Rabu, 20 Julai 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Bukti Bergambar Penemuan Daftar Pengundi SPR Yang Meragukan

Posted: 20 Jul 2011 03:07 AM PDT

Berikut bukti bergambar penemuan nama-nama pengundi yang didaftarkan didalam dua alamat rumah.1.)Murad bin hassan. 1155 kg bagan serai ptg pauh 13500. B.w0rth 2.)Kamarudin bin md n00r. 1138 kg bagan serai ptg pauh. 13500 b.w0rth..

Rumah 1155, terdapat 88 org pengundi

Rumah 1138. 65 org pengundi

Selangor Lancar Slogan Baru ‘Selangorku’ Ahad Ini

Posted: 20 Jul 2011 01:56 AM PDT

The Malaysian Insider

Kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat, yang pentadbirannya kini masuk tahun keempat, akan melancarkan slogan baru — Selangorku Ahad ini – dilihat mendekatkan rakyat menjelang pilihan raya umum.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan "Hasil Negeri untuk Rakyat" yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

Kerajaan negeri mengambil pendekatan itu ketika spekulasi menyebut bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bila-bila masa selepas Ramadan ini.

"Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

"Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid berkata selepas dilancarkan, slogan itu akan diguna pakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.

Majlis pelancaran akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Pengawal Anwar Kemuka Saman Sivil Ke Atas Polis

Posted: 20 Jul 2011 01:52 AM PDT

Malaysiakini

Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan saman sivil ke atas polis berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan ketua pembangkang itu.

Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di KL Sentral pada 9 Julai lalu.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

NONE“Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis," kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd.

Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporanpolis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.

Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.

Anak Muda mesti Tuntut Perubahan

Posted: 19 Jul 2011 09:03 PM PDT

Keadilan Daily

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa masih wujud ruang untuk perlaksanaan reformasi meskipun di bawah sistem  yang menekan dan tidak mempraktikkan demokrasi.

Katanya, generasi baru iaitu golongan muda perlu mempunyai persiapan yang baik dari segala aspek samada pengetahuan dari segi sosial, politik dan asas ekonomi.

"Mereka (anak muda) perlu dibimbing dan untuk terus sedar tentang pentingnya perubahan dalam negara.

"Anak muda perlu tuntut pembaharuan, mesti ada keberanian dan komitmen untuk menghadapi sesuatu," kat Anwar.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika Bengkel Kepimpinan Anak Muda anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Yayasan Selangor.

Program itu berlansung dari jam 2 petang sehingga 10 malam bertempat di Menara Yayasan Selangor, semalam.

Bengkel itu dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi pertama bertajuk 'To Capture The Imagination Of  New Generation', yang dibentangkan Wakil Islamic Renaissance Front, Dr Fuad Rahmat, peguam Fadiah Nadwa Fikri dan Presiden PKPIM, Mohd Faisal Abdul Aziz.

Manakala Anwar memberi ucapan dalam sesi bertajuk 'A Generation Of Change' yang turut dihadiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Pada sebelah malam pula sesi ketiga bertajuk 'Islamic Civilization' dibentangkan oleh pemimpin gerakan Ikhwanul Muslim dari Kuwait, Dr Tareq Mohammed Al Suwaidan.

Anwar dalam ucapannya mengingatkan kerajaan supaya tidak memandang rendah terhadap kebijaksanaan rakyat kerana  mereka kini semakin matang untuk menilai kebenaran.

Katanya , kerajaan Umno-BN kini semakin terdesak termasuk menggunakan agama bagi mengekalkan kuasa mereka.

Sebagai contoh kata Anwar,  mimbar jumaat digunakan sebagai pentas untuk memfitnah Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai perhimpunan haram.

"Saya yakin, rakyat tidak bodoh. Kita perlu menyedarkan anak muda untuk membawa perubahan," katanya.

Tiada ulasan: