Jumaat, 11 Mac 2011

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


ENGGAN LAGI!

Posted: 11 Mar 2011 05:39 AM PST

(Rasid membuat aduan dipaksa membuat Surat Akuan palsu membabitkan kes Saiful)

Salam 2 all.

Teman agak terkejut dengan tindakan Karpal, peguam manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan membantah permohonan Pendakwaraya untuk Anwar memberi sampel darahnya untuk dijadikan sampel untuk DNA perbandingan dengan sperma yang dijumpai didalam dubur Saiful Azlan Bukhori. Datuk Yusuf Zainal Abidin, Ketua Pendakwaraya sebelum menutup kes pendakwaan petang tadi telah membuat permohonan kepada Mahkamah "demi kebenaran dan keadilan" supaya memerintahkan Anwar memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA perbandingan. Tetapi manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan telah membantah dan enggan memberinya!!!??? Kompius kompius!!!

Pada teman tidak ada sebab Anwar hendak membantah atau mengelak untuk memberi sampel tersebut. Kalau benar dakwaan Anwar dia tidak pernah "mengunyitkan" Saiful, tidak ada sebab mengapa Anwar perlu takut memberikan darahnya untuk diambil DNAnya. Kebenaran tetap kebenaran yop!

Hakikat yang jelas dan tidak dinafikan pun ialah terdapat kesan sperma didalam dubur Saiful. Ini disahkan oleh pakar kimia dan para doktor pakar yang memeriksa Saiful pada 28.06.2008. Saiful, yang pada masa kejadian adalah pembantu peribadi Anwar, mendakwa "dikunyitkan" oleh Anwar dua hari sebelum itu iaitu pada 26.06.2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Teman berharap Anwar tidak meminta "fatwa" daripada Syeikh Dr. Yusuf Al Qorodowi samada beliau boleh memberi sampel darah untuk ujian DNA tersebut. Almaklumlah, semasa dinasihatkan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis supaya bersumpah muhabalah menafikan perbuatan liwat itu, Anwar menyatakan Syeikh Dr. Yusuf Al Qorodowi kata tak boleh bersumpah, walaupun Saiful telah membuat sumpah tersebut di Masjid Wilayah.

Sebenarnya inilah peluang terbaik Anwar untuk membutkikan "kesucian" beliau. Sepatutnya Anwar tidak perlu tunggu untuk Pendakwaraya membuat permohonan kepada Mahkamah. Anwar sepatutnya secara sukarela menawarkan sampel darah beliau untuk ujian DNA tersebut. Pemberian sampel darah untuk ujian DNA tersebut sudah pasti akan membutikan kebenaran dan yang haq tanpa sebarang keraguan. Jika terbukti DNA yang ditemui kelak tidak sama dengan DNA sperma yang ditemui didalam dubur Saiful, teman cukup yakin seluruh rakyat akan menolak pertuduhan liwat ini dan menghukum Saiful.

Jadi teman mencabar Anwar, atas nama yang haq dan kebenaran, berikanlah sampel darah untuk ujian DNA perbandingan tersebut. Janganlah menjadi bacul dan dayus yang berselindung disebalik teknikaliti undang-undang, jangalah menyorok disebalik Karpal. Jadilah manusia yang berani. Dan yakinlah, dihadapan ALLAH nanti Karpal tidak akan boleh membantu lagi!!

Jika Anwar enggan memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA perbandingan itu, sudah pasti umat Islam dan rakyat umumnya akan tertanya-tanya, apa yang nak disorokkan sangat oleh Anwar. Sudahlah bersumpah menafikan perbuatan liwat pun tak mahu buat, ni nak bagi darah yang boleh membuktikan kebenaran pun tak mahu jugak! Atau apakah benar sapeti yang disebut orang, bahawa Anwar ada "rahsia besar" yang mahu disembunyikan dengan keengganan memberikan DNA.

Kepada Anwar, ingatlah dihadapan ALLAH nanti, kita sudah tidak boleh menyorok. Semua benda, sekali lagi teman ulang, "SEMUA BENDA" kat diri kamu itu (kecuali mulut) akan bercakap memberitahu ALLAH apa sebenarnya yang berlaku. Masa itu, Wan Azizah akan dengar, Tok Guru Nik Aziz akan dengar, Ustadz Hadi akan dengar, Gobalakrishnan pun akan dengar!!! Malah seluruh manusia di mahsyar akan mendengarnya. Masa tu Karpal pun tak sempat nak membela kamu sebab dia pun tengah sibuk bersilat dihadapan ALLAH!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Rabi'ul Akhir 1432
10 Mac 2011

Tiada ulasan: