The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Wang MPOB kurang RM50.00 - laporan SPRM akan dibuat Posted: 25 Aug 2011 10:14 AM PDT Peneroka-peneroka Felda dari beberapa buah rancangan Felda di Rompin tidak berpuas hati kerana bayaran Insentif Tanam Semula Sawit dari MPOB sejumlah RM4000.00 bagi setiap peneroka yang dibayar kepada peneroka-peneroka didapati dipotong oleh pihak tertentu tetapi tanpa penyata potongan rasmi. Setiap peneroka telah dipotong sebanyak RM50.00 seorang. Peneroka-peneroka Felda Keratong 7 memberitahu Lubokkawah.Blogspot.com bahawa mereka percaya pemotongan ini dibuat oleh sindiket dari kalangan pengurusan JKKR. Mereka akan memberi tempoh hingga hari esuk, 26hb Ogos 2011 supaya wang potongan RM50.00 itu dikembalikan kepada mereka, dan jika pihak berkenaan enggan atau engkar berbuat demikian, mereka akan beramai-ramai membuat laporan kepada Polis dan SPRM. Peneroka-peneroka di Felda Keratong 6 tidak dipotong bayaran dari MPOB ini kerana peneroka-peneroka disana telah memberitahu Felda dan JKKR diperingkat rancangan mereka bahawa jika bayaran itu dipotong mereka akan membuat laporan Polis dan mengadu kepada SPRM. Peneroka-peneroka di Gugusan Keratong dan Selancar yang mendapati bayaran daripada MPOB ini dipotong adalah perbuatan khianat daripada pihak tertentu di rancangan masing-masing dan bukan dari MPOB. Di Keratong 7 sahaja terdapat seramai lebih 400 peneroka Felda dan jika setiap peneroka dipotong RM50.00 bererti sindikit ini telah memperdayakan lebih dari RM20,000.00 dan potongan ini tidak diizinkan oleh peneroka-peneroka berkenaan. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan