Anwar Ibrahim |
- ‘Curi’ DNA Anwar Tapi Sorok DNA Najib Dalam Kes Altantuya
- Tiga Profail DNA Keliling Dubur, Saiful Enggan Komen
- Polis Akui Rekod Keterangan Dari Rosmah, Najib
‘Curi’ DNA Anwar Tapi Sorok DNA Najib Dalam Kes Altantuya Posted: 11 Mar 2011 08:51 AM PST Dari Keadilan Daily Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak. "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir petang ini. Anwar juga hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. "(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata 'kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)'. Ini tidak masuk akal. "Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa," kata Ketua Umum KEADILAN itu. Tidak seperti kes Fitnah II, pelbagai tekanan dihadapi Anwar dan pasukan peguamnya – dari dinafi hak memiliki dokumen dan salinan laporan polis, selain percanggahan keterangan saksi pendakwa, kes Altantuya pula tidak sedemikian. Walaupun Najib dikait dengan ketara dalam kes berkenaan tetapi Perdana Menteri itu tidak dipanggil mahupun DNAnya diminta, malah polis pengiringnya juga tidak pernah dipanggil mahkamah sekalipun pembabitannya menonjol. Dalam pada itu, Sankara Nair juga menganggap permintaan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar tidak wajar kerana ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah. Katanya, pendakwa sebelum ini menggunakan tipu daya dan cara tidak sah untuk mengambil DNA Anwar kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh memaksa mana-mana individu menyerahkan DNA mereka. Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada hanya memperuntuk pendakwa untuk mendapat cap jari dan tandatangan tertuduh dalam mana-mana kejadian jenayah. "Seksyen 165 dan Seksyen 73 Akta Bukti yang diguna pakai pihak pendakwa, sebenarnya cuma meliputi cap jari dan tandatangan, bukannya DNA," kata Sankara. Beliau berkata demikian mengulas permohonan lisan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar dan ia dijangka didengar Isnin depan. |
Tiga Profail DNA Keliling Dubur, Saiful Enggan Komen Posted: 11 Mar 2011 07:16 AM PST Dari Malaysiakini Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa. Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim. Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur. Karpal: Adakah awak pergi tandas? Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun. Karpal: Tandas, di mana? Saiful: Ada beberapa. Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan? Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu. Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya. Yusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan. “Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dica dalam waran adalah pertuduhan," katanya. Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal. Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini. |
Polis Akui Rekod Keterangan Dari Rosmah, Najib Posted: 11 Mar 2011 07:11 AM PST Dari Malaysiakini Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu. Sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk ‘mengenakannya’ pada perbicaraan kes liwat tersebut. Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar. Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu. Karpal: Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008? Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang. Karpal: Siapa? Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan … Karpal: Datuk Mumtaz? Jude: Ya. Karpal: Bagaimana dengan Najib? Jude: Ada. Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah? Jude: Ada… tetapi saya perlu periksa. Karpal: Tadi, awak kata ada! Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan