Khamis, 14 April 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Adakah kepimpinan ulama masih relevan?

Posted: 13 Apr 2011 05:49 PM PDT


Di era arus pembangunan, modenisasi, tranformasi, buku jingga, internet tanpa had dan batasan, adakah tema kepimpinan ulama yang dilaung-laungkan selama ini masih lagi relevan? Satu lontaran persoalan yang menyentak fikiran kita semua. Bukankah ulama itu pewaris Nabi?


Mari kita ikuti ulasan isu panas dan penuh kontroversi ini pada pautan berikut http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/2011/04/ahmedinejad-contoh-presiden-yang.html

Tak lakulah kereta terpakai, tambah lagi beban rakyat

Posted: 13 Apr 2011 05:48 PM PDT


Berita Gembira, Berita Baik untuk Rakyat Didahulukan. Kenderaan Terpakai Perlu Diperiksa PUSPAKOM Sebelum Dijual Mulai Jun 2011. Berita Baik untuk pakcik-pakcik di Felda-Felda dan kampung pedalaman, lepas ni kalau ada kereta atau motosikal lama tak perlu jual, pakai saja sampai jahanam, takkan nak pergi Puspakom beratus kilometer untuk diperiksan.


Itu belum lagi insuran kenderaan pula semakin tinggi dan tinggi dan tinggi, khabarnya juga tak lama lagi seperti dilaporkan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/03/insuran-kenderaan-tinggi-sokong-lagi.html


TERIMA KASIH BN, UMNO DAN BN. WA CAYA LU !


SPRM TAK NAK SIASAT PUSPAKOM PULA KE?


KENDERAAN TERPAKAI PERLU DIPERIKSA PUSPAKOM SEBELUM DIJUAL MULAI JUN


Bernama 14 April 2011 PUTRAJAYA - Bermula Jun ini, semua kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai termasuk MOTOR, wajib menjalani pemeriksaan menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi memastikan status atau keadaan semasa sesebuah kenderaan tersebut sebelum dijual. "(Di bawah pindaan ini), setiap kenderaan terpakai akan melalui beberapa fasa pemeriksaan di pusat pemeriksaan kenderaan di Puspakom sebelum diperakui dan diluluskan selamat untuk digunakan atas jalan raya," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian itu dengan Puspakom bagi pelaksanaan pemeriksaan tersebut di sini.


Teks ucapan dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Zain Mohd Dom. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=578850

Jenayah berleluasa di Putrajaya, UiTM sasaran ragut

Posted: 13 Apr 2011 05:47 PM PDT


Entahlah nak percaya mana satu, indeks jenayah makin turun atau laporan di bawah ini yang mengatakan Jenayah di Putrajaya menjadi-jadi dan Pelajar-pelajar UiTM sasaran ragut. Bukan itu sahaja, malahan kes polis tertembak pun semakin menjadi-jadi sekarang ini. Pelik bukan?


Analisis isu kes-kes polis mati tertembak yang dilaporkan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-mati-kesan-tembakan-di-kuarters.html


JENAYAH DI PUTRAJAYA MENJADI-JADI . Berita Harian 14 April 2011


SAYA ingin meluahkan kekecewaan penduduk di Putrajaya kerana sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kegiatan jenayah seperti kecurian kereta, pecah rumah, kecurian harta benda awam dan sebagainya. Apabila penduduk hendak membuat pagar, mereka diancam dengan saman oleh Perbadanan Putrajaya, iaitu pihak berkuasa tempatan di sini. Tetapi apabila rumah dipecah dan dimasuki pencuri dan penjenayah, adakah mereka mahu bertanggungjawab? Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran pula tidak dapat merakam gambar jelas apabila di 'zoom' ke jarak dekat.


Yang peliknya juga, ada kamera CCTV hanya dihadapkan ke satu arah saja sama ada ke utara atau selatan. Adakah ini tadbir urus bandar yang cekap dan berkesan? Pihak polis juga meminta mana-mana penduduk yang belum memasang besi jeriji di rumah supaya melakukannya segera, manakala yang menggunakan jeriji besi biasa diminta menukarkannya ke jeriji lebih padu sementara rumah perlu sentiasa dimangga. Kadang-kadang berlaku antara dua hingga empat kecurian kereta dalam sehari di Putrajaya. Saya juga pernah kehilangan kereta di kawasan Putrajaya Central, berhampiran Balai Polis Putrajaya di Presint 7. Apabila disiasat, pihak polis dimaklumkan bahawa kamera CCTV yang terdapat di kawasan sekitarnya hanya menghadap ke arah Balai bomba Putrajaya.


Kamera jenis apa yang dipasang oleh Perbadanan Putrajaya ini? Sekiranya perkara ini berterusan dan tidak ditangani dengan berkesan, dikhuatiri Putrajaya hanya layak berstatus kampung dan hanya indah khabar dari rupa. Persoalannya di manakah perginya tadbir urus Perbadanan Putrajaya yang cekap dan berkesan yang hanya menguruskan bandar Putrajaya semata-mata? Tindakan awal yang harus dibuat oleh perbadanan ialah membuat lebih kerap rondaan di kawasan letak kereta dan motosikal, memasang kamera CCTV yang baik dan jelas dan boleh berfungsi 360 darjah dan 24 jam, mengawal semua pintu keluar/masuk ke Putrajaya serta bekerjasama dengan polis agar kawalan keselamatan terutama di kawasan panas dititikberatkan.


Jika ini tidak dilaksanakan, jangan menghalang atau menyalahkan penduduk apabila mereka memasang pagar tinggi dan mengadakan pondok kawalan keselamatan sendiri untuk mengawal kawasan rumah mereka.




PELAJAR UITM SASARAN RAGUT . Berita Harian 14 April 2011


JENAYAH ragut kini semakin berleluasa dan membimbangkan orang ramai terutamanya wanita. Walaupun pelbagai kempen dilakukan, namun masalah ini tetap berlaku. Jenayah ragut agak ketara di sekitar kawasan Seksyen 7 Shah Alam yang mana ramai pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) tinggal.


Kawasan sebegini sememangnya menjadi sasaran utama peragut melakukan jenayah. Sudah banyak kes pelajar UiTM diragut disiarkan dalam akhbar. Ada mangsa cedera parah disebabkan tindakan ganas peragut yang menggunakan senjata ketika melakukan jenayah mereka.


Kekerapan jenayah ragut yang berlaku di kawasan seksyen 7 Shah Alam membuatkan pelajar kini amat bimbang dengan keselamatan mereka. Pihak polis perlu mengambil serius perkara ini dan melakukan rondaan lebih kerap di kawasan yang dianggap lokasi 'panas' ini.


NUR FARAH ASHYKIN, Universiti Teknlogi Mara (UiTM), Shah Alam. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarUiTMsasaranragut/Article

Tiada ulasan: