Jumaat, 26 Ogos 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


SALAM AIDILFITRI...

Posted: 25 Aug 2011 06:21 PM PDT


SELURUH WARGA AMK BAGAN DATOH MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KHUSUS UNTUK WARGA BAGAN DATOH DAN UMUMNYA UNTUK RAKYAT MALAYSIA. BERHATI2 MEMANDU DIJALAN RAYA KERANA NAJIB CAKAP HIGHWAY MALAYSIA DH JADI KUBUR TAK BERTANDA.

Anwar berjaya menjerat musuhnya

Posted: 25 Aug 2011 06:19 PM PDT

Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.

Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?


Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.

Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.

Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.

Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar.

Syabas Anwar !

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

PERKASA Dah Jadi PERKASAM.. Goyang Macam Lalang

Posted: 25 Aug 2011 06:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos ─ Perkasa bersetuju dengan pendirian Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa perpecahan di kalangan orang Melayu wujud disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Bagaimanapun Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali menegaskan, perpecahan orang Melayu tidak berlaku, sebaliknya yang berpecah adalah pemimpin-pemimpin kaum itu.

Jelas beliau, perpecahan antara pemimpin Melayu itu berlaku disebabkan sikap mereka yang gemar menyalahkan antara satu sama lain selain turut menyebarkan fitnah.


"Saya fikir Melayu tidak berpecah sebenarnya, yang berpecah sebenarnya pemimpin-pemimpin Melayu... fitnah-memfintah antara pemimpin Melayu lebih jelas puncanya dari rasuah penyebab Melayu berpecah.

"Fitnah secara terang-terangan dapat jelas dibaca atau didengar di mana-mana saluran media atau ceramah. Kekayaan dan kuasa yang dikejar oleh pemimpin Melayu punca fitnah-memfitnah berlaku," katanya.

Menurut Syed Hassan, Pakatan Rakyat juga tidak boleh memberi jaminan bahawa parti perikatan itu mampu membendung gejala rasuah yang turut melibatkan pegawai-pegawai kerajaan.

"Tapi tidak jamin rasuah tiada, rasuah sudah jadi budaya masyarakat Malaysia termasuk orang Islam sendiri, pegawai jabatan agama pun ada ditangkap kerana rasuah.

"Akhir sekali rasuah bukan hanya di kalangan pemimpin politik, yang lebih besar terlibat dengan rasuah adalah mereka yang diamanahkan melaksanakan tugas-tugas menjayakan dasar kerajaan dan negara," katanya.

Jelas beliau, gejala tidak sihat dalam kalangan pegawai kerajaan boleh di atasi sekiranya agensi agama menyusun strategi untuk mencegah perkara itu.

"Jadi, jabatan agama Islam besar tugas mereka untuk menyusun strategi bagi memberi ceramah yang lebih berkesan isu fitnah dan rasuah.

"Di jabatan-jabatan kerajaan adakan siaran radio dalaman yang didengari oleh semua kakitangan yang sedang bekerja boleh mendengar sambil buat kerja, ceramah melalui kaset atau CD dari ulama-ulama yang tiada kepentingan politik untuk tajuk khas fitnah dan rasuah sekali pagi dan petang. Ini membolehkan mereka tidak mudah terpengaruh dengan mengikut nafsu jahat," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Bagaimanapun beberapa blog pro-Najib dan mesej-mesej menerusi Twitter mempersoalkan kenyataan terbuka beliau.

Syed Hassan menambah kedudukan orang Melayu akan lebih terancam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Jelas beliau, orang Melayu bukan sahaja akan berpecah malah akan menjadi "minoriti dan pupus" jika negara dipimpin parti perikatan itu.

"Ada kebenaran kata Tan Sri Harussani itu.Tapi jika Pakatan memerintah bukan setakat Melayu berpecah malah boleh jadi bangsa Melayu menjadi minoriti dan akan pupus satu hari nanti bersama-sama pemimpin Melayu semua.

"Jika Melayu bersatu, juga jangan fikir tidak akan ada rasuah... pembangunan Islam dan Melayu lebih terjamin jika Melayu bersatu," katanya.

Tiada ulasan: