Ahad, 7 Ogos 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Seksanya warganegara kita nak dapat lesen pandu bas

Posted: 07 Aug 2011 07:28 AM PDT


7 Ogos 2011. Kos tinggi dipercayai mencecah RM5,000 bagi mendapatkan Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) menjadi punca menyumbang kepada kekurangan pemandu bas ekspres tempatan, sekali gus timbul cadangan menggunakan khidmat pekerja asing bagi sektor terbabit.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (PPBEM), Datuk Ashfar Ali, berkata bayaran yang terlalu tinggi untuk memperoleh lesen PSV dan faktor gaji diakui menghalang warga tempatan bekerja sebagai pemandu bas.

Ashfar berkata, soal untuk menanggung kos mendapatkan lesen tidak timbul kerana pengambilan pekerja asing terbabit hanya membabitkan mereka yang sudah memiliki lesen PSV di negara masing-masing sebelum dibawa masuk ke negara ini.

Menurutnya, PPBEM sebelum ini sudah beberapa kali mengusulkan kepada kerajaan untuk mengatasi masalah itu namun tidak ada maklum balas. (KERAJAAN PEKAK?)

"Antara tiga usul penting dalam memorandum terbabit adalah membenarkan khidmat pekerja asing, mewujudkan kursus pemanduan bas di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV) serta penubuhan dana kerajaan bagi mengurangkan kos mendapatkan lesen.

"Kursus khas yang kami sarankan penting kerana untuk menjadi pemandu bas yang baik, perlukan kemahiran di samping disiplin tinggi kerana kerjaya ini membabitkan keselamatan pengguna," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM5_000untuklesenPSV/Article

Tiada ulasan: