Suara Sri Andalas |
Kementerian Dalam Negeri Bersubahat Untuk Merampas Selangor Posted: 10 May 2011 12:30 AM PDT Kenyataan Media YB Hajah Zuraida Kamaruddin Timbalan Pengerusi Keadilan Selangor Merangkap Ketua Keadilan Malaysia Hari ini saya mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa kami telah berjaya mengesan bahawa seramai 2000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri. Jelas, taktik kotor ini bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak. Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Dato Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang. Malah, saya juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan beliau. Dato Seri Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kini seharusnya lebih gentar dan berhati-hati kerana senario politik dan ritma kehendak rakyat kini sudah lebih matang dan tidak lagi mampu diperbodohkan dakyah media yang berat sebelah lagi. Taktik Umno menggunakan media untuk menjatuhkan imej pimpinan dan Pakatan Rakyat nampaknya sudah gagal. Saya menyarankan agar mulai hari ini supaya Dato Seri Najib bersedia kerana kami barisan pimpinan Keadilan Selangor akan mendedahkan lebih banyak bukti penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Umno selepas ini. Sekian. Terima kasih. YB Hajah Zuraida Kamaruddin Timbalan Pengerusi Keadilan Selangor Merangkap Ketua Keadilan Malaysia 10 Mei 2011 |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan