Suara Sri Andalas |
Kerajaan Selangor Komitted Bantu Masyarakat Orang Asli Posted: 24 May 2011 01:45 AM PDT Kuala Langat, 24 Mei, 2011 - 6 keluarga Orang Asli di Kampung Bukit Perah, Banting menerima kunci rumah masing-masing dari Kerajaan Negeri Selangor hari ini. Mereka menerima kunci replika masing-masing dalam satu program penyerahan kunci Rumah Kerajaan Prihatin yang diadakan di Dewan Orangramai Kampung Jenjarum, Kuala Langat yang telah disampaikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor. Turut serta dalam program tersebut ialah Dato' Asmawi Kasbi, Pegawai Daerah & Tanah Kuala Langat, YB Dr. Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang, YB Philip Tan Chong Swee Adun Telok Datok dan YB Abdullah Sani Abdul Hamid Ahli Parlimen Kuala Langat. Pegawai-pegawai dari Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat turut terlibat dalam program tersebut. Turut hadir ialah David Cheong Ketua PKR Cabang Kuala Langat, kepimpinan PAS dan DAP setempat serta beberapa orang Ketua-ketua Komuniti Kaum India daerah Kuala Langat. Mereka kemudiannya melawat rumah-rumah baru tersebut yang dibina di kawasan perkampungan Orang Asli di Bukit Perah, Banting, Selangor. Setiap buah rumah bernilai RM30,000 setiap sebuah dan kos pembinaan disumbangkan oleh anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Selangor. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan