MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Mak oiii !!!. Apa pasal pulak jadi macam ni? Posted: 19 May 2011 01:09 AM PDT KENYATAAN MEDIA 19 MEI 2011 Pendaftar Pertubuhan ugut batalkan KEADILAN! Parti Keadilan Rakyat telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Dato' Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011. Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung. Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan. Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut: "Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 ( sic ) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin" KEADILAN menganggap notis ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Ini adalah tindakan terdesak UMNO-BN yang kini menggunakan undang-undang menindas seperti Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN dengan asas yang dangkal dan jahat. Notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13 ini bermakna pihak Pendaftar Pertubuhan telah "berpuashati' dengan dakwaan yang dilemparkan. Namun dakwaan karut ini jelas mengelirukan kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud di dalam perlembagaan KEADILAN. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin. Pihak Pendaftar Pertubuhan turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam. Tarikh pemecatan beliau dari parti adalah pada 27 April 2009 dan diputuskan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh tersebut. Kami terkejut dengan dakwaan pihak Pendaftar Pertubuhan kerana bagaimana individu ini boleh dipecat sebanyak dua kali. Dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil. Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti. SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGUNG Sumber: http://kerajaanrakyat.blogspot.com/ |
Posted: 18 May 2011 09:40 PM PDT modayu Assalamualaikum .... Mata ini tak dapat nak tidur walaupun dipejam-pejamkan. Susah plak rasanya nak lelapkan mata kali ini. Tak tahu kenapa, tapi apa yang pasti tetiba aku diberi idea oleh Allah yang mencurah-curah yang terpaksa juga aku bangun untuk menulisnya juga disini. Entahkan benar entahkan tidak, yang penting aku kena tulis juga beberapa fakta yang aku rasa penting malah ianya amat ajaib sekali jika kita renunginya dalam-dalam. Bila kita selidiki halus-halus perkembangan mutakhir ini, maka dapat disimpulkan bahawa kuasa manusia dan kuasa Allah, hanya Allah sahaja yang mampu melenyapkan kuasa manusia yang rakus dan tamak haloba ini. Mengapa tajuk DSAI: Bersiap sedialah diberi nama? Mari kita lihat mengapa DSAI harus bersiap sedia. Ilham yang aku dapat pada malam ini adalah berkenaan sejarah DSAI dan macamana Allah aturkan perjalanannya sehingga kesaat ini malah mungkin keperingkat yang lebih tinggi lagi insyaAllah. Semasa beliau diperingkat pelajar sehingga mengetuai ABIM, sinar politik beliau begitu menyerlah. Beliau ini begitu arif dengan permasalahan masyarakat setempat dan hatinya dengan orang kampong amat kuat dan rapat. Gaya percakapan dan perbahasan amat memberi keyakinan kepada sesiap yang mendengarnya. Ketika kemuncak mogok lapar diBaling Kedah pada tahun 70an, dimana DSAI mengepalai kempen tersebut agar kerajaan membela nasib rakyat disana yang kebuluran dan kekurangan makanan. Disebabkan kes tersebutlah, maka DSAI dipenjarakan agar beliau tidak lagi menghasut rakyat melawan kerajaan ketika itu. Disini logik yang pertama yang kita harus ambik perhatian adalah, DSAI telah dipenjarakan. Bermaksud kerajaan mahu matikan watak DSAI dari pentas politik negara bukan? Adakah perancangan mereka berjaya?Fikirkan. . Setelah dibebaskan daripada penjara, sinar DSAI tetap bergermerlapan malah lebih memancar. Masakan tidak memancar sehingga Dr M sendiri memujuk DSAI kedalam UMNO. Bagi Dr M, dengan memasukkan DSAI kedalam UMNO, ianya akan memanjangkan lagi jangka hayat UMNO dipersada politik negara. Dan ianya terbukti sehingga kini UMNO masih lagi bertahan dalam kerajaan hari ini. Sekira DSAI tidak menerima pelawaan Dr M ketika itu, rasanya kita pada hari ini mungkin diperintah oleh parti yang lebih hebat dari parti yang memerintah sekarang. Walaupun DSAI mengkhianati perjuangan rakan-rakannya diABIM dan PAS ketika itu, sahabat-sahabatnya tetap mendoakan agar DSAI selamat pergi dan selmat kembali. Sumber: http://gigitankerengga.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan