Isnin, 18 April 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Video: Peguam Negara Dijangka Akan Tetap Mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim Walau Siasatan Polis Tunjukkan Sebaliknya

Posted: 18 Apr 2011 02:03 AM PDT

Saya merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.

Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
18 April 2011

====

Video: The Attorney General will move to press charge against Dato' Seri Anwar Ibrahim even though police investigation clearly indicates that there is no basis to do so.

I refer to Bernama report which quoted the statement of Deputy Director of Criminal Investigation Department, Datul Acryl Sani Abdullah Sani which states that police investigation is already complete pursuant to section 292 of the Penal Code under the offence of distributing obscene materials. Acryl was also reported to have said that the investigation papers will be submitted to the Attorney General.

This statement clearly shows that there is no basis under the law to implicate Dato' Seri Anwar Ibrahim as it is crystal clear that the Dato' Anwar Ibrahim is not in any way involved in the distribution of obscene materials. This is consistent with Dato' Seri Anwar Ibrahim's statements on this particular matter.

However, we believe that the Attorney General, under the instructions of Barisan Nasional regime will find ways to implicate Dato' Seri Anwar Ibrahim by maliciously dragging him to Court. This conspiracy is crafted to destroy Dato' Seri Anwar Ibrahim's political career.

This is not impossible as the same scenario had happened previously to Dato' Seri Anwar Ibrahim whenhe was dragged to Court under two sodomy charges which were legally baseless.

Parti Keadilan Rakyat condemns Barisan Nasional for resorting to lewd politics which defies religious norms and principles of humanity in order to retain its political power.

Saifuddin Nasution Ismail
Secretary General, Parti Keadilan Rakyat

18 April 2011

Berkumandang Slogan “Tangkap Taib Mahmud”

Posted: 17 Apr 2011 08:01 PM PDT

Dari Merdeka Review

Tahun 1998 Sarawak tidak terusik oleh ombak reformasi, malah Pilihanraya Umum 2008 pun Sarawak juga tidak terusik. Warga Sarawak kini telah melihat dan sedar bahawa kalau Semenajung boleh berubah, maka mereka juga boleh berubah. Semangat dan roh reformasi kini telah sampai ke Sarawak. Warga Sarawak kini melihat gaya dan cara politik Semenanjung. Ini didikan politik untuk Sarawak.

Semangat dan nasionalisme Dayak telah muncul. Ini akan menumpaskan hegemoni Melanau.

Untuk pertama kalinya rakyat Sarawak mendengar slogan: TANGKAP TAIB MAHMUD!

–Hishamuddin Rais, penulis bebas

=====

Pemenang: Taib Mahmud dan DAP

Pemenang yang terbesar semestinya Taib Mahmud. Beliau telah mencapai prestasi yang disasarkan BN, iaitu mempertahankan majoriti dua pertiga. Pencapaian ini meredakan tekanan dari kerajaan persekutuan yang mendesak agar beliau berundur.

Pemenang kedua besar ialah DAP yang menyapu kesemua kerusi Cina. Jelas, mereka mewakili suara masyarakat Cina Sarawak sekarang.

Pihak yang kalah adalah SUPP, bukan sahaja Presidennya kecundang, malah calon yang dikatakan sebagai “generasi baru” juga kalah kesemuanya. Ini bukan sahaja mencerminkan kemarahan Cina Sarawak, juga memperlihatkan kebuntuan SUPP. Mereka gagal lagi mendakwa diri mereka mewakili kaum Cina. SUPP tidak berbeza dengan parti Gerakan sekarang.

Persoalan pokok, mengapa BN menang di kawasan desa? Jawapan yang mudah, tradisional dan politik wang. Penduduk kampung bergantung kepada pemerintah untuk kemudahan asas, maka secara tradisional mereka menyokong parti pemerintah. Mereka bimbang mereka dihukum kerajaan kerana menyokong pembangkang – lebih perit kehidupun mereka dari sekarang. Maka mereka enggan mengambil risiko dengan memberi peluang kepada pembangkang.

Politik wang – apa lagi yang boleh dikatakan? Saya dimaklumkan bahawa undi dibeli pada wang ribuan ringgit, di tempat yang “hangat”. Maka pemerintah menyelesaikan masalah mereka dengan wang – tidak kira betapa kuatnya pengaruh pembangkang di situ. Untuk mereka yang kemiskinan, wang ini sudah cukup untuk perbelanjaan beberapa bulan.

Saya tidak menyalahkan pengundi yang menerima wang, saya cuma menyalahkan pemerintah yang terus memiskinkan penduduk, agar politik wang terus mendapat pasarannya.

Bagaimana dengan masa depan Sarawak? Sarawak mempunyai masa depan yang cerah. Pembelian undi hanya “mujarab” dalam satu dua pilihanraya ini, tetapi bukan selama-lamanya. Pengundi muda tidak akan menerima wang secara membuta-tuli – mereka menerima wang, tetapi wang itu gagal mempengaruhi undi mereka.

Kini, semakin ramai pemuda pemudi yang bekerja di luar negeri, kerana peluang perniagaan di Sarawak dikuasai Taib Mahmud dan kroninya. Bagaimanapun, Taib Mahmud sudah berusia 75 tahun. Paling banyak beliau bertahan untuk satu penggal lagi. Ketua Menteri seterusnya gagal lagi mencontohi Taib Mahmud untuk bermaharajalela. Beliau gagal menikmati kuasa mutlak. Dan ini satu-satunya harapan Sarawak.

–James Chin, Profesor Univerisiti Monash

Sarawak Bukan Lagi ‘Simpanan Tetap’ BN

Posted: 17 Apr 2011 07:56 PM PDT

Dari Malaysiakini

Pakatan Rakyat berjaya menembusi di Sarawak, dengan menggandakan bilangan wakil rakyatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk, manakala presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya.

Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR – seorang muka baru – menewaskan timbalan menteri dari SPDP.

Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru.

PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba’Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian – walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi – tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak.

Dan apa yang sudah jelas ialah kemenangan besar DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya.

Tiada ulasan: