Anwar Ibrahim |
- PRU 13 Mungkin Diadakan Pada Suku Ketiga 2011
- Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah
- Perutusan Hari Pekerja Oleh Presiden KEADILAN
- Jawapan Ringkas Saya Tentang Sumpah
PRU 13 Mungkin Diadakan Pada Suku Ketiga 2011 Posted: 01 May 2011 03:08 PM PDT Dari TV Selangor Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkam Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan sebelum Ogos ini bersandarkan tindakan Umno-BN memperhebatkan usaha mengaibkan beliau khususnya dengan menyebarkan video lucah fitnah. "Saya boleh kata sebelum Ogos (bulan Ramadan). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa," kata Anwar. Ramadan akan bermula awal Ogos ini manakala sambutan Aidilfitri dijangka awal September disusuli dengan musim menunaikan haji. Ini bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula. Kepimpinan Umno dilaporkan bersubahat dengan gandingan Datuk T untuk mengaibkan Anwar dengan menyebarkan video lucah yang merakamkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu. Video itu kemudian dimuatnaikkan di Youtube dan ratusan ribu gambar dari rakaman itu dicetak serta diedarkan di seluruh negara. Anwar menafikan beliau adalah pelaku dalam video itu dan membuat laporan polis. Beliau juga bersetuju supaya kes itu disiasat menerusi hukum Qazaf sebagaimana yang disarankan oleh beberapa mufti termasuk mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Bagaimanapun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail masih belum mengambil tindakan terhadap Datuk T yang merangkumi Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chil dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim. Mereka sebelum ini mengakui menayangkan video itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu dan mengugut Anwar supaya berundur dari arena politik jika tidak mahu video itu disebarkan. Anwar memberitahu Malaysian Insider bahawa berasaskan perkembangan semasa, beliau menjangka Najib tidak akan menunggu terlalu lama untuk mengadakan pilihanraya umum sungguhpun mandat kerajaan pimpinannya hanya berakhir April 2013. Malah, Najib dan pemimpin parti komponen sudah pun membuat beberapa kenyataan yang mencerminkan rasa terdesak untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan memaksa Anwar berundur dari politik dalam cubaan merampas balik majoriti dua pertiga. Dengan persetujuan Najib, Presiden MCA Chua Soi Lek mengumumkan partinya tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ia ditolak oleh pengundi Cina sebagaimana yang berlaku dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu. Najib berkata pengundi Cina harus memandang serius ugutan MCA itu jika tidak mahu melemahkan perwakilan Cina dalam kerajaan. Pada masa sama, Najib juga menggesa PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat kerana, menurut Najib, penyertaan parti Islam itu dalam gagasan pembangkang hanya menguntungkan DAP yang menjadi seteru utama MCA. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Desak Sumpah Balas: Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah Posted: 01 May 2011 02:54 PM PDT Oleh Al-Bakistani Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut "sumpah balas" dari Anwar Ibrahim. Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim. Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar. Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV. Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf. Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam] Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah. Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi. Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.
Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah. Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah. Sekian Wallahu 'Alam This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Perutusan Hari Pekerja Oleh Presiden KEADILAN Posted: 01 May 2011 02:09 AM PDT PERUTUSAN HARI PEKERJA PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT 1 Mei setiap tahun terus diingati sebagai hari bagi memperingati sumbangan dan komitmen golongan pekerja di seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara. Sebagai sebuah parti politik yang sentiasa berusaha mengangkat dan memperkasa keupayaan golongan pekerja, KEADILAN komited dalam inisiatif untuk mengupayakan hak pekerja dalam setiap aspek. Gejala kenaikan harga barang yang sedang berlaku serta trend penghijrahan keluar warga Malaysia ke luar negara akibat polisi perkauman pemerintahan UMNO-BN merupakan sesuatu yang membimbangkan terutamanya melibatkan pertumbuhan ekonomi negara. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia minggu lalu, sejumlah sejuta rakyat Malaysia dilaporkan telah berhijrah dan membina kerjaya di luar negara manakala 43% daripada jumlah ini menyatakan bahawa mereka tidak berhasrat untuk kembali semula ke tanah air selagi polisi ekonomi yang bersifat perkauman masih diamalkan di negara ini. Justeru, KEADILAN dan Pakatan Rakyat menerusi Agenda 100 Hari yang terkandung di dalam Buku Jingga antara lain akan terus komited dalam usaha memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil dengan memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia dan mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja selaras dengan piawaian antarabangsa. KEADILAN juga menjamin akan memberikan tumpuan menyeluruh kepada masalah kenaikan harga barang yang terus membelenggu rakyat di samping mengenalpasti langkah-langkah untuk terus meningkatkan ekonomi rakyat terbanyak. Buat semua rakyat Malaysia, pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Selamat Hari Pekerja! |
Jawapan Ringkas Saya Tentang Sumpah Posted: 30 Apr 2011 09:36 PM PDT Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya. Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang “Sumpah Mubahalah” yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60. Kalau tak ada dah ulama dari Umno yang boleh jawab tolong tanya dari ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis. Kalau tak dapat juga dari sumber mereka, baru saya rasa terpanggil untuk mendidik kamu berdua tentang “Sumpah Mubalahah”. Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan. Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah “Sumpah Mubahalah” di haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah “muktamad” bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul – atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda. Lalu disyari’atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah. Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu. (dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari’at. Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID’AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita. Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH. Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda ‘Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah. Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam. Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu ‘Penjagaan Maruah’. Seharusnya mereka mengikut hukum syara’ dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu. Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah. Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti. Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH ‘Qazaf’ (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar’iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi. Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat. Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera. Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan