Suara Sri Andalas |
- Dana Baharu RM 5 Juta Untuk Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor
- Program GeMS Capai Matlamat
- Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kem Kesihatan dan Kempen Zon Bersih di Meru
- Majlis Penyerahan Geran Tanah Kuil Selva Vinayagar, Serendah
- Program Sumbangan Cermin Mata Kepada Pelajar Miskin Dan Warga Emas, Sijil Dan Wang Tunai Pelajar Cemerlang SPM
- Penduduk Kg. Kok Doh Beri Laluan Pembangunan Projek Bukit Botak
- Selangor Mantap Institusi Pendidikan, Capai Visi Negeri Idaman
- Perlantikan Noraini Bukti Selangor Iktiraf Wanita
Dana Baharu RM 5 Juta Untuk Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Posted: 20 Jun 2011 02:00 AM PDT SHAH ALAM 20 Jun – Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan satu dana khas berjumlan RM 5 juta untuk pembangunan pendidikan dan modal insan anak-anak kakitangan kerajaan negeri. Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri membuat keputusan tersebut supaya anak-anak kakitangan kerajaan yang memerlukan bantuan kewangan untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ada peluang untuk mendapatkan pembiayaan yang sepatutnya. "Pendidikan dan modal insan adalah amat penting kepada kerajaan negeri dan kami mahu pastikan anak-anak kakitangan membesar dengan sempurna kerana ini akhirnya akan membantu membentuk negeri yang maju dan berdaya saing. "Ini juga adalah tanda penghargaaan kami kepada warga kerga kerajaan negeri yang banyak berkorban membantu kerajaan menjalankan pentadbiran yang cekap, telus, berhemah dan berkesan," kata Menteri Besar. Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih kurang 2,000 kakitangan kerajaan negeri yang menghadiri perjumpaan bulanan yang di anjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam pagi tadi. Menteri Besar juga berkata dana tersebut telah diperolehi dari hasil perlombongan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang ditubuhkan untuk menjayakan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang bermula pada 2008. "Kumpulan Semesta sekarang telah mendapat keuntungan kasar yang meningkat kepada RM 24.47 juta pada 2010 dan hingga kini RM 7.1 juta pada 2011. Jadi, kita ambil sebahagian dari keuntungan ini untuk menolong kakitangan kerajaan," katanya lagi. Perlaksanaan dana tersebut akan diperhalusi melalui perbincangan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi. Sumber: Selangorkini |
Posted: 20 Jun 2011 01:30 AM PDT MORIB, 20 Jun : Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang sudah dilaksana di lapan daripada sembilan daerah di Selangor telah memperlihatkan hasil positif bagi menjayakan misi kerajaan negeri dalam menjayakan pembangunan insan. Program ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat di mana penganjuran karnivalnya diadakan. Menurut EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, masalah keruntuhan akhlak dan keruntuhan sosial yang melanda masyarakat terutama dalam kalangan remaja memerlukan pendekatan baru bagi ditangani. Jadi perlaksanaan program GeMS diharap dapat memenuhi kehendak golonganremaja dalam mencorak kehidupan sosial anak anak. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program GeMS daerah Kuala Langat di Morib Sabtu lalu. Menurutnya, program GeMS adalah satu misi untuk membina satu generasi di Selangor bagi mendokong dan membantu mencapai matlamat kerajaan negeri Selangor untuk menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan. "Yang terbaik di Malaysia semuanya terlongok di Selangor. Tidak cukup infrastuktur kita bangun, fizikal kita bangun tanpa insannya kita bangun bersama. Sebab itulah untuk misi kerajaan Selangor di antara teras pembangunan lestari Selangor ialah memacu pembangunan modal insane. " katanya. Menyentuh program Jom Kerja yang turut menjadi antara kandungan dalam Karnival GEMS, Dr Halimah mahu kaum remaja di Selangotr jangan memilih pekerjaan dan mahu pihak berkuasa tempatan dan daerah mengalakkan kaum remaja bekerja. "Kita di Selangor ini kaya dengan peluang pekerjaan. Kilang paling banyak di Malaysia adalah di Selangor. Kira ada 15 ribu peluang pekerjaan . Koman-koman 500 ringgit sebulan itu pokoknya. Kalau tambah insentif dan sebagai-bagainya akan bertambah sedikit," katanya. Menurut beliau ramai kaum belia yang tidak mempunyai pekerjaan sanggup mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Selangor. Katanya, ketiadaan pekerjaan juga adalah antara faktor menyumbang meningkatkan kegiatan jenayah dan perkara ini perlu dibendung. "Jadi mentaliti ini perlu diperbetulkan , kalau gaji tak besarpun termasuk graduan, graduan menganggur sebab antara yang ramai graduan adalah di Selangor . Kalau mereka ini tidak dapat pegang dulu pekerjaan apa-apa pekerjaan asal ia halal maka makin hari makin lama merekakan jadi orang murung, mereka akan jatuh maruah diri kerana perlu bergantung kepada ibu dan ayah. Bergantung kepada zakat, bergantung kepada jabatan kebajian masyarakat, " katanya. Pelbagai program diadakan sempena program GeRMS daerah Kuala Langat. Antaranya majlis dialog, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita, persembahan kebudayaan dan konvoi berbasikal. Sementara pada sebelah malamnya diadakan konsert amal yang dijayakan antaranya Shahir Menurut beliau ramai kaum belia yang tidak mempunyai pekerjaan sanggup mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Selangor. Katanya, ketiadaan pekerjaan juga adalah antara faktor menyumbang meningkatkan kegiatan jenayah dan perkara ini perlu dibendung. "Jadi mentaliti ini perlu diperbetulkan , kalau gaji tak besarpun termasuk graduan, graduan menganggur sebab antara yang ramai graduan adalah di Selangor . Kalau mereka ini tidak dapat pegang dulu pekerjaan apa-apa pekerjaan asal ia halal maka makin hari makin lama merekakan jadi orang murung, mereka akan jatuh maruah diri kerana perlu bergantung kepada ibu dan ayah. Bergantung kepada zakat, bergantung kepada jabatan kebajian masyarakat, " katanya. Pelbagai program diadakan sempena program GeRMS daerah Kuala Langat. Antaranya majlis dialog, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita, persembahan kebudayaan dan konvoi berbasikal. Sementara pada sebelah malamnya diadakan konsert amal yang dijayakan antaranya Shahir Menurut beliau ramai kaum belia yang tidak mempunyai pekerjaan sanggup mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Selangor. Katanya, ketiadaan pekerjaan juga adalah antara faktor menyumbang meningkatkan kegiatan jenayah dan perkara ini perlu dibendung. "Jadi mentaliti ini perlu diperbetulkan , kalau gaji tak besarpun termasuk graduan, graduan menganggur sebab antara yang ramai graduan adalah di Selangor . Kalau mereka ini tidak dapat pegang dulu pekerjaan apa-apa pekerjaan asal ia halal maka makin hari makin lama merekakan jadi orang murung, mereka akan jatuh maruah diri kerana perlu bergantung kepada ibu dan ayah. Bergantung kepada zakat, bergantung kepada jabatan kebajian masyarakat, " katanya. Pelbagai program diadakan sempena program GeRMS daerah Kuala Langat. Antaranya majlis dialog, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita, persembahan kebudayaan dan konvoi berbasikal. Sementara pada sebelah malamnya diadakan konsert amal yang dijayakan antaranya Shahir AF dab Sham Kamikaze. Sumber: Selangorkini |
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kem Kesihatan dan Kempen Zon Bersih di Meru Posted: 19 Jun 2011 06:00 AM PDT Meru, 19 Jun 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang telah diadakan di Dewan MPK, Pekan Meru. Turut diadakan pada majlis tersebut adalah Kem Kesihatan dan Kempen Zon Bersih. Majlis dirasmikan oleh YB Dr Hj. Abd Rani Osman, ADUN Meru, penutupan rasmi oleh YB Dr Xavier Jayakumar dan dihadiri oleh pegawai dari pejabat daerah dan ahli majlis MPK. Majlis yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari tersebut dipenuhi orang ramai yang menyaksikan seramai 152 orang pelajar PMR dan SPM 2010 yang mendapat keputusan 8A dan keatas menerima sijil kecemrlangan dan hadiah. Seramai 20 keluarga miskin yang terdiri dari pelbagai bangsa turut menerima hamper barangan. Orang ramai yang hadir pada majlis tersebut telah mendapat manfaat daripada Kem Kesihatan yang dijalankan. Ketika menyampaikan ucapannya, YB Dr xavier Jayakumar menekankan betapa pentingnya orang ramai untuk menjaga kesihatan dan mengambil serius bahaya denggi. |
Majlis Penyerahan Geran Tanah Kuil Selva Vinayagar, Serendah Posted: 18 Jun 2011 06:00 PM PDT Serendah, 18 Jun 2011 - Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat pada hari ini telah menyerahkan geran tanah kepada Kuil Selva Vinayagar di Serendah. Hadir menyerahkan geran tanah tersebut adalah YB Dr Xavier Jayakumar, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Serendah, Kampung Dato' Harun dan dihadiri para pemimpin komuniti setempat. Selain penyerahan geran tanah, Dr Xavier Jayakumar turut menyampaikan raket badminton dan bola sepak kepada kanak-kanak serta hamper barangan kepada warga emas. Dr Xavier Jayakumar dalam ucapan beliau pada malam itu menekankan kepentingan pendidikan dalam mendidik anak-anak. Pendidikan begitu penting dan menjadi salah satu faktor yang dapat mengubah nasib sesebuah keluarga kepada yang lebih baik. Pada majlis tersebut juga dimaklumkan enam buah ranting telah ditubuhkan dengan 1,300 orang ahli Parti Keadilan Rakyat. |
Posted: 18 Jun 2011 02:00 AM PDT Kampung Jawa, 18 Jun 2011 - Sebuah majlis bagi menghargai pelajar-pelajar cemerlang SPM dari kawasan DUN Seri Andalas dan juga memberi sumbangan kepada pelajar miskin, warga emas serta sumbangan kepada sekolah dan persatuan penduduk telah diadakan. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Klang dan dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas yang juga merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Encik PS Rajoo, Ahli Majlis MPK, Ketua Kampung dan juga para pemimpin komuniti setempat. Seramai 45 orang pelajar miskin telah menerima sumbangan cermin mata yang telah disampaikan oleh Encik PS Rajoo. Seramai 65 orang warga emas pula telah diberi subsidi cermin mata yang disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar. Pelajar-pelajar cemerlang SPM dengan keputusan 8A dan lebih telah diberi sijil dan wang tunai RM100. Sijil dan wang tunai disampaikan oleh YB Dr Xavier. Pelajar-pelajar cemerlang SPM ini adalah dari: SMK Hishamudin (31 orang) SMK Raja Mahadi (30 orang) SMK Shahbandaraya (19 orang) SMK Sri Andalas (16 orang) SMK Kg Jawa (5 orang) Pelajar dari DUN Sri Andalas dan bersekolah di tempat lain (3 orang) Pada majlis tersebut, YB dr Xavier turut menerangkan program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan menggunakan persembahan slaid kepada orang ramai. Sempena persaraan guru besar SK Kg Jawa 2, sumbangan RM1,000 telah diberikan untuk program persaraan beliau. Turut menerima sumbangan wang tunai adalah Persatuan Penduduk Taman Setia yang menerima RM1,500. |
Penduduk Kg. Kok Doh Beri Laluan Pembangunan Projek Bukit Botak Posted: 18 Jun 2011 01:35 AM PDT SELAYANG 18 JUN : 84 keluarga setinggan di Kampung Kok Doh di Bandar Baru Selayang hari ini menerima saguhati pemindahan dan bantuan perumahan daripada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan projek perumahan Bukit Botak dimulakan. Kampung Kok Doh merupakan sebuah perkampungan yang terletak bersebelahan Kampung Bukit Botak dan merupakan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor. Menteri Besar Selangor, Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini turun menyerahkan saguhati berjumlah RM 483,800 kepada keluarga yang terbabit dalam perpindahan itu. Meskipun komited dalam memastikan pembangunan di kawasan setinggan Bukit Botak yang menjadi penantian hampir 20 tahun penghuninya, namun kerajaan negeri tidak sesekali mengabaikan mereka yang turut terkena tempias akibat projek terbabit. Selain saguhati melibatkan bantuan pemindahan sebanyak RM 500 seorang,mereka juga menerima tawaran dan bantuan pembelian rumah Semi-D Bukit Botak atau rumah kos rendah - mengikut kelayakan masing-masing. "Apa yang kita lakukan hari ini ialah secara telus bagaimana langkah-langkah yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah di Bukit Botak, antaranya kita telah bersetuju dengan semua pemilik tanah Bukit Botak untuk dibangunkan sebagai satu projek secara menyeluruh yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor PKNS (perumahan semi-d),"ujarnya. Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan cek saguhati kepada penduduk Kampung Kok Doh di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang, tengahari tadi. Peneroka bandar yang menerima saguhati ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu, 63 keluarga layak membeli rumah Semi-D Bukit Botak dengan harga RM 99,000. Mereka juga telah diberi peruntukan tambahan RM 3,600 seorang sementara menunggu rumah siap dalam masa 12 bulan, serta saguhati pemindahan RM500. Manakala 20 keluarga lagi layak membeli rumah kos rendah Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR) di Selayang Mulia yang bernilai RM 42,000 diberi subsidi RM 7,000 untuk pembelian rumah. Ini bermakna mereka hanya membayar RM35,000 untuk memiliki rumah RPKR. Selain itu, mereka menerima peruntukan tambahan RM1,500 serta saguhati pemindahan RM500 seorang. Menteri Besar turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Kok Doh yang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam pemindahan ini kerana ianya akan menjayakan projek perumahan Bukit Botak. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Pegawai Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar. Sumber: TVSNEWS |
Selangor Mantap Institusi Pendidikan, Capai Visi Negeri Idaman Posted: 18 Jun 2011 01:00 AM PDT SHAH ALAM 18 JUN : Kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha menjadikan negeri ini sebagai hab ilmuan atau pendidikan untuk mencapai visi menjadi sebuah negeri idaman, maju, sejahtera serta berkebajikan. Justeru penganjuran Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 pada 26 Jun nanti adalah inisiatif serta langkah kritikal kerajaan negeri bagi memastikan ilmu itu dimartabatkan di tahap tertinggi. Dalam satu tembubual eksklusif krew TV Selangor dan Selangor Kini bersama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, beliau menjelaskan Hari Ilmu Selangor yang dianjurkan sejak tahun lepas menerima sambutan menggalakkan malah berjaya mengumpulkan kira-kira 15,271 pembaca berdaftar menerusi program Gerakan Membaca Perdana. "Tahun ini kita melangkah satu tahap ke hadapan di mana kita berjaya mencetuskan budaya membaca sedikit sebanyak di kalangan rakyat Selangor. Apa yang kita perlukan sekarang adalah kita memerlukan bahan bacaan untuk dibaca dan bahan-bahan itu bercirikan tempatan. Kita mahu rakyat di Selangor dan Malaysia menulis supaya hasil karya mereka ini boleh memberi manfaat kepada rakyat Selangor dan Malaysia amnya,"katanya. Beliau berkata, antara program yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah Perhimpunan dan Konvensyen Penulis, kempen 15 minit "Reading Break" atau "Reading Hour" dan Pesta Buku Selangor bermula 24 Jun sehingga 3 Julai. Dr Halimah berkata, kempen 15 minit Reading Break itu memperuntukkan semua rakyat Selangor termasuk pimpinan tertinggi untuk berhenti membaca secara serentak. Katanya, kempen yang akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun itu akan memberi impak khususnya kepada kanak-kanak dan remaja untuk memupuk minat membaca sama ada bahan ilmiah, buku cerita dan sebagainya. "Kempen untuk membaca itu diadakan di peringkat negeri Selangor. Jadi kita mengharap ia dilakukan secara berterusan di seluruh daerah cuma mungkin di lain-lain waktu. Kita ada 94 buah perpustakaan seluruh Selangor. "Kita mahu semua perpustakaan ini menjadi nadi sehingga boleh mencetuskan bacathon. Perpustakaan ini akan menjadi nadi kempen membaca sepanjang tahun,"ujar Halimah. Menyentuh mengenai konvensyen penulis yang merupakan salah satu agenda dalam program Hari Ilmu nanti, Dr Halimah menjelaskan ia bakal mengumpul dan mempertemukan penulis-penulis dari pelbagai peringkat seperti penulis buku profesional mahupun amatur, kolumnis, penulis bebas, penulis buku teks dan bloggers. Penulis dicadang mengemukakan esei "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan berkebajikan bagi penghasilan Buku Mega Perdana yang merupaka kesinambungan Gerakan Menulis Perdana yang dilancarkan tahun lalu. "Konsepnya adalah kita memberi satu ruang untuk bertemu dan berbincang sebagai penulis. Kita akan adakan dialog bersama pimpinan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri di mana mereka boleh mengetahui cara mempertingkatkan mutu penulisan, mempergiatkan penulisan dan mencetuskan minat di kalangan orang muda,"ujar beliau lagi. Di samping itu, Dr Halimah turut menegaskan kerajaan negeri Selangor di bawah Exco Pembangunan Modal Insan sentiasa memandang penulis sebagai aset penting yang berupaya mentransformasikan masyarakat berikutan idea penulisan yang dilontarkan mengandungi pengajaran serta nilai murni. "Kita beri peluang pada penulis untuk luahkan apa masalah, mungkin tidak dihargai atau dipingirkan. Hasil daripada itu nanti kita akan cadangkan pada kerajaan negeri nanti untuk mendengar dan mempertimbangkan hasrat daripada penulis. Kita nak dengar luahan hati penulis kerana belum pernah lagi kerajaan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan masalah mereka,"katanya. Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 akan dirasmikan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 26 Jun nanti dan dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Sumber: TVSNEWS |
Perlantikan Noraini Bukti Selangor Iktiraf Wanita Posted: 17 Jun 2011 02:00 AM PDT Kenyataan Media YB Puan Rodziah Ismail Selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Noraini Roslan yang baru dilantik menjadi Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS) berkuatkuasa 1 Julai 2011. Saya berkeyakinan beliau mampu memikul tanggungjawab ini dengan cemerlang berasaskan pengalaman luasnya selama lebih 20 tahun sebagai pengarah perancang beberapa pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Perlantikan Puan Noraini sebagai YDP MDKS ini adalah selari dengan hasrat dan sasaran Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan 30% wanita terlibat dalam proses pembuatan keputusan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Setelah sasaran ini kita realisasikan sejak 2008 dalam barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor yang mana 30% daripadanya terdiri daripada wanita, kita berharap hasrat ini akan dapat kita laksanakan pula dalam pelbagai peringkat pentadbiran kerajaan negeri. Pelantikan Puan Noraini ini mudah-mudahan menjadi permulaan dan pembuka jalan kepada lebih ramai lagi golongan profesional dalam kalangan wanita yang akan terlibat dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang. Selain itu, perlantikan ini juga adalah sebagai suatu pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor terhadap sumbangan dan pembabitan golongan wanita dalam pelbagai bidang pembangunan negara yang terus menyerlah dari tahun ke tahun. Dalam keadaan hari ini di mana sudah semakin ramai golongan wanita yang mampu menyaingi prestasi kaum lelaki, ditambah dengan senario separuh daripada populasi penduduk di Selangor adalah wanita, Kerajaan Negeri akan terus komited untuk melantik mana-mana wanita yang telah terbukti kemampuan dan kewibawaannya untuk menyandang jawatan pentadbiran di peringkat tertinggi. Saya percaya wanita-wanita yang telah dipilih dan dilantik inilah juga nanti yang akan menjadi barisan utama (the forefront) jurubicara dan wira (champion) dalam mengetengahkan dan mengangkat agenda kesejahteraan dan pemberdayaan wanita Selangor agar wanita mengecapi keadilan, diberi haknya secara proaktif, dan dilibatkan dalam proses pembuatan keputusan di semua peringkat pentadbiran Kerajaan negeri Selangor. Akhirnya saya ingin mengajak semua wanita di Selangor khususnya dan di Malaysia umumnya untuk terus mempertingkatkan potensi dan jati diri masing-masing dalam memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara. Para pemimpin wanita pula harus menjadi ejen perubahan kepada masyarakat bagi melahirkan individu wanita yang gigih, kreatif, berdisiplin, ingin maju dan mempunyai keperibadian serta nilai moral yang tinggi. Sifat-sifat ini adalah asas kepada masyarakat yang dinamis. YB PUAN RODZIAH ISMAIL Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan