Khamis, 28 April 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


7 orang anggota baru menyertai PKR Ranting Felda Jenderak Utara

Posted: 28 Apr 2011 05:26 PM PDT

Seramai 7 orang anggota baru menyertai PKR Ranting Felda Jenderak Utara, Kuala Krau di Mesyuarat Agung Tahunan Ranting itu pada 27hb April lalu.

Seramai 43 orang anggota PKR Ranting tersebut telah bermesyuarat agung untuk membuat pemilihan Jawatankuasa Ranting yang terdiri daripada penjawat-penjawat seperti berikut:

Pengerusi Tetap
Mustafa Alias

Ketua
Mohd Nor Bakar

Naib Ketua
Azhar Abd Rahman

Setiausaha (lantikan)
Ahmad Bila bin Adam

Bendahari (lantikan)
Ramanul Faizal Daud

Ketua Penerangan (lantikan)
Shaadan b Dollah

Ketua Wanita
Norhayati bt Abd Ghani

Ketua AMK
Mohd Zikri Mohd Ismail

dan 15 Orang Jawatankuasa dan
2 orang Juruodit.

Dipenghujung Majlis itu, Mohd Zikri Ismail, selaku Ketua AMK yang baru, mengumumkan bahawa pasukan-pasukan Futsal mewakili PKR Ranting Jenderak Utara akan terlibat dengan pertandingan Futsal di Jenderak Utara, dan Ranting Jenderak Utara telah menghadiahkan 2 bola futsal untuk tujuan latihan. Pertandingan itu akan diadakan pada 1hb Mei 2011.

Didalam ucapan perasmian Mesyuarat Ranting Felda Jenderak Utara itu, Haji Suhaimi Said, selaku Ketua Cabang PKR Kuala Krau mengingatkan bahawa Jawatankuasa Ranting yang akan dipilih akan bertanggungjawab untuk memikul tugas menghadapi PRU-13 nanti.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Task Force parti yang diujudkan di Felda Jenderak Utara kerana telah berjaya memikul tanggungjawab disetiap kali PKR Kuala Krau mengadakan aktiviti dan programnya.

Haji Suhaimi mengingatkan bahawa didalam PRU-13 nanti, PKR Kuala Krau khususnya PKR Ranting Jenderak Utara diamanahkan untuk mempastikan bahawa pengundi-pengundi di Felda Jenderak Selatan dan Utara tidak lagi menjadi fixed deposit kepada BN.

Program PR didalam tempoh 100 hari memerintah Negara selepas PRU-13 nanti adalah untuk memansuhkan Felda Plantation diseluruh Negara dan ladang-ladang seluas 367,710 hektar yang kini diuruskan oleh Felda Plantation itu akan diagih-agihkan kepada anak-anak peneroka dan mereka yang layak.

Inilah peluang kepada anak-anak peneroka untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan dengan memiliki ladang-ladang sendiri.

Malaysia masih mempunyai hutan yang luas di Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang boleh dibuka untuk perladangan baru bagi penempatan kepada anak-anak Peneroka dan mereka yang layak, tegas Haji Suhaimi.

Diakhir mesyuarat itu PKR Cabang Kuala Krau telah mengedarkan Borang Permohonan untuk menjadi Peneroka Felda dan Borang ini akan diproses sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Negara selepas PRU-13.

Borang Permohonan ini akan diedarkan secara rasminya pada 1hb Mei 2011 di Himpunan Peneroka/Generasi Baru Felda di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau.


Tiada ulasan: