Rabu, 11 Mei 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jabatan Agama N.Sembilan MALAS ajar Orang Asli?

Posted: 10 May 2011 08:02 PM PDT



Ini bukan kali pertama Tok Batin bukan Islam di Negeri Sembilan merayu supaya ditempatkan guru takmir di surau kampungnya untuk mengajar orang Asli yang memeluk agama Islam. Pada 26 Januari 2011, berita ini dah keluar, sekarang 11 Mei 2011 keluar lagi berita ini. Baik Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan dan Pengarah Jabatan Agama LETAK JAWATAN kalau tak boleh selesai perkara mudah sebegini.

Buat malu orang Islam terutama orang Melayu di Negeri Sembilan ini, duit dalam Baitul Mal berjuta-juta ringgit tapi nak hantar guru takmir pun tak ada.

Apakah Pengerusi MAINS dan Pengarah JHEAINS hanya berbangga dengan Rekod Bubur Lambuk 200 periuk yang dibuat pada tahun 2007 seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2007/10/ns-buat-rekod-bubur-lambuk-tapi-pinggir.html

Tiada Ustaz Datang Mengajar, Sinar Harian 26 Jan 2011 laporan penuh di http://amkns.blogspot.com/2011/01/tiada-yang-sudi-ajar-orang-asli-agama.html

SAUDARA BARU MAHUKAN GURU
Sinar Harian 11 Mei 2011

ULU KLAWANG - Masyarakat Orang Asli di Kampung Kelaka berharap agar surau di kampung mereka dilengkapi dengan tenaga pengajar khususnya guru Tahmir.

Perkara itu adalah penting bagi menjaga kebajikan 17 keluarga saudara baru di kampung berkenaan yang telah memeluk agama Islam.

Tok Batin Kampung Kelaka, Ading Keboi berkata, rata-rata saudara baru di kampung berkenaan tidak benar-benar mendalami agama Islam seperti yang sepatutnya.

"Di kampung ini sahaja, ada 47 keluarga di mana 17 daripadanya telah memeluk agama Islam. Namun, apa yang menjadi masalah ialah mereka masih tinggal sebumbung dengan keluarga yang bukan beragama Islam.

"Hal ini secara tidak langsung tidak akan membentuk akidah umat Islam yang baik kerana sudah pasti timbul kekeliruan dalam kalangan anak mereka yang beragama Islam," katanya.

Menurutnya, rata-rata mereka tidak mempunyai asas agama yang kukuh dan oleh kerana itu mereka mahukan surau di kampung itu berfungsi dengan baik.

"Selain itu, kami juga mahukan guru untuk mengajar agama Islam buat penduduk di sini.

"Saya difahamkan, sebelum ini ada guru yang mengajar di surau berkenaan tetapi tidak lama. Ia mungkin disebabkan kampung ini terletak di pedalaman dan menyebabkan guru berkenaan tidak selesa," katanya.

Malah katanya, sebelum ini setiap kali berlangsungnya kelas, guru hanya akan mengajar tidak sampai setengah jam dan kemudiannya kelas ditamatkan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9073316.asp

Guru-guru guna duit sendiri baiki kuarters, Kerajaan BANKRAP?

Posted: 10 May 2011 05:12 PM PDT



Apakah Kementerian Pelajaran sibuk menganjurkan program tarian terkangkang-kangkang pelajar sekolah hingga tak ada masa nak tengok masalah para guru? Sementara Muhyiddin pula sibuk di luar negara bersama Rais Yatim, entah apa buatnya. Jabatan Pelajaran pula sibuk galakkan pelajar jadi artis hiburan. Apa rancangan hiburan Muhyiddin dan Rais Yatim nak laksanakan lepas ini untuk pelajar sekolah, sekembali dari Eropah nanti?

Kisah Jabatan Pelajaran galak pelajar jadi artis hiburan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/05/jabatan-pelajaran-galak-pelajar-jadi.html

Kisah Kementerian Pelajaran galakkan pelajar sekolah perempuan sertai tarian terkangkang pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html


KUMPUL DUIT SENDIRI BIAYA KOS SELENGGARA
Berita Harian 11 Mei 2011

Persatuan dedah aduan kerosakan tidak diendahkan

KUALA LUMPUR: Guru yang mendiami kuarters di kawasan bandar juga tidak kurang sengsara apabila terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai kos penyelenggaraan kuarters mereka.

Ia didedahkan Persatuan Warga Guru Alam Damai Kuala Lumpur yang mendakwa mereka terpaksa mengeluarkan RM40,000 untuk membaiki kebocoran paip air bawah tanah, selain membayar tunggakan bil air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Pengerusinya, Hedzir Mohd Ali, berkata pihaknya terpaksa mengutip wang daripada guru bagi mengatasi masalah paip bocor selepas pihak bertanggungjawab lepas tangan walaupun beberapa kali membuat aduan.

"Kami bersabar selama dua tahun, tetapi hidup tidak sempurna walaupun sudah mengemukakan aduan sehingga kepada kementerian. Mahu tidak mahu, kami terpaksa mengeluarkan RM31,000 bagi menjelaskan tunggakan bil air selepas SYABAS mengunci meter sebanyak empat kali, selain membaiki paip yang sepatutnya diuruskan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP)," katanya menerusi e-mel kepada Berita Harian.

Persatuan juga menghantar surat rayuan, surat rasmi, surat permohonan dan memorandum kepada Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Pelajaran JPWP, SYABAS dan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), tetapi tiada penyelesaian.

Seorang lagi pengirim e-mel, Hassan Ibrahim, berkata masalah kuarters daif berlaku di Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) di Lembah Klang seperti di Shah Alam dan Gombak.

"Masalah bumbung dan lantai bocor serta siling balkoni runtuh membahayakan guru. Ini tidak termasuk kerosakan dalaman. Justeru, guru terpaksa mengeluarkan belanja untuk memperbaiki semua kerosakan," katanya.

Di KUANTAN, dua blok kuarters guru di Felda Bukit Sagu terbiar dan menjadi sarang penagih dadah, manakala sebahagian besar kelengkapan perabot seperti katil, almari pakaian, kabinet dapur, kipas siling menjadi sasaran penagih dadah dan pengumpul barang lusuh sejak beberapa tahun lalu.

Kuarters lima tingkat mempunyai 20 unit kediaman itu siap pada 2005 dan dihuni tujuh keluarga setahun kemudian, tetapi seorang demi seorang meninggalkan kuarters itu kerana pelbagai masalah.

Penduduk Bukit Sagu Dua, Ayub Muhammad, berkata persekitaran kuarters itu juga kotor kerana penagih dadah turut membuang air besar dan kecil sehingga menyebabkan bau busuk, selain bekas makanan dan sampah berselerakan sehingga berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Di KLUANG, kuarters empat tingkat menempatkan 16 unit kediaman berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar T6, kini ibarat projek gajah putih apabila terbiar kosong tanpa dihuni sejak siap kira-kira empat tahun lalu, menyebabkan ia menjadi tumpuan anak muda berpeleseran berikutan kedudukannya agak terlindung dan jauh dari rumah penduduk terdekat di Taman Sri Lambak.

Penduduk, Fauzan Sumijan, 50, yang sering melewati bangunan itu mendakwa kerap terlihat individu tidak dikenali berkeliaran di sekitar kuarters dan melarikan diri dalam semak, jika penduduk menghampiri mereka.

Penghuni yang mahu dikenali sebagai Ummi Kalsum, berkata jika tiada guru yang mahu mendiami kuarters itu, lebih baik ia disewakan kepada keluarga miskin yang memerlukan kediaman lebih selesa.

"Ini dapat membantu penduduk yang mempunyai masalah. Kita kesal kerana tiada pihak mengambil tanggungjawab membersihkan kuarters sehingga dipenuhi lalang dan semak samun," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kumpulduitsendiribiayakosselenggara/Article


KUARTERS GURU ROSAK, BOCOR BERULANG KALI
Berita Harian 11 Mei 2011

SAYA ingin memberi respons kepada laporan mengenai kuarters guru terbiar khususnya di luar bandar. Saya adalah seorang guru yang pernah tinggal di kuarters pendidikan di Pahang.

Pada mulanya penginapan di sana amat selesa kerana masih baru dan dilengkapi perabot. Saya tidak kisah dengan jaraknya yang agak jauh dari tempat mengajar kerana berpagar dan agak selamat untuk anak saya. Namun, selepas hampir dua bulan, keadaan mula berubah. Tandas mula tersumbat dan bocor. Air bilik mandi sering bertakung menyebabkan keadaan bilik mandi mudah kotor. Tandas unit saya baik, tetapi tandas atau paip najis di tingkat atas bocor. Air najis menitis di unit saya dan baunya kurang menyenangkan. Saya terpaksa membersihkan air najis yang menitis setiap masa.

Keadaan bertambah teruk dan berulat, menyebabkan saya terpaksa menutup tandas itu. Saya mengadu kepada unit pembangunan di Pejabat Pelajaran Daerah. Malangnya, usaha untuk membaik pulih kerosakan dilakukan hampir tiga bulan selepas aduan dibuat. Sebab apa? Kami pun tidak tahu.

Selepas dibaiki, saya sekeluarga terus tinggal di kuarters itu. Tetapi tandas itu bocor kembali dan menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Kebocoran paip juga turut berlaku di dapur menyebabkan air sinki menghujani kabinet dapur dan lantai.

Saya terus menghubungi pihak berkenaan, malangnya, usaha membaik pulih tidak dapat dilakukan secepat mungkin atas alasan ketiadaan bajet. Kuarters saya menjadi terlalu kotor dan berbau, menyebabkan ia tidak sesuai untuk didiami apatah lagi untuk menerima tetamu.

Apakah tindakan pihak berkenaan terhadap kuarters yang rosak ini. Kami akur dengan memotong elaun kami, untuk tinggal di kuarters tetapi kementerian gagal menyelenggara sebaik mungkin kerosakan sistem kumbahan yang boleh mendatangkan penyakit.

Saya lebih selesa tinggal di rumah sewa sementara menanti rumah sendiri siap. Kuarters dibiarkan tidak diselenggara.

RAMESH,
Guru DG41.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kuartersgururosak_bocorberulangkali/Article

Tiada ulasan: