Rabu, 20 Julai 2011

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


DIN BINJAI DISAMAN RM300 RIBU, APA PERANAN KITA?

Posted: 19 Jul 2011 07:16 PM PDT



Din Binjai, seorang aktivis PKR dan pengendali blog Sharpshooter yang lantang telah diperintahkan membayar RM300 ribu dan RM100 ribu lagi bayaran pengurusan kepada Rais Yatim.

Din terperangkap dalam polemik ini kerana ingin membela "mangsa" namun malang sekali "mangsa" yang dikatakan itu, serta pihak yang mula-mula mencetuskan polemik ini iaitu Migrant Care tidak sedia untuk bekerjasama membantu Din ketika perbicaraan berlangsung. Malang......akhirnya Din yang menanggung risikonya.

Din Binjai, sebagaimana juga pendokong gerakan reformasi dan pemimpin akar umbi yang lain, rata-ratanya bukanlah orang yang hidup senang lenang, atau dilimpahi projek juta-juta. Bayangkan sekiranya beliau terpaksa juga membayar RM400 ribu itu!

Apakah kita sebagai penyokong gerakan reformasi dan pendokong politik baru hanya mampu berdiam diri membiarkan Din Binjai keseorangan berjuang menyelesaikan kemelut yang melandan dirinya?

Saya amat mengharapkan supaya ada pihak atau individu yang tampil memulakan inisiatif membantu Din Binjai supaya tidak akan berlaku seorang lagi pejuang rakyat terkubur tanpa nesan!

Coretan: Hamzah Filfilan

Tiada ulasan: