www.telokkemang.blogspot.com/ |
PKR yakin tawan Negeri Sembilan Posted: 02 Mar 2011 09:32 PM PST Berita& Foto Oleh :NIZAM ZAIN (siasah) Tembual Dato' Kamarul Baharin Abbas Bersama Wartawan Siasah
Imbasan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 lalu menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan hampir sahaja menawan negeri adat perpatih ini setelah Barisan Nasional hanya menang tipis pada pertandingan itu. PR telah mendapat sokongan luar biasa rakyat pada pemilihan itu dengan memenangi 15 Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tiga parlimen. Kemenangan PR di Negeri Sembilan ini disumbangkan menerusi Parlimen Telok Kemang, Rasah dan Seremban termasuk beberapa kawasan pedalaman seperti Dun Bahau dan Repah. Walaupun PR gagal menubuhkan kerajaan di negeri ini ekoran kekurangan empat kerusi Dun namun PR berjaya mengagalkan suara dua pertiga BN di Negeri Sembilan. Ikuti bual bicara NIZAM ZAIN bersama Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR)Negeri Sembilan, DATUK KAMARUL BAHARIN ABBASselaku Ahli Parlimen Telok Kemang untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan semasa politik di negeri adat perpatih ini. SIASAH: Bagaimana Datuk melihat trend sokongan pengundi di Negeri Sembilan pada pilihan raya akan datang khususnya kawasan Felda yang menjadi kubu kuat Umno-Barisan Nasional, mungkinkah tsunami politik 2008 bakal berulang kembali ekoran BN menang tipis pada PRU Ke-12 lalu? DATUK KAMARUL BAHARIN ABBAS: Sokongan luar biasa pengundi Negeri Sembilan pada 2008 lalu kebanyakannya datang dari kawasan bandardan kawasan Parlimen yang menang itu hanya Telok Kemang kerana komposisi kaumnya agak seimbang peratusannya iaitu Melayu-40.6%, Cina-36.1%, India-22.2% dan Lain-lain-1.1%. Kawasan yang kebanyakannya pengundi Melayu adalah kawasan Felda yanggagal kita tembusi. Kawasan Felda seperti Tampin, Jempol, Jelebu dan Labu, kalau dahulunya Felda sukar ditembusi, tapi sekarang sudah ada kesan disebabkan oleh beberapa isu yang kita perolehi dan kita berjaya ketengahkan, melalui beberapa kes yang sudah ditangani dalam mahkamah di mana ada keputusan, tidak kurang pula ada kes baru, seperti kes warga Felda Negeri Sembilan yang berjaya mengenai kes penanaman semula iaitu Felda Serting. Kes ini bermula apabila Felda melantik kontraktornya sendiri bagi projek penanaman semula malah tawaran yang diberikan kepada peneroka Felda di situ begitu rendah berbanding jika diusahakan mereka sendiri.Kes ini mendapat perintah injuksi dan mahkamah telah memberi kemenangan kepada peneroka Felda. Insiden ini membuka mata warga Felda, rentetan itu Datuk Seri Najib Razak telah memberi beberapa insentif dan penambahan elaun kepada peneroka Felda tetapi ia tidak cukup untuk menangani masalahmereka. Warga Felda harus insaf kerana perkara ini sudah berlanjutan lebih 40 tahun lalu, jadi kerugian yang dialami peneroka terbabit tidak boleh diabaikan begitu sajakalau tidak dengan tekanan daripada Pakatan Rakyat. Oleh kerana itu kita berjaya menyedarkan warga Felda terbabit khususnya kawasan Palong, kalau dahulunya sukar ditembusi kerana mereka adalah pengundi tegar BN kerana kita pernah memasukidi sana tetapi gagal apatah lagi Pas yang pernah hilang deposit di kawasan ini. Sekarang usaha kita mewujudkan pasukan khas untuk menangani masalah dalam Felda ini dengan kerjasama jawatankuasa PKR Pusat yang diketuai oleh Suhaimi Said, kebanyakannya dianggotai pimpinan Negeri Sembilan seperti Ketua Cabang Jempol, Karip Salleh. Pada PRU12, BN hanya menang tipis, ketika itu Menteri Besarnya adalah Tan Sri Isa Samad yang terlibat dalam politik wang pada pemilihan Umno lalu, tetapi kini beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda yang baru, sejauhmana Datuk melihat keupayaan Tan Sri Isa dalammenangani masalah peneroka Felda? Pada PKR itu satu pelantikan yang baik, kerana memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk membawa isu-isu yang mana pelantikan Tan Sri Isa itu tidak menunjukkan kebijaksanaan Najib untuk menangani masalah di Felda. Ini dilihat sebagai membayar hutang dengan memberi tempat kepada Tan Sri Isa ekoran daripada hukuman rasuah dalam pemilihan Umno telah mulai kabur, sekarang ini diberi ruang kembali oleh Najib khususnya PRK Dun Bagan Pinang. Saya tidak yakin Tan Sri Isa dapat menangani masalah Felda kerana ini berkaitan dengan soal dasar yang begitu lama warga Felda telah dikelirukan dengan bermacam-macam tekanan. Dalam masa yang sama Felda melalui Felda Global Ventures Holdings membelanjakan ratusan jutahingga berbillion ringgit membuat pelaburan dalam dan luar negara. Sejauhmana kerajaan BN di Negeri Sembilan mampu membawa perubahan dalam pembangunan prasarana dan program kebajikan memberi manfaat kepada rakyat setelah 40 tahun menjadi kerajaan negeri? Adakah benar terdapat sesetengah kawasan di negeri ini terpinggir daripada pembangunan? Saya tidak lihat ada kesungguhan untuk membangunkan Negeri Sembilan contohnya sewaktu Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar selama 22 tahun, kawasan Dun Linggi pun tiada pembangunan, selain daripada pembangunan-pembangunan yang wajib yang harus dilaksanakan oleh kerajaan, tidak nampak perkembangan di Negeri Sembilan, itu sebabnya negeri ini agak terpencil pembangunannya berbanding Melaka dan Selangor, kita nampak perbezaannya. SIASAH: Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi insentif kepadaguru besar dan guru cemerlang, apa yang Datuk lihat di sebalik pemberian ini? Ini adalah gimik politik, kalau diamati memorandum kita dari dahulu lagi sejak Barisan Alternatif lagi kita amat konsisten mengenai menaik taraf nasib guru-guru, bahkan dalam konvensyen kita baru-baru ini juga menekankan kesungguhan kita menangani masalah elaun guru, guru Kafa, guru sekolah kebangsaan, elaun ketua kampung dan sebagainya, maka kita tidak hairan isu ini cuba bangkitkan Umno-BN. Pernah kita bangkitkan soal menaikkan elaun kepada Ketua Adat di Negeri Sembilan ini, dengan serta merta kerajaan negeri menaikkan elaun ketua-ketua adat ini, apa pun terserah kepada rakyat untuk menentukan keikhlasan mereka tetapi ada baiknya. Kalau dahulu sejarah Umno, guru ini adalah simpanan tetap mereka, pemimpin peringkat cawangan dan bahagian Umno itu majoritinya adalah guru-guru, kerana pembabitan mereka dalam kemerdekaan dahulu merupakan pejuang-pejuang tulen, bagaimanapun peranan itu sudah jauh daripada perjuangan asal kerana peranan mereka itu diambil alih oleh pengusaha-pengusaha atau peniaga-peniaga Melayu,dengan kata lain ahli perniagaan yang mengawal peringkat cawangan dan bahagian Umno. Oleh kerana khuatir golongan guru ini merajuk, maka mereka ini diberikan elaun, habis cerita. Insentif RM7,500 itu diberikan kepada sebuah sekolah, sekiranya saiz sekolah itu besar dan guru pula ramai, akhirnya insentif ini tiada maknanya sekiranya diagihkan, gimiknya apabila dimainkan dalam akhbar diberikan kepada guru besar itu nampak banyak, hakikatnya adalah kecil. SIASAH: Sejak mutakhir ini kita dikejutkan dengan kematian ramai wakil rakyat yang bertali arus, adakah masih relevan PRK diteruskan yang dilihat membazir wang rakyat walhal ia kerusi yang kosong itu boleh diambil alih oleh kerajaan yang memerintah? Asasnya adalah perlembagaan, melainkan kita mengubah peruntukan dalam perlembagaan itu, kita terpaksa teruskan PRK, keduanya kita tidak boleh tahan kuasa tuhan sekiranya ramai yang meninggal pada tahun itu, maka kita terpaksa melaksanakan pilihan raya berlandaskan perlembagaan dan peruntukan sedia ada. Mengenai kesan PRK, kita perlu mengadakannya bagi meneruskan kesinambungan untuk melaksanakan tugas-tugas dalam kawasan, sebenarnya kalau diikutkan tugas-tugas pengurusan ia boleh dilakukan oleh pegawai kerajaan, pejabat daerah, majlis perbandaran dan sebagainya. Wakil-wakil rakyat hanya menasihati atau melaksanakan dasar mengikut saluran-saluran tertentu, kalau tiada wakil rakyat, maka rakyat tiada tempat untuk mengadu kerana aduan kawasan perlu dikemukakan kepada wakil rakyat menerusi pejabat khidmat masyarakat. Kali ini sahaja banyak pilihan raya kecil, tidak tahu pasal apa, terlampau banyak orang persoalkannya, apakah perlunya PRK setiap kali ada kematian, tetapi keadaan ini hanya sehingga Mac ini sahaja, selepas tempoh tersebut tiada lagi PRK kerana genap 2 tahun atau akhir satu penggal, jadi peruntukan itu sudah ada untuk menghadkan tempoh PRK diadakan. SIASAH: Apakah harapan Datuk terhadap PRK Merlimau dan Kerdau yang bakal dilaksanakan secara serentak, oleh kerana itu apakah usaha dan program yang dilaksanakanPakatan Rakyat dalam memenangi hati rakyat di kawasan tersebut? Kedua-dua tempat ini saya yakin Pas akan bertanding, jadi kita memberi bantuan dan kerjasama dalam semangat Pakatan Rakyat. Sepertimana PRK yang lain,soal tenaga dan program kerja itu sama mengikut kawasan-kawasan tertentu. Sekarang ini Pakatan Rakyat Melaka akan menentukan tugas-tugas diketuai oleh PKR. Dun Kerdau ini terlalu awal kerana ia agak mengejutkan dan keputusan untuk pengundian pula adalah sama, soal pembahagian jentera pilihan raya itu tidak menjadi masalah hanya logistik lebih baik di Merlimau kerana ia kawasan separuh bandar berbanding Dun Tenang yang kebanyakannya adalah kawasan Felda. SIASAH: Jika dilihat suasana di Merlimau, kita dapati seolah-olah tiada isu yang dimainkan oleh Barisan Nasional, adakah mungkin kerana jumlah pengundi agak sedikit berbanding di Tenang dan 4,000 pengundi Merlimau adalah ahli Umno? Mungkin BN sangat yakin di Merlimau, mereka yakin mampu bertahan, saya lihat Pas bersungguh-sungguh pada PRK kali ini, sekurang-kurangnnya sasaran kita adalah mengurangkan majoriti BN, yang penting kita sampaikan mesej, agenda besar kita ialah Pilihan Raya Umum ke-13, kepada sesiapa yang memenangi kedua-kedua PRK ini, mereka hanya boleh mentadbir kawasan tidak lebih dua tahun sahaja, terpulang kepada kerajaan apabila hendak mengadakan pilihan raya umum, sekiranya PRU13 pada hujung tahun ini, maka tidak sampai 6 bulan penggal mereka nanti, melainkan mereka diberi peluang sekali lagi bertanding di tempat yang sama pada PRU13 akan datang. Lawan itu tetap kita lawan dan bertanding, kita tidak mahu mana-mana pihak menang tanpa bertanding.Ini juga adalah kesempatan untuk mengukurkemampuan kita untuk menawan kerusi-kerusi tersebut. Biarpun ahli Umno di Merlimau adalah lebih 4,000 orang tetapi banyak kali diperkatakan soal ini malah dahulu pun pernah disebut ahli Umno lebih 3 juta orang, bagaimanapun tidak semua ahlinya masih aktif, tidak kurang juga mereka yang sudah meninggal dunia, maka tiada jaminan Umno akan kekal menang di mana-mana kawasan pun. Kalau kita imbas kembali Pemilu 2008, jumlah undi yang diperolehi Umno tidak mencerminkan keahlian Umno, apa maksudnya? Kita dapat simpulkan di sini bahawa bukan semua mengundi Umno ataupun bukan semua yang keluar mengundi ataupun ahli Umno sendiri mengundi pembangkang. Oleh kerana itu jumlah ahli Umno itu tidak memberi kesan dalam jumlah undi bakal diperolehi nanti. Lebih memalukan apabila terdapat ahli Umno itu sendiri yang tidak mendaftar sebagai pengundi yang sah.Pelbagai kemungkinan tetapi yang jelas bukan semua ahli Umno yang berdaftar itu mengundi, selain itu bukan semuanya mengundi Umno, itu yang bahaya kepada mereka, tidak dinafikan situasi ini juga boleh berlaku dalam Pakatan Rakyat atau PKR sendiri.Kalau kita bandingkan jumlah undi yang kita perolehi pada pilihan raya lalu dan jumlah undi yang berdaftar sebagai ahli, ia mencerminkan kelebihan yang mengundi, pada saya tidak penting berapa ramai ahli, yang penting berapa ramai pengundi dan penyokong. SIASAH: Trend PRU 2008 dilihat orang Cina dan India menyokong Pakatan Rakyat, adakah trend ini dapat dikekalkan pada masa akan datang dalam membantu PR menjadi Kerajaan Persekutuan? Ini jelas undi Cina terbukti dalam pilihan raya kecil di Johor, ia nampak konsisten dan India pun ada sedikit, mereka masih menganggapkan kaum yang terpinggir, kita tidak boleh bandingkannya dengan pilihan raya umum kerana bermacam habuan diberikan pada pilihan raya kecil, namun mereka masih sedar bahawa mereka kaum terpinggir termasuk Orang Asal dan kaum Melayu di luar bandar khususnya Felda. Dalam PRK mudah kita mengawalnya berbanding PRU, siapa jangka PR boleh menang besar pada 2008, ini kerana BN pada waktu itu mengambil kira perkembangan sebelum 2008 apatah lagi 2004 khususnya Keadilan hanya tinggal satu kerusi, daripada senario ini mereka tidak mengambil kira perubahan yang berlaku, tetapi 2008 berlaku. Kalau trend iniberterusan malah undi kaum Melayu, India dan Cina akan meningkat itu cuma satu andaian yang kita buat kerana hendak ambil kira sebagaimana mengambarkan apa yang akan terjadi PRU13 akan datang. Terserah kepada mereka tetapi kita tahu kenapa perubahan itu berlaku apakah khusus untuk PRK dan tidak mencerminkan suasana kalau kita mengadakan PRU akan datang. SIASAH: Ada pihak mengatakab bahawa ahli dan penyokong PKR sendiri akan merosakkan parti itu pada masa akan datang disebabkan sejak mutahir ini banyak kontroversi, banyak kes dan banyak perkara yang mencerminkan PKR tidak konsisten medan politik negara? Soal konsisten itu saya tidak bersetuju, kita (PKR) sememangnya konsisten Cuma pelaksanaan itu mungkin ada kelemahan di sana sini, makluma kita satu parti yang baru 12 tahun, begitu mendadak sekali peningkatan prestasi parti dan dalam masa itu juga kita terpaksa mengambil kira tenaga baru yang mahu bersama kita dalam parti. Parti ini asalnya daripada gabungan ahli dari badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti lain dan partipertama bagi mereka yang belum mempunyai parti politik, oleh kerana pada waktu itu dalam masa yang singkat peningkatan prestasi yang mendadak itu banyak pula kelemahan yang tidak dapat kita atasi, tiada ruang masa sepenuhnya untuk menumpukan kepada masalah-masalah. Jika lihat pada pemilihan PKR baru-baru ini, satu pembaharuan cuba kita bawa yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti politik negara ini dengan mengiktirafkan hak undi setiap ahli PKR, kita akui wujudnya banyak kelemahan, tetapi apakah sistem yang kita guna pakai itu tidak elok? Sistem itu sebenarnya elok tetapi kelemahannya pada pelaksanaan, ini tidak bermakna kelemahan itu akan berpanjangan selamanya. Saya percaya kalau parti lain termasuk Umno kalau melaksanakan sistem yang sama, mereka akan mengalami masalah ini, dalam hal ini dalam tempoh 3 tahun akan datang kelemahan ini akan berkurangan. SIASAH: Sekiranya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat ini masih belum menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, adakah rakyat akan memberi peluang kedua dan yang seterusnya kepada PR sebagaimana yang pernah diberikan kepada Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu? Yang pertamanya belum habis satu penggal lagi, apa yang rakyat boleh harapkan dengan kerajaan Pakatan Rakyat berbanding kerajaan BN yang tidak mampu mempamerkan prestasi kerja setelah memenangi dalam 12 pilihan raya umum, oleh sebab itu kita tidak boleh bandingkan dengan PR belum pun sepenggal mentadbir negeri. Berdasarkan tinjauan yang kita jalankan dalam empat kerajaan negeri Pakatan Rakyat mendapati banyak ruang pembaharuan boleh dilakukan yang memberi manfaat kepada rakyat. Tidak dapat dielakkan kelemahan yang wujud tetapi kelemahan itu hasil daripada mana, apakah kelemahan ini hasil daripada kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir ataupun kelemahan ini ialah diwarisi oleh kerajaan PR. Oleh kerana banyak kelemahan yang kurang diurus dengan baik berpuluh tahun ini, kadang-kadang memberi kesukaran kepada kita menangani masalah itu dalam masa yang singkat. Jadi waktu memang kita tidak ada, saya percaya kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa berusaha, oleh kerana terlalu banyak kelemahan lampau, kita terpaksa mendahulukan mengatasinya mengikut keutamaan dan kemampuan menyelesaikannya.
|
You are subscribed to email updates from www.telokkemang.blogspot.com/ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
3 ulasan:
Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???
Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...
Menarik sekali, perlu saya coba ini..
kebetulan lagi cara tentang hal ini.
Kabar Baik Untuk Para pencinta Game
Karena di Bulan januari ini Sudah keluar Game RPG Online Terpopuler Se-Asia
Penasarankan Game nya Seperti apa???
Kalian bisa dilihat game nya dari link di bawah yaaa
Catat Ulasan