kosong! Bilamana MPN membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu. Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak. Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno, kalau Melayu tu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi – segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram. Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan