PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
ADUN Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah Posted: 04 Mar 2011 12:51 AM PST Dipetik dari Malaysiakini.com ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu. Mahkamah Sesyen Seremban pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan 1 April. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan. Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah. ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari dan 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000. Mustafa didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan