MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- BULAN BAKAL BERSINAR?
- CheGuBard - dari Liwat ke DNA..kini ada pulak Video Seks
- JANGAN MUDAH PERCAYA...
- Taib pucat lesi, Najib ketar dagu... kahkahkah...
- OMEGA Milik Anwar Ibrahim..???
- Stay focused!!
- Haa tunggu apa lagi suruh zambri bubar dun perak !!! Itu yang rakyat perak tunggu tuu....
Posted: 14 Apr 2011 07:57 AM PDT Kali ini rakyat tempatan sudah banyak berubah. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, abang teksi berbangsa melayu yang menghantar saya ke lokasi yang ditetapkan meluahkan perasaannya sendiri dengan suasana politik di bumi kenyalang. Dia berterus terang kerajaan yang ada kini menghampakan rakyat Sarawak. Baginya, bukan soal lama atau sekejap memerintah tetapi sejauh mana mereka melaksanakan amanah atau menyeleweng daripada amanah yang diberikan rakyat. Saya datang sebagai pelancong pilihanraya, khususnya melaksanakan aktiviti fotografi yang menjadi kegemaran saya yang semakin menjadi-jadi. Heh, apatah lagi kurang seminggu lalu model kamera saya sudah sudah bertukar kepada yang lebih baik. Ada pula seorang hamba Allah yang sudi membayarkan tiket penerbangan ke bandaraya meow ini. Abang teksi tadi turut menjelaskan kawasan-kawasan panas dan menyatakan ramalannya. "Hanya dua : BN tumbang atau setidak-tidaknya mereka kehilangan majoriti dua pertiga". Sebenarnya, bacaan di media maya menurut kajian pelbagai pihak tidak banyak berubah daripada ramalan abang teksi. Ia barangkali sukar dipercayai bagi penonton setia tv1 dan tv3 sahaja. Jika mereka adalah orang yang terbuka dan berlapang dada, nescaya kajian itu ternyata berasas. Pakatan Rakyat boleh dikatakan menguasai bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri dan semakin melebarkan pengaruh ke pinggir bandar dan kampung. Hari ini saya dibawa seseorang ke Sadong Jaya, sejam dari Kuching. Pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Bebas. Ramai kawan-kawan bertanya, maka jawapan saya : Pertembungan sengit antara BN dan PAS. Jika tidak begitu masakan Presiden UMNO DS Najib datang ke DUN ini selasa lalu. Kami dikhabarkan, sementara BN hampir mengalah di bandar-bandar, mereka menumpukan perhatian di kawasan melayu seperti Sadong Jaya. Bahkan BN mengkategorikan Sadong Jaya sebagai kawasan kelabu. Mengejutkan saya, kerja-kerja kempen PAS banyak dibantu oleh orang tempatan, tidak kira mereka anak-anak muda atau dewasa berumur 40 tahun keatas. Anak-anak muda tidak segan silu mengangkat bendera bulan hijau putih, atau mengenakan baju t-shirt bercetak pelbagai ayat seperti undilah PAS, kamek mau ubah, dan sebagainya. Petugas juga terkejut dengan layanan mesra penduduk tempatan walaupun mereka adalah ahli parti BN-PBB, menerima kedatangan tetamu dan mendengar penjelasan perayu undi. Namun kata perayu-perayu undi, apa pun situasinya kerja-kerja kempen akan terus berjalan hingga ke saat-saat akhir apatah lagi BN dijangka akan menggunakan senjata terakhir mereka bagi memikat para pengundi. Saya pula akan terus merakam foto-foto menarik untuk dikongsi bersama. Sumber: http://abunuha.wordpress.com/ |
CheGuBard - dari Liwat ke DNA..kini ada pulak Video Seks Posted: 14 Apr 2011 03:08 AM PDT |
Posted: 13 Apr 2011 11:06 PM PDT Satu lagi strategi BN mengalihkan tumpuan rakyatk dari isu Sarawak. Beban biawak mampus yang terlekat di badan Taib Mahmud telah membawa tsunami menghambat BN dari bumi Sarawak. Kini Bn menggunakan RPK sebagai strategi baru... Apa peliknya dengan RPK....? beliau dikatakan mempunyai bermacam cerita...bagi saya...beliau tetap seorang fasiq yang tak boleh dipercayai sekalipun menguntungkan Pakatan Rakyat di suatu ketika.... Tiba tiba RPK membersihkan nama Rosmah dari Al Tantuya... dari awal cerita RPK ni tak konsisten apatah lagi dengan latarbelakang peribadi beliau...sangat tidak meyakinkan.... Kalau wakil rakyat PKR ramai yang boleh dibeli termasuk dikalangan orang yang berketerampilan sebagai pimpinan...apa diharap dari RPK....?? Beliau mencari kemewahan...bila kemewahan tiada.... tidak ada perkara yang menghalang beliau menjadi seperti Gabala yang pernah menjadi wira dihumban ke Longkang dalam penamaan calon dulu oleh polis.... Jelas hanya orang yang berakidah dalam perjuangan yang kita boleh harapkan menjadi calon atau pimpinan...siapapun mereka...semangat dan kebencian terhadap Bn semata pastinya gagal mempertahankan gelombang Rosmah Mansor (RM) terutama di saat terdesak.... Di harap pimpinan Pakatan Rakyat terutama PKR benar benar telah bersedia menampilkan calon berwibawa dalam PRU akan datang....jangan lagi calon tangkap muat..... cukuplah kebencian rakyat di atas pengkhianatan yang dilakukan sebahagian mereka yang lalu.... Jika tiada calon berwibawa.... jangan lokek dan tamak untuk merebut bilangan kerusi.... bertolak ansur sahaja dengan rakan Pakatan yang lain... Apa guna calon tangkap muat yang menang dan akhirnya meruntuhkan kerajaan rakyat??? Individu yang dipergunakan oleh BN untuk menyerang PR sekarang ternyata mereka yang tidak menjiwai perjuangan rakyat.... Pemimpin PR sewajarnya berhati hati menerima sumber maklumat ... bimbang mereka ini sengaja di atur dan diupah oleh BN untuk digunakan apabila musim pilihanraya.... siapapun sumber berita....sejauhmanapun menguntungkan perjuangan PR.... siasatlah terlebih dahulu... tidakkah al Quran mengajar kita... " jika datang orang fasiq membawa berita...selidikilah terlebih dahulu...." alhujurat.... Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/ |
Taib pucat lesi, Najib ketar dagu... kahkahkah... Posted: 13 Apr 2011 09:11 PM PDT Buaya pun tak sangka ada buaya dalam air yang tenang... kahkahkah... Tenang tenang pun tapi bergelora dibawahnya siapa yang tahu. Setenang tenang PRU ke 12 dulu nih, ramai tak sangka BN akan tersungkur 4 buah negeri, pertahankan Kelantan dan hilang majoriti dua pertiganya dalam Parlimen Malaysia. Macam tu la juga dengan apa yang kita tengok dan bakal berlaku di Sarawak bagi PRN ke-10 kali ni. Kempen dah selesai lima hari, tak nampak sebarang gelombang besar walaupun terasa adanya gempa bumi. Tapi dari tinjauan suara rakyat di bawah terdapat satu arus senyap yang bakal memberi keputusan yang mengejutkan. Ini yang dikatakan arus bawah yang kuat takkan menampakkan rupanya dipermukaan air yang tenang malah ada dikalangan petugas parti yang yakin, beberapa kerusi milik PBB bakal terlepas kepada Pakatan Rakyat. Sarawak ni cukup unik, mereka boleh memakai lambang BN dan PBB, tetapi dalam masa yang sama mereka boleh memakai dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Politik rakyat Sarawak tak mudah diduga, dan silent protes mungkin berlaku dengan Sarawak bakal mengikut jejak Kelantan pada tahun 1990. Tsunami 2008 juga datang tanpa disangka banyak pihak, dan apakah tsunami itu bakal berlaku di Sarawak kali ini? Rakyat Sarawak boleh melakukan perubahan... Sumber: http://shalehudin.blogspot.com/ |
OMEGA Milik Anwar Ibrahim..??? Posted: 13 Apr 2011 08:46 PM PDT Perghhhh.... ok gang... gua baru dengar sok..sek..sok...sek... dari puak2 berpangkat umPORno sebentar tadi.... jeng..jeng..jeng.... (ini baru sok sek sok sek yang gua dengar yeaaaa... betul tak betul gua pun tak pasti lagi... gua publishkan sebagai AMARAN atau Persediaan kepada PR untuk counter attack... selain daripada itu... lu pikir lah sendiri...) Pada petang ini atau esok (15hb April), sehari lagi untuk hari mengundi di Sarawak, satu kenyataan yang mengemparkan negara bakal berlaku... Iaitu keputusan tuan punya jam tangan OMEGA akan di umumkan... samada benar atau tidak ianya milik pemimpin pembangkang seperti yang di dakwa..., itu belakang punya cerita... Yang penting... akhbar dan media pencacai akan memainkan isu ini dengan membayangkan ianya kepunyaan pemimpin pembangkang tersebut secara berterusan... sehingga hari mengundi. Usaha melunyaikan imej Anwar Ibrahim dan secara otomatiknya mencemar imej Pakatan Rakyat di mata pengundi tetap akan di lakukan... inilah politik goblok cara Yahudi Malaisia.... Cukup setakat ini sahaja.... sok sek seok sek yang gua dapat cilok dari puak2 haramjadah tuuuu... kalau ada yang terbaru akan gua update lagi.... hehehehe.... p/s: barisan nasional/umPORno memang betul2 tertekan sekarang ni beb.... keputusan PRN Sarawak menjadi pengukur hayat diorang di Semenanjung.... Sumber: http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/ |
Posted: 13 Apr 2011 08:41 PM PDT Mereka sedang ketakutan gilerr!! Kalau memula dulu, mereka begitu angkuh mengatakan yang mereka dengan mudah boleh mempertahankan Sarawak dan akan mengekalkan majoriti 2/3, tetapi kini... mereka mula cuak. Ini adalah kerana situasi semasa tidak seiring dengan dakwaan mereka. Keadaan sudah berubah. Semangat rakyat Sarawak untuk berubah semakin berkobar-kobar. Mereka mahu me-NYAH-kan Taib Mahmud dari takhta kerajaan Sarawak. Taib Mahmud ialah BN dan BN ialah Taib Mahmud. Jadi.... kedua-duanya mesti di-NYAH-kan. Mereka menjadi bapak penyamun yang merompak hasil bumi, milik rakyat Sarawak. NYAH-kan mereka!! Sebab itu, apabila kedudukan mereka mula goyah, mereka lancarkan satu lagi serangan dengan meledakkan sebutir bom. Tujuannya untuk mengganggu konsentrasi serta tumpuan Pakatan Rakyat kepada kempen PRU Sarawak yang semakin rancak tetapi tidak menyebelahi mereka. Bom yang dimaksudkan ialah gimik terlatest Raja Petra Kamarudin. Mereka mahu Pakatan Rakyat hilang fokus dan at the same time, mahu meng-psycho dan mengelirukan minda rakyat Sarawak. Gimik ini diharapkan akan dapat mengubah persepsi rakyat Sarawak terhadap Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Well.... harap-harap rakyat Sarawak dan para pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan terkesan dengan helah baru mereka. Pedulikan RPK. Anggap jer dia satu distraction yang tak perlu diberi perhatian buat masa ini. Ingat... kita ada misi yang lebih penting. Aha... menjatuhkan Barisan Nasional dan merampas Sarawak adalah GOAL kita. Oleh itu, stay focused!! Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/ |
Haa tunggu apa lagi suruh zambri bubar dun perak !!! Itu yang rakyat perak tunggu tuu.... Posted: 13 Apr 2011 09:22 AM PDT BN: Kita boleh menang jika DUN Perak dibubar hari ini Barisan Nasional percaya ia mampu mengekalkan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan menang 34 kerusi jika DUN dibubarkan hari ini. ADUN Lenggong, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), ketika membentangkan usul terima kasih titah diraja, berkata BN telah "menjalankan analisisnya sendiri" dan jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, prestasi BN Perak akan lebih baik daripada 2008. Dalam pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang 27 daripada 34 kerusi yang ditandinginya, manakala MCA menang ia satu kerusi, menyebabkan ia gagal mendapat majoriti mudah di DUN Perak. Parti pembangkang DAP pula menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR menang tujuh kerusi dan PAS menang enam kerusi. Berikutan itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) menjadi menteri besar Perak. Bagaimanapun, tiga ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti mereka menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, dan sekaligus mencetuskan krisis perlembagaan di negeri tersebut. Kerajaan negeri Pakatan kemudiannya digulingkan dan diambilalih oleh BN yang melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar. Mengulas rungutan pembangkang terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri itu, Tajol Rosli mengkritik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya pernah merancang satu rampasan kuasa pada 16 September 2008. Memetik satu pepatah Melayu, bekas menteri besar Perak itu berkata "jangan jadi ketam yang mahu ajar orang orang lain berjalan lurus", katanya kepada ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, yang mencelah semasa ucapannya. Tajol Rosli juga mengingatkan pembangkang supaya berhenti membangkitkan isu berhubung peralihan kuasa di Perak dan menuduh mereka merampas negeri itu. Ngeh , bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau menentang rancangan 16 September, dengan berkata: "Saya menentangnya kerana saya percaya pada demokrasi dan pilihan rakyat." Sumber: http://www.malaysiakini.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan