Isnin, 25 April 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Peruntuk Tanah Untuk Persatuan Namakkal Malaysia

Posted: 25 Apr 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 25 APRIL: Kerajaan negeri Selangor bercadang memperuntukkan sebidang tanah kepada Persatuan Namakkal Malaysia untuk membina Dewan Serbaguna bagi kegiatan sosial persatuan itu. Kawasan yang dicadangkan ialah Klang atau Kuala Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim proses mengenalpasti tapak akan dilakukan secepat mungkin dan berharap kerja-kerja pembinaan Dewan Serbaguna berkenaan dapat disegerakan.

Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmilan  Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang 2011  anjuran Persatuan Namakkal Malaysia di sini, semalam.

Persatuan Namakkal Malaysia adalah persatuan kebajikan kaum India yang cukup aktif di negara ini dengan sebahagian besar ahlinya adalah ahli perniagaan.


"Walau bagaimanapun pada hari ini Persatauan Namakkal meminta saya melihat untuk mencari tapak tempat mereka di Selangor untuk membangunkan tapak Dewan  Serbaguna yang boleh digunakan oleh persatuan untuk tempat tuisyen dan penggunaan-penggunaan untuk menjayakan program Namakkal," kata Khalid.

Menurut Pengerusi Persatuan,  R. Karuna pihaknya menjalankan pelbagai projek kebajikan terutama untuk masyarakat India di negara ini.

Persatuan ini turut memberikan pinjaman kewangan tanpa faedah kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

"Kita ada pembiayaan pengajian. Sebenarnya sumbernya yang telah diberi oleh ahli-ahli. Kita beri RM10 ribu kepada pelajar. Jadi kita ada dananya yang kita simpan  untuk itu dan kita tadbir dengan baik. Tanpa faedah," jelas Karuna. 

Majlis semalam menyaksikan seramai 136 pelajar cemerlang seluruh negara menerima sumbangan daripada persatuan berkenaan. Mereka terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Majlis sumbangan untuk pelajar cemerlang ini diadakan sejak tahun 2009.


Sumber: TVSNEWS

Tiada ulasan: