Anwar Ibrahim |
- Tentera Hanya Perlu Setia Kepada Negara, Agong
- Rundingan Sapura untuk Memajukan Program NCO Angkatan Tentera Malaysia
- Afidavit Tolak Zainul Rijal Selaku Pendakwa Raya Dalam Kes Qazaf Di Mahkamah Syariah
- Sidang Media Pakatan Rakyat
- Wan Azizah: J/Kuasa p’raya untuk kaburi mata rakyat
- Putrajaya’s Deafening Silence On FBC Fiasco
- ‘Imam BERSIH’: Isu Khutbah Sengaja Ditimbulkan
- Pakatan: BN will ‘Run Over Us’ in Polls Panel
Tentera Hanya Perlu Setia Kepada Negara, Agong Posted: 18 Aug 2011 10:25 PM PDT Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos. Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah “memalukan perkhidmatan” dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga. “Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong,” kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik. “ATM – sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan – hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah.” Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara. Sambil menyifatkan perkara itu “tidak boleh berlaku”, beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong. Penafian kosong Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang. Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah. “ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya,” kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli ‘menyerang’ kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu. “PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham,” katanya. Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa “mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan”. |
Rundingan Sapura untuk Memajukan Program NCO Angkatan Tentera Malaysia Posted: 18 Aug 2011 07:41 PM PDT –Kenyataan Media– KEADILAN telah dimaklumkan bahawa sebuah projek besar sedang dirunding antara Sapura Secured Technologies Sdn Bhd dan Kementerian Pertahanan untuk memajukan NCO untuk Angkatan Tentera Malaysia. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa program NCO bermaksud untuk mengintegrasikan semua apliaksi system, pengesan, system arah dan kawal dan persenjataan dan dianggarkan bernilai lebih RM2billion untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun. Kami memahami bahawa pihak ATM telah pun memiliki sistem yang hampir sama, yang dimajukan beberapa tahun yang lalu. Apatah lagi, projek ini telah mendapat kritikan yang menyeluruh daripada anggota ATM sendiri, dan keprihatinan mereka tidak diendahkan oleh semua yang mengarahkan projek ini untuk diteruskan. Apa yang lebih membimbangkan ialah KEADILAN difahamkan bahawa projek ini sedang dirundingkan secara terus demi kepentingan Sapura. Kami juga difahamkan bahawa Sapura tidak memiliki kebolehan teknikal untuk melaksanakan projek ini, dan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan projek ini wajar dipersoalkan. KEADILAN dengan ini mendesak Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk menghentikan perbincangan dengan Sapura tentang program NCO ini sehingga inkuiri penuh diadakan sama ada sistem baru ini benar-benar diperlukan untuk dibuat dengan kepuasan pihak ATM. Kedua, jika program NCO ini benar-benar dibuktikan perlu untuk ATM, maka kami menggesa Kementerian Pertahanan untuk memilih pihak yang paling layak untuk melaksanakan projek ini menerusi proses tender terbuka. NIK NAZMI BIN NIK AHMAD |
Afidavit Tolak Zainul Rijal Selaku Pendakwa Raya Dalam Kes Qazaf Di Mahkamah Syariah Posted: 18 Aug 2011 02:23 AM PDT BORANG MS 3 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH PERMOHONAN DALAM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH DI MALAYSIA Dalam Perkara di bawah Rayuan No. 14000-099-0017-2010 di Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia, Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur (Rayuan ke atas Perintah Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 14.4.2010); Dan Dalam Perkara di bawah Rayuan No. 14000-099-0020-2010 di Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia, Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur (Permohonan Pengenepian Notis Rayuan); Dan Dalam Perkara Penghakiman/Perintah bertarikh 14.4.2010 di dalam Permohonan No. 14100-099-012-2010 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur; Dan Dalam Perkara Arahan Amalan No. 4 Tahun 2002 ; Dan Dalam Perkara Kaedah 3, Kaedah 7 dan Kaedah 8 Etika Peguam Syarie 2000 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 ANTARA DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM …PEMOHON ZAINUL RIJAL BIN ABU BAKAR …RESPONDEN AMBIL PERHATIAN BAHAWA Pemohon yang dinamakan di atas bercadang memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari pada haribulan 2011, jam pagi/petang untuk mendapatkan perintah bahawa:- 1. Pemohon diberi kebenaran memfailkan Permohonan ini di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan melalui Notis Permohonan; 2. Responden ditegah dan tidak dibenarkan daripada mewakili dan menjadi Peguam Syarie di dalam kes Rayuan No. 14000-099-0017-2010 dan kes Rayuan No. 14000-099-0020-2010 di Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia, Wilayah Persekutuan; 3. Kos ditanggung oleh Responden; 4. Lain-lain relif yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini; Alasan permohonan ini sebagaimana berikut:- i) Responden telah berkelakuan tidak professional; ii) Responden tidak bersifat jujur dan tidak berniat baik untuk menegakkan keadilan; iii) Responden tidak menyenggara kebebasan profesionalnya dan bertindak bertentangan dengan kepentingan pentadbiran keadilan yang terbaik; dan iv) Wujud percanggahan atau konflik kepentingan pada Responden Permohonan ini disokong dengan Afidavit Pemohon yang dilampirkan. Bertarikh haribulan Ogos 2011 ………………………………………. PERMOHONAN ini telah difailkan oleh Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi beralamat di E3A-3A, Jalan Selaman 1/2, Dataran Palma, Off Jalan Ampang, 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan. |
Posted: 18 Aug 2011 12:39 AM PDT Dimaklumkan bahawa satu sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 19 Ogos 2011 (Jumaat) Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Liew Chin Tong dan YB Nurul Izzah Anwar. |
Wan Azizah: J/Kuasa p’raya untuk kaburi mata rakyat Posted: 18 Aug 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekadar untuk mengaburi mata rakyat. Ini kerana penubuhan jawatankuasa tersebut untuk menambah baik proses pilihan raya, tidak dirunding bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan bersifat berat sebelah. "Kalau dikatakan ada jawatankuasa khas yang ditubuh, itu hanyalah untuk mengaburi mata kita sebab ini tidak dibincangkan dengan pihak pembangkang di parlimen. Sistem ini juga berat sebelah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bersama Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bagi menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 300 pesakit semalam. Katanya, penubuhan jawatankuasa itu juga membuktikan kerajaan pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wujud kepincangan pilihan raya.
"Sebab itu perlunya reformasi dalam pembersihan undi, macam-macam yang telah dilakukan termasuk protes dan perbincangan oleh Badan Bukan Kerajaan, (NGO). Protes ini (Bersih) bukan kali pertama dibuat, tapi masih lagi tidak ada perubahan," "Apa yang kita tengok makin teruk dan kita perlu dedahkan lebih supaya kerajaan ambil langkah-langkah yang kukuh dan mantap. Kenalah mengambil kira pandangan pembangkang, sekurang-kurangnya Perdana Menteri mengakui memang ada kepincangan dalam sistem pilihanraya," katanya lagi. Sementara itu, Wan Azizah menyifatkan kongkongan kebebasan media yang dilakukan Umno-BN, sebagai perkara yang memalukan negara. Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan mengenai usaha mengurangkan penapisan media namun ia berlaku sebaliknya apabila jurugambar Suara Keadilan, Yuisriah Yusof dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM). Baru-baru ini, SKMM juga memanggil ibu bapa blogger, Nur Hanief Abdul Jalil yang disiasat pada Mac lalu kerana mengkritik Umno-BN melalui laman Youtube. "Malaysia jatuh pada tangga bawah kerana kongkongan dalam kebebasan media ini amatlah memalukan negara. Menurutnya, Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama dalam Malaysia meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 yang memberikan hak kepada rakyat untuk mengakses maklumat berkaitan pentadbiran negeri. "Kita di selangor mengadakan kebebasan media . Itu yang kita nak supaya kita dapat sesuatu yang akan sampaikan kepada rakyat. Jadi rakyat boleh mengetahui pemimpin mereka dan boleh membuat pilihan," kata beliau. |
Putrajaya’s Deafening Silence On FBC Fiasco Posted: 17 Aug 2011 11:45 PM PDT Last week, I called on the Federal and the Sarawak state Governments to come clean on their hiring of the FBC Media firm to engage in an illegal public relations campaign. Putrajaya and Kuching were found to have paid FBC hundreds of millions of ringgit for strategic communications services and the production of friendly content for their governments, something clearly in contravention of fundamental media laws and ethics. It must also be pointed out that FBC was also involved in the engaging of APCO Worldwide to lobby the US government on behalf of Barisan Nasional to promote Malaysia's pro-business and pro-reform credentials as well as the reforms and anti-terrorism policies introduced. What is in dispute here is not the practice of hiring media advisory or public affairs firms, but rather these firms use of paid content to unwarrantedly bolster the image of certain governments at the expense of objective reporting. While the Malaysian Insider has reported that Putrajaya has terminated its contract with FBC following the expose by Sarawak Report, there has so far been no response from either the Federal and Sarawak Governments on the FBC fiasco. Neither Putrajaya nor Kuching has denied or admitted to the allegations. Considering the international media attention that this issue has raised, their silence is truly deafening. On the other hand, the media establishments involved, such as the BBC and CNBC have subsequently acted in a way that suggests the accusations against the FBC may be credible. BBC has suspended all programming commissioned from the company and is investigating how it came to broadcast supposedly impartial content that was in fact being produced by a company on the payroll of Putrajaya. CNBC has also indefinitely withdrawn the FBC-produced World Business program. It will be remembered that this show featured Malaysian government leaders on a few occasions. Finally, Ofcom, the UK communications regulator, is launching its own investigation into claims of bias at FBC. The FBC fiasco has now attracted attention from credible newspapers across the world and is putting another dent in Malaysia's tattered image globally. Surely Putrajaya and Kuching must now disclose their role in and extent of this illegal public relations campaign. This scandal ironically comes in the wake of the censoring of the Economist magazine report on the Bersih 2.0 debacle. As a result, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was forced to concede the need to review national censorship policies. We would now like the Prime Minister to come clean on the FBC fiasco to explain how hundreds of millions of ringgit of taxpayers' money were being funnelled not towards the national image, but for the interests of his party. NIK NAZMI NIK AHMAD |
‘Imam BERSIH’: Isu Khutbah Sengaja Ditimbulkan Posted: 17 Aug 2011 11:08 PM PDT Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 mempertikaikan alasan yang diberikan Majlis Agama Islam Jojor (MAIJ) berhubung tindakan itu. Hassan Md Said, 40, mengesyaki alasan berkenaan bacaan khutbahnya sengaja ditimbulkan untuk menghalalkan tindakan menggantungnya. “Mereka boleh kata (penggantungan) berkenaan khutbah, sedangkan semua orang kampung kata penggantungan saya disebabkan BERSIH. “Lepas ini saya tak hairanlah kalau alasan lain keluar sama. (Contihnya) kata saya tidak datang mesyuaratlah,” katanya sinis. Penasihat MAIJ Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, penggantungan seorang iman baru-baru ini dibuat atas kesalahan tidak membaca teks khutbah yang disediakan majlis itu. Tanpa menyebut nama Hassan, Noh berkata tindakan diambil terhadap imam tersebut “untuk mengundurkan diri dan ditarik balik pentauliahannya”, lapor Sinar Harian hari ini. Bekas mufti Johor itu juga dilaporkan berkata, tindakan terpaksa diambil kerana MAIJ telah beberapa kali menasihati dan memberikan banyak peluang tetapi kesalahan itu masih berulang. ‘Saya bukan Mat Sabu’ Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan – imam utama Masjid Ladang – menafikan tidak membaca khutbah yang disediakan sebaliknya hanya “menyesuaikan” dengan masalah isu setempat di kampungnya. “Khutbah ini kadang-kadang tidak semasa dan tidak sesuai dengan tempat. Kampung saya ini kampung nelayan. Masalah orang sini masalah akidah. Di sini muktazilah, Syiah, Wahabi semua ada. Khutbah saya kenalah menyentuh perkara ini,” katanya. Menurutnya lagi, beliau sudah lebih sepuluh tahun mengambil tindakan itu tetapi tiada sebarang teguran dibuat oleh pihak majlis atau pegawainya di peringkat daerah yang dilantik. “Kenapa sekarang baru isu khutbah ini muncul? Kenapa tidak dua tahun lalu. Betullah saya kata, majlis agama ini tidak profesionallah. Saya sekarang ini kalau dipecat pun saya redalah,” katanya. Ditanya sama ada beliau mengkritik kerajaan dalam khutbahnya, Hassan menafikannya dengan alasan “saya bukan (timbalan presiden PAS) Mat Sabu”. “Saya juga bukan hendak main politik atau hendak jatuhkan kerajaan. Cuma saya ini bukan macam imam-imam lain yang ikut saja, (mereka) bila orang datang hendak kena tabik,” katanya. Hassan – bapa kepada dua anak – itu digantung kerja tiga bulan sehingga 2 November depan atas alasan “melanggar beberapa arahan” majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru. Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertai itu sebaliknya hanya datang menziarahi saudara dan melawat ibu negara. Pengidap kencing manis serius itu percaya elaun bulanan RM750 terhadapnya juga akan dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit kencing manis serius itu hilang mata pencarian. |
Pakatan: BN will ‘Run Over Us’ in Polls Panel Posted: 17 Aug 2011 10:57 PM PDT Pakatan Rakyat MPs today decried the composition of the parliamentary select committee on electoral reform, saying it would make Pakatan committee members lame ducks. “How is Pakatan supposed to vote in this committee? “With five BN MPs, a BN minister as chairperson and an independent MP, who we know will be pro-BN, Pakatan will be outnumbered seven to three,” said PKR-Kuantan MP Fuziah Salleh. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan