Khamis, 18 Ogos 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kebajikan Orang Asal - Konvensyen Pakatan Rakyat 2010

Posted: 18 Aug 2011 08:01 PM PDT

Salah satu daripada program untuk keadilan sosial dan pembangunan Insan yang diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 di Pulau Pinang adalah untuk faedah dan menfaat Orang Asal yang berada di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.

Didalam Tajuk Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dibawah tajuk Perpaduan dan Keadilan Sosial didalam Buku Jingga diperuntukkan seperti berikut:

Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Posted: 18 Aug 2011 07:41 PM PDT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan Negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan didalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. mereformasikan institusi-institusi penting Negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran Kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Kesaelamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 billion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa, serta menghargai sumbangan warga emas dengan memberikan imbuhan RM1000.00 setahun kepada setiap warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun keatas.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah serta skandal-sekandal rasuah seperti skandal PKFZ yang menelan RM13 bilion, keloesapan saham Bumiputra yang bernilai RM52 bilion, isu saham Maika dan lain-lain.

(Petikan dari Buku Jingga - Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 di Pulau Pinang).

Petikan dari Buku: Saya Seorang Peneroka - Siri 1 (Petikan tanpa edit)

Posted: 18 Aug 2011 06:57 AM PDT

TIDAK MENGENANG BUDI

SEPERTI keghairahan peneroka-peneroka lain, saya turut pergi menyambut kedatangan YAB Dato'[ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Felda Keratong 3 untuk menunjukkan budi saya sebagai seorang peneroka kepada kerajaan.

Saya tahu bahawa peneroka-peneroka lain datang ke situ dengan perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Felda. Peruntukan itu pula dipotong daripada Tabung JKKR. Tabung itu adalah wang yang terkumpul yang dipotong daripada setiap peneroka. Saya pergi dengan perbelanjaan sendiri.

Sesampai di Felda Keratong 3, saya dapat bertemu dengan beribu-ribu manusia. Kumpulan besarnya adalah peneroka-peneroka yang datang dari jauh dan dekat.

Sebelum ketibaan Perdana Menteri sempat juga saya berbincang dengan beberapa orang peneroka daripada Felda Gugusan Keratong. Mereka nampak gembira kerana diberikan penghormatan oleh Perdana Menteri yang sudi melawat tempat mereka.

Setiap daripada peneroka Felda didalam Gugusan Keratong telah dipotong RM5.00 setiap kepala untuk persediaan dan perbelanjaan menyambut Dato Seri Dr Mahathir bin Mohamad.

Makanan yang dihidang kepada Dato Seri itu adalah hasil keringat kami dan itulah kebanggaan kami, jelas peneroka-peneroka itu.

Saya pun turut berbangga juga sebab wang yang diperuntukkan oleh JKKR kepada peneroka-peneroka pilihan untuk menyambut Perdana Menteri termasuk juga sumbangan dari saya.

Saya insaf bahawa kedatangan Dr Mahathir ke Keratong adalah diatas perbelanjaan peneroka-peneroka Felda.

Sampailah saatnya Dr Mahathir berucap dan saya memang tertunggu-tunggu ucapan itu kerana Perdana Menteri hendak melancarkan satu sekim kewangan yang sangat penting bagi peneroka-peneroka iaitu Sekim Tabung Sosio Ekonomi.

Sekim itu dilancarkan dengan rasminya dengan permulaan modah yang terkumpul sejumlah RM10 juta.

Wang itu adalah daripada sumbangan peneroka-peneroka seluruh Malaysia. Jika sekadar pelancaran sekim yang baik itu sahaja diumumkan, kedatangan Dr Mahathir ke Keratang adalah kedatangan membawa tuah. Malang tidak berbau. Entah siapalah menasihatkan Perdana Menteri, tiba-tiba beliau berucap menyentuh peribadi peneroka-peneroka dengan cara yang sangat mengguriskan hati.

Beliau mendakwa bahawa peneroka-peneroka terdiri daripada orang-orang yang tidak mengenang budi. Peneroka-peneroka telah meninggalkan kegelapan di kampong masing-masing dan menyertai Felda serta mendapat segala nikmat rumah disediakan, ladang diberikan, kemudahan-kemudahan diadakan.

Dr Mahathir kesalah bahawa peneroka-peneroka yang telah mendapat nikmat hasi perjuangan UMNO dan kerajaan tiba-tiba menentang UMNO dan kerajaan sebagai golongan yang tidak tahu mengenang budi.

Saya sangat kesal dengan ucapan itu. Saya adalah diantara orang-orang yang sangat berbangga dengan Felda, dan saya telah menerima perubahan hidup melalui Felda. Tetapi untuk mengatakan bahawa semasa saya berada di kampong dahulu, hidup begitu melarat, hina-dina dengan rumah beratapkan bulan dan bintang diwaktu malam dan matahari di waktu siang adalah keterlaluan.

Saya masih dapat berbangga bahawa rumah saya di kampung dahulu kalau tidakpun lebih baik daripada rumah didalam rancangan Felda bolehlah dikatakan setanding.

Saya tidak menyalahkan Dr Mahathir kerana berucap begitu kerana beliau tidak tahu apa yang beliau ucapkan itu. Penasihat-penasihat disekeliling pinggangnya itulah yang telah memberikan gambaran yang salah.

Tetapi jika ucapan itu sememangnya datang daripada hati Perdana Menteri itu, saya tidak akan maafkan kelancangan itu sampai bila-bila -- suatu penghinaan yang tidak wajar dihemburkan.

Orang miskin sentiasa senang dimaki-hamun. Tetapi orang miskin pun ada maruah diri juga. Kalau saya datang ke rancangan Felda dapat rumah yang berharga tak sampai RM2000.00 itu boleh diperhina sedemikian rupa, tidakkan Perdana Menteri itu patut insaf bahawa sejak beliau menjadi Perdana Menteri beliau memperolehi rumah berharga berbelas juta ringgit?

Bolehkah saya sebagai seorang peneroka menyatakan kepada Perdana Menteri dengan nada yang dikatakan kepada peneroka oleh Perdana Menteri itu?

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji didalam peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

MATAN DARI PETIKAN INI JELAS MEMBAYANGKAN BAHAWA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO TIDAK BERHATI PERUT. MEREKA TIDAK ADA KEIKHLASAN LANGSUNG UNTUK MEMBELA NASIB PENDUDUK LUAR BANDAR. MEREKA MENGUNGKIT-UNGKIT DIATAS PERKARA-PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA DIUNGKIT.

MEMBELA NASIB ORANG-ORANG MISKIN ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN SETIAP KERAJAAN, DAN KALAU BUKAN KERAJAAN UMNO YANG MEMERINTAH NEGARA INI, PASTI KERAJAAN-KERAJAAN PARTI LAIN PUN AKAN MEMBUAT PEMBELAAN KEATAS RAKYATNYA APATAH LAGI RAKYAT YANG MISKIN.

SESUNGGUHNYA PENEROKA-PENEROKA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN DAN FELDA KERANA BERJAYA MENGADAKAN RANCANGAN FELDA YANG BOLEH MEMBANTUKAN RAKYAT LUAR BANDAR.

TETAPI RANCANGAN FELDA INI BUKANLAH RANCANGAN PERCUMA YANG DIBERIKAN KEPADA RAKYAT. SETIAP SEN YANG DIBELANJAKAN OLEH FELDA BAGI MEMBANGUNKAN FELDA DAN SEGALA INFRASTURKTURNYA ADALAH DITANGGUNG OLEH PENEROKA-PENEROKA.

PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO TIDAK PERLU BONGKAK KERANA TIDAK ADA SATU SEN PUN DUIT DARI POKET UMNO DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA UNTUK MEMBANGUNKAN RANCANGAN FELDA INI.

SEPATUTNYA UMNO, KERAJAAN DAN FELDA KENA BERTERIMA KASIH KEPADA PENEROKA-PENEROKA FELDA KERANA HASIL TITIK PELUH DAN KERINGAT PENEROKA-PENEROKALAH FELDA MENJADI SEBUAH BADAN AGRARIA TERBESAR NEGARA DAN SEBELUM ADANYA PETRONAS, PENEROKA-PENEROKA FELDALAH YANG MENJADI PENYUMBANG UTAMA KEPADA PENDAPATAN NEGARA, DAN HINGGA KINI MERUPAKAN BERKEDUDUKAN KEDUA SELEPAS PETRONAS DARI SEGI PULANGAN PENDAPATAN NEGARA.

UMNO DAN FELDA HENDAKLAH BERTERIMA KASIH KEPADA PENEROKA-PENEROKA!

Tiada ulasan: