Suara Sri Andalas |
MB: Task Force Felda Selangor Bantu Kerajaan Negeri Posted: 15 Jun 2011 01:30 AM PDT SHAH ALAM 15 Jun – Dalam usaha Kerajaan Negeri membela nasib peneroka yang telah sekian lama ditekan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan pelbagai masalah hak milik tanah serta pemberian pendapatan khususnya di Selangor satu Jawatankuasa Khas Felda Negeri Selangor ditubuhkan. Jawatankuasa yang terdiri daripada pakar perundangan ini bernaung dibawah Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong serta mendapat kerjasama penuh dari Shamsul Iskandar Md Akin selaku pengerusi. Melalui jawatankuasa terbabit juga satu Majlis Dialog-Diskusi berhubung Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960 atau GSA 1960 diadakan di Dewan Annexe, Bangunan SUK Selangor. Mengulas lanjut berhubung pemmbentangan kertas kerja GSA 1960, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh pasukan khas bagi menasihati kerajaan negeri Selangor mengenai langkah yang boleh diambil untuk membela masyarakat Felda di negeri itu. "Tujuan Task Force ini adalah untuk menasihati kerajaan negeri apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menentukan bahawa masyarakat Felda di Selangor mendapat kebaikkan dan juga penambahan pendapatan ataupun peningkatan aset dari penglibatan mereka yang sudah berpuluh tahun bersama Felda," katanya. Malah katanya, pasukan khas yang terdiri daripada pakar perundangan itu telah beroperasi lebih setahun lalu untuk mengkaji dan meneliti semula Akta GSA 1960 bagi menyesuaikannya dengan situasi pada masa kini. "Saya perlu menunggu pembentangan dan perbincangan ini selesai sebelum membuat sebarang keputusan. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dan relevan pada akta ini pada masa kini, kita perlu membetulkannya dan mengetahui prosedur untuk melakukannya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pembentangan Kertas Kerja Akta Tanah (Kawalan Penempatan Berkelompok) 1960. Jelas Abdul Khalid, pembentangan kertas kerja ini juga dilihat mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat Felda serta ianya selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'. "Ia juga dilihat bersesuaian dengan konsep kerajaan negeri iaitu 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' atau MES. Oleh sebab itu, rakyat Felda di Selangor berhak untuk mengetahui tentang tatacara pengurusan Felda dan apakah hasil yang boleh mereka dapati dan adakah keputusan ini memberikan manfaat kepada mereka setelah sekian lama memilikinya," Abdul Khalid berkata, pembentangan itu juga menjurus kepada pelan tindakan dan bukannya perbincangan semata-mata termasuk memberitahu kerajaan pusat mengenai perkara yang perlu dilakukan dalam usaha memastikan hak dan nasib masyarakat Felda terbela. Tambahnya lagi, ini termasuk rancangan pembangunan Felda untuk terus menempatkan generasi kedua peneroka di penempatan terbabit dengan pelbagai peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang mampu meningkatkan ekonomi setiap keluarga peneroka. "Oleh sebab itu, rancangan pembangunan Felda juga mesti mengambil kira tentang peranan generasi kedua untuk membangunkan kawasan-kawasan tersebut. Dan kebanyakkan kawasan terbabit di Selangor terutamanya akan menjadi kawasan bandaran, bukan lagi kawasan peladangan,"katanya lagi. "Oleh sebab itu juga,adalah perlu untuk kita mengambil kira tentang perkara tersebut dan rancangan rapi mesti dilakukan supaya tidak terdapat apa yang dipanggil pengangguran dikawasan-kawasan Felda. Terdapat kira-kira 10,000 warga Felda di negeri itu terutamanya di kawasan Hulu Selangor. Sumber: Selangorkini |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan