Rabu, 10 Ogos 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perjanjian Pertukaran Saham MAS-Air Asia Menimbulkan Kebimbangan Serius Terhadap Kecekapan Kawalan Dan Tatakelola

Posted: 10 Aug 2011 10:59 AM PDT

Perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia yang diumumkan semalam menimbulkan kebimbangan serius terhadap dominasi AirAsia ke atas MAS serta mengakibatkan kemerosotan persaingan di antara keduanya. Ini seterusnya akan mewujudkan monopoli maya dalam industri penerbangan domestik untuk jangka masa panjang dan juga meningkatkan risiko dan keprihatinan berkaitan monopoli-monopoli, terutamanya dengan penglibatan kroni-kroni dan broker-broker kuasa politik.

Penglibatan aktif Tony Fernandez dalam urusan pertukaran tersebut dan pencadang-pencadang beliau di dalam lembaga pengurusan MAS menimbulkan pertikaian konflik kepentingan memandangkan kedudukan beliau yang bersifat ‘bukan-eksekutif’. Ini jelas merupakan pencabulan ke atas peraturan tadbirurus korporat dan seharusnya tidak dibiarkan berlaku.

Apa yang lebih penting, perjanjian ini menimbulkan persoalan tentang apakah nasib Program Transformasi GLC yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dengan publisiti luarbiasa dan pembaziran jutaan ringgit wang rakyat. Dan adakah kerajaan secara khusus mengakui bahawa kononnya kejayaan pemulihan MAS adalah sesuatu yang sia-sia? Perdana Menteri mesti bertanggungjawab kerana telah mengelirukan rakyat berkaitan isu ini.

Perjanjian ini juga turut membangkitkan isu asas iaitu ketelusan kerana kerahsiaan di sebaliknya. Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti mesti menyiasat akan kemungkinan berlakunya kepincangan termasuk urusniaga dalaman saham-saham kedua-dua entiti.

Saya khuatir perjanjian ini akan menguntungkan pihak minoriti dengan mengorbankan kepentingan pihak majoriti iaitu kakitangan MAS yang telah memberikan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan kebangsaan dengan penuh dedikasi dan kesetiaan meski pun dinafikan ganjaran bonus selama beberapa tahun.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Parlimen Malaysia

MAS-AIR Asia Share Swap Deal Raises Serious Concerns Over Effective Control And Governance

Posted: 10 Aug 2011 02:09 AM PDT

The MAS-Air Asia share swap announced yesterday raises serious concerns over the dominance of Air Asia over MAS and effectively reducing competition between the two. This may lead to a virtual monopoly of the domestic airline industry by in the long run and gives rise to risks and concerns associated with monopolies, more so because of the involvement of cronies and political power brokers.

The swap accompanied by effective participation of Tony Fernandes and his nominees in the board of MAS raises the likelihood of a conflict of interest notwithstanding his purported 'non-executive' position. This is clearly a violation of corporate governance rules and should not be condoned.

More importantly, the deal raises the question as to what is the fate of the GLC Transformation Programmes that had been launched by the Prime Minister Najib Razak with much fanfare and wastage of millions of the rakyat's money. And is the government specifically admitting that the so-called successful turnaround of MAS was a mere charade? The Prime Minister must be held accountable for misleading the rakyat on this.

This deal also raises fundamental issues of transparency because of the secrecy in which it was shrouded. In this regard, the Securities Commission must investigate the possibility of irregularities including insider trading of the shares of both entities.

Above all, I am very concerned that this deal benefits the interests of the minority at the expense of the majority, that is, the employees of MAS who have served our national carrier with selfless dedication and loyalty in spite of having been given such a raw deal and deprived of bonuses for years.

ANWAR IBRAHIM
LEADER OF THE OPPOSITION
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

RM 75 Juta Keuntungan Atas Angin?

Posted: 09 Aug 2011 11:42 PM PDT

Kenyataan Media
Untuk Sebaran Segera

Menurut laporan The Star bertarikh 26 Julai 2011, syarikat pemaju SP Setia Sdn Bhd bersedia mengambil alih 40 peratus baki saham KL Eco City Sdn Bhd (KLEC) dari Yayasan Gerakbakti Kebangsaan yang dinilaikan sebanyak RM75 juta. Adalah difahamkan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan merupakan satu entiti yang dipandu Pemuda Umno dan dipengerusikan Ketua Pemuda Umno.

Cadangan SP Setia ini menimbulkan pelbagai tandatanya, yang mana pihak SP Setia dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan harus menjawab dengan telus dan jujur persoalan-persoalan berikut:

1. Mengapa cadangan pengambilalihan ini baru timbul sekarang walhal usahasama atau joint venture (JV) antara SP Setia Sdn Bhd dan anak syarikat Yayasan Gerakbakti Kebangsaan, YGP Holdings Sdn Bhd, untuk projek ini telah dimeterai semenjak tahun 2000 lagi? Adakah pengambilalihan ini selari dengan hasrat yayasan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di kawasan bandar?

2. Bagaimanakah KLEC memperoleh sebidang tanah seluas 25 ekar di kawasan tanah premium berdasarkan prinsip perkongsian untung pada nisbah 80:20 dengan DBKL? Adakah ianya melalui tender terbuka atau cara lain? Apakah kriteria yang digunapakai Kerajaan dalam memilih KLEC untuk diserahkan tanah milik Kerajaan tersebut?

3. Sekiranya pengambilalihan tersebut terlaksana, ke arah mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan? Kita harus ingat bahawa tujuan penubuhan yayasan tersebut adalah demi membasmi kemiskinan dan mempertingkat mutu kehidupan golongan bumiputera berpendapatan rendah. Maka, bagaimanakah tindakan ini akan menguntungkan golongan sasar, terutama mereka yang telah dipindahkan dari Kg Hj Abdullah Hukum? Atau adakah ini satu contoh menerima keuntungan “atas angin” bagi pihak Pemuda Umno?

Saya berharap SP Setia Sdn Bhd dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan akan dapat menjawab persoalan-persoalan ini, demi ketelusan proses dan kemaslahatan umum.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden KEADILAN

Dato Seri Anwar Ibrahim Menerangkan Isu-isu Semasa Demi Rakyat

Posted: 09 Aug 2011 10:55 PM PDT

Saksikan Video seterusnya Laman http://demirakyat.org/

Lagi ‘Pengundi Klon’ Dikesan Dalam Daftar Pemilih

Posted: 09 Aug 2011 10:51 PM PDT

Malaysiakini

Sebelum ini timbul dakwaan wujudnya ‘pengundi hantu’, kemudian penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi – dan sekarang lebih banyak ‘pengundi klon’ pula muncul dalam daftar pemilih.

Sekurang-kurangnya tujuh pengundi didapati telah ‘diklonkan’ dalam daftar pemilih dengan nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi dengan nombor Mykad berbeza.

azlanMenurut maklumat yang diperolehi daripada sistem pengesahan di lana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka itu layak mengundi sebanyak dua kali.

Dalam kes pertama nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR itu menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa’ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor Mykad yang berbeza – 380913105681 dan 510913105553.

Laman web itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Kerusi Titiwangsa dimenangi oleh Allahyarham Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dari PAS, yang meninggal dunia bulan lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mendapati empat kes yang hampir sama di kawasan itu, membabibitkan:

1. Shodah binti Abdul Rahman (IC lama: 4802777, dua kali didaftrakan di Titiwangsa)

2. Mohamad bin Ismail (IC lama: 8370614, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

3. Anderson a/l P Arputhanathan (IC lama: A0831847, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

4. Chellamah a/p Murugesu (IC lama: 7877951, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

NONENONEBerdasarkan maklumat pembaca,Malaysiakini juga mengesan dua pengundi seumpama itu di Perak dan Terengganu.

Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) – mempunyai dua pendaftaran di kerusi parlimen Taiping (Mykad: 620108086991) dan kerusi bersebelahannya di parlimen Bukit Gantang (Mykad: 620108086713).

Apabila kedua-dua nombor Mykad dimasukkan dalam sistem online Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), keputusannya menunjukkan bahawa kad pertama telah diambil manakala kad kedua sedia untuk diserahkan di pejabat JPN Kuala Lumpur.

Pengundi kedua – Sulong bin Jalil (IC lama: 6290844) – juga mempunyai dua pendaftaran di kerusi negeri Ajil di bawah parlimen Hulu Terengganu tetapi dengan dua nombor Mykad berasingan – 611110015143 and 611110115371.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi SPR dan JPN untuk mengulas perkara ini.

1.5 Juta PATI, Bukti Kedangkalan Dasar Ekonomi BN – Rafizi Ramli

Posted: 09 Aug 2011 09:46 PM PDT

KeadilanDaily

Jumlah 1,548,798 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di dalam negara sehingga semalam,membuktikan kedangkalan dasar ekonomi Umno-BN, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, jumlah tersebut yang didaftarkan dalam masa yang singkat dijangka mencecah 3 juta orang, tidak termasuk pekerja asing yang berdaftar secara sah.

"Tidak sampai tiga bulan jumlah warga asing PATI dikesan mencecah 1.5 juta menunjukkan anggaran warga asing seramai 2 juta adalah lebih rendah dari jangkaan dan boleh mencecah tiga juta orang," ujarnya kepada Keadilandaily.com.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 30 peratus peluang pekerjaan diberikan kepada warga asing iaitu seramai kira-kira 10 juta tenaga kerja dalam negara.

Akibat dasar kerajaan yang membuka pintu seluas-luasnya kepada pekerja asing, menyebabkan kadar pengangguran di kalangan warga tempatan kian bertambah.

"Itu sebab ramai rakyat menganggur di dalam negara kerana peluang pekerjaan 3 juta tersebut telah diambil oleh warga asing," katanya yang juga Pengarah Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Tambahnya, lambakan pendatang asing gagal diatasi dan kini kerajaan tampil dengan sistem pemutihan PATI, kononnya untuk mengatasi dan mengenalpasti  pendatang tanpa izin.

Bagaimanapun katanya, langkah tersebut dicurigai bertujuan untuk melakukan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jumlah PATI yang meningkat seolah-olah berkait rapat dengan peningkatan jumlah pengundi yang pernah dilaporkan di setiap negeri sebelum ini," katanya merujuk kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi.

"Jelas kita lihat terdapat ada kaitan dengan percubaan menyeludup senarai pengundi dengan menggunakan warga asing"

"Oleh sebab itu, dakwaan tersebut perlulah di siasat dan diberi perhatian penuh," katanya.

Rafizi tidak menolak kemungkinan syarikat yang terlibat dalam pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dikendalikan 336 syarikat pengurus, merupakan kroni UMNO.

"Ini lain tidak bukan antara langkah untuk memberi wang kepada kroni UMNO kerana sistem pendaftaran PATI dikendalikan oleh agen-agen tertentu," katanya.

Tiada ulasan: