Jumaat, 3 Jun 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Gaji CEO TNB RM1.8 juta, ketika rakyat tanggung beban

Posted: 03 Jun 2011 12:33 AM PDT



Keadilan Daily 3 Jun 2011.
KUALA LUMPUR : Ketika kerajaan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, gaji Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh didedah sebanyak RM1.8 juta tahun lalu.

Mengulas perkara ini, bendahari KEADILAN, Wiliam Leong berkata, gaji sebanyak itu terlalu besar jika dibandingkan dengan beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Malaysia berikutan kenaikan tarif elektrik.

"Ini tidak selari dengan slogan rakyat didahulukan. TNB sepatutnya memotong kos untuk membayar gaji CEO nya sebelum memaksa rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Justeru itu katanya, kerajaan melalui khazanah nasional sepatutnya mengkaji semula bayaran gaji berkenaan.

"Memang perlu dikaji untuk tunjuk kepada rakyat, mengapa TNB tidak boleh berjimat dengan memotong gaji CEO nya terlebih dahulu sebelum meminta rakyat berjimat," ujarnya.

Sebuah laman portal baru-baru ini mendedahkan gaji sekali ganda yang diterima Che Khalib, berbanding 2009.

Manakala jumlah gaji yang diterimanya untuk tahun kewangan berakhir 2007, 'hanya' dicatat sebanyak 1,107,280.00.

Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440.

Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750.

Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung.

Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan. TNB memperolehi hasil RM34 juta termasuk RM4.1 juta keuntungan daripada operasinya.

http://www.keadilandaily.com/?p=14665

Mufti Perlis tegah bina replika tugu 1Malaysia

Posted: 03 Jun 2011 12:33 AM PDT

Berita Harian 3 Jun 2011
KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan pembinaan replika tugu 1Malaysia sebagai suatu yang ditegah kerana amalan itu dikesan mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri menjurus kepada pemujaan al-Ansab atau berhala.

Keputusan tegahan itu yang dibuat berdasarkan kepada petikan ayat 90 surah al-Maidah, dibangkitkan jawatankuasa berkenaan kepada Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) sebelum ia diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April lalu. Ayat 90 surah al-Maidah bermaksud 'wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan al-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya'.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata Jawatankuasa Fatwa Perlis turut mengambil kira kaedah Sadd al-Zara'i dalam menentukan tegahan terhadap pembinaan tugu 1Malaysia itu.

"Kaedah itu bermaksud menutup pintu kemudaratan dengan tujuan memelihara kemurniaan akidah. Dalam kes ini, ia diaplikasikan seperti larangan dibuat Nabi Muhammad terhadap sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain itu, kewajaran tegahan pembinaan tugu berkenaan juga turut dilihat Jawatankuasa Fatwa Perlis dari sudut pembaziran yang sama sekali diharamkan oleh Islam," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ditanya sama ada larangan itu dibuat berikutan cadangan pembinaan tugu 1Malaysia di negara ini termasuk di Perlis, Juanda berkata, itu bukan motif utama keputusan terbabit dibuat.
"Tegahan dibuat Jawatankuasa Fatwa Perlis adalah berunsur nasihat dan bukannya satu fatwa, dengan motif untuk mengelak daripada kesucian dan keharmonian agama tercemar. Justeru, terpulang kepada pihak terbabit untuk menilainya," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MuftiPerlistegahbinareplikatugu1Malaysia/Article

Mufti Perak pun terpalit dengan Skim Cepat Kaya

Posted: 02 Jun 2011 07:11 PM PDT





Kenapa umat Islam di Malaysia ini mudah terpedaya, termasuk golongan ulama? Skim cepat kaya Dina Group bukan sahaja telah memperdaya orang Islam di Malaysia, malahan 5000 rakyat Brunei ditipu hampir $100 juta. Melabur sajalah di surau, masjid, rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan jiran tetangga yang memerlukan di sekeliling kita.

DINA MENCURI LEBIH BND $91 JUTA DARI HAMPIR 5000 ORG BRUNEI. Cerita penuh di http://menuntuthak.blogspot.com/

MEREKA MINTA NASIHAT - MUFTI PERAK
Harian Metro 1 Jun 2011

KUALA LUMPUR: "Saya dilantik sebagai penasihat syarikat Dina Group Sdn Bhd hanya secara lisan dan tiada dokumen berkaitan atau hitam putih sebagai perakuan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, dia dilantik sebagai penasihat syarikat itu kira-kira empat tahun lalu selepas didatangi ahli lembaga syarikat berkenaan di pejabatnya.

Menurutnya, penampilan dan kesungguhan ditunjukkan ahli lembaga pengarah syarikat itu menyebabkan beliau bersetuju dilantik sebagai penasihat.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011053102592720110531025927/Article/index_html

ARTIS TERPALIT TARIK PELABUR
KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group).

Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Artisterpalittarikpelabur/Article/index_html

BERALAS TIMBUNAN DUIT
KUALA LUMPUR: "Saya bukan saja pernah membawa wang RM300,000 dalam beg plastik yang dibimbit menaiki kapal terbang untuk diagihkan kepada pelabur di Sarawak, malah tidur saya juga beralaskan duit RM50 dan RM100," kata bekas pekerja Dina Group Sdn Bhd (Dina Group) yang hanya mahu dikenali sebagai Johan.

Menurut Johan, 28, yang berasal dari Kedah, sepanjang berkhidmat bersama pengasas Dina Group, Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, yang kini diburu Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengambil pelaburan haram lebih RM200 juta, dia tidak pernah melihat mereka memasukkan wang tunai yang diterima daripada pelabur ke dalam bank.
http://www.hmetro.com.my/articles/Tidurberalastimbunanduit/Article

4,763 BRUNEIANS ALLEGEDLY SWINDLED OUT OF B$91.5M
Bandar Seri Begawan - Several victims of an alleged money investment scam are seeking assistance from the relevant authorities in Brunei and Malaysia to find a way of getting their money back as well as thousands of others whose investments run into a whopping B$91.5 million.
http://news.brunei.fm/2010/06/02/fraud-victims-seek-help/

Tiada ulasan: