Selasa, 1 Mac 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Lebih 300 Hadiri Program Penempatan Pekerjaan di DUN Sri Andalas

Posted: 28 Feb 2011 12:40 AM PST

Sentosa, 27 Februari 2011 - Lebih 300 orang dari sekitar DUN Sri Andalas telah menghadiri program penempatan pekerjaan yang diuruskan oleh The Malaysian Hindu Sangam.

Pada hari tersebut sebanyak 7 buah syarikat daripada pelbagai sektor industri mengambil bahagian menawarkan pekerjaan kepada para hadirin.

Orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat pekerjaan daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian serta ditemuduga pada program yang berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 2 petang. 

YB Dr Xavier Jayakumar berharap lebih banyak program seperti ini dapat diadakan bagi membantu orang ramai mendapatkan pekerjaan.










Dr Xavier Tegaskan Kepentingan Mammogram, 42 Wanita dari DUN Sri Andalas Jalani Pemeriksaan

Posted: 27 Feb 2011 11:15 PM PST

Klang, 27 Februari 2011 Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat sangat mengambil berat mengenai kesihatan rakyat di negeri ini. Staitstik menunjukkan bahawa wanita berumur 35 tahun ke atas  berisiko untuk mendapat penyakit kanser payudara. Kos untuk menjalani pemeriksaan mammogram bagi wanita pada masa kini amat tinggi, manakala perkhidmatan pemeriksaan tersebut di hospital-hospital kerajaan juga adalah amat terhad.

Mamogram ialah pemiriksaan payudara menggunakan sinar-X yang memaparkan kelenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak. Pemeriksaan ini di lakukan oleh juruadiografi. Doktor pakar radiologi akan meneliti filem bagi mengesan penyakit payudara, samada menghidapi kanser atau tidak.

Di DUN Sri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar sangat bimbang kerana ramai wanita tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentingan mammogram. YB Dr Xavier menegaskan kepentingan wanita berusia 35 tahun keatas untuk menjalani pemeriksaan ini.

Menyedari kepentingan pemeriksaan mammogram, DUN Sri Andalas telah memulakan sesi pertama pemeriksaan pada 27 Disember 2010. Pada sesi tersebut, seramai 36 orang wanita telah dibawa dengan bas ke Forest Medical Group Hospital di Kepong yang dikoordinasi oleh Puan Devi. Lapan daripada mereka kemudiannya dipanggil semula untuk menjalani ultra-sound pada 2 Februari 2011 dan daripada lapan yang pergi, seorang kini menjalani rawatan. Puan Irusamah a/p Marimuthu sangat bersyukur kerana telah didiagnos awal dan berterima kasih kepada Dr Xavier dan Kerajaan Negeri Selangor. 


Sesi kedua kemudiannya telah pergi mendapatkan pemeriksaan pada 27 Januari yang lepas.

Pada hari ini, seramai 42 orang wanita menjalani pemeriksaaan. Perjumpaan telah dibuat pada pukul 7.30 pagi untuk pendaftaran di pejabat DUN Sri Andalas dan Dr Xavier sempat hadir mengikuti perkembangan sebelum kesemua peserta bertolak. 

Pada sesi kali ini En Tamilmaran (016-2008737) adalah koordinator dan Puan Vickneswary dan Puan Liza bertindak memimpini para peserta. Makanan tengahari turut diberi dan bas kemudiannya membawa pulang kesemua peserta pada pukul 2.30 petang.






Program Bantuan Yuran Bas Sekolah dan Pemberian Basikal DUN Sri Andalas

Posted: 27 Feb 2011 11:00 PM PST

Sentosa, 27 Februari 2011 - Seramai sepuluh orang pelajar berbilang bangsa telah menerima bantuan basikal bagi memudahkan mereka ke sekolah.

Pada program tersebut, pemberian basikal telah diserahkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar di Dewan MPK Sentosa, Klang.

Di DUN Sri Andalas sejak awal tahun ini, peruntukkan telah dibuat bagi membiayai 61 orang pelajar dari keluarga miskin, 31 daripadanya dari keluarga ibu tunggal manakala 10 yang lainnya dari keluarga ibubapa yang mengalami masalah kesihatan.

Bagi setiap keluarga ini, ada anak-anak yang menerima pembiayaan yuran bas sekolah manakala anak-anak yang lebih dewasa dan belajar di sekolah menengah diberikan basikal. 


Dengan lebih RM38,000 diperuntukkan setiap tahun di DUN Sri Andalas untuk pembiayaan yuran bas sekolah dan pemberian basikal, Dr Xavier berharap beban kos yang ditanggung oleh keluarga miskin dan kurang mampu dapat dikurangkan.





Melawat Pasar Pagi Penghulu Abu Bakar, Jalan Sungai Jati

Posted: 27 Feb 2011 10:00 PM PST

Klang, 26 Februari 2011 - Seperti kebiasaannya, pagi hari Sabtu merupakan masa YB Dr Xavier Jayakumar turun padang melawat sekitar DUN Sri Andalas sambil bertanya khabar dan beramah mesra bersama orang ramai.

Pada pagi ini, YB Dr Xavier melawat pasar pagi Penghulu Abu Bakar di Jalan Sungai Jati, Klang. Turut bersama-sama beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Klang, PS Rajoo dan dari PAS Kota Raja, Encik Azmi. 

Lawatan seperti ini memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan untuk berjumpa YB Dr Xavier di pejabat untuk menceritakan masalah dan mendapatkan pandangan serta bantuan. Orang ramai turut diedarkan borang dan pamplet mengenai Skim TAWAS dan MUES oleh Encik PS Rajoo serta petugas-petugasnya.

Dalam pada beramah mesra bersama orang ramai, Dr Xavier turut menyerah dan mengedarkan akhbar Selangor Kini dan Selangor Times yang merupakan sumber maklumat sebenar tentang program-program yang dijalankan di sekitar negeri Selangor oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
















Tiada ulasan: