Khamis, 3 Mac 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


.........APABILA BERTEMU DAN BERHUJAH DENGAN SAHABAT UMNO

Posted: 03 Mar 2011 03:23 AM PST

Pagi Ahad (13022011) yang damai, dengan langit bersih, usai subuh saya memesrai buku PALESTIN TIDAK PERNAH GENTAR. Sebetulnya buku itu telah habis saya telaah tahun lepas. Cuma membuat sedikit kajian tentang provokasi ke Atas Kuasa-kuasa Dunia Bagi Merealisasikan Kepentingan Yahudi dan Pembongkaran Protokol-protokol Yahudi...

Kemudian ke pasar membeli dan menontot pergelutan hidup manusia untuk nasi dan lauk hari ini. Segalanya selesai, Alhamdulilah dengan baik dalam perlindungan dan keselamatan peliharaan Allah. Selepas menghantar semua bekalan yang perlu ke rumah, saya keluar semula untuk menghantar kereta dicuci. Sedang kereta saya dicuci, datang pula salah seorang kontraktor didaerah kecil ini, yang saya pasti telah begitu lama bergelumang dengan politik berasaskan nasionalis. Mana mungkin saya dan dia tidak mengenali. Sewaktu zaman 'susah' selepas SPM, saya pernah bekerja dengannya menanam rumput dengan gaji RM12 sehari di kawasan Petronas Jalan Segamat – Kuantan.

Mulanya kami berjabat tangan dan bertanya khabar tentang keluarga masing-masing. Jarak usia kami memang agak jauh, saya 30-an dan dia pula telah 50-an. Entah bagaimana perbualan kami boleh menyimpang kepada politik, bila membuka isu pilihanraya kecil dari Tenang, belum selesai Merlimau, Melaka, sudah ke Kerdau, Pahang.

"PAS paling solid, kebanyakan orang percaya kepada PAS, masalahnya DAP ada kat situ?" Matanya yang agak keruh merenung saya.

Saya jawab dengan tenang " Kita kena lihat pola politik di Malaysia, kita ada banyak kaum. Kalau abang nak PAS bertanding sendiri, ertinya sampai bila-bila Insyallah BN akan menang. Kekuatan PAS dari segi Istiqamah, semangat juang, ikhlas, jujur diakui oleh semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir. Tun pernah kata PAS lebih kuat dengan sifat juang dan tidak mengharapkan wang berbanding UMNO. Ini kenyataan pemimpin UMNO. Jadi kalau abang akui PAS bagus, apa yang hendak ditakutkan dengan DAP. Tiada bezanya dengan MCA, mereka juga memperjuangkan kaum Cina. Analoginya beginilah, cuba UMNO keluar dari Barisan Nasional dan bertanding sendiri, saya nak tanya, adakah abang yakin UMNO boleh menang dan memerintah Malaysia?" Dia terdiam memandang wajah saya seketika kemudian tunduk memandang tanah.



"Kita tak nak kuasa politik kita terlepas kepada Cina!" Tuturnya agak perlahan.

"Baik! Abang pernah baca tentang perjuangan PAS tak? PAS tidak pernah kata , kita nak ubah perlembagaan. Jauh sekali mahu mengkhianati bangsa sendiri. Mereka yang menerajui kepimpinan PAS pun bukanlah orang yang bodoh bang!. Nik Aziz pernah memaklumkan selepas pilihanraya umum 2008 apabila orang Melayu dimomokkan selepas BN tumbang di 5 negeri. 'Kita ikut perlembagaan, mana hak istimewa orang melayu, tak boleh disentuh oleh kaum lain.' Di samping kita mengambil pendekatan adil untuk semua makhluk di Malaysia ini. Apa abang fikir suatu perkara yang mudah untuk mengubah perlembagaan. Bukan mudah bang!. Apa masalahnya?"

"Rasa...... pada pilihanraya umum akan datang, siapa akan menang?" Dia mengubah topik dengan menguji saya.

"BN telah diberi peluang memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun. Kalau berdasarkan kajian peratus celik IT di Malaysia jumlahnya 40% daripada 27 juta penduduk Malaysia...."

"Apa hal dengan IT?" Dia mengasak saya lagi dan mungkin juga tidak dapat membaca apa yang hendak saya sampaikan.

"Begini landskap politik negara pada masa akan datang akan ditentukan oleh pengundi muda. Pasal apa? Golongan pemuda mewakili 60% daripada jumlah penduduk Malaysia. Angka ini ada kaitan dengan 40% yang celik IT tadi. Kalau abang buat sedikit kajian, generasi yang pro Pakatan Rakyat, mereka adalah golongan terpelajar. Kalau bukan terpelajar, paling tidak mereka golongan pembaca dan pengkaji. Yang ambil tahu. Kalau hendak menyampaikan pilihanraya umum ke 13, boleh meningkat kepada 50% celik IT, maka BN menghadapi laluan sukar. Kalau angka itu menjadi 50%, saya tidak katakan kesemua undi itu untuk PR, tapi saya percaya golongan celik IT ini melebihi 30% pro PR. Samada mereka tunjukkan sahaja atau tidak. Tengok 2008, rakyat Selangor tak tunjuk apa-apa reaksi pun akhirnya BN tumbang. Dekat sini kita kena tengok pula berapa juta pengundi baru yang akan mengundi? Kalau tak silap saya, antara 3 hingga 5 juta pengundi baru yang akan mengundi. Jika jumlah ini bertambah maka BN tenat. Apa pun masih 50 -50, pasal BN ada segala-galanya... "

"Ada segala-galanya macam mana?" Dia masih menduga dan cuba membaca pemikiran saya.


" BN ada strategi yang baik.
1. Jentera kerajaaan
2. Duit
3. Media


Segala benda-benda ini digunakan semaksima mungkin. Sepatutnya apabila parlimen bubar ertinya kita tidak ada PM, TPM dan lain-lain organisasi. Tapi kesemua benda ini digunakan. Terutama duit. Minta maaf cakap startegi duit ini sangat berkesan kepada golongan berpendapatan rendah di kampung, felda, ditambah pula mereka bukan golongan yang membaca dan mengkaji. Mereka tidak ada masa untuk membaca dan mengkaji, mereka bergelut untuk hidup dan ekonomi. Orang yang susah, bila kita bagi, benda sikit pun terasa besar.... Selama mana golongan ini masih ramai dan di bantu media yang memutar belit fakta dan peristiwa, maka BN masih boleh berkuasa...."


"pada pendapat..... macam mana BN nak betulkan keadaan ini?" Wah! Dia seakan mahu saya memikirkan apa yang sewajarnya perlu dibuat oleh BN untuk masa depan.

" Ok Bang, jatuhnya BN 2008, saya akui bukan kerana pembangkang kuat tetapi kerana kroni, korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan yang sudah dilakukan oleh BN, perkara ini abang tak boleh sorok pasal BN dah memerintah lebih 50 tahun. Kalau abang kaji mana-mana negara pun, mana ada negara yang pemerintah boleh bertahan selama-lamanya. Jepun LDP tumbang lepas 52 tahun memerintah, Ferdinand Marcos Filipina tumbang, Kerajaan Komunis Caescues di Romania tumbang, kita tengok Mesir 30 tahun Husni Mubarak memerintah, bukan takde pilihanraya. Ada tetapi pilihanraya pun tipu dia menang 97%, pembangkang 3% sahaja, akhirnya tumbang, bila rakyat demo.

Perkara-perkara korup ini yang BN kena selesaikan. Saya dengan ucapan DS Najib masa perhimpunan Agung UMNO selepas BN kalah 5 negeri 2008. Saya dengar dari awal sampai habis. Najib nampak punca masalah dan ucapan dia tu bagus tapi masalahnya perlaksanaan penyelesaian masalah tu out. Pemilihan masih songlap guna wang. Cuba abang semak laporan kenyataan Tengku Rirthauden berapa banyak aduan politik wang UMNO. Takat mana yang dah selesai. Ini masih tak settle. Lepas tu dalam pilihanraya pun. Faktor ini juga digunakan, persoalannya sampai bila kerasionalan pengundi hendak dipadam dengan wang? Itu saya cakap tadi, kalau bertambah generasi baru yang berilmu, tidak gelap mata dengan duit, BN akan sakit.

Kemudian Najib cakap kita parti yang tak mesra intelek. Kenapa jadi macam gini? Sepatutnya dalam organisasi kita kena letak orang berkemampuan dan berkredebiliti, bukan setakat pandai tepuk dan angguk tapi takde idea, tak berani menyuarakan benar untuk membangunkan agama, bangsa dan negara. Abang tengok saya bukan nak rendahkan orang. Generasi baru, orang-orang Cina semua buat penilaian. Kalau S/u abang tukang kebun sekolah dan satu pihak lagi s/unya lawyer, arkitek, doktor dan pelbagai kelulusan macam mana abang nak bersaing? Sekarang kuasa memang BN punya, tapi dari segi idea, kualiti kepimpinan dan kredibiliti saya rasa BN tertinggal dalam aspek ini."


"kurangnya intelek dengan UMNO nie, adakah.................. rasa sebab sebelum ini tak benarkan kategori A berpolitik?" Dia menduga pemikiran saya lagi.

" Kategori A tak dibenarkan berpolitik dulu tu, itu faktor yang 28 bang. Sebetulnya kalau abang menyokong parti pemerintah tiada tindakan yang diambil. Abang bebas. Maknanya kalau kategori A nak berpolitik dan menyebelahi UMNO dah lama boleh. Saya melihat begini. Abang lebih lama dalam UMNO. Fakta ini, saya dapat dari UMNO jugak. Pada tahun 80-an dan 90-an, UMNO sudah dipenuhi oleh golongan korporat. Sebelumnya golongan guru. Guru ini biasanya lebih jujur dan tulus sebab mereka bukan orang bisnes. Tapi orang korporat lain, hidupnya dengan angka. Apa keuntungan yang dapat kalau dia pro abang. Perlahan-lahan kepimpinan UMNO digunakan untuk mencari keuntungan, bukan untuk membantu rakyat. Maaf cakap bang. Lepas itu, tender dan projek peruntukan 100 ribu turun bawah dah tinggal berapa ribu sahaja. Saya rasa bang lebih tahu benda nie. Saya pun pernah ikut kerja buruh tanam rumput dengan abang. Baik kalau dalam cawangan atau bahagian ada yang pandai dan jujur. Mereka akan tanya contohnya peruntukan 80 ribu tapi setelah terbina kelihatannya dalam 40 ribu. Kalau ada golongan jujur dan pandai bertanya, dia akan kena cantas. Semua peringkat hanya mahu orang sokong, cukup dia tahu angguk dan tepuk sahaja. Jauh sekali memikirkan berapa ruginya kehilangan cerdik pandai dalam kepimpinan dan pengurusan sesuatu organisasi. . Lalu abang tengok kesannya sekarang mencantas orang pandai dan berilmu ini, impaknya bukan serta merta. Macam orang hisap rokok. Tak percaya cuba abang kira 2011 tolak 1980, dah berapa tahun. Najib sedar benda ini, tapi kebanyakan intelek yang jujur, ikhlas dan tulus sudah duduk dalam PAS. Sifat PAS ini memang dia akan meletakkan orang yang berilmu dan layak di tempatnya...."

Rancak bercerita, kereta saya sudah selesai divacum dan sudah dikilatkan tayar.
Dia memandang saya tanpa berkerlip. Saya tidak tahu apa yang ada di dalam fikirannya, samada setuju atau tidak, samada menerima atau menolak. Pun sebelum kami berpisah, tangan sekali lagi terjabat erat dan saya sempat menyampaikan ayat ini kepadanya..

"Makanan citarasa tekak, ideologi politik adalah citarasa pemikiran bang! Tiada perpecahan, yang ada pada pemikiran generasi baru seperti saya, mahukan perubahaan yang lebih baik untuk agama dan bangsa dan berikan peluang... bukan menilai sebelum masuk gelanggang"... Dia tersenyum separa kelat dan menganggukkan kepala...

Ketika kereta saya bergerak, saya mengangkat tangan kepadanya dan dia juga membalasnya sambil merenung jauh...............

Sumber artikel: http://zharulnizamshah.blogspot.com/

Harga getah makin turun orang felda...orang kampung...tak bising ker....hahahahaha

Posted: 03 Mar 2011 03:10 AM PST

Tiada ulasan: