Rabu, 15 Jun 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ceramah di Felda Jengka 4, Maran, 17.6.11

Posted: 15 Jun 2011 08:39 PM PDT

Ceramah yang diadakan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Maran di Felda Jengka 4 pada 17.6.11 membawa erti yang besar. Ianya dibuat bersempena dengan pemfailan saman oleh 700 peneroka Felda sekitar Jengka menyaman Felda mengenai manipulasi Felda terhadap peratusan perahan KPG mereka yang akan difailkan pada jam 11.00 pagi di Mahkamah Tinggi Temerloh,

Ceramah yang diadakan di Felda Jengka 4 tersebut adalah untuk menerangkan kepada peneroka-peneroka kenapa 700 orang peneroka sekitar Jengka itu memfailkan saman terhadap Felda dan apakah kesannya terhadap pendapatan peneroka-peneroka Felda.

Selama lebih 15 tahun peneroka-peneroka daripada beberapa kilang di Jengka hanya memberikan kadar perahan sebanyak 17-18% sahaja, dan baru-baru ini kilang-kilang Felda itu menaikkan hingga 20-21% apabila peneroka-peneroka mewar-warkan untuk menyaman Felda berhubung isu perahan ini.

Tetapi usaha Felda menaikkan perahan secara tergesa-gesa itu sudah dikesan oleh peneroka-peneroka bahawa Felda cuba dengan kenaikan itu mempengaruhi peneroka-peneroka supaya tidak meneruskan saman terhadapnya.

Buah kelapa sawit keluaran sekitar Jengka mempunyai nilai perahan yang sangat tinggi. Makmal mengesahkan bahawa kadar perahan di sekitar kawasan Jengka adalah 36% dan apabila diselaraskan dengan prosedur MPOB, perahan itu tetap tinggi dengan 32% sedangkan selama berpuluh tahun kilang-kilang Felda hanya memberikan bayaran kepada peneroka-peneroka diatas peratusan 17-18% sahaja.

Ini bererti peneroka-peneroka tersebut telah ditipu oleh Felda melebihi RM1000.00 setiap bulan, maka cubalah buat perkiraan RM1000.00 x 12 bulan x 15 tahun, itulah jumlah penipuan yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Tuntutan ini belum lagi diambil kira buah yang reject setiap kali peneroka-peneroka menghantar buah sawit ke Kilang-Kilang Felda. Didalam tempoh 10 tahun, lebihkurang RM20,000.00 - RM30,000.00 telah ditanggung kerugian oleh peneroka-peneroka.

Adakah buah reject itu tidak memberikan sebarang perahan yang baik? Baru-baru ini beberapa orang peneroka di kawasan Jengka telah menghantarkan buah yang dikategorikan reject kerana mengkal, muda dan tangkai panjang.

Makmal mengesahkan bahawa perahan dari buah-buah itu adalah lebih kurang 26% (lebihkurang 21-22% apabila diselaraskan dengan pengiraan MPOB), dan buah-buah itulah yang sentiasa direject dan dibuang keluar sebelum ditimbang di kilang-kilang Felda.

Buah-buah reject itu tidak dikembalikan kepada peneroka-peneroka sedangkan peneroka-peneroka dikenakan denda apabila terdapat buah yang reject, manakala buah-buah reject itu diproses bersama-sama dengan buah yang normal sedangkan pendapatan darinya tidak dikembalikan kepada peneroka-peneroka.

Maka ceramah PKR di Jengka 4 pada 17hb Jun ini mempunyai makna yang besar. Pertama untuk menuntut kerugian yang selama ini ditanggung oleh peneroka-peneroka. Keduanya untuk memberikan kesedaran kepada peneroka-peneroka erti perjuangan.

Apabila kes ini menang di Mahkamah nanti, bukan semua peneroka-peneroka yang terlibat diatas penipuan Felda akan mendapat faedahnya. Jika untuk Felda Sg Koyan yang beribu orang itu, hanya 10 orang sahaja yang akan mendapat faedah kerana mereka sahajalah yang berani menentang arus dan menyaman Felda. Begitu juga di Felda Kemahang 1 dan 2, sekadar 100 orang lebih itu sahaja mendapat faedahnya sedangkan yang lain-lain yang fanatik dengan UMNO itu tetap tidak mendapat faedahnya.

Isu yang kedua yang akan diutarakan didalam Majlis ceramah itu adalah berhubung dengan pelaksanaan Buku Jingga perkara 8 iaitu pemansuhan Felda Plantation dan Penawaran ladang-ladang Felda Plantation kepada generasi baru peneroka Felda, suatu program yang dinamik dan progresif dari Pakatan Rakyat bagi mengatasi masalah pengangguran dan kelaparan tanah yang dialami oleh anak-anak peneroka Felda. Golongan itu hanya diberikan gula-gula oleh UMNO dan UMNO tidak mampu dan tidak mempunyai apa-apa dasar pun untuk mengatasi masalah pengangguran dikalangan anak-anak peneroka Felda.

Ceramah ini menjadi sangat penting, dan ianya diadakan di kawasan yang penuh sesak dengan rancangan Felda didalam Gugusan Jengka dimana Gugusan ini terbahagi kepada 3 kawasan Parlimen iaitu Maran, Jerantut dan Kuala Krau.

Semua peneroka-peneroka dijemput hadir bagi mendengar ucapan-ucapan dari pemimpin Biro Masyarakat Felda PKR Pusat termasuklah Haji Suhaimi Said, T. Kumar dan Rebin Birham. Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang akan menjadi penceramah utama didalam Majlis itu kelak.

Pelaksanaan Tawaran PR Dalam Buku Jingga

Posted: 15 Jun 2011 06:49 PM PDT

10 Tawaran PR dalam Buku Jingga hanya akan boleh disempurnakan jika PR berjaya memegang tampuk pemerintahan Negara dalam PRU ke-13.

Pejuang-pejuang perubahan yakin bahawa tampuk pemerintahan Negara akan bertukar tangan dari BN kepada PR didalam PRU akan datang ini.

Keyakinan ini dibina diatas perubahan rakyat yang rata-rata mahukan sebuah kerajaan yang baru, bersih, telus dan berintegriti.

Didalam PRU Negeri Sarawak baru-baru ini pengundi-pengundi telah berubah. Kadar perubahan mereka sudah melebihi 20% tetapi tidak mencapai 33% iaitu kadar yang diperlukan untuk perubahan pemerintahan di Sarawak.

Namun begitu 7 dari kawasan Parlimen di Negeri Sarawak sudah boleh bertukar tangan apabila dikumpulkan undi-undi didalam kawasan DUN yang dimenangi oleh PR. 5 lagi dari kawasan Parlimen didalam kumpulan kawasan DUN yang kalah tipis juga memungkinkan PR boleh memenangi kawasan-kawasan Parlimen itu.

Keseluruhan kawasan Parlimen di Malaysia adalah 222 kawasan. Separuh darinya adalah 111 kawasan. PR hanya perlu menang 20 kerusi Parlimen tambahan sahaja untuk memerintah Negara dan dengan kemenangan itu BN susut kepada 91 kerusi manakala PR akan meningkat kepada 103 kerusi, sudah boleh memerintah dengan majoriti mudah sebanyak 11 kerusi.

Untuk memperolehi 20 kerusi itu bukanlah terlalu sukar. Pertambahan dari Sarawak sudah menjaminkan 7 kerusi (ditambah lagi 5 kerusi - kemungkinan), dari Sabah tidak kurang dari 5 kerusi, dari Johor minima 3 kerusi dari Terengganu 2 kerusi, dari Pahang 2 kerusi, dari Pulau Pinang 2 kerusi, dari Selangor antara 2 hingga 3 kerusi, Negeri Sembilan 1 kerusi, Melaka 1 kerusi, Kelantan 1 kerusi, Kedah 1 kerusi - sudah melebihi keperluan untuk memenangkan PR menguasi Putrajaya.

Didalam tempoh 100 hari (bukan 50 tahun) satu perubahan besar akan berlaku di Malaysia hasil dari pemerintahan telus, bertanggungjawab, berintegriti dan demi rakyat, dan didalam tempoh 100 hari itu apa yang ditawarkan didalam Buku Jingga akan dilaksanakan.

Tawaran pelaksanaan Buku Jingga ini adalah untuk semua rakyat tanpa mengira pegangan politik dan melintasi kaum, dan justeru itu menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama memenangkan PR didalam PRU akan datang ini.

Pemerintahan BN sudah tidak kompatibel dengan kepentingan rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO/BN serta kroni-kroni mereka dan golongan orang-orang kaya menguasai kekayaan negara manakala rakyat hidup didalam keadaan yang sukar.

PR yang berlandaskan dasar keadilan dan kebajikan adalah pemerintahan yang kompatibel dengan kepentingan rakyat.

Dan tidak ada sebab rakyat akan terus mengekalkan pemerintahan UMNO/Barisan Nasional yang menyusahkan rakyat.

Tiada ulasan: