Khamis, 28 April 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Anwar dakwa Najib guna pornografi pertahan kuasa

Posted: 28 Apr 2011 01:40 AM PDT


KUALA LUMPUR, 28 April:Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihak polis terlibat 'memberi perlindungan' kepada penyebar video lucah yang mengaitkan dirinya.

Bercakap kepada media selepas disoal siasat di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, agak mustahil video itu boleh disebar termasuk bahagian kedua semalam dalam Youtube.

"Mana ada dlm negara ini orang boleh terang-terangan sebar video tanpa sebarang tindakan kalau polis tak lindungi," katanya.

Tambahnya, dalam kes 'mata lebam' dahulu juga, bekas ketua pegawai penyiasat kes tersebut, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam tulisannya kepada Ketua Polis Negara, mengakui beberapa video lucah yang dikaitkan adalah melibatkan sumber polis.

Selain polis, beliau juga mendakwa Umno turut terlibat di sebalik penyebaran video tersebut.

"Peras ugut saya dan Azizah meletak jawatan. Motif politik Umno itu jelas ada.

"Ternyata pemimpin Umno terdesak. Datuk Seri Najib harus menjawab kenapa jenayah dan pornografi itu menjadi strategi beliau terpenting mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara ini.

"Dan menggunakan beberapa orang termasuk Agendadaily, Utusan untuk menjadi perkakas murahan untuk menyebarkan jenayah yang begitu kotor dan jijik dan menghina orang dan maruah keluarga," ujarnya.

Diatanya desakan pihak tertentu agar beliau bersumpah, beliau berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Pada masa sama beliau turut menyelar Utusan dan TV3 dan AgendaDaily yang dakwanya menjadi perkakas Umno BN menyuburkan fitnah.

Terdahulu, Anwar Ibrahim hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam kenyataan berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

Beliau yang berbaju kameja biru berkot kelabu cair dilihat tiba kira-kira jam 2.50 petang.

Turut menemani beliau hari ini adalah isteri dan anaknya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah serta peguamnya, R.Sivarasa Rasiah.

Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut selepas kali pertama 22 Mac lalu apabila beliau membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Beliau berkata, penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah itu.

Selain peguam, turut mengiringi beliau adalah Naib Presiden PKR, N Surendran, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Penerangan PKR Lateefa Koya.


Sumber: Harakah daily

PKR gantung Murali

Posted: 28 Apr 2011 01:35 AM PDT


PETALING JAYA, 28 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantung keanggotaan Murali a/l Subramaniam dari Cabang Puchong berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, jawatankuasa telah menerima aduan daripada empat anggota PKR pada tahun 2010 dan setelah mengadakan pendengaran dan mendapat penjelasan daripada S. Murali, secara sebulat suara mendapati beliau bersalah atas beberapa dakwaan.

Jelasnya, kesalahan itu kerana mengkritik kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengenai peruntukan Kerajaan Selangor terhadap Sekolah-Sekolah Tamil di dalam media, merusuh atau mengganggu perjalanan dialog yang dipengerusikan Dr. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor di Annexe SUK Selangor serta mengetuai sekumpulan orang menyerang Kumareval a/l Subrayan dalam dialog tersebut dan bersikap kasar terhadap Teresa Kok ketika beliau melawat Sekolah Tamil di Puchong.

"Justeru, keputusan Jawatankuasa Disiplin tentang Sdr Murali telah dimaklumkan kepada Biro Politik pada 27 April 2011, dan dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Pusat, Biro Politik memutuskan untuk menggantung keanggotaan Murali dengan serta-merta," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.


Sumber: Harakah daily

Johari : Juak Umno Perhebatkan Usaha Fitnahkan Anwar

Posted: 28 Apr 2011 01:30 AM PDT


SHAH ALAM 28 APRIL : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yakin juak-juak Umno akan terus memuatkan klip-klip dari video lucah ke Youtube untuk terus mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun taktik itu akan ditolak oleh maysrakat Melayu yang cuba dipengaruhi.

Klip video terbaru yang dimuat naik di Youtube itu merakamkan seorang lelaki sedang mengenakan pakaian, seorang perempuan dalam keadaan bogel.

Ratusan ribu gambar daripada klip video itu dicetak dan diedarkan di sekitar Lembah Klang sejak malam tadi khsusnya di kawasan penghuni Melayu yang tinggi, dalam cubaan terdesak untuk menfitnah dan mengaibkan Anwar.

Seperti klip pertama, suntingan video kali ini juga membawa petanda-petanda tertentu video itu dirakamkan secara terbuka dan dengan pengetahuan pelaku serta kehadiran pihak ketiga dalam kamar berkenaan.

Datuk Johari yakin klip video yang disunting akan terus dimuat naik ke Internet oleh individu-individu tertentu. Beliau tidak menolak kemungkinan angkara itu didalangi oleh gandingan Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Namun berita baik di sebalik itu katanya, semakin banyak bahagian-bahagian dalam klip video berkenaan didedahkan, semakin banyak kecacatan dan perkara 'aneh' dapat disaksikan.

" Ia amat menjijikkan. Malah pada video klip pertama pun, orang yang berpakaian penuh itu ke hulu ke hilir. Dalam keadaan persiadaan seolah-olah satu lakonan
seks bakal berlaku.

" Dan klip kedua ini pula seolah-olah ada orang ketiga yang campak tisu. Bukan itu sahaja, saya cabar ini bukanlah dilakukan dalam bilik gelap kerana ianya
memang dilakukan untuk difilemkan sebab kalau lihat didinding ada tiga bayang untuk satu-satu objek. Ini mengesahkan ada tiga lampu yang disuluhkan pada objek-objek ini.

Sehingga ke hari ini blog-blog pro Umno terus menayangkan video selama 1 minit 46 saat yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II'.

Sama seperti bahagian pertama dahulu, ia sekali lagi memaparkan watak pelaku yang tidak jelas, susuk tubuh dengan perut boroi yang nyata bukan mirip Anwar.

" Tujuan video ini asalnya bukan untuk apa-apa. BUkan untuk cari kebenaran, bukan untuk mengajar, semua itu bukan. Tujuannnya adalah untuk menghancurkan karier politik Anwar," kata Johari.

Malah kata Johari, video fitnah ini adalah talian hayat Umno-BN demi kelangsungan politik mereka.

" Apa pun juga, saya tahu mereka akan terus siarkan video ini secara berterusan untuk penontonnya kerana berfikiran orang Melayu suka perkara-perkara yang sensasi seperti ini," kata Johari.

Beliau berkata Umno begitu terpinggir daripada isi hati masyarakat Melayu sehingga membelakangkan isu-isu ekonomi dan cara memperbaiki akhlak anak-anak. Mereka memikirkan orang Melayu akan lebih tertarik kepada video ini, tambah beliau.


Sumber: TVSNEWS

Rahim wakilkan Eskay sumpah laknat bagi semua

Posted: 28 Apr 2011 01:25 AM PDT

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

NONE
Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

'Atas nama Allah, Rasulullah'

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.

Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu.


Sumber: Malaysiakini

Trio Datuk T jangka didakwa minggu depan

Posted: 28 Apr 2011 01:20 AM PDT

Kumpulan 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin kanan pembangkang menjangkakan mereka bertiga akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Sambil menolak soalan bertalu-talu daripada wartawan, seorang anggotanya Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata tindakan itu mungkin diambil pihak berkuasa minggu depan.

NONE
"Ada beberapa lagi siri sidang media selepas ini. Kami mungkin didakwa minggu depan," katanya dalam sidang media tergesa-gesa selama hanya 12 minit di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Enggan mengulas panjang dengan hanya mahu menerima dua soalan sahaja daripada pemberita, Shazryl Eskay, bekas ketua menteri melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim dipercayai didakwa kerana menayangkan video lucah.

Ditanya sama ada beliau telah ditahan polis sebelum ini, Shazryl Eskay mengakuinya.

"Saya ditahan pada hari itu, (hari) yang saya beritahu kamu. Saya diikatjamin dengan nilai RM10,000," kata ahli perniagaan itu, sekali gus meninggalkan pemberita dalam keadaan tertanya-tanya.

NONE
Sementara itu, bercakap dalam sidang media bersama Rahim dan Shuib di sebuah hotel di ibu negara hari ini, Shazryl Eskay turut menafikan kebocoran sebahagian video seks di internet berpunca daripada pihaknya.

"Saya tidak tahu (bagaimana bocor)," katanya sambil memberitahu menyerahkan perkara itu untuk disiasat pihak polis.

Semalam, polis dilaporkan melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip itu tersebar.


Sumber: Malaysiakini

RPK nafi dakwaan 'peras ugut' Deepak

Posted: 28 Apr 2011 01:15 AM PDT

Penulis blog kontroversial Raja Petra Kamaruddin menafikan dakwaan yang dibuat oleh Deepak Jaikishan bahawa beliau dibayar RM50,000 untuk mengeluarkan beberapa artikel mengenai ahli perniagaan itu dari laman web Malaysia Today dan diberikan sebuah komputer riba Sony.

NONE
"Jika dia bayar saya RM50,000 untuk mengeluarkan artikel-artikel itu, dia cuma bazirkan wangnya kerana artikel tersebut masih di Malaysia Today... ia kini di arkib.

"Jika awak melayari Malaysia Today dan taip 'Deepak', semua artikel yang saya tulis mengenainya masih di sana," kata Raja Petra kepadaMalaysiakini melalui wawancara video Skype pada Ahad lalu.

Beliau juga menafikan bahawa menerima sebuah komputer riba daripada Deepak.

"Saya lebih canggih, saya gunakan Macbook Pro. Jika awak hendak rasuah saya, ia mestilah sebuah a Macbook Pro dan iPhone... saya memilih barangan terkini... tolong, berilah saya lebih kredit daripada ini," kata penulis blog itu dalam nada menyindir.

Deepak membuat dakwaan itu dalam satu kenyataan akhbar dan diulanginya pada satu wawancara dengan media pada 16 April lalu. Dakwanya, penulis blog itu yang juga popular dengan nama RPK diperkenalkan kepadanya melalui seorang tengah yang bergelar 'datuk' di sebuah restoran di Subang Jaya.

NONE
Ketika itu, Deepak mendakwa beliau membayar Raja Petra bagi mengeluarkan beberapa artikel tertentu dengan bayaran RM50,000 dan sebuah komputer riba Sony. Beliau juga menuduh RPK cuba memeras ugut dan mencari keuntungan menerusi tulisannya.

Ditanya mengenai perkara berkenaan, RPK mengakui beliau berjumpa dengan 'datuk' berbangsa Cina itu di sebuah restoran di Subang Jaya selepas ditahan mengikut ISA tiga tahun lalu dan menambah 'datuk' itu adalah kenalan rapat keluarganya lebih 30 tahun.

Beliau juga mengakui seorang lelaki berbangsa India yang tidak diundangnya tiba-tiba menyertai pertemuan mereka tetapi berkata beliau tidak tahu siapa individu itu dan mengapa beliau juga datang.

"Sepatutnya hanya keluarganya (datuk Cina itu) dengan keluarga saya. Tiba-tiba ada seorang lelaki ini, saya tidak mengenalinya. Beliau duduk bersama dan menyertai kami untuk makan malam. Saya tidak diperkenalkan," dakwa penulis blog itu.


Sumber: malaysiakini

Polis, SKMM buru individu muat naik video seks

Posted: 28 Apr 2011 01:10 AM PDT

Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.

NONE
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.

NONE
Semalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Khalid ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan klip video pertama itu, berkata pihak pendakwaan telah meminta pegawai penyiasat untuk menyiasat dengan lebih terperinci daripada beberapa sudut lagi.

"Pihak pendakwaan melihat lebih terperinci daripada penyiasat. Kami tidak dapat nyatakan bila ia (siasatan) akan siap"," katanya.

Katanya ia adalah proses biasa dalam sesuatu siasatan apabila ada individu yang akan dipanggil memberi keterangan atau dipanggil semula untuk beberapa kali bagi membantu siasatan.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

azlan
Misteri "Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio".

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis.

- Bernama

RCI sekongkol dengan SPRM, dakwa adik Teoh

Posted: 28 Apr 2011 01:05 AM PDT

Prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian pembantu politik yang ditangguhkan secara tiba-tiba mungkin 'plot' bagi memastikan kenyataan saksi adalah 'konsisten'.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata beliau mengesyaki keputusan suruhanjaya itu untuk menangguhkan prosiding kepada minggu depan adalah percubaan adalah menutup kepincangan saksi Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONE
Semalam, penolong penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin mengakui bahawa ada arahan supaya tidak menceritakan peranan ketuanya, Hishamuddin Hashim, dalam siasatan berhubung salah guna dana kerajaan negeri.

Menurut Azeem arahan yang diberikan mereka adalah "supaya semua kenyataan kepada polis dan juga semasa memberi pengakuan (semasa inkues dan juga RCI) mesti selaras."

"Saya lihat tidak ada sesiapa pun dalam SPRM yang bercakap benar, (ini) amat jelas. Jika tidak ada sesiapa melakukan pembunuhan, tidak perlu tutup. Ini amat jelas semasa inkues juga," kata Lee Lan kepada wartawan selepas prosiding ditangguhkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Malah wartawan yang meliputi prosiding RCI sejak ia bermula pada 14 Februari lalu juga tidak dimaklumkan mengenai perubahaan jadualnya sehingga pagi ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen hari ini menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei setelah semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.

Beliau berkata pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil ADUN Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.

NONE
Bercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.

Namun, katanya sekiranya saksi belum selesai memberi keterangan, suruhanjaya akan dilanjutkan seperti yang telah ditetapkan iaitu pada 25 Jun depan.

Seramai 18 saksi yang terdiri daripada 15 pegawai SPRM dan tiga pegawai syarikat telekomunikasi telah dipanggil memberi keterangan bermula Isnin lalu (25 April).

Sementara itu, adik perempuan Teoh iaitu Lee Lan (bawah, kanan), memberitahu pemberita beliau tidak berpuas hati dengan pihak suruhanjaya kerana tidak menyatakan mengapa bapanya, Teoh Leong Hwee perlu hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding suruhanjaya pada 4 Mei ini.

NONE
Beliau hadir bagi yang hadir pada prosiding ini kerana menemani rakan mendiang abangnya, Mandy Ooi

"Kenapa bapa saya perlu memberi keterangan dalam suruhanjaya sedangkan beliau telah ditemu bual oleh pakar psikiatri secara tertutup di sebuah bilik di kompleks mahkamah di Kuala Lumpur, pada 15 April lalu.

"Bapa saya juga terpaksa datang jauh dari Melaka ke Kuala Lumpur dan saksi-saksi seperti kami bukannya 24 jam perlu bersedia untuk datang ke suruhanjaya kerana kami perlu mengambil cuti," katanya kepada pemberita dalam bahasa Mandarin ketika ditemui di luar bilik suruhanjaya.

Mandy, yang merupakan bekas rakan sekerja Teoh di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, sepatutnya memberi keterangan di suruhanjaya hari ini tetapi diminta untuk memberi keterangan pada minggu hadapan.

azlan
Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

- Bernama

DAP: Apakah PM akan batalkan emel 1M'sia?

Posted: 28 Apr 2011 01:00 AM PDT

DAP mendakwa apa yang telah berlaku menunjukkan projek emel 1Malaysia jelas merupakan satu percubaan untuk mendapatkan wang daripada satu proses yang sepatutnya percuma.

NONE
Setiausaha publisitinya, Tony Pua berkata kini sudah jelas
bahawa penyedia perkhidmatan tersebut - Tricubes Bhd - akan mengautkan keuntungan besar daripada skim tersebut.

Ini kerana syarikat itu akan mengenakan bayaran RM0.50 ke atas agensi-agensi kerajaan bagi setiap transaksi emel - bercanggah dengan kenyatan awal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak perlu membayar apa-apa untuk projek tersebut.

"Ini akan mengakibatkan berjuta-juta dibelanjakan oleh setiap agensi kerajaan sekiranya mereka menghantar satu emel sahaja kepada jangkaan 15 juta pengguna," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

NONE
Pua (kiri) mendakwa pentadbiran Najib ada kaitan dengan
rancangan tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada pelan transformasi ekonomi dan Malaysia Venture Capital itu (Mavcap) - milik penuh kementerian kewangan - adalah pelabur dalam Tricubes.

Kekeliruan yang melucukan itu, katanya, ditambah pula dengan Mavcap yang serta-merta membuat satu penafian secara tidak langsung yang pelaburan adalah untuk projek emel 1Malaysia, tetapi sebaliknya adalah satu lagi anak syarikat Tricubes - Tam Tam Sdn Bhd - yang terbabit dengan penjualan bergerak produk automasi.

Oleh kerana keseluruhan skim itu telah didedahkan, Pua berkata,
Najib seharusnya tidak lagi senp tentang kontroversi tersebut dan menghentikan segera projek itu bagi mengelak agensi-agensi kerajaan membuat bayaran yang sedemikian tinggi.

NONE
Sebaliknya, kata beliau, Najib hendaklah mengarahkan agensi kerajaan yang berminat menyediakan komunikasi elektronik untuk bil dan kenyataan, meminta orang ramai menyediakan emel mereka sendiri, sama ada Gmail, Yahoo!Mel, Hotmail atau penyedia emel komunikasi seumpama itu.

"Dengan berbuat demikian, agensi-agensi kerajaan boleh berkomunikasi dengan rakyat Malaysia dengan menghantar emel tanpa sebarang kos.

"Jika bank dan syarikat kad kredit boleh melakukannya, maka tiada sebab sama sekali mengapa -agensi kerajaan tidak boleh berbuat demikian," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan: