Isnin, 9 Mei 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


GAMIS Desak Tindakan Tegas Terhadap UTUSAN

Posted: 09 May 2011 05:28 PM PDT

Dari Harakah Daily

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini membuat satu laporan polis berhubung laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertajuk ‘Kristian Agama Rasmi?’

Laporan itu dibuat presidennya, Ahmad Syazwan Hassan di balai polis Pantai dekat sini kira-kira jam 11.30 dengan diiringi 20 wakil pertubuhan pelajar lain termasuk bukan Islam yang berkumpul di luar pekarangan balai polis tersebut.

Menurut Ahmad Syazwan, kenyataan akhbar Utusan yang dikeluarkan pada 7 Mei 2011 boleh mejejaskan perpaduan kaum di negara ini kerana bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama di negara ini.

Menurut beliau lagi Utusan Malaysia dilihat tidak bijak dan kredibitinya dipertikai apabila mengambil sumber hanya daripada blog yang bersifat pandangan peribadi penulis.

Beliau juga mahu tindakan yang tegas diambil terhadap pihak Utusan mengenai kenyataan tersebut.

Selain itu, beliau juga menggesa pihak Utusan meminta maaf dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat media milik Umno itu.

“Tindakan ini adalah untuk memberi pengajaran terhadap mana-mana media yang juga mencetuskan sentimen agama yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini”, katanya

Sementara itu, menurut Presiden Majlis Pewakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Syahid Zaini berkata tindakan Utusan itu cuba mengaut keuntungan politik tanpa mengira kesannya kepada rakyat di negara ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Mohd. Safwan Anang pula mahu mahasiswa menolak budaya fitnah dan provokasi dilemparkan akhbar tersebut.

Pandangan sama turut disokong Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Mohd Hazim Mohd Noh.

“Kami bersikap tegas terhadap mana-mana media yang cuba mencetuskan sentimen perkauman ini, saya berharap segala unsur fitnah dan khabar yang tidak benar dari sumber yang betul hendaklah diselidik terlebih dahulu agar sebarang kenyataan yang dikeluarkan tidak menjejaskan keharmonian yang sedia ada di negara kita,” katanya.

Sehubungan itu, mereka turut mendesak agar tindakan tegas diambil kepada pihak akhbar tersebut.

Sebagai tanda bantahan, mereka turut membaca akhbar utusan secara terbalik sebelum mengoyak dan memijak akhbar terbabit.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Laksana Perubahan,Selamatkan Malaysia

Posted: 09 May 2011 05:14 AM PDT



Jemputan Munajat Rakyat Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily Serta Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 09 May 2011 03:31 AM PDT

MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.

Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut :

14 Mei 2011 (Sabtu)

Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E.

Bermula jam 7 malam.

2.            Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara.

3.            Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

YB Ahmad bin Kasim
Pengerusi,
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.

—-

TENTATIF PROGRAM

MUNAJAT  RAKYAT MENOLAK FITNAH & CERAMAH PERDANA .

ANJURAN BERSAMA PKR SELANGOR DAN BIRO PEMAHAMAN & PEMANTAPAN AGAMA (BIPPA).

6.30 PETANG      : kehadiran tetamu / orang ramai.

7.00 malam         : persediaan untuk solat maghrib.

7.20 malam         : Solat Maghrib.

Tazkirah Maghrib : Qazaf dan Sumpah Laknat – Antara Syariat & Adat.

Oleh : Ust Hj Abd. Ghani bin Samsudin (Syura)

8.33 malam         : Solat Isya'

Solat Hajat pimpinan Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily.

9.00 malam         : Ceramah Perdana :

i)            YB Azmin bin Ali (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor)

ii)            Tn Hj. Mohd. Azmi bin Abd. Hamid (Pengerusi  SAF Anti Fitnah)

(Membaca Deklarasi SAF untuk rakyat Malaysia)

iii)           YB Dato Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat (Murshidul Am PAS)

iv)           YB Dato Seri Anwar bi Ibrahim (Ketua Umum Keadilan)

v)            Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily  di terjemah oleh

Dr Mohd. Nur Manulty (Ketua Penerangan PKR)

Moderator Majlis             i) Dr Badrol Amin Bahron (Ahli MPP)

Tiada ulasan: