Rabu, 20 April 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jika Presiden Umno boleh dikritik, kenapa tak Presiden PAS

Posted: 20 Apr 2011 01:25 AM PDT



Prof Abdul Aziz Bari menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya tidak "mengamuk dan naik minyak" ekoran pandangannya bahawa Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Soal Aziz, jika Presiden Umno boleh dikritik, mengapa tidak Presiden PAS.

"Lagipun PAS sudah mendakwa yang ia bersedia mengganti Umno. PAS juga mendakwa ia parti untuk semua, termasuk orang bukan Islam.

"Dengan itu PAS perlu inklusif, bukan eksklusif. Mengamuk dan naik minyak bila dikritik bukan ciri parti politik," katanya.

Aziz juga berkata, beliau tidak mengkritik Hadi atas dasar peribadi, sebaliknya mengkritik prestasnya kerana ingin melihat PAS parti penting.

Justeru tegas penganalisis politik ini, Dewan Pemuda PAS khususnya kepimpinan Wilayah Persekutuan seharusnya memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah (Persektuuan) tak perlu melenting. Mereka kena faham konsep dan implikasi kepemimpinan dalam politik moden berperlembagaan hari ini," kata ahli akademik ini.

Semalam, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, ramai yang akur bahawa ruang yang ditinggalkan oleh Fadhil tidak dapat diisi oleh Hadi.

"Fadhil hebat kerana beliau meninggalkan landasan yang hari ini menjadi asas Pakatan Rakyat" kata beliau.

Oleh itu kata beliau, mereka yang mahu perubahan dalam negara perlu menyokong perubahan dalam PAS.

Katanya, perubahan dalam negara sukar untuk berlaku tanpa sistem dua parti yang mantap. PAS di bawah Hadi tidak peduli konsep ini.

"Meskipun Hadi dan kumpulannya menjerit-jerit untuk menggantikan Umno mereka tidak bekerja untuk membina sebuah sistem yang perlu ke arah itu. Sebab itu Umno senang dengan mereka," katanya lagi.

Aziz berkata, sesiapa yang berjawatan dalam politik perlu akur bahawa prestasi mereka sentiasa dinilai dan dikritik.

Aziz menambah, "komen saya mungkin keterlaluan bagi mereka" tetapi bagi mereka yang prihatin tentang perlunya perubahan, komen itu boleh dipertimbangkan.

"Komen saya berdasarkan pemerhatian dan suara yang dizahirkan oleh pemimpin dan ahli parti. Saya tak perlu dedahkan siapa mereka. Itu kerja parti, termasuk Dewan Pemuda Wilayah, untuk menyiasatnya," katanya lagi.

"Ia bukan sahaja parti utama Pakatan Rakyat tetapi ia parti yang senior dan mempunyai banyak ahli, khabarnya sejuta. Ertinya PAS parti terbesar dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Sebab itu katanya, Umno sentiasa gelisah dengan PAS dan cuba mencari jalan untuk menggoncang kesetiaannya dalam Pakatan Rakyat.

"Cuba bandingkan perancangan DAP di Sarawak. Mereka bekerja sejak tahun yang lalu. Saya rasa PAS tidak berbuat begitu.

"Mereka sepatut menang di Beting Maro. Dalam soal ini, siapa yang patut menanggungnya?" katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aziz-bari-pemuda-pas-jangan-naik-minyak-kerana-kritik-hadi/

Hj Hadi alu alukan sesiapa saja untuk tanding Presiden

Posted: 19 Apr 2011 07:37 PM PDT

GAMBAR HIASAN


Harakahdaily, 19 April 2011 : "Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.

Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.

Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri.

Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya.

Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.

http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2872:pemilihan-jangan-terikut-paluan-gendang-lawan-&catid=34:primary&Itemid=56

Loji Lynas Kuantan akan lahirkan ramai bayi cacat?

Posted: 19 Apr 2011 06:29 PM PDT



Usaha kumpul 1,000 ibu bantah loji Lynas
19 Apr 2011 - Satu kumpulan Facebook merancang untuk menjemput 1,000 ibu berhimpun di pantai Teluk Cempedak di Kuantan semasa sambutan Hari Ibu, untuk membantah projek nadir bumi Lynas di zon industri Gebeng.

Acara itu dianjurkan oleh kumpulan Facebook 1M Rakyat Malaysia Tolak Projek Menara 100 tingkat, dari jam 6 petang hingga 9 malam 8 Mei.

Dalam satu kenyataan, kumpulan tersebut mendakwa loji nadir bumi akan mengakibatkan para ibu melahirkan bayi cacat.

"Bolehkah anda bayangkan penderitaannya bila cahayamata yang dinanti-nantikan oleh keluarga, dilahirkan terencat akal dan cacat anggota?

"Bolehkah anda bayangkan penderitaan jika seorang ibu terpaksa membuat keputusan sama ada hendak menggugurkan kandungan atau tidak?

"Mari kita perlihatkan keazaman penduduk Kuantan dan rakyat Malaysia membantah loji nadir bumi Lynas," tegas kumpulan itu.

Para peserta diminta menghadiri acara tersebut bersama anggota keluarga masing-masing dan membawa sekuntum bunga teluki (carnation).

Syarikat perlombongan Australia Lynas sedang membina loji Lamp di Gebeng, yang terletak 25km di timur laut Kuantan.

http://malaysiakini.com/news/161919

Keluhan Jurutera Inovasi Melayu yang terpinggir

Posted: 19 Apr 2011 06:29 PM PDT



20 Apr 2011 - Menonton siri Howe and Howe Tech di saluran Discovery kita terdedah tentang kreativiti dua beradik kembar Micheal dan Geoffrey Howe berinovasi. Mereka menghasilkan kenderaan ekstrem termasuk bagi kegunaan tentera.

Idea dan inovasi mereka diterjemahkan kepada penghasilan produk unik yang kemudiannya di tempah untuk kegunaan pelbagai pihak terutama tentera Amerika Syarikat. Siri itu secara tidak langsung turut mengajar kita bahawa sesuatu inovasi hanya akan berjaya jika ada sokongan.

Hoverkraf ciptaan Zulkifli misalnya, yang jauh lebih murah dan cukup mudah diselenggara mungkin sesuai untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini sedang meninjau-ninjau untuk membeli kemudahan seperti itu.

Hoverkraf itu amat mudah dan praktikal. Ia menggunakan bahan-bahan yang senang diperolehi termasuk enjin kereta biasa berkuasa 1,600 kuasa kuda. Ia juga berfungsi dengan baik setelah diuji. Malah setanding dengan yang dicipta syarikat-syarikat besar dari luar negara.

Sekiranya Zulkifli berada pada kedudukan adik beradik Howe itu, sudah tentu dia telah ditawarkan kontrak bernilai jutaan ringgit. Tetapi, situasi itu jarang berlaku di negara ini. Reka cipta tempatan belum mendapat pengiktirafan setinggi dan sebesar itu.
Hingga kini selepas lebih 30 tahun berinovasi, Zulkifli telah menghasilkan hampir 1,000 produk. Kebanyakan dicipta dan dibina untuk kepuasan peribadi dan bagi memenuhi keperluan orang tertentu.

Daripada hampir 1,000 ciptaannya itu, tidak ada satupun yang dikeluarkan secara komersial. Juga, tidak ada satupun yang ditawarkan kontrak untuk dibekalkan secara besar-besaran.

Yang menjadi persoalan sekarang kenapa tidak ada pihak yang tampil untuk memberi nilai kepada pelbagai produk inovasi tempatan ini? Kenapa agensi-agensi kerajaan terutamanya agak keberatan untuk menyokong idea-idea yang diketengahkan itu supaya ia bukan sahaja membudayakan inovasi di negara ini, tetapi pada masa sama mampu membantu negara menghasilkan produk yang inovatif.

Sedangkan di Barat, Jepun dan Korea inovasi amat dihargai. Mereka yang bergelar pereka cipta atau inovator pasti menjadi billionaire. Syarikat-syarikat multinasional ternanti-nanti ciptaan golongan itu. Sama ada untuk kegunaan khusus atau bagi tujuan komersial.

Kerajaan pula akan mengutamakan ciptaan-ciptaan tempatan terlebih dahulu untuk digunakan oleh agensi-agensinya. TETAPI, DI MALAYSIA INOVASI DAN IDEA KREATIF CIPTAAN TEMPATAN SUKAR MENDAPAT PENGHARGAAN.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Uzurnya jeti nelayan di Johor ni, ish ish ish

Posted: 19 Apr 2011 06:28 PM PDT



20 Apr 2011 - Nelayan sekitar Kampung Penerok di sini, melahirkan rasa kecewa berikutan ketiadaan jeti yang sempurna untuk memudahkan mereka menguruskan aktiviti keluar masuk menangkap ikan setiap hari. Keadaan jeti sedia ada yang usang dengan pondok tempat mereka meletakkan kelengkapan menangkap ikan yang ada di situ semakin uzur apabila hanya menunggu masa untuk rebah.

"Hasil pendapatan di sini tidak begitu baik, membuatkan nelayan di sini tidak mampu berusaha untuk membina jeti, jambatan atau pondok yang bagi bagi menggantikan kemudahan yang semakin usang itu.

"Pendapatan nelayan di sini hanya sekitar RM300 hingga RM500 sebulan, itulah rezeki mereka untuk menyara keluarga dan persekolahan anak-anak," katanya.

Jabar berkata, berikutan kemiskinan yang menghimpit mereka, kebanyakan nelayan kampung itu hanya mampu keluar menangkap ikan dengan menggunakan jaring, rawai dan pukat kecil saja.

"Selain kemudahan jeti dan pondok di sini, jambatan yang merentangi tali air sebagai laluan untuk nelayan menuju ke perahu juga terlalu usang perlu diganti segera.

"Jambatan ini adalah penghubung kampung yang terdekat seperti Sungai Buntu dan Penerok Laut. Saya bimbang kalau kenderaan seperti kereta dan motosikal lalu di sini, menyebabkan jambatan di sini runtuh, berikutan tiangnya juga sudah reput sedangkan ia adalah laluan utama penduduk termasuk mengeluarkan hasil kebun," katanya.

Lagi kisah kelemahan pentadbiran BN di Johor di bawah ini :

Kelemahan pentadbiran Johor yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html

Pelbagai kedaifan rakyat Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/06/johor-daif.html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Jetinelayanuzur/Article

Pekan Rabu, projek BN yang gagal di Johor

Posted: 19 Apr 2011 06:27 PM PDT



20 April 2011 - Para peniaga di Kompleks Pekan Rabu, Johor Bahru, menggesa pihak pengurusan mengambil langkah drastik bagi menghidupkan semula premis tersebut bagi menyelamatkan perniagaan mereka. Wakil peniaga Pekan Rabu, Muhamed Ali, 59, berkata, pengurusan kompleks berkenaan perlu memainkan peranan dalam membantu para peniaga daripada terus mengalami kerugian akibat kekurangan pengunjung.

Beliau berkata, akibat daripada kekurangan pelanggan, para peniaga di sini terpaksa menanggung kerugian yang banyak setiap hari kerana produk jualan tidak dapat dipasarkan.

"Kami sudah menjalankan perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai cara untuk menarik orang ramai datang ke sini, tetapi masih belum mendapat sebarang kata putus mengenainya dan ia masih berterusan sehingga hari ini.

"Mereka perlu melakukan sesuatu bagi membantu peniaga dan jika masalah ini dibiarkan berlarutan maka kami terpaksa menanggung kerugian setiap hari kerana tiada pelanggan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pekan Rabu di sini, hari ini.

Pekan Rabu yang mula dibuka kepada orang ramai pada 2003 itu memiliki 108 premis perniagaan, tetapi hanya 30 premis sahaja yang beroperasi dan selebihnya tidak digunakan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm

Tiada ulasan: