Isnin, 13 Jun 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Taktik serang Mat Sabu guna skandal seks akan ‘makan diri’ Umno-BN

Posted: 13 Jun 2011 01:28 AM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Jun — Penganalisis-penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas timbalan presiden baru PAS Mohamad Sabu, melibatkan pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat (PR), akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.

Pengarah Centre for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee berkata, lebih banyak taktik kotor dan usaha mengaibkan dari kedua-dua sebelah perikatan akan muncul memandangkan persekitaran politik semakin "panas" di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum semakin dekat.

"Ini satu lagi usaha kotor bertujuan merosakkan imej parti-parti politik khususnya seorang pemimpin PAS.

"Memandangkan parti yang memperoleh manfaat adalah Umno, publik akan meragui parti memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan menafikan mereka bertanggungjawab manakala media dikawal perikatan itu akan menggunakan isu berkenaan untuk terus melakukan serangan.

"Oleh itu, terserah kepada pemimpin-pemimpin dalam masyarakat untuk mengecam tindakan ini dan mendedahkan pihak-pihak yang mahu mendapatkan manfaat daripadanya," kata beliau.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata "Skandal Seks Mat Sabu", dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.

Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.

Mohamad menewaskan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun "penat" dengan taktik sedemikian.

"Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat," katanya.

Kata beliau, kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan dan pihak yang belum berbuat demikian semakin mengecil.

Chin berkata beliau menjangkakan banyak lagi taktik murahan seperti itu, contohnya video seks Anwar, skandal melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga isu membabitkan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik akan dibangkitkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

". . . tetapi ia akan membawa kesan buruk ke atas (makan diri) mereka," katanya.

Pandangan itu disetujui oleh penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian sambil berkata, pengundi atas pagar juga tidak berminat dengan isu-isu tersebut.

"Tindakan bergantung pada isu yang sama hanya akan merosakkan parti masing-masing dan dalam kes ini selepas Mat Sabu menang, kemungkinan mahu menghantar mesej bahawa beliau tidak layak secara moral memegang jawatan itu," katanya.

Beliau menjangkakan lebih banyak taktik akan digunakan untuk memikat persepsi dan sentimen pengundi kawasan luar bandar.

"Ia cara murahan untuk mendapatkan undi dalam landskap politik semasa," kata beliau sambil menambah, parti-parti politik perlu menggunakan pendekatan sofistikated untuk memenangi hati pengundi kawasan luar bandar.



Sumber: The Malaysian Insider

IPP: JK khas kabinet tidak memihak kepada rakyat

Posted: 13 Jun 2011 01:21 AM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Jun: Rakyat Malaysia tidak yakin bahawa jawatankuasa khas kabinet BN yang ditubuhkan untuk menilai subsidi gas dan Perjanjian Pembelian Tenaga yang ditandatangani antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) akan memihak kepada rakyat apabila masih tiada tindakan diambil ke atas skandal kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, hanya Suruhanjaya Diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil BN dan Pakatan Rakyat (PR) yang terpilih sahaja akan dapat mengembalikan keyakinan umum bahawa rakyat Malaysia tidak akan terjejas dengan rundingan semula IPP.

Ini, katanya berikutan rakyat telah kehilangannya ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mewajibkan perjanjian subsidi gas yang berat sebelah dan tidak adil yang memberi kelebihan kepada IPP.

Katanya, kerajaan telah memperuntukan RM54 bilion saham bumiputera tetapi hanya RM2 bilion sahaja yang tinggal dan masih dipegang oleh bumiputera, RM52 bilion telah diagihkan kepada beberapa pemimpin UMNO dan BN untuk kepentingan diri sendiri.

Lim dalam kenyataan kepada Harakahdaily menambah, sekiranya RM52 bilion saham bumiputera masih dipertahankan, ekuiti syarikat bumiputera kini dengan mudah akan melebihi 40%.

"Inilah sebab utama yang mana BN enggan untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal kehilangan RM52 bilion saham bumiputera dan atas sebab itu jugalah, rakyat Malaysia tidak yakin bahawa BN akan menyebelahi rakyat dalam rundingan semula dengan IPP berkenaan," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurutnya, mereka yang terlibat dalam skandal kehilangan RM52 bilion saham bumiputera dan IPP semuanya adalah kroni-kroni BN yang menikmati subsidi yang bernilai berbilion-bilion ringgit disebabkan oleh percaturan politik.

Katanya lagi, stas sebab itu jugalah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu yakin menegaskan bahawa kerajaan beliau tidak akan melihat kepentingan IPP tetapi sebaliknya akan memastikan segalanya akan menyebelahi rakyat, bunyi seperti kosong dan langsung tidak menyakinkan ketika kerajaan BN menolak untuk mengambil tindakan dan memaksa semua yang terlibat dengan skandal saham bumiputera RM52 bilion untuk mengembalikan semula keuntungan haram yang dinikmati dan menyerahkannya semula kepada bumiputera miskin dan orang Melayu.

"Inilah sebabnya DAP menyokong cadangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat perjanjian IPP dan subsidi gas untuk kebaikan 27 juta rakyat Malaysia.

"Mengapa hanya seorang ahli parlimen BN iaitu Tengku Razaleigh Hamzah sahaja yang dapat melihat kesan pemotongan subsidi dan kenaikan kadar tarif elektrik terhadap kos sara diri rakyat Malaysia yang biasa?" soalnya.

Ahli parlimen Bagan itu juga mempersoalkan adakah ahli Parlimen BN yang lain terikat dengan IPP dan sanggup melihat pemotongan subsidi kepada golongan miskin akan tetapi langsung tidak menyentuh berpuluh-puluh bilion ringgit subsidi gas yang dinikmati oleh IPP sehingga membolehkan keuntungan tahunan sehingga berbilion-bilion ringgit.

"Suruhanjaya Diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil pemimpin BN dan PR adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang perjanjian tersembunyi terhadap Perjanjian Pembelian Kuasa antara TNB dan para IPP," ujarnya.


Sumber: Harakah Daily

Umno arah guru Kafa tukar alamat IC?

Posted: 13 Jun 2011 01:19 AM PDT

KOTA BHARU, 13 Jun: Impian Umno mahu merampas Kelantan rupa-rupanya berselindung di sebalik agenda sulit dengan memperalat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Difahamkan PPD diminta menyenaraikan nama-nama guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mengajar di sekitar Kota Bharu untuk ditukar alamat kad pengenalan (IC) ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong.

Modus operandi sulit tersebut berjaya dikesan pada 28 Mei lalu apabila ramai guru Kafa dilihat berada di perkarangan Wisma Persekutuan bagi menukar alamat kad pengenalan.

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman (gambar) berkata, seramai hampir 50 guru Kafa dilihat berada di sebuah wakaf dalam kawasan Wisma Persekutuan antara jam 9 hingga 11 pagi 28 Mei lalu.

Katanya, seorang lelaki mengaku bertanggungjawab membekalkan borang pertukaran alamat kepada setiap guru Kafa yang datang.

"Kemudian seorang demi seorang guru Kafa diminta lelaki terbabit naik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan borang yang telah diisi di wakaf.

"Lelaki itu memberitahu alamat-alamat baru yang diisi guru Kafa terbabit menggunakan alamat milik anggota jawatankuasa Umno Kota Bharu yang tinggal di Dun Bunut Payong," katanya di sini.

Shaari berkata, beliau bersama empat lagi jawatankuasa MTD Bunut Payong dan penghulu melihat sendiri tindak tanduk agen yang mungkin dilantik Umno bagi membekalkan borang pertukaran alamat kad pengenalan kepada guru Kafa.

Menurutnya guru Kafa yang selesai urusan di pejabat JPN kemudian dilihat turun semula ke wakaf menemui lelaki terbabit.

Difahamkan juga guru Kafa yang sedia menukar alamat diberi sedikit habuan.

Sementara itu tinjauan Harakahdaily di perkarangan Wisma Persekutuan dan pejabat JPN pagi tadi tidak lagi kelihatan kelibat agen berkenaan.

Difahamkan juga Umno cuba mempengaruhi pegawai di JPN bagi membolehkan pertukaran alamat dilakukan secara berkumpulan bagi mempercepatkan urusan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon.

Satu sumber memberitahu pemimpin Umno terbabit datang merayu kepada pegawai kanan di JPN bagi membolehkan proses pertukaran alamat dipercepatkan.

Bagaimanapun rancangan itu gagal memandangkan JPN Kelantan tidak melayan kerana menyalahi peraturan.

Difahamkan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon hanya boleh dibuat di pejabat JPN bukan melalui agen tertentu.


Sumber: Harakah Daily

Nazri: Senarai penerima biasiswa JPA tak didedah

Posted: 13 Jun 2011 01:16 AM PDT

Kerajaan pimpinan BN tidak akan mendedahkan senarai penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam meskipun terdapat pelbagai desakan supaya pemberian itu dilakukan secara lebih telus.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengulangi perkara ini pasa sesi soalan Dewan Rakyat, pagi ini.Perkara itu ditimbulkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) kerana ramai pelajar yang merungut gagal mendapatkan biasiswa JPA di sebalik memperolehi keputusan cemerlang.Soalan yang sama diajukan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang ingin tahu bagaimana kerajaan mendakwa pihaknya telus apabila tidak ada sesiapa yang mengetahui mengenai kelayakan penerima biasiswa berkenaan."Menjadi polisi kerajaan untuk tidak mendedahkan markah yang diperolehi oleh penerima, bagi melindungi hak dan maklumat peribadi individu," kata Nazri.Beliau mengulangi bahawa kerajaan telah memperuntukkan 1,500 biasiswa untuk pengajian peringkat ijazah di luar negara, 2,500 untuk program ijazah tempatan dan swasta dan 8,000 lagi kursus diploma yang boleh diteruskan ke peringkat ijazah.NONENazri menolak dakwaan berlakunya salah guna kuasa yang ditimbulkan oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung pengagihan biasiswa."Tiada alasan konkrit salah guna kuasa dalam pemberian biasiswa. Hakikatnya ia dilaksanakan secara telus dan teratur seperti yang diarahkan oleh kabinet pada keputusan yang dibuat pada 14 Januari 2009."

Sumber: malaysiakini

Nelayan mogok: Harga ikan didakwa naik 30 peratus

Posted: 13 Jun 2011 01:12 AM PDT

Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

NONENga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.NONE"Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu," kata Nga."Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan," dakwanya.Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai. NONEHanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu.


Sumber: Malaysiakini

BERSIH 2.0: PERKASA lawan habis-habisan

Posted: 13 Jun 2011 01:08 AM PDT

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai "mengacau".


azlanKetuanya, Ibrahim Ali berkata PERKASA akan "lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini."(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah "kotor".Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran "Datuk" oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.protes klcc price hike 260108 bersih guy arrested"Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH)," katanya.BERSIH 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

  • Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
  • Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya

Sumber: malaysiakini

Nasir: Khir mohon tiada catatan bayaran RM6 juta

Posted: 13 Jun 2011 01:06 AM PDT

Pereka lanskap Nasir Ismail bertegas di mahkamah hari ini bahawa beliau dibayar lebih RM6 juta oleh bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah mewahnya di Shah Alam.

NONEBeliau mempertahankan kenyataannya ketika disoal oleh peguam bela M Athimulan, yang mempertikaikan dakwaan Nasir ketika prosiding hari keempat berhubung kes dakwaan rasuah oleh Khir.Athimulan (kanan) berkata oleh kerana tiada rekod pembayaran yang didakwa diterima dari Khir yang dibuat sejak 2006 dan tiada dokumen bagi mencatatkan perkembangan kerja serta bayaran yang dibuat, maka Nasir tentunya berbohong.Katanya semua yang didakwa Nasir adalah imaginasi pereka itu.Athimulan juga membekalkan perjanjian bernilai RM1.5 juta yang ditandatangani oleh Nasir dan Khir pada Mei 2007, yang didakwanya kontrak sebenar antara mereka berdua dan kerja-kerja pengubah-suaian hanya berlaku pada tahun berkenaan.Nasir bagaimanapun tidak berganjak dengan keterangannya sebelum ini. Tegasnya, kerja-kerja pengubah-suaian rumah mewah Khir di Shah Alam bermula pada 2006 dan lebih RM6 juta dibayar kepadanya.Katanya lagi, tiada catatan dibuat adalah kerana atas permintaan Khir.

NONE

Nasir memberi keterangan pada perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.


Sumber: Malaysiakini

Aktivis anti-Taib mohon campur tangan Agong

Posted: 13 Jun 2011 01:00 AM PDT

Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong berhubung dakwaan rasuahnya ke atas Kertua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

NONESehubungan itu, perwakilan NGO berkenaan menghantar sepucuk memorandum ke Istana Negara pagi ini memohon Seri Paduka mengenakan tekanan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan.MoCS juga memohon Seri Paduka supaya menolak sebarang cadangan bagi melantik Taib sebagai bakal Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.Memorandum berkenaan yang ditandatangani oleh Ahmad Azizan Abdul Manan, Awang Abdillah Nasar, Ronald Sia, Erick anak Nicholas Mujah dan Francis Siah diserahkan kepada seorang pegawai polis di pintu pagar Istana.NONETerdapat kira-kira 30 anggota polis termasuk yang tidak berpakaian seragam berkawal sekitar kawasan dan sesetengahnya dilihat merakamkan gambar dan video keadaan di sana.Memorandum yang diserahkan itu menyenaraikan pelbagai dakwaan salah laku dan rasuah yang dilaporkan di Internet, portal berita dan blog sama ada dalam negara mahupun luar negara yang dilakukan oleh Taib.Pada 4 Mac lalu, MoCS menuntut pejabat SPRM di Kuching supaya segera menyiasat dakwaan rasuah yang dilemparkan itu.Tuntutan itu turut diperakui oleh parti-parti Pakatan Rakyat di Sarawak - PKR , PAS dan DAP - serta beberapa NGO yang lain.azlan"MoCS seterusnya menyerahkan tuntutan itu kepada SPRM di Putrajaya pada 30 Mac," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini.Sehingga hari ini, badan pencegah rasuah itu belum mendedahkan sebarang maklumat berhubung siasatan mereka itu."MoCS mahu butiran siasatan, jika ada didedahkan," petik kenyataan itu.


Sumber: malaysiakini

Tiada ulasan: