PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN   |  
|   Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu Posted: 25 Jul 2011 12:09 AM PDT dipetik daripada Malaysiakini.com  Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar  pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu  benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.  "Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u)  SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah  menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan  rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi  Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.Suhaizan (kanan) juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih. Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya. Beliau menjawab persolaan yang  ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda  di Baling dan Kuala Nerang. Boleh batal kemenangan Wan Ahmad (bawah, berkemeja biru) juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star. Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.  Ini  kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981  menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui. "Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku. "Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.  |  
| You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u)  SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah  menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan  rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi  Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
Ini  kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981  menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan