Jumaat, 6 Mei 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Abim: Anwar Tak Perlu Sahut Cabaran Eskay Sumpah Laknat

Posted: 06 May 2011 05:27 AM PDT

Dari The Malaysian Insider

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dirinya sebagai si pelaku dalam video seks, yang didakwa "Datuk T" Mac lalu sementara isu cabar-mencabar mengenai masih hangat diperkatakan.

Mantan pimpinan Abim, Prof Dr Ashraf Md Hashim berkata, Anwar tidak perlu melayan sumpah laknat kerana sumpah laknat disempurnakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikira tidak sah mengikut syariah Islam.

"Jika mengikut syariah Islam, walaupun Eskay membuat sumpah laknat atas kemahuan sendiri tetapi beliau masih tidak memenuhi syarat sah sumpah seperti dalam Islam di mana sumpah laknat perlu dilakukan di mahkamah, sumpah tersebut mesti mendapat kelulusan mahkamah (hakim) dan mesti disaksikan oleh empat saksi.

"Walaupun Eskay dengan rela hati membuat sumpah laknat, namun beliau tidak memenuhi syarat sumpah laknat menjadi sah seperti yang terkandung dalam syariah Islam," katanya pada diskusi berkenaan hukum qazaf dan sumpah menurut syariah anjuran Abim, hari ini.

Sebelum ini, Eskay telah mengajak Anwar menyertainya untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Al-Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita asing dalam rakaman videoyang didedahkannya, bulan lepas.

Beliau telah mengangkat sumpah laknat Jumaat lalu dengan memegang al-Quran, mengatakan "Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dipaparkan pada 21 Februari tahun 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku."

Selain itu, Ashraf turut berkata, dalam syariah Islam, pendakwaan hanya boleh dilakukan apabila cukup empat syarat iaitu orang yang menuduh, pendakwaan dilakukan di mahkamah, orang yang dituduh perlu hadir dan isu yang dimaklumi dibuat kepada penghakiman. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata, Anwar berhak menolak sumpah laknat mengenai pelaku video seks.

Katanya, jika mengikut syariat Islam, Anwar tidak perlu melayan sumpah tersebut kerana pada asalnya sendiri tidak betul cara dan tempatnya.

Bagaimanapun kata beliau, secara moralnya pula Anwar perlu balas sumpah untuk mengelakkan moral dirinya tercalar.

Naib Presiden Pencerdasan Ummah (Wadah), Dr Abdul Halim El-Muhammady berkata, sekarang ini berlaku kekeliruan yang ditimbulkan media massa hanya memperkatakan berkenaan prosedur sumpah tetapi bukan subjek sumpah ekoran kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang mengatakan mengenai sumpah mubahalah.

"Sebenarnya dalam syariat Islam, sumpah mubahalah hanya berlaku apabila penuduh dan si tertuduh melakukan sumpah laknat. Sumpah mubahalah juga melibatkan akidah. Oleh itu, jika ada pihak perlu bersumpah dan menyuruh sebelah pihak lagi bersumpah adalah tidak benar.

"Ini sekali gus akan mengelirukan masyarakat dan menjadikan sumpah itu sebagai budaya dalam masyarakat. Jadi, buat apa kita sibuk menyuruh seseorang melakukan sumpah laknat. Sebagai orang Islam, apa yang penting, berserah kepada Allah s.w.t., biar Dia yang menentukan siapa yang bersalah, siapa yang tidak bersalah," ujarnya.

Beliau menambah, kekeliruan ini juga timbul disebabkan media massa yang mengeluarkan berita tidak kena pada tempatnya.

Mereka hanya mengambil kira prosedur sumpah tetapi tidak mengambil objektif sumpah tersebut.

"Kadang kala orang yang membuat sumpah itu, tidak memahami syariah Islam dan tidak merujuk kepada buku syariah sebelum menyatakan sumpah.

"Jika mereka tidak bersumpah di hadapan hakim, sumpah itu tidak dikira sah. Oleh itu, seharusnya kita jangan bunuh adat Melayu, adat Islam dan hanya mengikut kehendak diri tanpa merujuk kepada yang lebih pakar, " katanya lagi.

Sokong Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Dan Musa – Khalid Samad

Posted: 06 May 2011 01:10 AM PDT

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju dengan cadangan bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Khalid berkata, meskipun Gani Patail disabitkan dengan pelbagai dakwaan yang menjejaskan kreadibilitinya sebagai peguam negara, beliau masih dibenarkan betugas seperti biasa tanpa sebarang siasatan keatasnya.

“Saya sokong saranan beliau (Datuk Mat Zain Ibrahim) kerana amat pelik bagaimana peguam negara yang jelas telah terlibat dalam kes itu untuk menutup kebenaran dan fakta berhubung dengan kes itu dan masih boleh bertugas sebagai peguam negara dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

Semalam, Mat Zain melalui surat terbukanya menyarankan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Gani Patail dan Musa Hassan kerana menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan Malaysia.

Mat Zain dipetik sebagai berkata kesalahan keadilan awam, yang didakwa ke atas Gani Patail dan Musa Hassan "adalah terlalu besar untuk dimaafkan."

Justeru Khalid ketika dihubungi TV Selangor berkata, penubuhan suruhanjaya ini penting agar kerajaan persekutuan dapat membersihkan imej instituisi ini dimata rakyat.

“Penubuhan RCI itu untuk menyiasat kes itu dan latarbelakang kes itu adalah amat perlu sekiranya kerajaan ingin mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pendakwaan di negara.”

Khalid turut menyifatkan pemilihan jawatan peguam negara tidak boleh diambil sambil lewa dan paling penting individu itu perlu bebas serta tidak terikat dengan mana- mana parti politik yang akan mempengaruhi pendakwaan yang dibuat.

“Jawatan peguam negara adalah begitu penting, dan perlu bebas daripada pengaruh politik dan kesetiaan politik yang menebal,” katanya.

Sekiranya pendakwaraya didapati bersalah seperti mana yang didakwa oleh Datuk Mat Zain, di mana telah berusaha menutup maklumat sebenar yang berlaku, maka dia mesti dipecat dan didakwa,” katanya lagi.

Sebelum ini Mat Zain mendedahkan Gani Patail berperanan dalam insiden mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 12 tahun lalu.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Klang, Selangor

Posted: 05 May 2011 09:13 PM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

7 Mei 2011 (Sabtu)

Program 1
7.00 – 12.00 mlm – Malaysian Indian Voice – Bersatu Untuk Berjaya

Lokasi : Dewan Hamzah, Kelang

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Karpal Singh
4. YB Prof Dr P. Ramasamy
5. YB Ronnie Liew Tian Khiew
6. YBhg Raidu

Program 2
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana- Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah

Lokasi : Markaz PAS, Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Dr Siti Mariah Mahmud
4. YB Shuhaimi Shafie
5. YB Charles Santiago
6. TBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

Tiada ulasan: