Rabu, 27 April 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kuil Sri Maha Mariamman Diroboh BN Dibina Semula Kerajaan PR

Posted: 27 Apr 2011 10:15 PM PDT

Padang Jawa, 24 April 2011 – Majlis Meletak Batu Asas bagi Tapak Kuil Sri Maha Mariamman Rimba Jaya telah disempurnakan pada hari ini.

Kuil Sri Maha Mariamman telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu yang dipimpin oleh Barisan Nasional pada tahun 2007. Setelah Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Selangor, Kuil Sri Maha Mariamman telah diperuntukkan tanah di Rimba Jaya, Padang Jawa dan kuil tersebut kini dibina semula dengan kerjasama syarikat pemaju hartanah Ken Rimba Sdn. Bhd.

Majlis pada hari tersebut dirasmikan YB Dr Xavier Jayakumar dan dihadiri YB Rodziah Ismail selaku ADUN Batu Tiga, YB Ronnie Liew, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB M. Ravi, ADUN Port Dickson, pemimpin-pemimpin komuniti India setempat serta  Encik Kenny Tan Boon Kang, Pengarah Urusan Ken Rimba Sdn Bhd.

Cek berjumlah RM40,000 telah diserahkan kepada Persatuan Penganut-penganut Kuil Sri Maha Mariamman Rimba Jaya oleh Ken Rimba Sdn. Bhd. bagi membantu pembinaan semula kuil tersebut.






Selangor Peruntuk RM600,000 Bina Papan Iklan 'Mansuhkan ISA'

Posted: 27 Apr 2011 03:00 AM PDT

SHAH ALAM 27 APRIL : Kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM600,000 bagi memasang papan iklan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kempen 'Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA'.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukkan membina 56 papan iklan itu diperolehi daripada Akaun Amanah Penswastaan yang disalur kepada Perbadanan Menteri Besar dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan.

Katanya, pemasangan papan iklan ini akan menggunakan peruntukkan dana akaun amanah penswastaan dan disalurkan kepada Menteri Besar Pemerbadanan.

"Usul untuk memasang papan iklan Selamatkan Malaysia: Mansuhkan ISA telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada 1 April 2011," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kerajaan negeri, disini, hari ini.


Menurut Khalid lagi, projek pemasangan dan pembinaan papan-papan iklan itu akan dilakukan secara tender terbuka yang akan diiklankan di akhbar-akhbar utama.

"Ia juga sejajar dengan Program kedua yang terkandung dalam Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat memerintah negara iaitu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Khalid berkata pemasangan papan iklan ini juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu melaksanakan transformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara.


Sumber: TVSNEWS

RM5.2 Juta Diperuntuk Program Cat Semula Pangsapuri Kos Rendah

Posted: 27 Apr 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 27 April- PKNS akan melaksanakan program mengecat semula pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang lebih 15 tahun dengan kos RM5.2 juta  yang melibatkan 131 blok atau 8,180 unit dalam usaha usaha kerajaan Selangor untuk membantu penduduk membaikpulih pangsapuri kos rendah, kata Exco Perumahan,Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar Abdul Samad.

Menurut Iskandar matlamat program pengecatan semula ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada skim pemajuan-pemajuan PKNS di samping mewujudkan persekitaran dan pangsapuri yang lebih ceria,indah dan harmoni.

"Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan akan dilaksanakan sepenuhnya dalam masa setahun," ujarnya.


Iskandar menambah sebagai permulaan program mengecat akan dimulakan di rumah pangsa kos rendah Selsyen 20 dan Seksyen 24 Shah Alam.

Program pengecatan ini melibatkan lima zon iaitu di Ampang dengan 6 blok atau 560 unit, di Petaling Jaya sebanyak 19 blok atau 854 unit, di Shah Alam sebanyak 35 blok atau 2,442 unit, Di Bangi sebanyak 47 blok atau 1,942 unit dan di Kota Damansara melibatkan 24 blok atau 2,300 unit.


Sumber: Selangorkini

Tiada ulasan: