Anwar Ibrahim |
- Syarahan Transformasi Demokrasi Di Dunia Islam
- Rakaman Debat Isu Pilhanraya Bersih Diantara Dato Wan Ahmad Dengan Dato Ambiga
- Bourdon: Gov’t Demonised Suaram To Justify Deportation
- Siapakah Pembawa Dalil Kiamat Yang Nyata? — Aspan Alias
Syarahan Transformasi Demokrasi Di Dunia Islam Posted: 26 Jul 2011 11:13 PM PDT Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dijemput untuk menyampaikan syarahan yang berjudul : “Transformasi Demokrasi di Dunia Islam”. Syarahan tersebut akan dihadiri wakil wakil media dan organisasi swadaya masyarakat (NGO). Acara itu akan berlangsung seperti yang tercatat pada butiran di bawah: Tempat: Pejabat Majalah Tempo, Jakarta, Indonesia. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Rakaman Debat Isu Pilhanraya Bersih Diantara Dato Wan Ahmad Dengan Dato Ambiga Posted: 26 Jul 2011 08:39 PM PDT
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Bourdon: Gov’t Demonised Suaram To Justify Deportation Posted: 26 Jul 2011 07:53 PM PDT William Bourdon, the French civil rights lawyer, who was deportedfrom Kuala Lumpur last week, did not take lightly the accusation by Defense Minister Ahmad Zahid Hamidi that human rights NGO Suaram had “utilised and victimised” him. Bourdon, who was accompanied by his fiancee, Lea Forestier (left), was put on a flight back to Paris late Friday night after being held in KLIA for over 12 hours. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Siapakah Pembawa Dalil Kiamat Yang Nyata? — Aspan Alias Posted: 26 Jul 2011 07:48 PM PDT Pihak kerajaan tidak boleh duduk diam tanpa berkata-kata yang tidak digemari ramai. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis pula sekarang dituduh sebagai seorang Wahabi dan beliau sangat hampir untuk dituduh sebagai pengganas. Apa sahaja yang terkeluar dari mulut pihak kita semuanya menyakitkan pihak yang lain. Dalam nafas yang sama mereka mengingatkan tentang perpaduan Islam dan entah apa yang lain. Semua manusia dalam Malaysia ini merbahaya kepada kerajaan. Berjalan secara aman beramai-ramai untuk berhimpun secara aman dikatakan oleh pemerintah sebagai perhimpunan haram yang mengganas dan kononnya rakyat Malaysia hendak meniru apa yang berlaku di Timur Tengah. Apabila rakyat menyokong bersih yang di ketuai oleh Datuk Dr Ambiga Sreenevasan mereka menuduh yang kita sebagai tidak patriotik dengan menyokong pimpinan bukan Islam. Penyokong Bersih itu di anggap sebagai perusuh tetapi disebaliknya polislah yang merusuh mereka. Pihak pemerintah begitu "paranoid" dengan apa sahaja yang dilakukan dan diungkapkan oleh pihak lain. Dengan apa yang dilakukan terhadap Asri ini, satu lagi bukti jelas pihak kerajaan akan lakukan apa sahaja untuk menunduk sesiapa yang bercakap benar. Di dalam sistem pemerintahan kita yang benar akan selalu gagal dan yang bathil tidak akan menghadapi kesusahan. Malahan pemerintah seolah-olah merupakan pihak pembawa dalil hari kiamat yang paling jelas. Dalil-dalil kiamat memang sudah nyata berada di hadapan kita. Dalil kiamat itu selalunya bertentangan dengan nilai dan moral biasa. Dan pemimpin-pemimpin kita nampaknya menjadi pembawa dalil yang tegar. Apa sahaja yang baik itu salah baginya. Yang bathil bermaharaja lela, yang hak dan benar sentiasa diejek dan dihina. Yang salah nampak benar dan yang benar dikatakan salah… Kalau dahulunya kita hanya nampak dalil yang biasa sahaja seperti buah di luar musim, lelaki menyerupai perempuan dan perempuan pula menyerupai lelaki, kini dalil yang lebihnya sedang timbul dengan jelas sekali. Ianya termasuk pengaruh perempuan yang sangat besar dalam masyarakat. Wanita di takuti oleh lelaki dan wanita bermaharajalela. Yang kaya bertambah kaya dengan cara bathil dan mereka dilindungi dengan undang-undang yang ketat. Semua manusia yang mahu kebenaran akan menjadi bahan kritikan dan dihina. Yang berkuasa akan menggunakan kuasa secara bebas dan tidak adil semata-mata kerana kuasa yang ada. Orang yang hina dan melakukan kesalahan dan noda akan menjadi idaman orang ramai. Agama akan diberikan intepritasi yang terbalik. Yang melakukan sesuatu dengan tujuan yang baik akan dihina dan diperkosa oleh pihak yang berkuasa. Yang berilmu (ulamak) tidak akan mendapat tempat lagi. Itu sebabnya dalam kes Asri ini ianya merupakan satu dalil jelas menuju kearah kiamat itu tadi. Yang mendapat tempat ialah mereka yang memperjuangan perkara yang menyekutukan tuhan seperti tidak akan terjamin rezeki jika tidak mengikuti pihak berkuasa yang tidak adil itu. Yang belum kita lihat dengan mata kepala kita hanyalah satu elemen dalil sahaja lagi… iaitu matahari belum lagi terbit dari barat. Dalil-dalil yang lain semuanya sudah ada dan kebanyakan dalil itu dilakukan oleh kalangan kita sendiri. Jika matahari sudah mula terbit dari barat maka segala niat yang baik tidak akan menjadi kenyataan dan diterima tuhan lagi. Oleh itu jika kita mahu melakukan yang baik dan tidak mahu menjadi salah seorang dari pembawa dalil itu tadi elok melakukan sesuatu sebelum matahari terbit dari barat. Biar lambat asalkan selamat. Tuhan berjanji jika masih ada umatNya yang masih berzikir kapadaNya walaupun seorang dunia ini belum lagi akan kiamat. Jika kita ingin menjadi penyelamat elok kita jangan terbabit dengan pembawa-pembawa dalil itu dan sebaliknya kita keluar dari kumpulan itu. Semoga kita adalah di kalangan yang tidak bersama dengan pembawa dalil itu tadi, supaya dunia tidak dan belum lagi kiamat. Kita berbuatlah kebaikan sebelum matahari terbit dari barat kerana kita lakukan kebaikan selepas matahari terbit dari barat segala kebaikan ubudiah kita tidak lagi diterima tuhan kerana sudah terlambat. — aspanaliasnet.blogspot.com This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan