Ahad, 19 Jun 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


FELICIA LING

Posted: 19 Jun 2011 04:47 PM PDT

"Apalah Haji Suhaimi ni, bawa perempuan Cina ke Felda ni, siapa nak dengar dia?" keluh seorang AJK PAS Cawangan Felda Jengka 12 apabila saya menyenarakan Felicia Ling sebagai salah seorang penceramah sempena penubuhan PKR Ranting Felda Jengka 12 dan penubuhan ANAK untuk rancangan Felda itu.

Felicia adalah nama yang popular di Kuala Krau baik di Kampong Tradisional Melayu, rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal di DUN Jenderak.

Pada waktu itu beliau adalah Anggota MPP dan mengetui PKR Cabang Cheras.

Seperti chegu'Bard, Felicia adalah antara pemimpin yang begitu mudah untuk diundang, dan tidak berdolak dalik.

Saya juga lasakkan Felicia setiap kali beliau datang ke Kuala Krau dengan mengaturkan beberapa program setiap hari beliau berada disini.

Di Felda Jengka 12, Felicia memberikan ceramahnya yang betul-betul memukau kehadiran pada malam itu di khalayak lebih 1000 orang yang hadir. AJK PAS yang peringkat awalnya menegur saya kerana membawa Felicia, selepas ceramah itu, meminta saya mengaturkan beberapa lagi ceramah di dalam rancangan Felda di sekitar Jengka kerana beliau sangat berpuas hati dengan ceramah dan gaya ceramah yang disampaikan oleh Felicia.

Di DUN Jenderak, Felicia telah datang ke hampir setiap kampong Orang Asal; beliau sanggup pergi ke kampong-kampong Orang Asal walaupun jalan masuk ke kampong-kampong itu sangat buruk dalam perjalanan yang menyukarkan.

Tetapi setelah asakan kerja di perkampongan Orang Asal di sini dengan mendatangkan pimpinan PKR Pusat termamsuk YB Zuraida, Ketua Wanita PKR Pusat, akhirnya semua jalan masuk ke perkampongan Orang Asal disini dibuat jalan tar, walaupun sesetengah jalan itu seperti jalan masuk ke Kg Seboi sudah mula mereput.

Setiap kali Felicia datang ke Kuala Krau khususnya diperkampongan Orang Asal, beliau membawa program baru.

Beliau telah menganjurkan pertandingan menganyam dan beliau sendiri mengeluarkan hadiah-hadiah, dan semua yang mengambil bahagian yang tidak menang pun mendapat hadiah.

Orang Asal di DUN Jenderak sangat berminat dengan Felicia. Beliau mengambil masa untuk menziarahi Orang-Orang Asal yang ditimpa musibah dengan membawakan buah tangan untuk mereka.

Dikalangan orang-orang Cina di Pekan Kuala Krau, nama Felicia tidak asing lagi. Ceramahnya yang bersemangat cukup memuaskan para hadirin.

Felicia dengan teamnya dari Kuala Lumpur sentiasa membawa buah tangan kepada masyarakat Orang India di kawasan ini.

Selepas pemilihan pimpinan Pusat baru-baru ini, Felicia tidak lagi kelihatan aktif. Dia mahu bercuti, katanya, dan kini tempoh bercutinya itu sudah begitu panjang, dan kami di Kuala Krau sangat merindui sentuhan beliau.

Baru-baru ini saya melawat Tg Malim ke Felda Besaut dan Trolak; dan Ketua Cabang di Tg Malim itu membisikkan kepada saya bahawa Felicia adalah calon yang sesuai untuk kawasan Parlimen Tg Malim, tetapi Felicia nampak tidak berminat.

Di Pahang juga Felicia dijemput untuk bertanding di kawasan Parlimen Bentong, tetapi Felicia juga tidak menunjukkan minatnya.

Ini bererti bahawa Felicia membuat kerja untuk parti bukan untuk menjadi calon tetapi untuk memperkukuhkan parti.

Di pemilihan yang lalu, Felicia berjaya memenangi jawatan didalam pimpinan Wanita Keadilan, tetapi kalah tipis didalam MPP.

Beliau memberitahu saya bahawa beliau bercuti dan menumpukan masanya kepada firma guamannya.

PKR Kuala Krau agak kesunyian apabila Felicia kini masih bercuti, seolah-olah satu kehilangan kerana beliau adalah diantara pemimpin yang rajin. Saya bukan sahaja membawa Felicia ke DUN Jenderak, bahkan ke DUN Kerdau, DUN Mentakab, dan DUN Pulau Tawar didalam kawasan Parlimen Kuala Krau, Temerloh dan Jerantut.

Semoga Felicia Ling dapat aktif kembali!


Tiada ulasan: