Khamis, 19 Mei 2011

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


BANTAHAN UMNO BAHAGIAN PENDANG BERTERUSAN MENGGUNAKAN SEKOLAH UNTUK TUJUAN POLITIK

Posted: 19 May 2011 09:25 AM PDT


SEKRETARIAT PEMUDA PAKATAN RAKYAT PARLIMEN PENDANG

MEMORANDUM & KENYATAAN MEDIA UNTUK SEBARAN SEGERA
(20hb MEI, 2011)

BANTAHAN UMNO BAHAGIAN PENDANG BERTERUSAN MENGGUNAKAN SEKOLAH UNTUK TUJUAN POLITIK

Sempena Minggu Sambutan "Hari Guru" Kami anak muda Pakatan Rakyat disini berasa terkilan kerana institusi (sekolah) telah dicemari dengan propaganda politik UMNO Barisan Nasional.

Ini kerana UMNO Bahagian Pendang berterusan menggunakan Dewan Al-Mabawi (Sek.Men.Pendang) untuk tujuan politik (Mesyurat Pemuda UMNO Bahagian pada hari ini 20 Mei 2001, Jumaat, pada Jam 3 Petang nanti). Sebelum ini pada minggu lepas UMNO Bahagian Pendang turut menggunakan dewan yang sama untuk tujuan politik (Mesyuarat wanita).

Kami juga mempersoalkan penggunaaan Dewan Sekolah untuk tujuan ini sedangkan masih terdapat banyak lagi dewan yang boleh disewa selain dewan sekolah, seperti Dewan serbaguna, Dewan Pendang Lake Resort, Mengapa dewan Sekolah?? sewa percuma??

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah didesak menjelaskan secara khusus sama ada program politik dibenarkan dianjurkan dalam kawasan sekolah.

Kami Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Pendang (SPPRPP) menyeru agar pihak Pejabat Pendidikan Daerah serta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan serius terhadap perkara ini. " Kami dari parti Keadilan & Pas tidak akan sesekali membenarkan masa depan anak-anak dipolitikkan oleh mereka yang berkepentingan apatah lagi oleh mereka yang sepatutnya menjadi pendorong kepada kemajuan anak-anak di Sekolah.

Jika ingin berpolitik pergilah ke tempat yang sepatutnya dan bukan di sekolah. Kami menyeru kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin agar mengambil tindakan dan berlaku adil dalam perkara ini agar tidak berulang lagi di mana-mana sekolah selepas ini."

Sekian,Terima Kasih.


..........................
.............
MOHD FUZI BIN HAJI SAAD
(Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pendang)




..................................
MOHD ZAKI BIN RAZAK
(Ketua Angkatan Muda Keadilan pendang)
www.amkpendang.blogspot.com




...........................................
MOHD ZUHAIRI HAJI KHAMIS
(WAKIL Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM))
www.solidaritianakmuda.blogspot.com

Lampiran :

Disini kami sertakan sekali Contoh Surat pekeliling yang di keluarkan oleh pengarah pendidikan Malaysia (5/1999) yang mengarahkan Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan Dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti- Kerajaan... KLIK LINK INI UTK LIHAT PEKELILING >> http://www.geocities.ws/sjktgpg/takwim.htm#PEKELILING3 .

Lampiran untuk Rujukan (Tiada Pekeliling yang mengatakan premis sekolah boleh disewa) >>> http://www.smktpbaling.com/ptkdg44/NOTA%20PTK%20PNP/SURAT%20PEKELILING%20IKHTISAS.pdf

Untuk makluman tambahan dinegeri Kedah, UMNO Barisan Nasional telah menjadi Pembangkang dinegeri Kedah ini setelah kalah dalam Pilihanraya Umum yang ke-12 yang lalu.

Tiada ulasan: