Isnin, 14 Mac 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Melawat ladang ikan Sdr Zainal di Felda Jengka 12

Posted: 14 Mar 2011 10:20 PM PDT

Sdr Zainal (kiri) dan Suhaimi Said

==
Selepas ke Matau jam 10.30 tadi untuk menyerahkan sedikit bantuan wang tunai kepada penduduk-penduduk yang menjadi mangsa banjir minggu lepas, saya bersama isteri saya dan Khalia Sh Mohamad, Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Krau pergi ke Jengka 12 ke Ladang Ternakan Ikan Air Tawar yang diusahakan oleh Sdr Zainal.

Saya sudah beberapa bulan tidak ke Ladang ini. Tempatnya sudah berubah. Kolam-kolam ikan sudah bertambah, dan tempat penetasan juga sudah bertambah menjadi sebuah ladang ternakan ikan air tawar yang agak canggih.

Ikan-ikan yang diternak disini termasuklah patin, keli, haruan, sepat benua dan lain-lain spesie ikan air tawar termasuk puyu dan ikan ubi.

Tempat ini menjadi sekolah ternakan ikan dan pelajar-pelajarnya datang dari jauh dan dekat termasuk daripada IPT.

Sdr Zainal cuba juga memelihara ikan tembakang, sejenis ikan air tawar yang sedang pupus, tetapi katanya dia belum mempunyai induk ikan itu untuk dijadikan baka yang boleh dikomersilkan.

Saya memberitahu dia bahawa saya ada lebihkurang 15,000 ekor ikan tembakang yang sudah sebesar dua jari dengan 3 ekor induk, dan beliau memohon kepada saya supaya induk itu diberikan kepadanya supaya dapat dibiakkan didalam jumlah yang banyak.

Tak hari ini, hari esuk, akan saya hantar induk 3 ekor itu kepada Zainal, dan beliau akan serahkan kepada saya 15 ekor induk ikan sepat kemboja (siam) yang telah disuntik dengan kadar 1 betina 2 jantan.

Beliau akan biakkan ikan tembakang dan saya boleh ambil benih-benih itu apabila memerlukan kemudian nanti.

Dari Jengka 12, saya terus ke Jengka 22. Disana dapat bertemu dengan Sdr Rosli, Sdr Saiful dan Sdr Roslan.

Mereka menyatakan bahawa sebaik sahaja Pilihanraya Kecil DUN Kerdau selesai, Jengka 22 menjadi sunyi sepi. Pelawat-pelawat yang begitu ramai termasuk 2 atau 3 orang Menteri setiap hari tidak lagi menjenguk. Usahkan pimpinan UMNO peringkat atasan menjenguk, pimpinan UMNO Maran yang bertandang di sebelah rumah Rosli semasa PRK itu pun tidak menjenguk, bahkan tuan rumah yang menjadi Ketua UMNO dan Ketua Wanita UMNO juga meninggalkan rumah di Jengka 22 untuk tinggal di luar rancangan Felda.

Pimpinan UMNO Kuala Krau dan termasuk Wakil Rakyat baru DUN Kerdau tidak menjenguk mereka lagi.

Saiful memberitahu bahawa beliau telah kumpulkan anak-anak muda Keadilan dan selepas musim hujan ini akan menjemput petugas-petugas PKR yang berkempen di Felda Jengka 22 serta petugas-petugas tempatan ke Jengka 22 untuk jamuan kesyukuran.

Sdr Roslan memberitahu bahawa sejumlah penduduk Felda Jengka 22 iaitu yang disenaraikan kepada jumlah 260 orang yang dikatakan akan menerima bayaran cess sejumlah RM13,000.00 itu masih belum menerima bayaran masing-masing; hanya sebahagian sahaja daripada jumlah 260 itu sudah menerimanya.

Wakil kepada penduduk telah pergi menemui pegawai-pegawai Felda di Pejabat Wilayah, dan pegawai-pegawai juga tidak dapat memberikan kata putus samada wang cess itu akan diberikan kepada mereka yang belum menerima atau sebaliknya.

Inilah penipuan UMNO/BN yang sangat ketara!

Di Matau dan di Jengka 22, saya telah berbincang dengan Sdr Mat Yee dan Sdr Saiful untuk mengumpulkan tenaga muda dan akan mengadakan pertemuan dengan mereka selepas Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal anjuran Task Force Felda Negeri Selangor pada 2hb April nanti.

Mereka juga bersetuju bahawa kehangatan anak-anak muda didalam melaksanakan kerja PRK Kerdau baru-baru ini tidak akan dibiarkan sejuk, dan akan dipupuk terus untuk menghadapi PRU-13 nanti.

Tiada ulasan: