Selasa, 14 Jun 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Eishh dok canang kata FELDA baguih tapi nie dok kena bayaq saman RM1.2juta lagi apa kejadahnya..????

Posted: 14 Jun 2011 07:36 AM PDT


Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.

Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.

Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.

Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.

"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.

"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.

"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.

Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.

"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.

Sekretariat Task Force Felda

Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.

Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.

Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/

Sumber: http://www.kedahlanie.info/

Kerja tak sempurna - Pelajar terpaksa minum air kotor

Posted: 14 Jun 2011 05:35 AM PDT

Tangki air sudah tersedia tetapi tidak dapat diguna menunjuk kerajaan BN membazir wang Rakyat.

Inilah perigi lama air yang kotor dan tercemar diguna kanak-kanak sekolah untuk diminum, memasak, mandi dan mencuci kain setiap hari.


Penyelia D.U.N. Pkln Hulu Lee Sing Long mengumpul maklumat dari Pengetua Sekolah Ustaz Mohd Fakri dan masalah Sekolah Agama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qirat Addin-5 mendapat perhatian Encik Lee.

Lee Sing Long bersama kanak-kanak asrama sekolah terpaksa minum air perigi kotor yang mengancam kesihatan mereka.

Di sebelah belakang Encik Lee Sing Long adalah perigi yang baru siap tetapi tidak sesuai untuk di minum, satu lagi projek kerajaan BN yang menjadi sia-sia.

Sekolah Agama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin-5 yang terletak di Jalan Felda Nenering, Pengkalan Hulu sedang mengalami pelbagai masalah perlu diberi pehatian oleh orang ramai dan pihak yang berwajib.

Baru-baru ini bekas calon D.U.N. Pengkalan Hulu saudara Lee Sing Long (PKR) telah membuat penemuan dan perbincangan dengan pengetua sekolah terbabit Ustaz Mohd Fakhri Bin Abdul Zawawi setelah mendapat aduan dari orang ramai. Beberapa masalah yang ketara telah dibincangkan dan dimakumkan oleh pengetua sekolah terbabit kepada saudara Lee.

Masalah yang kritikal dan serius yang mana ianya perlu diberi perhatin dan bantuan dengan segera. Antara yang amat mendukacitakan dan menyedihkan, para pelajar dan guru-guru yang menghuni asrama tersebut terpaksa menggunakan bekalan air kotor dan tercemar untuk kegunaan harian mereka.


Perkara ini tidak seharusnya berlaku memandangkan Negara kita telah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan. Nikmat kemerdekaan seolah-olah tiada pengertian apa-apa kepada rakyat Malaysia di kawasan pendalaman.

Amat malang lagi perkara seperti ini dialami sendiri oleh pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak yang sedang menimba ilmu dalam bidang agama. Sejumlah 30 orang pelajar dan 4 orang guru di sekolah tersebut terpaksa menggunakan air perigi yang kotor dan tercemar untuk minum,mandi dan mencuci pakaian. Semua aktiviti ini boleh menjejaskan kesihatan mereka yang terpaksa melaluinya kerana tiada alternatif lain.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru tersebut ialah ancaman binatang liar seperti babi hutan dan musang yang sering masuk ke kawasan penginapan asrama yang tidak mempunyai pagar. Pihak sekolah tidak berkemampuan untuk membina pagar disebabkan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk kos membina dan memasang pagar.

Pengetua sekolah agama Ustaz Mohd Fakri juga memberitahu bahawa bayaran yuran yang diterima oleh ibu bapa pelajar sebanyak RM 160.00 sebulan dan bayaran perkapita sebanyak RM 50.00 setahun masih lagi belum mencukupi bagi menampung pelbagai perbelanjaan pelajar dan kegunaaan harian.

Seperti biasa perasarana untuk kebajikan sekolah ini samalah seperti sekolah-sekolah agama persendirian lain yang tidak mendapat sebarang perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan barisan nasional dan hanya pandang sebelah mata sahaja. Jika ada pun, bantuan dari pihak kerajaan yang hanya melepaskan batuk ditangga tidak dilakukan dengan ikhlas sebagai kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Saudara Lee diberitahu oleh pengetua sekolah bahawa pada bulan March 2009,pihak Jabatan Galian ada membina sebuah perigi untuk kegunaan sumber air bagi pelajar-pelajar asrama tersebut. Projek mengorek dan membina perigi tersebut telah disiapkan oleh kontaktor yang dilantik pada bulan oktober 2009.
 
Jumlah projek tersebut bernilai RM 90,000 tetapi hasilnya amat mengecewakan. Setelah kontraktor mendapat bayaran,perigi tersebut didapati tidak sesuai digunakan kerana air perigi tersebut juga kotor dan tercemar. Projek perigi tersebut menjadi sia-sia dan merupakan pembaziran wang rakyat kerana perigi tersebut tidak boleh digunakan oleh pelajar-pelajar.
 
Akhirnya pelajar-pelajar terpaksa menggunakan sumber dari perigi asal yang kotor dan tercemar. Dengan usaha ikhlas daripada saudara Lee yang bertemu dan berbincang dengan pengetua sekolah tersebut,maka diharap dapatlah kita sebagai rakyat Malaysia menghulurkan bantuan walaupun sekecil zarah demi kebajikan para pelajar sekolah tersebut.
 
Derma dari pelbagai kalangan masyarakat adalah amat dialu-alukan bagi menampung pelbagai masalah yang dihadapi oleh sekolah tersebut. Sebarang derma dan bantuan ikhlas dari orang ramai bolehlah disalurkan terus kepada pihak pengurusan dengan meghubungi pengetua sekolah Ustaz Mohd Fakhri Bin Abdul Zawawi di talian 04-4720616 atau hp: 019-4259982. Segala bantuan dan sumbangan anda amat dihargai.

Timbalan Speaker DUN Perak bersalah serang Adun Aulong

Posted: 14 Jun 2011 02:16 AM PDT

Keadilandaily melaporkan:


IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009.


Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman membenarkan permohonan Yew untuk injunksi dengan kos bagi menghalang Hee dan agennya daripada terus menyerangnya.


Mahkamah setakat ini belum memutuskan gantirugi yang akan diperolehi Yew.


Sidang DUN pada 7 Mei itu adalah yang pertama selepas BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri yang sah dengan bantuan tiga Adun Pakatan Rakyat yang berpaling tadah, termasuk Hee.


Sidang itu bertukar kecoh apabila BN mengheret keluar Speaker DUN Perak, V Sivakumar pada masa itu yang bertegas untuk terus mempengerusikan sidang DUN dan menggantikannya dengan Speaker BN, R Ganesan.


Dalam kekecohan itu, Hee yang merupakan Adun DAP pada masa itu menyerang Yew dengan penyembur lada.


Yew memfailkan tindakan sivil terhadap Yew selepas Pejabat Peguam Negara enggan mengambil sebarang tindakan.


Yew mendakwa beliau mengalami kecederaan pada mata kirinya, mengalami kejutan mental, distres, trauma dan "dimalukan di khalayak ramai" akibat insiden itu, lapor Malaysiakini. - Keadilandaily.

Sekali sekala terutama sekali kalau takdak bising-bising orang politik, keputusan mahkamah memang biasa menyebelahi bukan Umno BN.

Macam kes ni, walaupun sebelum ni Pejabat Peguam Negara langsung tak ambil tindakan mendakwa Adun Jelapang, Yee 'katak' Yit Foong pasai serang Adun lain masa Sidang Dun dulu tu sampai YB Yew terpaksa ambil tindakan sivil sendiri, hakim Mahkamah Tinggi Ipoh takdak masalah untuk menyebelahi kebenaran.

Cumanya aku rasa, kalau kes ni pun diriuh-riuhkan sampai pemimpin Umno BN rimas serabut kepala, aku yakin akan ada 'arahan dari atas' kepada hakim supaya menyebelahi Adun mesra BN ni.

Ataupun, mungkin jugak khidmat 'si katak' dah tak diperlukan lagi, maknanya takdak lagi 'kekebalan' untuk Adun jelapang tu dan dia didapati bersalah.

Mungkin jugak puak-puak panddy kutty Umno BN dah terlupa dengan Adun Jelapang ni dan dia pun sendiri terlepas pandang, mungkin rasa diri dia masih berharga. Patutnya dia buat 'aksi si anjing Umno', baru la peluang dia nak dapat 'kekebalan' lagi

Apa pun, tunggu ja la berapa dia nak kena bayar. Tapi aku rasa dia tak risau sangat pasai bayaran yang akan dia kena bayar tu bukan denda, jadi tak kira berapa banyak pun status dia sebagai Adun tak kan terlucut.

Ok la tu, paling kurang pun dia masih ada pencen lepas ni pasainya hampir tentu dia takkan dicalonkan lagi masa PRU13 nanti, kecuali la kalau dia bertanding atas tiket bebas tumpang Ibrahim Ali al-perrogi. Tapi boleh setakat bertanding ja la pasai peluang untuk hilang wang pertaruhan memang tinggi.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/

Tiada ulasan: