Anwar Ibrahim |
- Politik Lucah: Ulama Muda Diseru Tinggal Umno
- Erti Persabahatan Pakatan
- Jemputan Munajat Rakyat Menolak Fitnah Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily(Syria) Dan Pimpinan Pakatan Rakyat
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang
- Pendedahan Hata Wahari Dan Politik Talam Dua Muka
- Subsidi: Kroni IPP Diselamatkan Manakala Rakyat Terus Dimangsakan
- Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Melaka
Politik Lucah: Ulama Muda Diseru Tinggal Umno Posted: 12 May 2011 06:04 PM PDT Dari Harakah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ulama muda Umno menilai semula penglibatan mereka dalam Umno ekoran amalan politik lucah dan kotor pemimpin parti itu. Katanya, ulama muda di dalam Umno tersebut perlu sedar amalan politik yang bercanggah dengan Islam itu telah menjadi budaya dalam Umno sejak sekian lama. Bagaimanapun katanya, beliau menyambut baik usaha untuk menegur sikap Umno itu malah mencadangkan agar mereka meninggalkan parti itu jika gagal merubahnya. “Hakikatnya itulah budaya Umno. Harapan saya agar ulama muda Umno terus menegur budaya politik Umno yang keji dan songsang ini. “Jika tidak mampu ubah, fikirkan semula adakah tepat berada di dalam Umno?” soalnya melalui responsnya di Facebook. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengakui rakaman video seks mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dilakukan. Ini kerana perkara tersebut menurutnya bertentangan dengan prinsip Islam yang mengharamkan umatnya mengaibkan orang lain. Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno. Beliau berkata demikian pada satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu semalam. Umno dan akhbarnya, Utusan Malaysia sebelum ini dikecam banyak pihak termasuk oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran mengaibkan Anwar dalam isu video seks yang didedahkan trio Umno iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim. Akhbar itu tanpa memikirkan hukum hakam agama, telah melapor dan menyiarkan gambar dan berita berunsur lucah berhubung video seks tersebut. Fitnah tersebut juga, digunakan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu. Harussani dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, adalah fitnah dan dosa besar membuka rahsia orang tanpa ada bukti yang jelas menurut Islam seperti yang dilakukan terhadap Anwar. “Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral. "Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi… ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya. Selain mengecam tindakan mengaibkan Anwar itu, beliau juga kesal dengan tindakan Utusan yang dakwanya tidak menyiarkan pandangan penuhnya itu malah hanya mengambil sekerat sahaja. "Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan… yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja… yang lain-lain tidak keluar," katanya. |
Posted: 12 May 2011 05:58 PM PDT From Malaysian Insider Semua orang tahu PAS, DAP dan PKR tidak akan berganjak dari prinsip perjuangan masing-masing. Itu soal dasar parti. Komponen sekular MCA, Gerakan dan beberapa lagi parti dalam Barisan Nasional yang menolak Ketuanan Melayu pun masih boleh bersahabat dengan Umno walau pun dalam senyuman pahit. Perbezaan ketara di antara PAS yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar politik dan DAP yang memperjuangkan demokrasi sosial bersifat sekular telah menjadi bahan kepada musuh politik mereka Umno untuk mengapikan permusuhan. Yang tidak ditonjolkan oleh media arus perdana milik Umno dan Barisan Nasional ialah kesefahaman PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang berpegang kepada dasar bersama untuk menegakkan keadilan melalui demokrasi tulen yang menentang rasuah, salah guna kuasa, politik perkauman dan mempergunakan agama untuk kepentingan politik. Sebaliknya apa yang sibuk digerakkan oleh kempen perang saraf Umno ialah mencipta fitnah dan pembohongan untuk menimbulkan syak wasangka sesama anggota komponen Pakatan Rakyat. Tohmahan kononnya DAP terlibat dalam usaha sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara telah dijelmakan sebagai berita oleh Utusan Malaysia yang semata-mata memetik tuduhan liar blogger pro-Umno tanpa usul periksa. Setelah beberapa hari isu ini dibangkitkan, ada kalangan pemimpin Umno sendiri yang mula menjauhkan diri daripada taktik kotor itu. Namun ia tidak akan menghentikan serangan propaganda Umno dan konco-konconya terhadap Pakatan Rakyat. Serangan-serangan ini telah dimulakan sejak Umno dikejutkan dengan kekalahan beberapa negeri serta kehilangan majoriti dua pertiga Parlimen dalam pilihan raya umum 2008. Untuk menutup kelemahan diri, para pemimpin Umno cepat-cepat menuding jari menyalahkan orang lain. Apabila isu konspirasi agama rasmi dibangkitkan, para penyebar fitnah menyangka ia adalah kejayaan besar untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan tanpa menyedari kesan jangka panjang hasutan sedemikian terhadap keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama. Apa yang mereka tidak jangkakan ialah reaksi PAS dalam menangani pembohongan itu. Bukan sahaja para pemimpin PAS tidak berdiam diri, malah mereka berdiri teguh bersama DAP untuk mematikan serangan fitnah yang tidak munasabah itu. Datuk Seri Abdul Haji Awang mengulangi pendirian Pakatan untuk terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan serta kebebasan mengamalkan agama-agama lain dengan aman. Dalam kenyataannya, Presiden PAS itu menyatakan: "Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian, adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah". Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyokong laporan tidak berasas Utusan. "Pada hal berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu bukannya berita benar. Perkara itu dinafikan sendiri oleh golongan paderi dan DAP. Berita itu ternyata bersifat provokasi yang boleh menimbulkan suasana huru-hara di dalam negara." Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman yang membuat laporan polis terhadap berita palsu Utusan itu pula menganggapnay sebagai satu agenda yang didalangi UMNO yang sengaja mahu meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam. "Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu," katanya. Suara Mazlan mewakili kebanyakan pemimpin dan ahli PAS yang sudah pun menghidu perang saraf Umno yang mahu memecahbelahkan perpaduan Pakatan. Apabila Datuk Seri Najib Razak mencadangkan supaya PAS meninggalkan Pakatan atas alasan "adakah DAP boleh perjuangkan Islam?", Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyatakan: "Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua… jadi tak timbul soal ini…kerajaan negeri Pulau Pinang (yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng) juga tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam… tiada apa-apa masalah." Isu agama dan kaum akan terus dilontarkan oleh konco-konco Umno; tambahan pula menjelang muktamar agung PAS yang akan menyaksikan pemilihan kepimpinan parti pada Jun depan. Ada kalangan Umno yang masih mengharapkan "wakil-wakil Umno" dalam PAS akan tunduk kepada hasrat untuk membawa keluar PAS dari Pakatan. Bagi mereka, hanya cara itu dapat menguburkan Pakatan melalui politik pecah dan perintah. Namun, para pemimpin dan ahli PAS diingatkan oleh oleh AJK PAS Pusat Mohamad Sabu supaya berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat Umno yang semakin terdesak sejak kebelakangan ini. "Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN. "Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat… tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS," katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider. Pendirian sebeginilah yang menggusarkan pucuk pimpinan Umno; jarum hasutan mereka gagal mengubah pendirian kepimpinan PAS. Persahabatan erat PAS dan DAP dengan kerjasama PKR menyukarkan Umno dan konco-konconya untuk percaya kepada tohamahan-tohmahan perkauman serta keagamaan sempit. Mungkin Umno tersalah jangka bahawa komponen-komponen Pakatan tidak akan membantu satu sama lain kerana pentingkan diri sendiri, dalam apa yang sering digambarkan oleh media arus perdana sebagai pakatan rapuh. Yang nyata, formula Pakatan yang saling membantu serta mempertahankan sahabat dalam perkara-perkara yang benar dan baik sudah terbukti berjaya. Jika pergeseran sesama sendiri dapat dikendurkan; jika perebutan kerusi dan jawatan dikurangkan; jika syak wasangka dileburkan; tidak mustahil kemantapan Pakatan akan dapat dipertingkatkan lagi. |
Posted: 12 May 2011 05:12 AM PDT MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM. Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut : 14 Mei 2011 (Sabtu) Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E. Bermula jam 7 malam. 2. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara. 3. Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki. Sekian, dimaklumkan. Terima kasih. YB Ahmad bin Kasim TENTATIF PROGRAM MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH & CERAMAH PERDANA . ANJURAN BERSAMA PKR SELANGOR DAN BIRO PEMAHAMAN & PEMANTAPAN AGAMA (BIPPA). 6.30 PETANG : kehadiran tetamu / orang ramai. 7.00 malam : persediaan untuk solat maghrib. 7.20 malam : Solat Maghrib. : Tazkirah Maghrib : Qazaf dan Sumpah Laknat – Antara Syariat & Adat. Oleh : Ust Hj Abd. Ghani bin Samsudin (Syura) 8.33 malam : Solat Isya' : Solat Hajat pimpinan Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily. 9.00 malam : Ceramah Perdana : i) YB Azmin bin Ali (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor) ii) Tn Hj. Mohd. Azmi bin Abd. Hamid (Pengerusi SAF Anti Fitnah) (Membaca Deklarasi SAF untuk rakyat Malaysia) iii) YB Dato Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat (Murshidul Am PAS) iv) YB Dato Seri Anwar bi Ibrahim (Ketua Umum Keadilan) v) Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily di terjemah oleh Dr Mohd. Nur Manulty (Ketua Penerangan PKR) Moderator Majlis i) Dr Badrol Amin Bahron (Ahli MPP) |
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang Posted: 12 May 2011 05:00 AM PDT Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia 15 Mei 2011 (Ahad) Program 1 2.30 – 5.30 ptg – Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Pahang Lokasi : Restoran Tanjong, Galing, Kuantan Ahli Panel:
Program 2 7.15 – 8.30 mlm – - Solat Maghrib dan Hajat Rakyat Pahang Untuk DS Anwar Ibrahim - Tazkirah Maghrib Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim Lokasi: Masjid Batu 1 Temerloh, Pahang Program 3 7.30 – 10.30 mlm – Majlis Makan Malam Lokasi : Dewan Seri Kerayong, Bandar Bera Penceramah:
Program 4 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Lokasi : Markas PAS FELDA Purun, Pahang Penceramah:
|
Pendedahan Hata Wahari Dan Politik Talam Dua Muka Posted: 12 May 2011 01:08 AM PDT Dari Merdeka Review Pendedahan bekas wartawan kanan Utusan Malaysia (Utusan) Hata Wahari bahawa agenda Utusan ditetapkan oleh Biro Politik UMNO yang dipimpin Presiden Najib Razak pasti menakjubkan pelbagai pihak! Semenjak zaman reformasi, komentari pelbagai pihak sama ada oleh ahli akademik, ahli politik, wartawan, penganalisa politik, aktivis masyarakat atau pihak lain telah membentuk “common sense” dalam kalangan masyarakat yang prihatin terhadap isu kebebasan media dan politik negara, bahawa Utusan bagaikan “lidah rasmi UMNO”. Kini seorang bekas wartawan kanan Utusan telah membuktikan kesahihan “common sense” tersebut. Kalau kecenderungan komentari selama ini melihat kawalan terhadap Utusan dari segi pemilikan syarikat dan “consumption” atau pemaparan berita saban hari, kini Hata Wahari (gambar kanan) membekalkan perspektif kawalan terhadap Utusan dari segi “production” atau penetapan agenda secara langsung dan tidak langsung oleh Biro Politik UMNO pimpinan Najib. Betapa munafiknya PM Pendedahan Hata Wahari sekali gus membuktikan betapa munafik seorang Perdana Menteri yang kononnya berazam membawa gagasan 1Malaysia jitu kepada rakyat jelata malahan berbicara tentang idea 1ASEAN tanpa segan silu semasa berucap pada Forum Kepemimpinan ASEAN kelapan baru-baru ini, seolah-olah retorik 1Malaysia yang penuh dengan bayangan politik fitnah dan unsur-unsur ekstrem dapat dijadikan inspirasi kepada negara-negara rantau ASEAN. Kalau selama ini Najib cuba membentuk imej diri sebagai “Bapa Transformasi” melalui pengumuman pelbagai pelan transformasi dan penonjolan gagasan 1Malaysia yang kononnya mementingkan “prinsip pertengahan” (moderation) serta perpaduan, dan bertentangan dengan sifat ekstrem sesetengah organisasi seperti PERKASA atau komen pemimpin politik seperti Muhyiddin Yasin, kini pendedahan Hata Wahari menunjukkan bagaimana manusia bernama Najib dan organisasi bergelar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu memainkan politik talam dua muka. Politik talam dua muka ini cuba memaparkan Najib sebagai pemimpin yang membawa gagasan pertengahan sementara tindakan dan komen ekstrem PERKASA dan pemimpin politik UMNO yang lain adalah bertentangan dengan prinsip Najib, maka bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh Najib. Pendedahan Hata Wahari memungkinkan perspektif berlainan dalam memahami politik talam dua muka yang dimainkan oleh Najib dan UMNO. Berikutan itu, pelbagai soalan timbul. Antaranya, selain Najib, Muhyidin, Ahmad Zahid Hamidi, Hishamudin Husein, Safie Apdal, Tengku Adnan Mansor dan Ahmad Maslan yang berada dalam mesyuarat penetapan agenda Utusan, siapa lagi yang berkomplot dengan pemimpin UMNO dalam menjayakan agenda politik UMNO-Utusan? Kalau diteliti pelbagai isu hangat yang dipelopori Utusan termasuk isu agama dan isu fitnah video seks, kemusykilan timbul berhubung peranan aktor tertentu seperti pimpinan PERKASA serta Datuk T dan hubungan mereka dengan UMNO-Utusan. Talam dua muka Antaranya, apakah politik talam dua muka memainkan peranan dalam pemaparan berita palsu Utusan bertajuk “Kristian agama rasmi?” yang dilaporkan pada 7 Mei 2011? Apakah Presiden PERKASA Ibrahim Ali yang mendakwa bahawa komunis di sebalik tabir agenda tersebut juga memainkan peranan dalam politik talam dua muka? Bagaimana pula dengan komplotan politik fitnah video seks? Kini, susulan keputusan secara sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta Menteri Dalam Negeri “mengambil tindakan keras ke atas laporan palsu yang dibuat oleh Utusan Malaysia pada muka depannya tanggal 7 Mei tentang konspirasi di antara DAP dan paderi-paderi Kristian di Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian”, apakah Hishammuddin akan mengambil tindakan keras terhadap Utusan? Sementara kita menyaksikan perkembangan seterusnya, otak durianku terfikir membicarakan hubungan antara media dan kuasa pemerintah serta pembentukan kuasa media dalam konteks yang lebih luas. Kekompleksan kuasa media dapat ditonjolkan dari pelbagai aspek. Keunikan Utusan adalah fakta bahawa pemilikan dan penetapan agenda oleh UMNO jelas menjadikannya “suara UMNO”, bukan sebagai suara masyarakat kepelbagaian etnik, ideologi dan pandangan yang menjadi hakikat Malaysia khususnya dalam era internet. “Suara UMNO” juga merujuk kepada suatu bentuk “kuasa politik-media” yang besar sehingga mampu melakukan fitnah atau pembohongan terhadap “musuh politik” dan “musuh peribadi”. Lantaran itu, Utusan tidak lagi melambangkan pemikiran dan kemahuan masyarakat Malaysia. Utusan hanya melambangkan mentaliti dan kemahuan pimpinan UMNO khususnya Najib yang terdesak kerana berdepan dengan tekanan pilihan raya umum akan datang sehingga menggunakan Utusan untuk memainkan politik fitnah dan politik talam dua muka. Dewasa ini, Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya tidak lagi memerlukan Utusan untuk mengetahui apa yang berlaku dalam dan di luar Malaysia. Namun tidak cukup sekadar menolak Utusan. Kita wajar menolak rejim pemerintah yang mahukan kawalan ketat terhadap media massa diteruskan. Kita juga wajar menolak mana-mana akhbar yang cuba mencontohi Utusan! Akhbar bahasa Cina Justeru, mentaliti dan hipokrisi sesetengah editor kanan akhbar Bahasa Cina wajar dibangkitkan untuk menghalusi pemahaman kita apabila membicarakan kuasa media yang diperolehi Utusan khususnya dan media amnya. Untuk berdekad lamanya khususnya selepas penggantungan permit penerbitan Sin Chew Jit Poh semasa Operasi Lalang 1987 dan dalam konteks Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (pindaan) 1987, barisan editor kanan sesebuah akhbar Bahasa Cina cenderung melihat laporan politik Utusan, Berita Harian (BH) dan New Straits Times (NST) sebagai rujukan utama. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, apabila didapati wujud berita berkenaan sesuatu yang negatif terhadap pimpinan UMNO-Barisan Nasional atau sesuatu yang dikira sensitif, laporan Utusan, BH atau NST dijadikan rujukan. Apabila akhbar Utusan, BH atau NST memberikan liputan besar, hal ini bermaksud adalah selamat untuk akhbar Bahasa Cina melaporkan isu yang sama pada keesokan harinya. Logiknya adalah bahawa laporan Utusan, BH dan NST melambangkan agenda UMNO, dan pengalaman akhbar Bahasa Cina yang kononnya lebih “vulnerable” berbanding dengan Utusan, BH dan NST yang mempunyai sokongan politik (rujuk kepada UMNO) yang kuat apabila berdepan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri. Lantaran itu, akhbar seperti Utusan, BH dan NST dilihat sebagai memiliki kuasa politik yang “tidak dimiliki” akhbar Bahasa Cina. Maka setiap kali kritikan dilontar terhadap akhbar Bahasa Cina yang melakukan penapisan diri (self-censorship), laporan berita yang tidak beretika atau berkepentingan diri, logik sedemikian dibangkitkan untuk mematikan kritikan. Dengan kata lain, apa yang cuba diutarakan adalah bahawa akhbar Bahasa Cina tidak bersekongkol dengan kuasa politik dan tidak membentuk “kuasa politik-media”. Logik sedemikian mirip dengan hujah bahawa Najib yang “moderate” tidak bersekongkol dengan kuasa esktrem sedangkan komplotan kuasa sebenarnya mengambil tempat, cuma imej “pertengahan” Najib dperkukuh melalui pembentukan persepsi “kuasa politik-media”. Aspek yang jarang-jarang sekali dibincangkan adalah, yang berdepan malahan berkomplot dengan kuasa politik tidak terhad kepada Utusan, BH dan NST, akhbar Bahasa Cina juga bersekongkol dengan kuasa politik. Contoh klasik ialah hubungan komplotan sesetengah editor kanan akhbar Bahasa Cina dengan pemimpin tertentu MCA yang begitu menonjol sekali semasa pertarungan politik berlaku sesama puak bertentangan dalam MCA. Apa yang ingin dibicarakan di sini adalah, selain berdepan dengan kawalan politik, akhbar yang bersekongkol dengan rejim pemerintah juga membentuk kuasa politik sehingga mampu melancarkan serangan terhadap musuh rejim pemerintah dan individu atau golongan yang dianggap musuh peribadi editor kanan akhbar arus perdana tanpa check and balance. Sesungguhnya, logik akhbar Bahasa Cina lebih “vulnerable” telah dijadikan alasan oleh editor kanan untuk berdekad lamanya sementera menikmati kepentingan tertentu melalui politik talam dua muka dalam kalangan editor akhbar arus perdana. Sebab itu, setiap tahun apabila terbaca bicara editor kanan akhbar arus perdana mengenai kepentingan kebebasan media sempena hari kebebasan akhbar sedunia, otak durianku akan membisik kepada diriku, jangan kita terpedaya dengan politik talam dua muka editor kanan akhbar yang bersekongkol dengan kuasa establishment! Sesungguhnya, hubungan komplotan sedemikian telah memperkukuh cengkaman rejim pemerintah terhadap media. Malahan, apabila sesetengah wartawan bangkit atau masyarakat madani bergerak mempertahankan kebebasan media, hubungan komplot sedemikian menjadi halangan kepada perjuangan membebaskan media daripada kawalan ketat rejim pemerintah. *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. |
Subsidi: Kroni IPP Diselamatkan Manakala Rakyat Terus Dimangsakan Posted: 12 May 2011 01:01 AM PDT Dari KeadilanDaily Setiap kali harga minyak dinaikkan, kerajaan akan menjadikan rakyat sebagai mangsa dengan mengurangkan subsidi tetapi tidak berbuat demikian terhadap syarikat kroni seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP). Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli berkata, terbaru kerajaan turut menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen. "Mengapa kerajaan masih tidak menarik subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) yang berjumlah RM 19 bilion setiap tahun? "Sedangkan beban kenaikan minyak dikenakan langsung terhadap rakyat. Bahkan, ia mengakibatkan peningkatan kos perkhidmatan dan barangan keperluan harian," katanya kepada Keadilandaily.com. Rafizi menjelaskan, harga minyak mentah adalah sekitar USD 105 hingga USD 130 setong dan berubah mengikut pasaran dunia. Terbaru, harga minyak semasa di pasaran Asia turut jatuh kepada USD 101 setong pada Selasa lalu. Kerajaan Umno pada minggu lalu menaikkan harga minyak RON97, sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter, menjadikan kenaikan itu kali ke tujuh sejak ia diapung mengikut pasaran semasa. "Persoalannya, mengapa logik yang sama tidak digunakan dengan meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat. Kemudian kerajaan beralasan bahawa pemberian subsidi kepada IPP kononnya untuk mengekalkan kos operasi tarif elektrik yang rendah," Soal Rafizi. "Di Thailand, penjana kuasa bebas di sana membayar mengikut harga pasaran dan lebih rendah daripada Malaysia. Ini adalah tidak adil kerana penarikan subsidi tersebut melibatkan orang ramai secara langsung dan poket syarikat korporat kroni diselamatkan," ujarnya. Dalam pada itu, Rafizi berkata, beban kehidupan rakyat akan bertambah berikutan langkah kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). "Alasan Najib bahawa pengenalan GST diimbangi penurunan cukai pendapatan tidak relevan kerana kelompok yang membayar cukai pendapatan di negara ini hanyalah sekitar 10%. "Sedangkan mereka yang akan membayar cukai GST adalah seluruh rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tidak bekerja dan melibatkan semua jenis barangan dan perkhidmatan. Rafizi berkata, perbezaan Malaysia dengan negara yang mempunyai cukai GST seperti Singapura dan Australia, kedua-dua negara tersebut mempunyai skala penduduk yang berpendapatan tinggi, iaitu sehingga 60% hingga 70 %. "Sedangkan di Malaysia hanya 10% sahaja di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi, justeru membolehkan mereka mampu untuk membayar cukai pendapatan. "Bakinya, iaitu 10 juta orang yang tidak dikenakan cukai pendapatan akan berhadapan dengan cukai GST yang akan diperkenallkan.Dalam masa yang sama, akta gaji minimum di negara ini tidak dikuatkuasakan," katanya. |
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Melaka Posted: 11 May 2011 08:19 PM PDT Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia 13 Mei 2011 (Jumaat) Program 1 4.00 ptg – Perasmian Bangunan Pejabat KeADILan Melaka Lokasi : 49-1, Jalan BPM 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, Melaka Program 2 5.00 – 7.00 mlm – Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Melaka Lokasi: Hotel Straits Meridian, Bukit Baru, Melaka Ahli Panel: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Prof Dr Mohd Nur Manuty 3. YBhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman 4. Sheikh Prof Dr. Wahbah Mustafa Al-Zuhaily Program 3 7.15 – 8.30 mlm – 1) Solat Maghrib dan Hajat Rakyat Melaka Untuk DS Anwar Ibrahim 2) Tazkirah Oleh Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Zuhaily Lokasi; Markaz PAS Kg Bukit Katil, (Berhadapan Masjid Kg Bukit Katil) Program 4 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia Lokasi: Batu 3 ½ , Kampong Duyung Tengah, Lot 200 Mukim Duyung Penceramah: 9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana 2 – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia Lokasi: Batu 8, Paya Rumput (Belakang Kilang Plastic IKS Paya Rumput) Penceramah: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan