Anwar Ibrahim |
- Politik Kotor: Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda
- Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Dalam Siri Jelajah Perak
- Kaedah Pemadanan Anwar Sebagai Lelaki Y Meragukan – Peguam
- Tiga Tuntutan Kepada Pemegang Mandat Kerajaan Negeri Sarawak
- Saudi Oil Minister: High Oil Price Unjustified
- Kredibiliti Saksi Serta Sampel Bukti Yang Meragukan-Anwar Patut Dibebaskan
- Fitnah II: Kenyataan Bercanggah Para Saksi Antara Bukti Wujudnya Konspirasi
Politik Kotor: Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda Posted: 25 Apr 2011 05:35 PM PDT Oleh: Siti Aishah Shaik Ismail Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa. Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara. Media yang dikawal secara jelas dan berterusan menjadi boneka menjalankan propaganda liar yang tidak matang untuk ditatap oleh anak muda yang akhirnya menjejaskan kualiti generasi hari ini. Perancangan anak muda terbantut apabila kehidupan diasak hebat dengan cara pemerintah mentadbir urusan rakyat. Ia sebenarnya adalah bukti beban dan punca masalah generasi ini. Kos sara hidup yang meningkat, hutang yang semakin membebankan, keadaan dan persekitaran semasa yang tidak memberikan jaminan keselamatan memberi gambaran kepada generasi muda bahawa harapan untuk mempunyai sebuah kehidupan yang bernilai pada masa hadapan pudar dan lenyap. Peningkatan masalah sosial dan akidah remaja semakin teruk dan membimbangkan. Saban hari muncul permasalahan baru dikalangan remaja yang dilaporkan. Namun, ia hanya menjadi topik perbualan pinggiran dan tidak dibahaskan secara serius yang akhirnya meletakkan nasib mereka seolah-olah sedang diperjudi dan digadaikan atas nama kuasa. Anak muda disajikan dengan hiburan yang terus melalaikan dari memikirkan kedudukan dan peranan mereka dalam sebuah negara yang bertamadun. Manakala, pemerintah dilihat lebih senang melihat generasi ini untuk lalai dan tidak memikirkan langsung usaha meningkatkan kualiti kehidupan, yang seharusnya digarap melalui pendidikan, tahap kefahaman agama dan nilai kemasyarakatan yang lebih bertanggungjawab. Namun, perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian ialah nasib dan hala tuju generasi muda. Tumpuan dan perhatian khusus kepada generasi ini perlu diberikan sehabis daya dengan fokus, kerana generasi ini adalah insan yang akan meneruskan perjuangan pada masa akan datang. Sekiranya kerajaan masih meneruskan lanskap politik dinegara ini secara semberono dan membabi buta, apakah yang menjadi harapan kita untuk melihat generasi muda mencipta sebuah perubahan? Kerana itulah anak muda keseluruhannya diseru untuk melakukan perubahan agar dilihat sebagai suatu kumpulan pendesak yang digeruni oleh pemerintah yang tidak tahu dan menghormati hak generasi ini untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan terjamin. Ayuh anak muda kita berubah !!! Penulis adalah Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Dalam Siri Jelajah Perak Posted: 25 Apr 2011 05:20 PM PDT
|
Kaedah Pemadanan Anwar Sebagai Lelaki Y Meragukan – Peguam Posted: 25 Apr 2011 05:14 AM PDT Dari KeadilanDaily Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai 'Lelaki Y' yang disebut-sebut sebelum ini. "Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam. "Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam)," kata Sankara. Sankara seterusnya menyatakan tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik. Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya semula. |
Tiga Tuntutan Kepada Pemegang Mandat Kerajaan Negeri Sarawak Posted: 25 Apr 2011 03:33 AM PDT Hari ini tepat sembilan hari selepas keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang berlangsung pada 16 April 2011. Walau pilihan rakyat dicemari dengan insiden-insiden penipuan dan kelemahan proses pilihanraya oleh Badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, saya mengakui dan menghormati kemenangan seratus peratus yang diraih oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Justeru, demi memastikan kesinambungan berterusan antara manifesto Pakatan Rakyat dan juga usaha mereleasasikan janji-janji kami, saya kemukakan tiga tuntutan untuk dipenuhi Ketua Menteri negeri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Taib bin Mahmud menerusi sepucuk surat yang dihantar pagi tadi. Permohonan saya termasuk: Pertama, saranan supaya peluang melaksanakan mandat yang diberikan tidak disia-siakan menerusi tuntutan yang dibuat oleh YAB Pehin Sri sebagai Ketua Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan –pihak yang bertanggungjawab dalam memansuhkan Pengisytiharan Darurat Sarawak 1966. Pada 24 Mac 2011, saya telah menyerahkan usul persendirian berjudul Akta Pemansuhan Darurat selaku Ahli Dewan Rakyat untuk bukan sahaja menamatkan era darurat di Sarawak, tetapi juga di seluruh negara Malaysia. (Lampiran 1) Malangnya, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju dan mengakui kesediaan Peguam Negara untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat, kerajaan pusat masih lagi degil dan belum bersedia untuk memansuhkannya. (Lampiran 2) Bukan sahaja kerajaan pusat belum bersedia, usul persendirian mana-mana Ahli Dewan Rakyat akan ditolak oleh Speaker Dewan. (Lampiran 3) Ketiga, saranan kepada Ketua Kerajaan Negeri, YAB Pehin Sri menuntut kenaikan royalti minyak 20 peratus untuk kepentingan rakyat negeri Sarawak supaya kekayaan hasil bumi di Sarawak dapat disalurkan kepada rakyat Sarawak. Kesemua tuntutan ini dibuat seiringan dengan usaha memastikan kerajaan negeri yang baru mendapat mandat rakyat Sarawak bertindak membuktikan komitmen serta keikhlasan mereka dalam memastikan hak dan keperluan rakyat didahulukan, mendahului kepentingan mana-mana pimpinan politik Nurul Izzah Anwar ** Today marks the ninth day since the results of the Sarawak state elections of 16 April 2011 were announced. Even though polling was marred by incidences of electoral fraud as well as weaknesses in the electoral process by the Malaysian Election Commission, I admit and honor the victory claimed by Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Thus, to ensure continuity and consistency of the Pakatan Rakyat national manifesto and our continued efforts to fulfill our promises, I hereby call on the Chief Minister of Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Taib bin Mahmud to fulfill three requests I have made in a letter sent this very morning. My requests include: One, that this new mandate is fully utilized by the YAB Pehin Sri as Chief Minister to strongly urge the Federal Government to end the Sarawak Proclamation of Emergency 1966. Last 24 March 2011, I had submitted a private member’s bill entitled Emergency Revocation Act (Akta Pemansuhan Darurat) as a Member of Parliament to not only end an era of emergency in Sarawak, but also throughout Malaysia (Annex 1). Unfortunately, even though the minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz had agreed and had affirmed the readiness of the Attorney General to revoke the emergency proclamations, the Federal Government remains recalcitrant and unready to revoke these proclamations (Annex 2). Not only is the Federal Government not ready, any private member’s bill on this matter by any Member of Parliament will be rejected by the Speaker of the House (Annex 3). Secondly, I urge the Chief Minister, YAB Pehin Sri to reclaim the rights of Sarawakians by ensuring that the Eighteen Point Agreement with Malaysia is fulfilled in its entirety. Thirdly, I urge the Chief Minister, YAB Pehin Sri to press the Federal Government to increase oil royalties to the state to 20 per cent for the sake of Sarawakians, so that the immense wealth of the state can be shared with all its peoples. All these claims are made in line with efforts to ensure that this new State Government, which has received a fresh mandate, will act to prove its commitment and sincerity to the rakyat in ensuring that their rights and needs are placed in prime position, beyond those of any political leader’s. Nurul Izzah Anwar |
Saudi Oil Minister: High Oil Price Unjustified Posted: 25 Apr 2011 02:32 AM PDT From businessweek.com Saudi Arabia’s oil minister says the current high oil price is unjustifiable and that speculation over the future oil markets is mainly behind the hike. Ali Naimi told reporters the lower demand for Saudi oil in March compared to February was a sign of an existing surplus on the global market. He says large quantities of oil were available as commercial stockpile or surplus production in some oil-producing countries. Naimi spoke after a meeting on Tuesday with Dutch Economic Affairs Minister Maxime Verhagen. Saudi Arabia is the world’s largest oil exporter, with the capacity to pump 12.5 million barrels. In March, the kingdom cut daily output to 8.3 million, from 9.1 million barrels in February. |
Kredibiliti Saksi Serta Sampel Bukti Yang Meragukan-Anwar Patut Dibebaskan Posted: 24 Apr 2011 11:16 PM PDT Dari Keadilan Daily Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut. Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa. Antara lain, Karpal berkata, hujah saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan dia dipaksa. Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis. Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut. Berikut kronologi perbicaraan: 8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution. 9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus. 9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya. 9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan. 9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan. "Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri." katanya. 9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan. "Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan." 9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut. "Terdapat bukti prima facie pada akhir kes pendakwa. Jika keraguan wujud, pembela tidak sepatutnya dipanggil." "Pendakwa telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, dengan menentukan unsur-unsur 9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan. "Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut. 9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu. "Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan," katanya. 10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali. 10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful. Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian. Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama 20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat. 10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai. 10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela. "Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti," Karpal. 10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku. 'Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," tambah beliau. 10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan. 10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful. 10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan. 10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil, kes pendakwaan itu perlu ditolak. Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA. |
Fitnah II: Kenyataan Bercanggah Para Saksi Antara Bukti Wujudnya Konspirasi Posted: 24 Apr 2011 08:23 PM PDT Dari Malaysiakini Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah. “Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri,” katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini. menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan. “Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa,” tambahnya Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada. “Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie. “Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu,” tambahnya. Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii – iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan. “Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan,” kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan. Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas – di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar – tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. “Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri,” katanya. Karpal kemudian menyentuh fakta kes – yang Saiful bukan seorang yang ‘ tidak berpelajaran’ kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor. Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan