The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Polis ganggu Ceramah PKR di Felda Jenderak Selatan Posted: 01 May 2011 07:08 PM PDT Saifuddin Nasution berucap dihadapan 1000 hadirin di Felda Jenderak Selatan Polis mula mengganggu Ceramah PKR semasa Dato Fauzi Abdul Rahman berucap Polis beruniform dan tidak beruniforma mula memasuki rumah tempat Ceramah Barisan Polis mula mengepong rumah tempat ceramah Lagi polis memasuki kawasan tempat ceramah Polis yang tidak beruniform kelihatan keluar dari rumah tempat ceramah Polis sedang menunggu arahan Orang ramai tidak bergerak menghadapi gangguan polis Orang ramai tabah dan memerhatikan tindakan polis Orang ramai tidak menghiraukan gangguan polis Gangguan Polis tidak dipedulikan Polis mula mengganggu semasa Dato Fauzi memmulakan ceramah Barisan Penceramah dari kiri: Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR, Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Sdr Razali Ithnain, bekas Pegawai MPOB, AJK Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR semasa mengulas Kertas Kerja yang dibentangkan oleh Haji Suhaimi Said bertajuk "Konflik Kepentingan Antara Felda dan Peneroka" Pembangkang dari UMNO memperotes Himpunan Peneroka/Generasi Kedua Felda Kuala Krau,peranan yang mereka mainkan adalah sesuai dengan sifat mereka yang tak lama lagi akan menjadi Pembangkang di Negara ini selepas PRU-13. Himpunan Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda Kuala Krau anjuran PKR Cabang Kuala Krau cukup berkesan, UMNO mengadakan demokrasi yang dihadiri segelintir manusia dan sebelah malamnya Polis membuat gangguan. == Seminggu yang lepas saya telah membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Temerloh untuk mendapatkan kebenaran mengadakan ceramah pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan. Ceramah yang dipinta itu adalah didalam rumah dan dari segi undang-undangnya tidak perlu dipohon permit polis. Tetapi memandangkan bahawa PKR Cabang Kuala Krau berhajat mengujudkan hubungan yang baik dengan pihak keselamatan maka permit polis dipohon juga. Barisan Penceramah yang diletakkan didalam permohonan itu terdiri daripada YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR, Sdr Haji Abd Aziz Abd Rahman, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau, Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, dan Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal. Pada 29hb April 2011, disebelah petang, jawapan daripada Polis diperolehi menyatakan bahawa permit polis tidak diluluskan. Memang menjadi satu kehairanan yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Pembangkang tidak dibenarkan berceramah di tempat-tempat awam seperti Balai Raya, Dewan, Padang dan sebagainya, dan ceramah untuk dibuat dirumah persendirian juga tidak dibenarkan. Ini samasekali bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan jelas sekali bahawa Akta Polis sudah mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Saya menyatakan kepada Anggota-Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau bahawa ceramah yang sudah dijadualkan pada 1hb Mei 2011 ini tetap akan dijalankan, dan agar ia dilindung dibawah undang-undang maka ceramah itu akan dibuat didalam rumah. Maka, mulai jam 9.00 malam pada 1hb Mei 2011, Ceramah di dalam Rumah dengan diperkarangannya disiapkan 3 buah kemah untuk tempat duduk orang ramai didalam kawasan rumah di No. 23 Felda Jenderak Selatan dimulakan. Sdr Rebin Birham, Sdr Bob Manolan dan Haji Abd Aziz Abd Rahman menghabiskan ucapan masing-masing sebelum DatoFauzi Abdul Rahman mengambil gilirannya. Semasa inilah barisan anggota-anggota Polis telah mengepung rumah tersebut bermula dengan pengambilan gambar-gambar. Anggota-anggota Polis yang beruniform berbaris mengelilingi rumah seolah-olah memulakan satu operasi "perang". Tuan Rumah telah dipanggil dan diberi amaran bahawa jika Ceramah itu tidak dihentikan dalam tempoh 10 minit, maka Polis akan menangkap dan menahan beliau. Tuan rumah telah menemui saya dan memberitahu saya. Saya nyatakan kepada Tuan Rumah bahawa Pihak Polis tidak boleh memberhentikan Ceramah itu kerana dari segi undang-undang ceramah yang dibuat didalam rumah tidak memerlukan Permit Polis dan saya nasihatkan Tuan Rumah supaya duduk dibarisan penceramah-penceramah. Sebentar lagi anggota-anggota Polis yang bernuiform mulai memasuki rumah dan diikuti oleh Polis yang tidak beruniform (pastinya pegawai-pegawai mereka). Mereka tidak kenal siapa penganjur dan mereka menunjukkan kepada Haji Abd Aziz Abd Rahman, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau untuk berunding. Haji Abd Aziz bukanlah penganjur ceramah ini. Saya yang hadir bersama-sama dengan Haji Abd Aziz memberitahu kepada Polis itu bahawa sayalah penganjur ceramah ini dan saya bertanya apakah masalahnya. Pegawai Polis berkata bahawa Ceramah ini tidak mempunyai Permit Polis, dan dia bertanya kepada saya samada saya tahu atau pun tidak. Saya jawab saya tahu, dan saya tanya dia lagi apakah masalahnya? Pegawai Polis itu mengatakan bahawa Ceramah ini tidak mempunyai permit dan itu adalah satu kesalahan undang-undang. Saya tanya pegawai itu dibawah undang-undang mana bahawa ceramah itu salah? Dia kata tidak ada permit. Dan saya tanya apa salahnya Ceramah yang tidak ada permit? Dia kata itu salah. Saya tanya salah dibawah undang-undang apa? Kemudian, semakin ramai anggota-anggota Polis itu merapati saya. Saya kira pada malam itu mereka mahu menangkap dan menahan saya dan saya sudah bersedia untuk itu. Bahkan saya sudah beritahu kepada rakan-rakan bahawa pada malam ini saya akan tidur di lock-up Temerloh, 2hb Mei adalah hari cuti, dan saya tidak boleh dijamin keluar. Saya katakan bahawa saya boleh dijamin pada 3hb Mei, dan Insya Allah pada 4hb Mei saya akan mengambil tindakan menyaman Polis dan mennuntut ganti rugi tidak kurang dari RM50,000.00, Ah, cukuplah untuk menjadi calon dalam PRU-13 nanti. Saya beritahu Polis bahawa pihak Polis adalah melaksanakan tindakan undang-undang dan saya selaku Peguam sangat mengetahui tentang undang-undang bahawa Ceramah yang dibuat didalam Rumah tidak memerlukan permit. Polis itu menyatakan bahawa Ceramah itu bukan didalam Rumah. Saya tanyakan Polis itu bahawa tempat berceramah itu didalam Rumah, PA systemnya didalam Rumah, semua penceramah berada didalam Rumah, dan Ceramah itu dibuat didalam Rumah. Polis menyatakan bahawa ramai orang berada di luar Rumah. Saya nyatakan bahawa Ceramah itu dibuat didalam Rumah, dan dari segi undang-undang Ceramah didalam Rumah tidak memerlukan permit, dan orang ramai yang nak duduk diluar Rumah itu adalah satu perkara yang lain yang tidak ada berkenaan dengan kesahihan ceramah itu dibuat didalam Rumah. Pegawai Polis itu memberi amaran bahawa beliau akan mengambil tindakan. Kalau kami melakukan kesalahan dari segi undang-undang, Polis boleh ambil tindakan, kata saya, dan saya ingatkan kepada Polis itu akan Kes Mohd Sabu dan Kes Dr Hatta. Akhirnya Pihak Polis berkendur dan menyatakan bahawa dia sudah melepaskan tanggungjawabnya memberitahu bahawa Ceramah itu tidak ada permit, kemudian dia menghulurkan tangan dan bersalam dengan saya. Apa jenis undang-undang yang ada di Malaysia ni. Kami tuntut supaya tempat-tempat awam dibenarkan kepada Pembangkang seperti UMNO yang boleh menggunakan Dewan, Balai Raya, Padang dan sebagainya. Semua tempat kemudahan awam itu adalah harta rakyat dan UMNO tidak boleh menggunakan tempat-tempat itu secara ekslusif dan menafikan Pembangkang daripada menggunakannya. Ini bukan Negara Polis, dan janganlah Demokrasi itu hanya dihormati oleh Pembangkang. Buruk padahnya! |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan