Isnin, 14 Mac 2011

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


AL-KITAB 2

Posted: 14 Mar 2011 05:27 AM PDT







("Allah, Anak Allah dan Ruh Allah yang diceritakan didalam bible versi bahasa Indonesia yang dipanggil "Al-Kitab")

Salam 2 all.

Teman melihat kekeliruan dan kecelaruan berkenaan isu bible versi bahasa Indonesia makin kalut dikalangan orang Melayu sendiri. Diwaktu Kerajaan Persekutuan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik, kepimpinan Pakatan pembangkang membuat kenyataan mendesak supaya Kerajaan membenarkan masuk 35,000 naskah bible versi bahasa Indonesia yang ditahan di Pelabuhan Klang & Pelabuhan Kucing. Teman fikir inilah masa terbaik untuk kepimpinan Melayu-Islam saperti PAS-UMNO bersatu suara menghadapi isu ini. Biarkan kafir MCA, Gerakan, DAP dan lain-lain dengan pendirian kufur mereka itu. Tetapi malang, kerana politik agama menjadi bahan sepak terajang. Na'uzubillah!

Teman tidak hairan kalau MCA, Gerakan atau DAP membuat tuntutan tersebut, tetapi bila mengenangkan pemimpin Melayu didalam Pakatan pembangkang turut beriya menuntut bible itu dibenarkan masuk, sebagai seorang Muslim teman agak kecewa. Ini ditambah dengan hakikat bahawa pendirian mereka diambil semata-mata kerana kepentingan politik tanpa mengambil kira kesan yang akan berlaku kepada Islam dan umat Islam pada masa kini dan akan datang. Apakah benar sabda Rasulullah saw bahawa diakhir zaman nanti akan muncul agamawan yang tersangatlah jahat dan punca fitnah kepada ummah. Apakah kita sedang melaluinya? Dan apakah kita akan menjadi saperti Yahudi & Kristian, yang telah diberitahu oleh ALLAH & Rasul-Rasul akan perkara yang akan berlaku termasuk kedatangan Rasulullah saw, tetapi bila ianya datang mereka menjadi penentang paling kuat!

Sebenarnya isu bible versi bahasa Indonesia ini telah diputarbelitkan sehingga meresahkan umat Islam dan juga golongan Kristian. Sedangkan isunya mudah sahaja. Bagi orang segelintir penganut Kristian di Sabah/ Sarawak, mereka tidak berbahasa Inggeris. Samada mereka bercakap Melayu, Kadazan, Murut, Melanau, Dusun, Iban, Dayak dan lain-lain. Dan bila dikira yang benar-benar menggunakan bahasa Melayu, jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin pihak berkuasa perlu membuat bancian jumlah sebenar penganut Kristian di Sabah/ Sarawak yang benar-benar menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

Kita tidak menentang pribumi penganut Kristian di Sabah/ Sarawak menggunakan apa juga bahasa yang selesa bagi mereka; samada untuk perbualan harian ataupun tujuan agama. Apatah lagi Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Isu yang menjadi bantahan umat Islam ialah penggunaan istilah-istilah tertentu didalam bible versi bahasa Indonesia itu. Contohnya mengapa perlu diberi nama bible itu "Al-Kitab"? Jangankan orang awam, ustad pun boleh terkeliru. Kenapa tidak dipanggil "Bibel Kristian"? Kedua, perkataan dan istilah saperti ALLAH, Malaikat, wahyu, Rasul, penggunaan nama Nabi-Nabi saperti didalam Islam sedangkan mereka ada nama tersendiri didalam Bible saperti Nabi Yusuf (Josef), Musa (Moses), Daud (David), Yunus (Johannes), Nuh (Noah) Yaakob (Jacob) dan banyak lagi.

Penggunaan istilah-istilah saperti ini adalah bercanggah dengan:

1. Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan;
2. Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan;
3. Enakmen-Enakmen Negeri-Negeri yang digubal berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Bermakna sesiapa juga yang didapati mencetak, menerbit, menyebarkan, memiliki dan lain-lain buku atau kitab yang bukan dimaksudkan untuk orang Islam dan menggunakan istilah-istilah ini dan lain-lain istilah yang dinyatakan didalam Enakmen-Enakmen tersebut adalah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan pendakwaan jenayah di Mahkamah Sivil dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara. Oleh itu, membawa masuk buku yang dipanggil "Al Kitab" versi bahasa Indonesia yang mengandungi perkataan dan istilah tersebut adalah suatu kesalahan jenayah!

Ada juga segelintir Melayu pro-murtad dan liberalis yang berhujah takkan orang kafir langsung tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan saperti ALLAH, Ka'bah, Haji, Qiblat dan lain-lain. Ada yang sampai begitu dangkal membuat kenyataan "adakah orang kafir yang memanggil seorang Muslim saperti Tuan Haji Yeop baru balik dari Mekah ke?", maka ia melakukan kesalahan jenayah. Tu lah, nak kata bodoh dia sekolah, nak kata sekolah cakap macam orang takde akal.

Yang dilarang ialah mereka menggunakan perkataan dan istilah tersebut untuk tujuan selain Islam. Contohnya kalau mereka kata "Tuan Haji Karpal Singh baru sahaja balik dari mengerjakan haji di India". Ataupun mereka sebut "penganut Kristian bersolat dengan menjadikan patung salib sebagai qiblat mereka". Penggunaan istilah dan perkataan saperti ini adalah dilarang dan bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan dan Enakmen-Enakmen Negeri yang telah digubal.

Yang teman hairan, mengapa isu pelarangan kemasukan bible bahasa Indonesia ini diperbesarkan. Pertama, ianya adalah buku terbitan dan keluaran daripada Indonesia menggunakan bahasa Indonesia.

Kedua, bukan sahaja buku saperti bible versi bahasa Indonesia ini yang dilarang masuk. Sedangkan disana terdapat banyak buku, termasuk Al Quran yang dilarang dibawa masuk kedalam negara ini. Banyak naskah Al Quran yang pernah dirampas oleh pihak berkuasa. Ini adalah naskah-naskah Al Quran yang didapati bercanggah dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jama'ah atraupun melanggar peruntukkan undang-undang negara. Kalau buku, berlambak dah buku mengenai Islam juga diharamkan masuk. Malah ada buku mengenai Islam yang diharamkan walaupun dicetak didalam negara saperti Kitab Aurad Muhamaddiyah dan banyak lagi.

Oleh itu, isu kononnya penganut Kristian dianiaya dan dianaktirikan adalah satu dakwaan yang meleset dan pembohongan semata-mata. Sebenarnya isunya ialah bible versi bahasa Indonesia ini melanggar undang-undang negara dan tindakan menghalang pengimpotannya adalah menurut undang-undang.

Satu perkara yang ingin diperkatakan disini ialah teman tidak membantah segelintir penganut Kristian untuk menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan keagamaan mereka. Jumlah mereka bukan ramai pun. Kalau tak percaya cuba tengok kehadiran digereja pada hari Ahad, lebih ramai orang luar (saperti Filipino) yang hadir pun. Itu adalah hak mereka. Malahan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang kita pertikaikan ialah penggunaan beberapa perkataan dan istilah yang sememangnya dilarang oleh Artikel 11 (4) Perlembagaan dan Enakmen-Enakmen Negeri. Selagi mereka mematuhi undang-undang tersebut, pakailah bahasa Melayu untuk apa tujuan sekalipun.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
09 Rabi'ul Akhir 1432
14 Mac 2011

Tiada ulasan: